» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

 bio picture
  • Welcome to My Blog!

    Hi, I'm Wazari Wazir, Malaysian Photojournalist and also Travel Blogger, working for the Government of Malaysia.

    Will be sharing a variety of travel stories and photographs here and occasionally my recent assignment with the government. I do conduct Photography and Photoshop Workshops if there is any invitations.

    I've Conduct a Photoshop Workshops in IIUM International Islamic University Malaysia (Gombak) and also at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), in Selangor and other Photography Workshops all over the country including Sabah Malaysia North Borneo.

    My Blog is The Winner for Best Photography Blog 2014 during MSMW Malaysia Social Media Week Blogger Awards 2014.

    Thank you for visiting My Blog and if you have any questions, feel free to contact me through my email...

    wazariwazir@yahoo.com | Tel No : + 6012 2812753

Cuti Tahun Baru Cina | Jalan-Jalan Di FGS Dong Zen Temple | Jenjarom



Family Photography | Don Zeng | Jenjarom



Family Photography | FGS Dong Zen Temple | Jenjarom



The Photographer | Dong Zen Temple | Jenjarom



The Photographer | Dong Zen | Selangor

© 2016 Wazari Wazir | Lantern Festival at FGS Dong Zen | Jenjarom | Kuala Langat | Selangor

Saya rasa setiap mereka yang berjiwa kembara mempunyai rasa ingin tahu yang sangat mendalam, every travellers have a deep curiosity about life, about the world, about everything around us. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak, terpulang masing-masing, dan oleh kerana kerana itulah pengembara mengembara untuk memuaskan nafsu ingin tahu mereka. Apa yang boleh dililhat di internet, di tonton di kaca TV ataupun di baca melaui buku-buku tidak cukup buat mereka, mereka ingin lihat dengan mata kepala sendiri, be there in person, feel the moment. To be in the action, to participate, rather than be a passive spectator.

Oleh kerana sebab itulah yang membawa saya ke sini, ke Fo Guang Shan Dong Zen Temple di Jenjarom ni. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ni, temple ini, seperti mana tahun-tahun lepas mengadakan pesta tanglung ataupun “Lantern Festival” sepanjang Tahun Baru China ini sehingga 22 Februari ni. Biasanya setiap kali perayaan sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia ni, nama Temple Dong Zen ini tidak asing lagi, selain Thean Hou Temple yang terletak di Seputeh. Biasanya Thean Hou Temple lebih jadi tumpuan photojournalist yang beribu pejabat di Kuala Lumpur sebab lokasinya lebih dekat berbanding hendak ke Jenjarom ni.

Kami ke sini dua hari berturut-turut, hari pertama sebelah siang dan esoknya sebelah malam, saja nak tengok suasana, rasa macam mana, nak tahu best ke tak pesta tanglung ni. hari sebelumnya kami luangkan masa sekitar Banting mencari kerepek, bukan nak makan sangat tapi orang kata Banting ni terkenal dengan kerepek, so jalan-jalanlah sampai ke  Jaez Halal Mart di Kampung Sungai Kelambu dan juga  Fazz Kerepek House yang terletak di Kampung Sungai Lang Baru.

Saya ni bukannya kaki makan sangat, tapi macam saya bagitau tadilah, rasa ingin tahu tu kuat, strong curiosity, dan saya bukannya penggemar kerepek dan tak berhasrat pun nak jadi pengedar kerepek di Putrajaya nanti, cuma nak tahu apa yang best sangat dengan kerepek Banting ni, sedap sangat ke sampai boleh terbawa-awa dalam mimpi. Bagi saya biasa-biasa sahaja, mungkin murah sedikit berbanding tempat lain, kerepek rasa kerepek la kan, takkan rasa pizza pulak.

