Adventure,  Photojournalism,  Travel

Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom | Train To Tenom

© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort
© 2018 Wazari Wazir | Train To Tenom | Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom Dari Beaufort

 

Impian untuk merasa pengalaman menaiki kereta api lama ke Tenom ini, telah lama saya pendam, semenjak pertama kali mengetahui tentang kewujudan kereta api lama ini, cuma belum berkesempatan. Walaupun hampir setiap tahun saya pulang ke kampung Mentua saya di Daerah Kuala Penyu Sabah, seringkali tidak berkesempatan.

Bila dah pulang ke kampung, takkan nak buat hal sendiri, nak bawa diri sendiri ke Tenom dan tinggalkan isteri dan anak-anak bersama mentua. Jadi walaupun dah lebih 10 tahun ulang alik ke Sabah, tak jejak-jejak jugak kaki ke dalam perut kereta api ini.

Jadi saya ambil kesempatan yang ada untuk travel solo ke Tenom untuk merasa sendiri pengalaman Train to Tenom. Perjalanan saya bermula dari Kota Kinabalu lagi, dari KL saya mengambil penerbangan malam ke Kota Kinabalu, dan selepas itu saya tidur sahaja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kerana saya bercadang untuk menaiki kereta api dari Tanjung Aru Kota Kinabalu ke Beaufort. Kalau ikut jadual Kereta Api awal pagi dari Tanjung Aru akan memulakan perjalanan seawal jam 7:45AM.

Saya sorang-sorang sahaja di airport, tak beritahu kawan-kawan pun nak datang, kira travel senyap-senyap jer. Lepas solat Subuh saya ambil GRAB ke Stesen Tg Aru yang tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Di Setsen Kereta Api Tg Aru tu ada jugak ceritanya, tapi biarlah dahulu.

Perjalanan dari Stesen Kereta Api Tg Aru mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Stesen Kereta Api  Beaufort di mana di sana saya akan mengambil kereta api ke Tenom yang akan bergerak pada jam 1:30PM. Ada yang lagi awal, iaitu jam 7:50AM, memandangkan saya dari Kota Kinabalu, tak sempatlah saya nak kejar kereta api jam 7:50AM tu.

Setiap hari hanya ada dua trip sahaja perjalanan ke Tenom dari Beaufort, iaitu pada jam 7:50AM dan pada jam 1:30PM. Kalau kita nak naik yang awal pagi jam 7:50AM dari Beaufort, maka sebaiknya kita bermalam di Beaufort.Memandangkan saya sampai di Beaufort sekitar jam 10AM pagi dan ada masa lebih kurang 3 jam di Beaufort ni, saya ronda-ronda sekitar Beaufort ni sambil mengalas perut untuk menunggu kereta api jam 1:30PM.

Kereta Api ke Tenom dari Beaufort ni bukannya kereta api pelancong, kereta api ini adalah kereta api yang digunakan setiap hari oleh penduduk di sini untuk ke Tenom atau Beaufort dan kampung-kampung yang terdapat di sepanjang laluan kereta api ini. Kepada yang bertanya, tiada alternatif lain ke untuk ke Tenom dari Beaufort?

Ada memang ada, dari Kota Kinabalu ada jalan darat ke Tenom, boleh naik bas atau kereta ke Tenom. Sama juga dari Beaufort ke Tenom ada jalan darat kalau kita ingin menaiki kereta ataupun bas tetapi buat masa ini belum lagi ada jalan darat yang menghubungkan Beaufort dengan kampung-kampung kecil yang terdapat di sepanjang laluan kereta api ini.

Sebelum ke membeli tiket penerbangan ke Kota Kinabalu saya bertanya dahulu kepada pegawai Jabatan Keretapi Negeri Sabah, ingin tahu sama ada laluan ke Tenom ok atau tidak? Bukannya apa, laluan kereta api antara Beaufort dan Tenom seringkali terganggu akibat tanah runtuh, terutama di musim tengkujuh, jadi sekiranya ada tanah runtuh, maka tiada perkhidmatan kereta api ke Tenom dari Beaufort, kalau ada pun mungkin tak sampai Beaufort, mungkin kereta api akan pergi ke separuh perjalanan sahaja sebelum berpatah balik ke Beaufort.

Jadi kena ingat ni, kena selalu ikuti Page Facebook atau Website Jabatan Keretapi Sabah untuk mengetahui keadaan terkini, tetapi kalau dah beli tiket tiba-tiba ada pula kejadian tanah runtuh, anggap sahaja belum rezeki kita untuk merasa pengalaman menaiki kereta api ini. Sebab masa untuk membaiki laluan kereta api ini, biasanya akan mengambil masa mungkin seminggu atau lebih.

Gerabak kereta api ke Tenom tak panjang, kebiasaanya hanya ada dua sahaja gerabak penumpang yang ditarik oleh locomotive. Tempat duduk sangat terhad, selebihnya hanya lantai kosong sahaja. Salah satu sebab ada ruang lantai kosong islah kerana pendudk kampung di sini kebiasaanya akan membawa pelbagai jenis barangan menaiki kereta api ini, bawak kayak pun ada selain barang-barang runcit terutamanya pada hari-hari di mana ada tamu di Tenom, penuh dengan barang-barang di dalam gerabak ini.

