Bersama Barisan Penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | PBAKL 2016 MAEPS

Penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | (Kiri) Wazari Wazir, Moji, Prof Dr. Nordin Yahaya, Meor Farid Asyrady, Rafiee Ghani, Badrul Hisham, Siti Noridah, Ida Yunus

Syukur Alhamdulillah dapat juga kami semua barisan penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua, yang menyumbangkan sekelumit kisah perjalanan kami di negara orang berkumpul di hari terakhir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  di MAEPS Serdang.

Sewaktu bergambar ni, dah banyak booth atau reruai ditutup, ada yang dah ditutup sejak pukul 5:30 PM Lagi. Reruai Kaki Buku A3051 antara reruia terakhir yang ditutup, ini bagi memberi peluang pemina buku travelog hadir ke reruai ini untuk bertemu dengan penulis buku Travelog 7 Benua, jiran-jiran reruai kami dah lama sampai ke rumah mungkin, sedangkan kami masih lagi sibuk melayan peminat buku travelog dan menandatangani buku-buku yang telah dibeli oleh orang ramai.

Penulis buku yang terakhir tiba ialah Prof Dr. Nordin Yahaya kerana dikhabarkan beliau dari Lisbon Portugal dan flight beliau delay semasa transit di Doha Qatar. Alhamdulillah dapat juga sampai sebelum Maghrib, keadaan dah panas waktu ini sebab aircond pun dah tiada, lampu pun dah macam lampu disko, sekejap ada sekejap tak ada, maklumlah dah tutup kedai.

Bukan senang sebenarnya untuk kami berkumpul macam ni, kebanyakan dari kami sibuk dengan urusan kerja dan juga sibuk dengan kembara sana sini, hari ini mungkin kami di sini, esok lusa atau minggu depan mungkin ada yang dah ke Afghanistan atau ke Siberia lagi, tak siapa tahu. Traveler mana reti duduk diam.

Seperti kata penulis buku terkenal  Bruce Chatwin “Man’s Real Home is Not a House, But the Road” mungkin juga kata-kata tersebut boleh diguna pakai untuk sesetengah wanita yang hanya jadikan rumah mereka sebagai hotel persinggahan sementara sahaja sebelum terus berkelana di diunia ini.

Kepada yang masih berminat untuk mendapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini jangan bimbang, walaupun pesta buku telah berakhir, kami penulis buku 7 Benua masing-masing ada menyimpan stok buku sendiri untuk dijual kepada sesiapa yang masih berminat. Adik kakak, kawan-kawan boleh beli dari mana-mana penulis yang anda minati, boleh hubungi mereka melalui pelbagai medium sosial media, baik melalui facebook, twitter atau blog masing-masing kalau ada.

Untuk pengetahuan semua, kepada yang tidak perasan, ini adalah perkongsian ataupun kompilasi cerita-cerita kembara “VOL. 1” InsyaAllah akan ada lagi Volume seterusnya, mungkin berkaitan gunung ganang, campervan, travel photography, mungkin akan melibatkan penulis-penulis yang lain pula, tidak semestinya penulis yang sama. Kiranya buku ini akan dijadikan medium atau perantara untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi kisah-kisah pengembaraan mereka melalui buku.

Tidak dinafikan ini bukanlah sebuah buku yang sempurna, mana mungkin mampu memuaskan hati semua orang, mungkin juga tidak seperti diharapkan, kami terima semua kritikan untuk penambahbaikan di masa akan datang. Di Malaysia ni belum banyak lagi buku-buku yang menghimpunkan kisah-kisan perjalanan sang pengembara, in fact, buku-buku tentang travelog pun agak sukar kita temui, yang ada mungkin dari sasterawan negara yang pernah berkunjung ke luar negara ataupun kisah mereka mengembara di bumi Malaysia ini sendiri dan dengan gaya bahasa yang agak tinggi, mungkin sukar untuk dihadam oleh kebanyakan orang.

Buku ini ditulis mengikut gaya bahasa penulis itu sendiri, berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang berbeza-beza dengan peringkat umur yang berbeza-beza. Saya sendiri tidak puas membaca coretan kawan-kawan kerana ceritanya tidak panjang. Mungkin di masa akan datang boleh kami panjangkan lagi cerita secara lebih mendalam ataupun kita boleh tambah jumlah penulis lagi.