Berbalik pada pesta tanglung di Dong Zen temple ni, sebelah malam hari pertama CNY, punyalah ramai orang, senang cerita dalam satu-satu masa atau dalam sejam dua kami berada di sini, tak kurang 2000 hingga 3000 orang rasanya. Saya ke sini dengan keluarga, bukan atas urusan kerja, so gambar-gambar yang dirakam yang mana sempat sahaja, orang ramai, tak boleh nak ber-Photojournalist sangat, sebab kena jaga anak-anak yang super active ni.

Kepada rakan-rakan yang ada sekitar Selangor terutamanya sekitar Sepang, Banting atau Putrajaya atau dari KL, kalau nak buat stock photo rasanya boleh datang sini, Sambutan Chinese New Year ni disambut seluruh dunia, so market untuk gambar-gambar sempena CNY boleh diguna pakai di seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia sahaja, maksudnya, kalau kita buat stok CNY, insyaAllah laku di banyak tempat. Tengok gambar apa kita ambil, stock sahaja ataupun buat editorial atau photo-essay. Masuk sini percuma, tak perlu bayar apa, bayar duit minyak sahaja.

Kalau nak dapat blue Light atau nak layan Blue Hour sebelum langit betul-betul hitam pekat, eloklah kita solat Maghrib dahulu di mana-mana masjid yang terdekat dengan Temple ni, so lepas solat boleh terus gerak ke temple ni, kami solat Maghrib di rumah dahulu, so bila sampai sana jalan sudah sesak, dan langit pun dah gelap.

Macam mana nak datang sini? Rasanya sebahagian besar dari kita dah ada Smartphone, guna sahaja apa-apa aps dalam tu, saya guna App Maps yang sedia ada dalam iPhone saya, taip saja Dong Zen Jenjarom. Tak pun datang sahaja ke Jenjarom, pekannya bukan besar sangat.

Kalau dari KLIA menuju Jenjarom ambil masa lebih kurang 30 minit atau kurang lagi, tengok gaya pemanduan kita. Kalau dari arah Dengkil, Putrajaya  atau KLIA, laluan ke temple ni sebelah kiri, on the way kita boleh nampak bangunan Tesco yang besar sebelah kanan, kurang 500 meter lepas Tesco ada macam simpang empat yang agak busy, kat sana lah, ada pintu gerbang menyambut kita. Jumpa pintu gerbang tu, kira dah betul jalan tu. Kalau kembara di Russia boleh lepas, sesat di Jenjarom, malu orang kampung dapat tahu…

*Lupa nak beritahu, Tahun 2016 ni Tahun Monyet Api, so banyak lantern yang berbentuk monyet di sini, rasanya ada beratus-ratus lantern kat sini. Tak sempat nak bilang, memang meriah…

***Kepada pembaca blog orang Kuala langat, kalau ada tempat-tempat menarik yang rare, yang encik google pun tak jumpa, boleh beritahu saya, teringin saya nak melawat. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih…

Indahnya Suasana Pagi Di Desa | Kuala Langat

© 2016 Wazari Wazir | Indahnya Suasana Pagi Di Desa | Kuala Langat

“Look at Children. Of course they may quarrel, but generally speaking they do not harbor ill feelings as much or as long as adults do. Most adults have the advantage of education over children, but what is the use of an education if they show a big smile while hiding negative feelings deep inside? Children don’t usually act in such a manner. If they feel angry with someone, they express it, and then it is finished. They can still play with that person the following day.”

– Dalai Lama –

Gambar-gambar di atas ni bukan lakonan tetapi kenyataan. Arianna ingin mendapatkan ibunya, dia bosan lama-lama melepak kat jambatan kayu ni, mungkin dia takut jatuh dalam air yang cetek tu kut dan abangnya Raphael cuba menenangkan adiknya. Saya pulak sedang berdiri bersama tripod dalam parit yang tak berapa nak dalam ni, airnya agak bersih cuma berselut.