Dipendekkan cerita, kepada sesiapa yang ingin merasa menaiki kereta api lama yang dah uzur ini, lalukakn segera, sebab apa? Namoak tak Rail Car atau Rail Bus yang baharu itu? Ada kemungkinan besar kereta api lama ini akan ditamatkan perkhidmatannya dan diganti dengan gerabak yang baharu dan berhawa dingin untuk keselesaan penduduk kampung.

Naik kereta api lama ni pada waktu tengah hari, memang terasa bahangnya, kalau kita sekali sekala mungkin tak kisah sangat, tetapi untuk penduduk kampung yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari, suasana di dalam kereta api ini pada waktu panas terik sangatlah tidak selesa.

Kepada yang tertanya-tanya kenapa, penumpang turun dan berpindah ke kereta api yang baharu ini, sebabnya ada sedikit kerosakan landasan, maka perkhidmatan kereta api dari Beaufort tak dapat lalu, kena turun keretapi tersebut, berjalan kaki lebih kurang 100 meter dan naik kereta api yang baharu yang berlepas dari Tenom, dan penumpang dalam kereta api yang baharu itu akan meneruskan perjalanan ke Beaufort dengan menaiki kereta api yang lagi satu.

Sedikit tambahan, kebanyakan pelancong asing datang ke Tenom ataupun menggunakan perkhidmatan kereta api Beaufort – Tenom ni untuk bermain Water Rafting, di mana mereka akan turun di Setsen Kereta Api di Rayoh untuk menukar pakaian, dan kemudian naik semula kereta api ini untuk ke Stesen Pangi. Sampai di Pangi mereka akan rafting sampai ke Rayoh semula dan naik kereta api yang akan tiba di Rayoh sekitar jam 1:30PM untuk kembali ke Beaufort. Biasanya mereka yang layan rafting Sungai Padas ni akan ambil kereta api awal pagi jam 7:50AM dari Beaufort.

Kalau nak sembang lagi, apa yang ada di Tenom, Beaufort, Pangi dan lain-lain agak panjang. Pemandangan sepanjang menyusuri Sungai Padas sangat menarik terutamanya sekiranya kita ambil kereta api awal pagi. Trip ini bukanlah trip jalan-jalan cari gambar tetapi lebih kepada trip jalan-jalan cari pengalaman, ambil gambar sekadar untuk kenangan sahaja sebelum kereta api lama hanya menjadi sejarah seperti mana yang berlaku di Semenajung Malaysia. Tiada lagi Kereta Api Express Wau, Tiada lagi Kereta Api Express Senandung Langkawi. Yang ada hanya ETS sahaja, cepat dan pantas.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini akan dapat memberi gambaran kepada sesiapa sahaja yang bercadang untuk ke Tenom, always expect the unexpected. Kalau anda rusing dan hendak cepat sampai, this train is not for you. Apa-apa sahaja kemungkinan boeh berlaku di sepanjang perjalanan ini.

© Jabatan Keretapi Negeri Sabah | Jadual Perjalanan Kereta Api

Untuk Memudahkan sahabat semua merancang perjalanan, saya sertakan di atas ini jadual perkhidmatan kereta api dari Kota Kinabalu ke Tenom. Untuk makluman, tiada perkhidmatan kereta api direct dari Kota Kinabaku ke Tenom. Kita kena naik dua kereta api berlainan. Iaitu Kereta Api dari Tanjung Aru (Kota Kinabalu) Ke Beaufort dan kemudian ambil kereta api dari Beaufort ke Tenom.

Untuk makluman lagi, kepada yang keliru, Train jam 5AM dari Beaufort itu hanya sampai di Stesen Halogilat sahaja, bukan sampai ke Tenom. Train awal pagi itu lebih dikenali sebagai “School Train” kerana majoriti penumpang kereta api awal pagi tersebut ialah pelajar-pelajar sekolah (Yang ini saya akan tulis di lain masa). Train paling awal ke Tenom dari Beaufort ialah pada jam 7:50AM dan seterusnya pada jam 1:30PM. Dua kali sahaja perkhidmatan ke Tenom dalam sehari. Begitu juga dari Tenom ke Beaufort, dua trip sahaja setiap hari. Tambang Dewasa untuk perjalanan sehala yang mengambil masa hampir 3 jam dari Beaufort ke Tenom hanya RM2.75 sahaja.

*Kalau tulisan saya ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang lain, dipersilakan untuk share, biar kita sama-sama merasa perkhidmatan kereta api lama ke Tenom ini selagi ianya masih beroperasi.

*Artikel Berkaitan : Kembara Bersama Trans-Siberian Railway | Russia 

Tips Fotografi | Pemilihan Lensa Untuk Fotografi Kembara

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.