Kalau hendak diikutkan buku ini lebih kepada memberi pendedahan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia kembara agar mereka tahu bukan semuanya indah-indah dalam sesuatu perjalalan itu. Banyak kisah suka duka yang perlu diharungi terutamanya sekiranya kita berkelana sendirian, diharapkan buku ini akan mampu memberi inspirasi ataupun semangat buat sesiapa sahaja di luar sana untuk keluar melihat negara orang sekiranya berkemampuan baik dari segi masa, kewangan dan juga masih bertenaga.

Berkelanan secara backpacking bukan hanya boleh dilakukan oleh golongan anak muda sahaja, mereka yang sudah berusia boleh juga melakukannya. Cuma kita terutamanya bangsa kita, bangsa Melayu lah senang cerita bila sudah meniti usia lewat 50an, sudah jarang melakukan aktiviti seperti ini walaupun mungkin di usia muda mereka sering ke sana sini. Berbeza dengan warga dari negara luar, bukan sesuatu yang asing untuk melihat mereka-mereka yang sudah berstatus “Atuk” lewat usia 50an, 60an, 70an masih lagi membawa backpack ke hulu hilir walaupun sudah bercucu.

Apapun minat masing-masing, dan sebagai manusia kita punya tanggungjawab serta priority atau keutamaan dalam kehidupan yang pelbagai, yang penting kita bahagia dengan pilihan hidup kita.

Baiklah, kepada sesiapa yang masih berminat untuk membeli buku Kompilasi Travelog 7 Benuai boleh beli dengan cara di bawah ini :

Buku terbaru Travel Planet “Kompilasi Travelog – 7 Benua” Vol.1. Buku setebal 210 muka surat bergambar & kisah pengembaraan peribadi setiap penulis. Terbitan MyTravelog MT.

Harga Seluruh Malaysia : RM25.00 (COD) | RM31 Termasuk Pos di Semenanjung  | RM36 Sabah/Sarawak (Termasuk Pos)
Luar Malaysia : USD8.00

Kos Penghantaran Poslaju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM11.00 (Sabah & Sarawak)

Mohon maaf,untuk sementara waktu,penghantaran ke luar Malaysia tidak dapat dilakukan. Coming Soon.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun dibawah ::

MAYBANK
No. Akaun : 114160023734
Nama : Mohd Wazari bin Wazir.
Payment Details (online) : Buku #‎7Benua

No Tel Saya / Whatsapp : 0122812753

Email Saya : wazariwazir@yahoo.com

Setelah pembayaran dibuat, sila PM kedalam INBOX Facebook saya Wazari  dan lampirkan bukti pembayaran / slip pembayaran bersama maklumat anda mengikut format dibawah ::

Nama ::
Alamat ::
Nombor Telefon / Email ::
Jumlah Buku ::

Proses penghantaran akan dilakukan  secara berperingkat. Saya akan respond setiap message anda yang masuk kedalam INBOX saya secepat mungkin. Mohon maaf jika ambil sedikit masa untuk respond semua message anda.

Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

Kisah – Kisah Sang Pengembara | Kompilasi Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua

Family Photography | Kompilasi Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Memandangkan sudah ramai yang bertanya tentang buku ini dan Syukur Alhamdulillah, jualan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini juga agak memberangsangkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang, maka kini saya buka untuk jualan secara online. Tak semua orang boleh datang ke sana dan peminat travelog atau buku-buku cerita tentang kisah-kisah pengembaraan ada di seluruh Malaysia, itu tak termasuk di luar negara.

Untuk makluman kepada pembeli, supaya tidak keliru, buku Kompilasi Travelog 7 Benua yang setebal 210 muka surat ini termasuk muka surat bergambar bukanlah hasil tulisan seorang penulis, nama pun “kompilasi.” Di dalam buku ini dikongsikan kisah-kisah pengalaman sang pengembara di pelbagai negara dan tempat yang mungkin kita boleh jadikan panduan, serta iktibar dalam memudahkan urusan perjalanan kita nanti, kira macam belajar dari pengalaman orang lain.

Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah :

  1. Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California)
  2. Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert)
  3. Meor Farid Asyradi – China (Xining)
  4. Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi)
  5. Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu)
  6. Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez)
  7. Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral)
  8. Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg)

Orang beli buku ni ada pelbagai sebab, macam saya juga, jadi sama ada Travelog 7 Benua ini sesuai dengan sahabat semua, itu saudara dan saudari yang boleh jawab. Ada yang beli buku pasal dia memang suka baca buku, ada yang suka beli buku travelog tak kisah tentang negara manapun asalkan kisah-kisah travel, mereka suka nak baca. Ada pula segelintir pembaca yang hanya minat membeli buku travelog yang bercerita tentang destinasi yang mereka minati sahaja.

Saya lebih kepada membeli buku travelog yang menceritakan destinasi yang saya minati, contoh travelog tentang gunung-gunung di Himalaya,  tentang negara-negara STANS, seperti tulisan Agustinus Wibowo, saya minat dan yang terbaru travelog tentang Russia, mana-mana bahagian di Russia saya minat terutamanya SIBERIA. Kalau buku travelog tentang Kota Paris, London, Rome, Amsterdam  saya kurang berminat, Apapun minat masing-masing.

Antara koleksi buku travelog tentang Russia yang saya miliki ialah:

  • The Last Man in Russia by Oliver Bullough
  • Tent Life in Siberia by George Kennan
  • Cycling Home From Siberia by Rob Lilwall
  • Consolations Of The Forest by Sylvain Tesson | Alone in a Cabin on the Siberian Taiga
  • Midnight in Siberia by David Greene
  • Trans-Siberian Express by Warren Adler
  • The Way a River Went by Thom Wheeler | Following The Volga Through The Heart of Russia
  • Trans-Siberian Railway by Lonely Planet
  • Trans-Siberian Handbook by Bryan Thomas | Trailblazer

Cuma semenjak dua ini saya berminat untuk membeli buku-buku travelog tulisan pengembara tempatan, sebabnya saya ingin belajar menulis pengalaman kembara saya, maksudnya dengan membaca banyak buku-buku travelog pengembara dari Malaysia dengan nada bahasa serta gaya bahasa kita faham, saya harap dapat belajar sesuatu.

Harapan saya agar satu hari nanti dapat saya kongsikan pengalaman saya kepada ramai orang, mungkin sedikit sebanyak boleh memberi manfaat pada orang lain, saya pun dapat banyak manfaat hasil bacaan kisah-kisah pengembara yang dikongsikan di blog ataupun melalui buku-buku yang dihasilkan.

Jadi saya rasa macam tidak adil pula untuk tidak kongsikan pengalaman kita dengan orang lain, kongsikan pengalaman tak semestinya dengan tulis buku, banyak cara. Maksud saya itu cara kita membalas budi baik orang, saling bantu membantu dengan perkongsian pengalaman yang boleh dijadikan panduan oleh kaki travel atau backpackers.

Jadi untuk tidak bercerita panjang lagi, kepada yang berminat dengan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini boleh dapatkannya dengan cara di bawah ini :

Buku terbaru Travel Planet “Kompilasi Travelog – 7 Benua” vol.1. Buku setebal 210 muka surat bergambar & kisah pengembaraan peribadi setiap penulis. Terbitan MyTravelog MT.

Harga Seluruh Malaysia : RM25.00 (COD) | RM31 Termasuk Pos di Semenanjung  | RM36 Sabah/Sarawak (Termasuk Pos)
Luar Malaysia : USD8.00

Kos Penghantaran Poslaju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM11.00 (Sabah & Sarawak)

Mohon maaf,untuk sementara waktu,penghantaran ke luar Malaysia tidak dapat dilakukan. Coming Soon.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun dibawah ::

MAYBANK
No. Akaun : 114160023734
Nama : Mohd Wazari bin Wazir.
Payment Details (online) : Buku #‎7Benua

No Tel Saya / Whatsapp : 0122812753

Email Saya : wazariwazir@yahoo.com

Setelah pembayaran dibuat, sila PM kedalam INBOX Facebook saya Wazari  dan lampirkan bukti pembayaran / slip pembayaran bersama maklumat anda mengikut format dibawah ::

Nama ::
Alamat ::
Nombor Telefon / Email ::
Jumlah Buku ::

Proses penghantaran akan dilakukan  secara berperingkat. Saya akan respond setiap message anda yang masuk kedalam INBOX saya secepat mungkin. Mohon maaf jika ambil sedikit masa untuk respond semua message anda.