Kesemua gambar di atas dirakam sekitar jam 8 AM, awalnya kami anak beranak berjogging sekitar rumah dan dalam masa berjogging tu mata saya meliar memandang kalau-kalau ada lokasi yang berpotensi untuk memotret anak-anak saya. Kira maca “Location Scout” la, so bila ternampak sahaja jambatan kecil yang menghubungkan jalan kampung dengan ladang kelapa sawit ni, saya pun bagitau wife saya dan anak-anak, balik rumah, ambil kamera dan datang sini balik, dekat jer dari rumah pun.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja sampai nak merakam gambar keluarga sendiri pun tiada masa. Ada sesetengah orang pula begitu teruja tatkala membeli kamera pertama mereka, macam-macam idea ada dalam kepala nak ambil gambar itu la ini la tetapi lama kelamaan, kamera pun berabuk dalam dry box. Beli kamera mahal-mahal, guna sebulan sekali pun payah.

Saya memang morning person, so nak bangun pagi memang takde problem, lepas subuh bangun dan memang tak sambung tidur dah, so sedang anak-anak saya masih lena tidur saya gerakkan, mereka, dah tidur cukup 8 jam dan tak perlu nak sambung sampai jam 10 AM, kalau dibiarkan memang sekitar 10 AM baru bangun, Raphael pulak malas nak joggging, berjalan jer dan ada masanya saya kena dukung dia, kira ok jugaklah, berjalan kaki dengan bebanan ini ada sedikit “resistance”, elok untuk otot-otot paha dan betis, lagipun lokasi jogging di sini kurang mencabar, mendatar sahaja, tiada bukit-bukit.

Sebagai photographer kita kena peka dengan persekitaran kita, terutamanya “the quality of light” dan biasanya mana-mana photographer pun dia akan peka dengan kualiti cahaya dan juga mereka boleh menghidu “Photogenic Location.” Bagi sesetengah orang sesuatu tempat tu nampak macam biasa sahaja tetapi bagi mata photographer ada sesuatu yang menarik di sana. Sebagai contoh bangunan-bangunan usang atau bangunan tinggal, bagi sesetengah orang, ianya pemandangan yang menyakitkan mata tetapi bagi saya pula, sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang subjek saya.

Kawasan tempat saya ambil gambar anak-anak saya ni kalau di waktu tengahari memang takde apa yang menariknya, tetapi kalau di waktu pagi sedang berkabus memang agak menarik, mungkin itu rezeki untuk orang bangun pagi, udara segar, pemandangan menarik, suasana sejuk tapi tak lama, biasanya sekitar setengah jam sahaja suasana berkabus macam dalam gambar tu, lepas tu kurang menarik.

Dalam kerjaya saya, merakam gambar VVVIP adalah rutin kerja saya tetapi VVVIP sebenar saya adalah keluarga saya. They deserve the best photographic documentation from me. Hillary Rodham Clinton pernah berkata “Don’t confuse having a career with having a life.” Masing-masing mungkin mempunyai tafsian berbeza dengan kata-kata tersebut, ada orang merasakan Career mereka adalah segalanya, Kerjaya  mereka adalah kehidupan mereka, tak kurang juga yang merasakan kerjaya mereka hanyalah sekadar sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan sahaja, tetapi kehidupan mereka bukanlah “kerjaya” mereka.

Ada dikalangan sahabat saya yang terlibat dalam bidang ini terperangkap dengan kerjaya mereka, sedang sahabat lain enjoy berhujung minggu bersama keluarga, mereka pula terpaksa bekerja dan tak kurang juga berbangga berjauhan dengan keluarga berminggu-minggu bertugas di luar negara, saya dulu pun lebih kurang macam tu juga, konon busy dengan kerja, orang lain cuti, kita kerja, cover bencana alam la, persidangan antarabangsa di luar negara la, ataupun berjauhan dari keluarga untuk bertugas di negeri-negeri lain jauh dari ibu pejabat.

