• Adventure,  Life,  Travel

    Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

    Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…

  • Art,  Family,  Life,  Portrait,  Uncategorized

    Tips Fotografi Mendapatkan Catch Light Pada Mata Subjek

    Topik tentang Catch Light ini sebenarnya pernah saya tulis pada tahun 2010 dengan tajuk How To Get a Catchlight , cuma kali ini saya ingin menulis dengan sedikit ringkas sahaja.  Secara asasnya “Catch Light” ini adalah reflection atau kesan pantulan cahaya ataupun bahagian yang terang di mata kita. Sekiranya kita memandang ke arah dinding yang hitam, maka warna hitamlah yang akan memenuhi bahagian mata kita, manakala sekiranya kita memandang dinding yang putih atau terang, maka kesan cerah atau terang akan kelihatan di mata kita. So apa perlunya Catch Light ini kepada potret, Catch Light bukanlah satu keperluan yang wajib ada pada setiap rakaman potret tetapi sekiranya ada kesan Catch Light ataupun bahagian yang…

  • Adventure,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    Tips Fotografi Merakam Gambar Berkumpulan | Group Photograph

    Untuk tips fotografi kali ini, saya ingin berkongsi tentang tips mengambil gambar berkumpulan, iaitu lebih daripada seorang. Oleh kerana, namanya pun tips, saya tak perlu cerita secara detail, kalau details sangat, itu dah kira Tip Top. Cuma untuk tips kali ini saya akan focus kepada tips mengambil gambar berkumpulan dengan menggunakan aperture besar dan menggunakan lensa Telephoto ataupun paling kurang dengan lensa 50mm. Tips kali ini kita boleh gunakan supaya gambar group photograph kita kelihatan sharp atau tajam walaupun menggunakan aperture besar seperti f/5, f/4, f/2.8 sebagai contoh. Untuk lebih mudah faham saya kongsikan diagram foto di atas. Scenario di atas ialah bila kita menggunakan lensa 50mm atau 70-200mm dan…

  • Family,  Life,  Portrait

    Tips Fotografi Portrait | Memilih Titik Fokus Yang Betul

    “Out of suffering have emerged the strongest souls; The most massive characters are seared with scars.” – Khalil Gibran – Bila kita melihat wajah seseorang, bahagian yang kita akan pandang atau lihat terlebih dahulu sudah tentu bahagian matanya. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan “Dari Mata Turun Ke Hati.” Tetapi dalam keadaan tertentu, mungkin bukan bahagian mata yang menjadi perhatian kita terlebih dahulu, mungkin jenis topi atau head gear yang dipakai, jenis anting-anting yang dipakai ditelinga atau yang ditindik dihidung, sebab mungkin bahagian itu yang lebih menonjol berbanding yang lain. Sebelum itu, kepada anda yang bertanya, mengapa anak saya sampai berjahit di dahinya? Rasanya tidak perlu saya ceritakan di sini,…

  • Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    TIPS FOTOGRAFI | MENGGUNAKAN LENSA TELEPHOTO UNTUK GAMBAR PEMANDANGAN, LANDSCAPE PHOTOGRAPHY

    Bila kita bercakap tentang gambar pemandangan ataupun landscape photography, lensa yang biasa digunakan adalah wide angle ataupun lensa sudut luas. Sebabnya mudah pemandangan itu adalah sesuatu yang besar, meliputi kawasan yang luas, seluas mata memandang orang kata. Amat jarang kita lihat landscape photographer membawa Lensa 400mm atau 600mm ketika outing, kebiasaanya lensa yang dibawa adalah dalam range atau lingkungan 10mm hinga 35mm. Sebabnya ialah, seboleh-bolehnya seorang landscape photographer ingin memasukkan seberapa banyak elemen ke dalam gambar, contoh gunung ganang yang luas terbentang ataupun padang ragut yang luas dengan ratusan biri-biri atau haiwan liar. Tetapi pernahkah anda melihat gambar di Afrika, iaitu gambar di Safari di mana kelihatan sekawan zirafah yang…