Travelog 7 Benua

Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

Ada Apa Dengan Buku Kompilasi Travelog 7 Benua?

Family Photography | Kompilasi Travelog 7 Benua

Family Photography | Kompilasi Travelog 7 Benua

Family Photography | Kompilasi Travelog 7 Benua

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Father and Children

© 2016 Wazari Wazir | Membaca Buku Amalan Mulia | Kompilasi Travelog 7 Benua

Kalau diikutkan hati saya nak promote buku Kompilasi Travelog 7 Benua ni guna model dari Russia tu, tapi apakan daya, sebelum buku siap dicetak, model tu dah terbang merehatkan diri. Actually, saya tak mampu pun nak bayar model Russia tu, anyway seprti biasa anak-anak adalah model paling setia, kalau tak setia pun kena dengar dan ikut cakap ayah dia walau terpaksa, kalau tidak, banyak permintaan mereka tak saya tunaikan, HaiQal dah berkali-kali tanya bila nak tengok Captain America Civil War?

Sebelum saya promote buku terbaru tulisan saya bersama rakan-rakan kembara lain, saya kongsikan dahulu gambar anak-anak saya yang dirakam tak jauh dari rumah kami di Kuala Langat. Ramai orang mungkin punya andaian yang berbeza-beza bagaimana gambar itu terhasil. Ada yang ingat saya rakam guna lensa telephoto 70-200 mm dari jauh, ada yang ingat saya rakam gambar anak-anak saya duduk atas titi usang tu dari jambatan bersebelahan. Sebenarnya saya terpaksa masuk dalam air tu untuk dapatkan gambar yang saya ingini.

Mungkin ada yang tanya kenapa tak ambil dari tepi sahaja, masing-masing punya perspective atau sudut yang berbeza, saya sukakan sudut berdepan seperti dalam gambar di atas, frontal, parallel view. Saya inginkan latarbelakang yang agak berkabus terutamanya di waktu pagi. Memandangkan saya hanya guna lensa 50 mm sahaja, maka saya perlu berada agak dekat dengan mereka dan tiada cara lain selain terpaksa saya berdiri dalam air. Nak kata bersih ke tidak air tu, tak jugak, gatal-gatal jugak, tapi tak apa, selesai shooting terus balik ke rumah yang jaraknya tak sampai seminit kalau berlari.

Gambar behind the scne tersebut dirakam olehh isteri saya menggunakan smartphone sahaja, cukuplah sekadar BTS, tetapi bagi pandangan saya BTS ini lebih banyak bercerita berbanding hasil gambar yang sebenar. Nampak kesungguhan sang tukang gambar untuk dapatkan sudut terbaik bagi pandangan photographer tersebut dan bukan sekadar ada gambar sahaja, ni dah masuk bab “masuk bakul angkat sendiri”.

Saya guna Tripod supaya gambar lebih stabil, sebab awal pagi tak berapa cerah sangat, tetapi saya mahu guna ISO rendah, bila ISO rendah, shutter speed agak perlahan dan kebarangkalian untuk kamera “shaking” kalau handheld  agak tinggi. Jadi salah satu cara terbaik untuk menstabilkan keadaan ialah dengan menggunakan tripod. Lagipun saya guna Aperture yang kecil antara f/2 dan f/2.8. Bila guna Aperture besar ni, depth of field dia sangat shallow, kamera goyang sikit jer, gambar akan blur atau kabur.

The Photographer | Kompilasi Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Berbalik kepada buku TRAVELOG 7 BENUA ini, ianya adalah perkongsian cerita daripada 8 individu yang berbeza. Menceritakan secebis pengalaman masing-masing di salah satu destinasi yang mereka pilih. Ianya bukanlah cerita lengkap tentang perjalalan penuh seorang pengembara ke satu-satu destinasi, kalau nak buat lengkap rasanya 8 orang punya cerita memang tak muat 210 muka surat, insyaAllah cerita saya tentang perjalanan trip Trans-Siberia saya kalau berjaya ditulis nanti mungkin dalam lingkungan 200 muka surat termasuk sedikit gambar.