Ada yang berkata aku kerja sana sini pasal cari duit untuk keluarga, ye, memang betul, tak siapa menafikannya, tetapi what is the point kalau wang berkepuk-kepuk dalam bank tetapi tiada masa bersama keluarga. Maksud saya kita kena tahu set the limit, cari duit sampai mati pun takkan pernah cukup. Kita kena tahu, when enough is enough. Cuti Tahun Baru Cina ni saya ambil cuti, walaupun saya tahu kalau bertugas masa CNY ni, overtime banyak, triple pay, tambahan lagi kalau kerja sampai tengah malam, pakcik kayo…

Apapun terpulang masing-masing, anda dan kehidupan anda dan saya dengan kehidupan saya, kepada yang biasa follow saya, mereka tahu dan lebih 3 tahun, mungkin masuk tahun ke-4, saya tiada lagi mengadakan workshop photography atau photoshop, kalau hendak ikutkan ada sahaja jemputan sana sini untuk saya bagi talk tentang photography, tetapi biasanya saya tolak, alasannya seperti yang you dah tahu. Kesemua bengkel photography/photoshop tersebut akan mencuri masa hujung minggu saya. Tak dapat duit pun tak mengapa, wang ringgit yang banyak sama sekali tak mampu membeli sesaat yang kita hilang bila berjauhan dari keluarga. Ada yang kata kualiti bersama keluarga lagi penting dari kuantiti, it’s your life, I’m not here to argue…

Berbalik kepada gambar-gambar di atas, saya gunakan kamera DSLR dengan lensa 50 mm, ada gambar saya guna aperture f/2.8, dan  ada yang saya guna f/1.4. Kenapa tak guna Fujifilm X100T, sebabnya saya inginkan bokeh, lagipun tiada apa sangat di bahagian belakang tu yang perlu didetailkan dan bokeh dari lensa 50 mm, sudah pasti lebih baik dari bokeh lensa 23 mm pada Fujifilm X100T saya, kalau saya nak guna X100T untuk bokeh boleh, tetapi jarak kamera dengan subjek  kena dekat dan bila dekat lensa 23 mm akan beri distortion yang kurang menarik untuk portrait anak-anak saya.

Point saya ialah, kita sebagai photographer kena tahu apa yang kita inginkan tetapi kena sesuaikan balik  dengan apa yang kita ada. Bagi saya lensa 50 mm memberikan perspective yang saya inginkan. Look natural dan kepada yang belum tahu sudut pandang lensa 50 mm pada kamera full frame hampir menyamai sudut pandang normal mata manusia. Pendek cerita, kita kena faham kekurangan serta kelebihan peralatan yang kita ada.

Ada sebab kenapa photographer dari Russia iaitu Elena Shumilova sering menggunakan lensa 135 mm untuk merakam gambar anak-anaknya di sekitar rumahnya, sebabnya seperti yang saya sebut di atas. Lagipun di sekitar rumahnya bukan ada sangat mercu tanda ataupun iconic architecture yang perlu dihighlightkan, cuma kawasan  bersalji (in winter), tasik serta pokok-pokok sahaja, rasanya kalau dia ambil gambar anak dia di tengah-tengah bandar Moscow, mungkin lensa 135 mm kurang sesuai.

Saya tidak miliki lensa 135 mm, kalau ada dah tentu saya saya gunakan lensa tu di sini, tapi kalau nak beli, memang takdelah, lebih baik saya guna duit tu beli tiket pi Siberia, lagi bagus. So buat masa ni saya gunakan lensa 50 mm, sahaja, lagipun harga 50 mm ni mampu milik,  jauh lebih murah lagi dari kebanyakan smartphone canggih yang kita miliki.

