• Photojournalism

    Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist | Bahagaian IV

    “Bang, ada kerja kosong bang?” Masih teringat lagi pertanyaan seorang pemuda yang sedang melepak bersama kawan-kawannya di salah sebuah kedai tidak jauh dari perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan, sewaktu itu saya dan juga beberapa orang rakan sekerja baru sahaja selesai merakam acara sukan padang semasa kejohanan SUKMA 2004 yang mana Negeri Sembilan adalan tuan rumah pada waktu itu. Mungkin pemuda tersebut tertarik dengan kami yang menggalas kamera yang besar-besar dan juga lensa-lensa yang gedabak sizenya, mungkin dia hanya berseloroh, mungkin juga dia serius, saya hanya melambaikan tangan dan senyum sambil meneruskan perjalanan ke hotel. Sepuluh tahun yang lalu, saya masih muda dan bertenaga, waktu itu dengan selamba saya boleh…