Di dalam buku ini saya hanya bercerita tentang pengalaman pertama saya di tiba di Russia ataupun lebih tepat lagi di Saint Petersburg. Penulis-penulis lain pula menulis tentang pengalaman di negara lain seperti di China, Mongolia, Maghribi, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat dan Pakistan.

Buku 7 Benua ini bukanlah sebuah buku panduan untuk backpacker, ianya bukan disampaikan secara bullet point ataupun secara list, “what to do, things to do, the do’s and don’t, ataupun “scams” yang terdapt di sesebuah negara secara list.

Namun begitu, saya amat berharap agar pembaca buku ini boleh menyingkap apa yang “tersirat” berdasarkan apa yang tersurat, maksud saya, banyak sebenarnya panduan serta tips-tips dalam buku ini, cuma ianya disampaikan secara penceritaan, cuma kita kena cepat tangkap. Lebih baik lagi sambil kita baca, kita ada satu buku nota kecil di sisi kita dan kita boleh catitkan sendiri input-input yang penting, seperti no bas, tambang dari satu stesen ke satu stesen, nama-nama hostel atau hotel yang boleh kita shortlistkan dan langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh kita ambil untuk tidak mengulangi kesilapan yang kami telah lakukan.

Itulah gunanya kita perlu mendengar atau membaca kisah-kisah hidup orang lain agar kita tidak mengulang kesilapan yang sama, agar perjalanan kita lebih lancar dan agar kita tidak tertipu dengan tipu daya manusia di dunia ini. Memang betul perjalanan yang lancar tanpa sebarang cabaran dan dugaan kurang “adventure” atau menarik tetapi mengapa perlu kita biarkan diri kita ditipu dengan scams-scams yang telah diketahui umum  dikalangan backpackers tetapi kita masih lagi ingin mengalaminya sendiri seperti tertipu dengan scams penjual batu jade palsu di China. Saya rasa tiada manusia yang normal yang dengan sengaja ingin merasa pengalaman ditipu dan kerugian ratusan ringgit just for the sake of experience.

Oklah, sebelum saya merapu dengan lebih jauh lagi, sempena Pesta Buku Antarabangsa KualaLumpur PBAKL di MAEPS Sepang, yang berminat untuk dapatkan buku ini boleh cari di Reruai atau Booth Kaki Buku di Dewan A3, Booth No A3051. Actually di Booth Kaki Buku, terdapat banyak lagi pilihan buku-buku Travelog ikut minat masing-masing. Harga di Booth hanya RM25 sebuah.

*Kepada yang berminat hendak beli buku ini secara online dengan saya, boleh klik pada link ini Buku Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

no comments
Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua


Travelog 7 Benua
Kompilasi Travelog 7 Benua


Kompilasi Travelog 7 Benua
Kompilasi Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | Volume I

Syukur Alhamdulillah, Akhirnya berjaya juga buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini diterbitkan dan sempat untuk turut serta memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 PBAKL di MAEPS Serdang.

Sebenarnya ini adalah hasil perbincangan santai kami sesama kaki kembara untuk menulis buku sendiri, masing-masing mencadangkan orang itu, orang ini untuk hasilkan sebuah buku tentang kisah pengembaraan masing-masing. Namun oleh kerana masing-masing pun sibuk dengan urusan kerja dan juga sibuk travel sana sini, maka untuk menghasilkan sebuah buku khusus untuk menceritakan satu-satu pengalaman secara detail akan mengambil masa yang agak lama.

Jadi setelah perbincangan sesama kami, maka kami bersetuju untuk menyumbangkan secebis kisah pengalaman masing-masing yang menarik untuk dimuatkan di dalam buku pertama Travelog 7 Benua ini.

Untuk makluman, Siti Noridah, Badrul Hisham dan Meor Farid Asyradi telahpun berjaya menghasilkan buku sendiri pada tahun lepas, dan pada tahun ini juga mereka telah menghasilkan sebuah lagi karya baharu mereka selain yang dimuatkan di dalam Kompilasi Travelog 7 Benua ini.

Sepertimana yang telah saya tulis sebelum ini, setiap penulis hanya menyumbangkan secebis kisah masing-masing sahaja dan bukanlah cerita lengkap mereka di satu-satu destinasi. Sebagai contoh saya sendiri, di dalam buku ini saya hanya bercerita tentang pengalaman pertama saya tiba di Russia, atau lebih tepat lagi pengalaman saya di SAINT PETERSBURG di mana bakal bermulanya trip Trans-Siberian Railway saya hingga ke Beijing China.