winny - lucu sekali tingkah anak kecil itu yah bang

Merakam Foto Keluarga Di Ladang Kelapa Sawit | Kuala Langat

© 2016 Wazari Wazir | Family Photography Trip at Palm Plantation

Sebelum anda semua buat pelbagai andaian, biarlah saya tulis sikit, kami sebenarnya telah berpindah ke daerah Kuala Langat awal tahun ini. So bukan kami datang dari Sungai Besi hingga ke Kuala Langat semata-mata untuk bergambar dengan pokok-pokok kelapa sawit ni. Takde kerja nak datang jauh-jauh semata-mata nak ambil gambar keluarga. Sebelum ni banyak gambar-gambar anak-anak saya terutamanya HaiQal saya rakam di sekitar rumah sahaja, siap ada yang jadi wall poster di Pos Malaysia lagi. Moral of the story, tak perlu nak pergi jauh pun nak merakam gambar keluarga.

So, gambar di atas ni, saya rakam setelah berjoging di sekitar kawasan perumahan yang masih dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit, rasanya pokok-pokok ni tak lama berdiri teguh di situ, kalau tengok google map, persekitaran Kuala Langat ni, terutamanya yang bersempadan dengan Sepang, semakin lapang untuk memberi laluan kepada pembangunan, kawasan perumahan kami sekarang ini pun dahulunya adalah kawasan ladang kelapa sawit, kalau nak ikutkan kawasan kami ambil gambar ni bukan jauh sangat dari Masjid KLIA, bawah Daerah Kuala Langat tetapi bersempadan dengan Sepang, kawasan pokok kelapa sawit di sekitar kawasan ini tinggal sejemput sahaja lebh kurang kalau nak bandingkan dengan Felda Sahabat di Sabah sana.

Kebiasaanya kami berjogging di Taman Tasik Titiwangsa, di Taman KLCC, Taman Botani Perdana ataupun di Taman Tasik Permaisuri, untuk ke sana kami menaiki kereta, cuma di Kuala Langat ini, tak perlu lagi bawa kereta, tak sampai seminit dua berjalan kaki keluar dari rumah, dah masuk ladang kelapa sawit, tak sempat pulak nak tengok mana syarikat yang empunya ladang ni, ada kawasannya berpagar, ada juga yang terbuka, seperti kawasan yang kami masuk ni, kebanyakan pokoknya tiada buah, mungkin sudah dipetik atau bukan musim buah, entahlah saya pun tak tahu, setahun berapa kali pokok ni berbuah.

Lepas jogging, kami balik rumah sekejap, wife ambil kereta, dan kami ronda-ronda sekitar kawasan ini, tujuan saya nak cari lokasi yang pencahayaannya agak baik, kalau gelap sangat, susah sikit nak ambil gambar, maklumlah awal pagi, sekitar jam 7:30 Am hingga 8:30 AM, suasana di ladang kelapa sawit ni tidak berapa terang sangat, saya perlu cari open area supaya cahaya banyak dan saya boleh guna ISO yang rendah.

Kebanyakan foto-foto dalam ini saya rakam menggunakakan lensa 50 mm dengan aperture antara f/2 dan juga f/3.5 dan menggunakan ISO antara ISO 200dan ISO 160. Kalau nampak ada kesan “grain” tu, ianya adalah hasil preset VSCO, kalau saya letak “Zero Grain” maka clean sharp gambar tu. Hampir kesemua gambar-gambar di dalam ni saya rakam gunakan Tripod dan set kamera pada self timer.

Kalau tengok dalam gambar, mungkin ada yang kata, senang betul anak you bergambar, duk diam jer, kisah sebenar adalah sebaliknya. Anak-anak saya ni agak active, sama juga seperti kanak-kanak sihat yang lain, tak reti duduk diam, nak dapatkan gambar yang agak memuaskan hati, tak terkira banyaknya berapa kali saya kena ulang alik, tengok kamera, tengak hasil gambar dan ambil gambar lagi. Sekejap dorang berlari ke sana, tengok sana, tengok sini, tengok atas tengok bawah, buat muka boring, tak nak bekerjasama, takut itu ini dan macam-macam lagi. HaiQal paling cepat rasa bosan, mungkin pasal dah bertahun-tahun jadi tatapan lensa kamera saya, dia jadi bosan.

