• Photojournalism,  Uncategorized

    Photojournalism | Pengalaman Merakam Ketibaan President Barack Obama Ke Malaysia

    © 2015 Wazari Wazir | President Barack Obama Arrival at TUDM Subang | Malaysia Sebelum saya tulis apa-apa, janganlah pula anda anggap saya ni taksub atau cuba hendak mengagung-agungkan President Barack Obama ni, saya cuma hendak ceritakan sedikit pengalaman merakam kedatangan President Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia ni. Saya tahu tak semua rakyat Malaysia suka kepada kedatangan beliau, tak kurang juga yang teruja, pemimpin kita pun ada yang tak berapa berkenan, sama juga seperti President Obama, bukan semua rakyat di US menyukai kepemimpinannya, itu lumrah manusia yang berjaya dalam bidang masing-masing. Orang yang meniaga pun kekadang timbul rasa hasad dengki bila melihat peniaga di sebelahnya cukup maju dan memperoleh…