Nordin Yahaya bercerita kisah pengalamannya di PERU, Ida Yunus tentang pengalamannya di MONGOLIA, Rafiee Ghani tentang pengalamannya di MAGHRIBI, Nazri Arshad tentang kisahnya di VIETNAM, Siti Noridah tentang kisahnya di PAKISTAN, Meor pula tentang pengalamannya di CHINA, manakala Badrul Hisham pula tentang kisahnya di AMERIKA SYARIKAT.

Masing-masing punya gaya penceritaan yang tersendiri, lebih kepada santai, cuma janganlah kita bandingkan karya kami dengan karya penulis Sasterawan Negara seperti karya Keris MAS, Tongkat Warrant dan Arena Wati, memang tersangatlah jauh bezanya.

Sehingga pos ini ditulis, saya masih lagi belum membaca ataupun mengetahui tentang kisah yang dikongsikan oleh 7 orang penulis yang lain, kerana kami hanya diminta untuk menulis cerita dan dihantar pada tuan editor, hanya editor sahaja yang mengetahui cerita semua orang. Buku ini agak lewat siap, hampir jam 10 malam pada hari kedua pesta buku berlangsung baru siap.

So, sebelah malamnya, saya bersama isteri serta Ida Yunus, turun ke kilang untuk mengambil buku, dengan harapan boleh kami bawa keesokan harinya di pesta buku, mengharapkan jualan weekend serta cuti ganti hari Pekerja Isnin ini. Sebenarnya bukanlah keuntungan yang kami cari, cuma kami tak mahu menghampakan mereka-mereka yang datang dari jauh dan ternanti-nanti akan buku ini, tetapi buku ini tiada di PBAKL, jadi kami usahakan juga memandangkan bila dah masuk hari bekerja biasa nanti mungkin agak sukar untuk sesetengah orang ke tempat ini.

Selain daripada di Pesta Buku, kepada yang berminat boleh juga membeli secara online daripada mana-mana penulis yang diminati, kebanyakan daripada mereka ada menjual secara online, cuma kena tambah kos sedikit untuk urusan penghantaran. Saya buat masa ini belum lagi membuka jualan secara online, tetapi boleh saja kalau nak booking. Sebabnya sehari dua ini saya agak sibuk, takut nanti ada yang menunggu lama untuk buku sampai pada anda semua. Jangan risau, saya memang ada reserve atau simpan untuk pembelian secara online.

Mungkin ada yang bertanya, perlu ke beli buku-buku macam ni sedangkan maklumat serta kisah-kisah travel dah berlambak di internet ni? Susah saya nak jawab, terpulang pada diri masing-masing. Cuma saya nak maklumkan di sini, kompilasi buku ini bukanlah seperti buku panduan ataupun guide book Lonely Planet tu, sebaliknya ianya lebih kepada kisah pengalaman peribadi penulis di negara asing.

Minat saya untuk mengembara timbul setelah membaca, menonton ataupun mendengar kisah-kisah sang pengembara. Minat saya untuk mengembara bukan timbul dari membaca buku-buku panduan kembara seperti Lonely Planet dan seumpamanya, tidak dinafikan bahawa buku-buku panduan kembara sangat membantu tetapi yang merangsang saya untuk mengembara keluar melihat dunia ialah kerana mendapat inspirasi dari kisah-kisah sang pengembara.

Ketakutan saya untuk melihat negara luar, menjadi berkurangan setelah membaca kisah-kisah pengalaman pengembara lain, itulah juga sebabnya saya memberanikan diri untuk keluar mengembara secara solo selama hampir sebulan dari Saint Petersburg Russia merentasi Siberia dengan perjalanan keretapi yang lebih dikenali dengan nama “Trans-Siberian Railway” iaitu perjalanan merentasi Siberia dengan menaiki keretapi hingga ke Beijing China.

Sebelum ini, trip kembara saya ialah bersama kawan-kawan, inilah buat pertama kalinya saya ke Negara Russia, Mongolia dan China bersendirian, sebelaum ini saya belum lagi pernah menjejakkan kaki ketiga-tiga negara tersebut.