Saya tak kesah sangat melayan karenah mereka walaupun, as a photographer, saya boleh jer tunggu berjam-jam di sini untuk dapatkan gambar yang saya berkenan, cuma kalau lama sangat, lighting dah tak berapa nak cun kat sini, mungkin kena lebih kerap ronda-ronda di sini awal pagi, kalau ada kabus lagi menarik rasanya, kalau ada ray of light lagi bagus, tadi pun ada juga nampak “ray of light” tu, cuma tiada platform untuk positionkan mereka, kena masuk semak samun sikit, ini ladang kelapa sawit, macam-macam ada, so kena tengok-tengok jugaklah mana nak letak anak kita, biar tempat yang agak bersih dan terbuka supaya kita nampak semua, itupun dapat jugak pacat kecil melekat di kaki Arianna.

Share sikit tips ambil gambar guna 50 mm dan Aprture besar ni, sekiranya kita ingin ambil gambar keluarga dengan anak-anak 2,3  oarng atu lebih dan kita nak guna Apeture f/2 atau f/4, yang penting kita kena dapatkan kedudukan yang sebaris atau selari, satu garisan lurus, terutamnaya bahagian kepala, kena berada pada satu garisan. Kalau line tak lurus, seorang ke depan, seorang ke belakang, memang salah seorang akan jadi kabur atau blur wajahnya, tak sharp, so ini sangat penting dan kena ambil tahu. Mungkin ada yang kata kenapa tak guna Aperture f/11 atau f/22, bagus soalan ni, sebabnya saya tak nak sharp dari depan hingga ke belakang, tiada “depth” saya inginkan belakang tu “kabur-kabur” sikit, jadi subjek saya menonjol berbanding background.

Tips yang lain pula, ialah kita kena pastikan warna baju, kalau bukan semua pun, salah seorang dari subjek kita “contrast” dari persekitaran yang cuba kita rakam, jadi takdelah tenggelam subjek kita, kecuali kita memang ingin “blend” dengan nature, macam “Chameleon”.

Mungkin ada yang kata, gambar lebih kurang sama jer semua, yer betul tu, cuma nak dapatkan setiap gambar ni bukanlah mudah, entah berapa kali shoot baru dapat, yang lain sama ada blur ataupun saya kurang minat dengan reaksi wajah anak-anak saya, cuma saya tak deleta gambar tu, cuma tidak share di sini sahaja, dan yang paling utama, kini saya ingin bergambar banyak-banyak bersama mereka, sebab semasa HaiQal masih kecil amat sedikit gambar saya dengan dia, kalau nak cari gambar kami satu keluarga, saya adalah orang yang “missing in action”.

Nak upah photographer lain untuk ambil gambar kami, mungkin tak cukup bajet la pulak, tambahan pula keadaan ekonomi sekarang ni tak berapa nak bagus saangat, yang mana boleh jimat kita jimat. Cuma keluar duit modal untuk beli tripod sahaja, insyaAllah boleh guna tripod tu sampai bila-bila selagi masih kukuh berdiri di atas tiga kakinya. Bayar sekali jer, boleh guna banyak kali, kalau semua orang fikir macam saya, maka kurang sedikitlah pendapatan photographer yang businessnya mengambil gambar “Family Lifestyle” tapi takpe, don’t worry, masih ramai orang memilih untuk tidak pening-pening kepala, upah sahaja photographer, gambar siap dengan album atau photobook sekali. Gambar kami ni, lambat sikitah nak jadi photobook.

Next time mungkin boleh bergambar dengan lembu-lembu pulak di sekitar kawasan ini, semasa meronda-ronda sini nampak ada juga dua tiga tempat ladang lembu di sini yang boleh jadi “prop” atau latar belakang fotografi, cuma kawasan di sini tidaklah secantik di Desa Cattle di Kundasang Sabah sana. Kepada yang tidak tahu, dahulunya kawasan di Bandar Tasik Selatan berhadapan Terminal Bersepadu Selatan TBS, dahulunya ada sebuah ladang lembu yang agak besar juga, tetapi disebabkan pembangunan, dah tiada ladang lembu di sana, kira kawasan di Bandar Tasik Selatan tu, memang agak rare dan unik satu ketika dahulu, subur menghijau. Itu cerita lebih 30 tahun yang lalu, awal 80-an punya cerita dan tidak mustahil, 10 tahun dari sekarang, kawasan ladang kelapa sawit di sini, akan terhapus oleh pembangunan, tapi at least, kami sudah ada kenangan di sini.

Cuti Tahun Baru China ni, nampak gayanya saya hanya di Malaysia sahaja, nak keluar pun, modal belum cukup lagi, banyak pakai untuk pindah rumah ni, macam-macam nak kena beli, tambahan pula dua orang anak saya iaitu Raphael dan Arianna dah masuk ke tadika, so kat sana pun banyak guna duit juga, awaltahun banyak yang perlu di bayar tetapi Siberia tetap di hati, satu ketika dahulu saya cukup minat dengan Istanbul tetapi selepas melihat Siberia, hati saya terpaut kat sana, kenapa dan mengapa, tak perlu diperjelaskan, Siberia satu ketika dahulu jadi tempat buangan orang sahaja, tempat tahanan orang salah, tahanan politik, ataupun tahanan perang, GULAG, dengar nama pun orang dah takut, kepada yang tahu lah, yang tak tahu apa itu GULAG, tak memberi kesan pun. Siberia ibarat sebuah penjara, tetapi bagi saya Siberia penuh dengan misteri dan tak banyak maklumat yang kita tahu tentangnya, salah satu sebabnya, Russia sering dipinggirkan oleh media-media dari barat yang diketuai media-media dari Uncle Sam lah, senang cerita.

Mulanya nak cerita pasal kelapa sawit, hujung-hujung Siberia jugak jadi tumpuan…

Rachel - Hi. Saya Rachel. Saya dari Sabah. First time ni terserempak dengan blog En. Wazir. Really love your blog! 🙂

In Photography, Lighting Can Make or Break a Photographs

© 2016 Wazari Wazir | My Children at Kuala Langat | 50mm Lens | f/2

Have you watch The Revenant Film? The film were shot almost entirely with natural light, I’ve watch it and wow, it was so amazing, the story were quite good but most importantly I like the way the director or the cinematographer make full use or take great advantage of the natural light.

As a photographer light is our friends, some people say that photography is all about painting with light but on the other hand we must also know how to take advantage of the light, if we can. I like natural light photography or available light photography, I don’t like using flash, but during my day to day works, sometimes I have to use it.

Anyway I just wanted to share with you what difference it look like if we photographed the same place at a different time of the day, of-course this will also be determine by the weather in your place. Everyday is not the same. Fo me personally I like a flat lighting, I like some kind of soft light, a soft diffuse light that normally happens during an overcast day.

The first photograph above were taken in the early morning, some where 7:50 Am and the other one were taken during late afternoon around 6 PM, the morning light appear to be a little bit soft, subtle and there is some mist in the background coming from the swamp, on the other hand the second photograph, the lighting appear to be a little bit harsh or strong due to strong late afternoon sun coming from behind my children.

Sometimes a certain place looks great in the late  afternoon or early morning light but rarely look great during midday. So it is great if we can visit the place that we think is beautiful and make a couple of visit at a different time of the day, especially somewhere close to our home.

*About the photographs, both were taken with a DSLR camera attach with 50mm prime lens and I was using Aperture of f/2 for both photograph to throw away the background, it was taken close to our home surrounded with  a palm trees.