Diharapkan perkongsian kisah-kisah kami semua akan menjadi inspirasi buat teman-teman semua untuk mengembara dengan lebih jauh lagi, untuk keluar mengembara ke negara yang anda rasa gerun untuk sampai tetapi teringin untuk pergi. Diharapkan dengan kehadiran buku ini di ruang kerja anda, menjadi penghias sudut di rumah atau di pejabat anda akan membakar semangat anda untuk keluar mengembara.

Kepada sesiapa yang berminat dengan buku ini boleh booking dahulu dengan saya ataupun dengan mana-mana penulis yang anda minati dan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ini, anda boleh dapatkannya di Reruai Kaki Buku, Booth A3051 di Dewan A3.

Pakar-pakar Motivasi sering berkata, kalau kita ada Goal atau matlamat, adalah lebih baik kalau kita tulis dan letakkan di dinding supaya kita boleh lihat selalu. Meja saya dikelilingi dengan buku-buku kembara dan nafsu saya untuk keluar mengembara meronta-ronta, mungkin aura buku-buku tersebut dan buku-buku tersebut sentiasa boleh kita belek-belek tanpa perlukan sumber bateri atau elektrik, tidak seperti gajet elektronik lain seperti komputer, smartphone ataupun tablet.

Diharapkan kehadiran buku ini akan menghantui hidup anda untuk keluar dari keselesaan ataupun keluar sekali sekala dari zon selesa dan cuba untuk mencabar diri sendiri meneroka pengalaman-pengalaman baru. Percayalah dalam kehidupan di dunia ini, kita akan lebih menyesali terhadap perkara-perkara yang boleh kita lakukan tetapi tidak kita lakukan berbanding menyesali perkara yang telah kita lakukan…

Selain dari itu, adalah diharapkan,  kehadiran buku ini akan memberi semangat kepada kaki kaki kembara di luar sana untuk mendokumentasikan ataupun menulis kisah-kisah kembara mereka untuk dijadikan rujukan ataupun kenangan selain gambar, baik buat diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan ataupun dikongsikan kepada dunia secara amnya untuk kebaikan bersama, insyaAllah…

*Kepada yang berminat hendak beli buku ini secara online dengan saya, boleh klik pada link ini Buku Travelog 7 Benua 

Travelog 7 Benua

Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

From Russia With Love | Julia Volchkova Di Kuala Lumpur

Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


The Photographer and Julia Volchkova | Russia
Russian Artist | Julia Volchkova

© 2016 Wazari Wazir | Russian Street Artist Julia Volchkova in Kuala Lumpur | Malaysia

Nama Julia Volchkova bukan nama yang asing terutamanya bagi warga Pulau Pinang. Ada beberapa lokasi di Pulau Pinang yang telah pun dimeriahkan dengan mural hasil tangan Volchkova ni terutamanya di sekitar Georgetown dan yang terbaru di Balik Pulau. Sebelum kedatangan Julia yang berasal dari Siberia Russia, seorang artis dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic, telah pun menghasilkan karya-karya yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong ke Pulau Mutiara itu.

Bila saya dapat tahu yang Volchkova akan melukis sebuah mural pertamanya di Kuala Lumpur, maka saya pun cepat-cepat dapatkan info, kalau boleh hendak merakam gabar beliau sedang beraksi. Biasanya kita tengok hasil karya orang yang telah siap dilukis dan kita mungkin tertanya-tanya bagaimanakah si pelukis itu melukis sebuah karya yang cukup besar, ingin kita tahu peralatan yang digunakan untuk melukis sebuah lukisan setinggi bangunan satu tingkat atau mungkin lebih. Menurut Volchkova, lukisan paling besar yang pernah dilukisnya ialah setinggi bangunan empat tinggi, four story high.

Awal pagi lagi saya sudah cuba mencari-cari di mana lokasi Jalan Panggung ini, puas saya cari tapi tak jumpa, lepas tu saya ternampak Boom Lift berwarna biru tu di salah sebuah lorong. Masa tu saya tak perasaan lagi lukisan bahagian atas tu. Saya tak puas hati pusing lagi, pasal tak jumpa signboard nama Jalan Panggung. SO bila dah jumpa lokasi sebenar, say pergi sarapan dulu.