Jalan-Jalan di Bukit Jugra | Kuala Langat

© 2016 Wazari Wazir | Bukit Jugra | Road Trip

Sempena cuti Hari Wilayah ni, tak tahu nak ke mana, kami sekeluarga pun jalan-jalan Bukit Jugra, selama ni tak pernah sampai pun, hanya pernah dengar nama dan tengok gambar sahaja. Bukit Jugra ni kalau nak diikutkan besar sejarahnya untuk rakyat  Selangor, semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad, yang memerintah dari tahun 1859-1898, Bukit Jugra pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor.

Selain daripada itu, Bukit Jugra juga terkenal dengan rumah apinya dan sejak kebelakangan ini Bukit Jugra ini cukup popular dengan peminat sukan paragliding. Cuma semasa kami ke sini, tak nampak pun kelibat paragliding kat sini, kami bercuti tetapi warga Selangor bekerja, so tak ramai orang kat sini. Semasa kami sampai ke sini sekitar jam 10 pagi, tidak ada orang lain selain kami sekeluarga, lepas setengah jam macam tu, barulah ada sebuah kereta lain datang, mereka singgah sekejap, ambil gambar dan terus ke tempat lain.

Mungkin juga kerana kami tiba jam 10 am, kalau sekitar jam 7 Am atau 8 Am mungkin ada ramai orang di sini, terutamanya yang suka berjogging sekitar kawasan ini dan bagi saya kalau nak enjoy pemandangan di sini boleh datang pada awal pagi, sebaiknya sebelum matahari terbit, boleh tengok sunrise dan dalam sejam dua sebelum matahari terbenam atau sunrise.

Kalau dari arah Banting nak ke sini, tak susah sangat, ikut sahaja papan tanda yang menghala ke Jugra, insyaAllah sampai, jalan masuk ke dalam agak sunyi sikit. Dari jauh tak nampak sangat rumah api tu, dah nak dekat baru nampak rumah api tu, bila nampak lokasi rumah api tu, ikut sahaja laluan menghala ke sana, namanya pun bukit, so takdelah tinggi sangat. Kalau nak bersenam, boleh jer parking kereta di bahagian bawah dan berjalan mendaki ke  atas.

Gambar yang dirakam ni tak berapa nak menjadi sangat, tapi kira bolehlah daripada tak ada, susah sebenarnya nak rakam gambar anak-anak ni, sibuk nak berlari ke sana sini, kalau tak dijaga, mungkin bergolek-golek kat bawah sana tu. Bila dipaksa bergambar berkali-kali muka pun dah tak ceria lagi. Letih jugak turun naik bukit nak set timer kamera dan juga berlari sana sini, kejar anak-anak nak suruh mereka bergambar. Maklumlah nak datang sini selalu bukan senang lagipun bagi saya, tak banyak sangat yang boleh dirakam di sini, kecuali kita ni peminat landscape.

Di atas bukit ni, tiada kedai-kedai jual makanan masa saya datang, tak pastilah kalau hujung minggu ada orang menjual macam-macam kat sini, so kepada sesiapa yang rasa nak datang dan enjoy pemandangan di sini berjam-jam, eloklah  bawak bekalan makanan serta minuman sikit, sementara nak tunggu sunset tu, ada jugaklah makanan yang hendak dikunyah.

Di seberang Sungai Langat tu, kalau tak silap saya Pulau Carey, so next time, insyaAllah boleh explore area Pulau Carey pulak, tengok kehidupan serta kebudayaan warga Mah Meri, Siberia boleh sampai, takkan Pulau Carey tak boleh kannn…

Mia Angie - Cantik gambar!!!

rahimah - Saya dah sampai kat sini. Tak tau rupanya seberang sana tu Pulau Carey. Dekat je rupanya. Gambar kat blog ni semuanya cantik-cantik.Saya suka tengok !