Elok lepas sarapan, pergi balik lokasi ni dah nampak Julia Volchkova berada di atas boom lift tu sedang melukis. Kemudian nampak seorang lelaki pertengahan umur sedang mengambil gambar, berbual dengan lelaki tu sekejap dan baru tahu beliau ialah Mr Tan Chor Whye, iaitu pengurus ataupun orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Julia sejak di Penang lagi kalau tak silap saya.

Ini adalah hari kedua Julia melukis, beliau mula melukis di sini pada hari Khamis 21 April. Kebiasaanya satu-satu hasil karya muralnya mengambil masa  antara 3 hingga 5 hari bergantung pada keadaan cuaca. Salah satu sebab juga beliau keluar dari Siberia ialah kerana di tempat kelahirannya, suhu di sana pada musim sejuk boleh mencecah hingga – 40, dan musim panas sangat singkat, antara sebulan hingga tiga bulan sahaja. Siberia memang terkenal dengan suhu dingin yang melampau dan sukar untuk melukis dengan suhu rendah seperti itu, Tasik Baikal pun boleh beku sehingga 5 meter, mungkin cat di dalam tong cat pun boleh beku juga.

Nampak macam seang tetapi sukar sebenarnya, dia bukan sahaja melukis tetapi dia sendiri yang mengendalikan jentera boom lift tersebut, ada masanya dia akan jarakkan diri dia dari dinding bangunan tersebut untuk melihat dari jarak jauh, ada masanya dia akan turun dari boom lift tersebut dan tengok pula dari bawah, daroi pandangan orang lalu lalang. Sebabnya mungkin kalau tengok dari jarak dekat, dalam satu kaki dari lukisan tersebut, mungkin tak nampak apa yang kurang atau yang tak berapa kena dengan lukisan tu. Saya mengambil gambar ni pun letih, apa lagi dengan pelukis yang turun naik dari boom lift tersebut.

Selepas Pulau Pinang, mural yang sedang dilukis oleh Julia Volchkovic adalah yang pertama di Kuala Lumpur, lokasi ni memang lokasi yang cukup artistik pada pandangan saya. Dulu saya pernah mengendalikan workshop photography shooting model di sekitar kawasan ini iaitu di lorong belakang di mana boom lift tersebut diletakkan. Photographer terkenal National Geographic, Joe McNally juga pernah shooting di sekitar kawasan ini juga.

Mungkin ada yang kata, ala, pelukis dari Malaysia pun tak kurang hebatnya, banyak dah graffiti ataupun mural yang dilukis oleh anak-anak tempatan sekitar Kuala Lumpur ni. Ya, betul, saya tak nafikan tetapi ada masanya kita kena berani keluar dari negara sendiri untuk mencipta nama ataupun berani mencuba sesuatu yang baharu. Keluar dari zon keselesaan kita.

Diharapkan semangat Julia Volchkova ini akan menjadi sumber inspirasi, pencetus semangat buat generasi muda khususnya untuk berani menyahut cabaran, untuk berani keluar berkarya di negara asing. Kalau kita kurang mendapat perhatian  di Malaysia, apa kata cuba nasib di Russia, Central Asia, Europe ataupun  di Afrika. Mungkin selepas hasil karya kita popular di sana, barulah kita dipandang tinggi oleh penggiat seni tanah air, apapun terpulang kita, apa yang kita cari, kepuasan diri sendiri, wang ringgit, populariti, pangkat dan darjat, masing-masing ada jawapan yang tersendiri.

Kenapa saya tergila-gila amik gambar Julia Volchkova ni, sebab dia ni cantik? Tidak, sebabnya ialah  dia dari Russia dan yang lebih penting lagi, dia berasal dari Siberia, atau lebih tepat lagi beliau dari Nizhnevartovsk Siberia. Jarak antara Moscow dengan Nizhnevartovsk adalah lebih 3000 KM dan kalau menaiki kapal terbang dari Moscow akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Kalau naik keretapi dari Moscow ke Nizhnevartovsk pula akan mengambil masa 2 hari perjalanan. Penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pun baru 2 jam 30 minit. Ada apa dengan Russia? ada apa dengan Siberia? Tak perlulah anda semua tahu…

no comments
Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *