• Adventure,  Photojournalism,  Travel

    Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom | Train To Tenom

      Impian untuk merasa pengalaman menaiki kereta api lama ke Tenom ini, telah lama saya pendam, semenjak pertama kali mengetahui tentang kewujudan kereta api lama ini, cuma belum berkesempatan. Walaupun hampir setiap tahun saya pulang ke kampung Mentua saya di Daerah Kuala Penyu Sabah, seringkali tidak berkesempatan. Bila dah pulang ke kampung, takkan nak buat hal sendiri, nak bawa diri sendiri ke Tenom dan tinggalkan isteri dan anak-anak bersama mentua. Jadi walaupun dah lebih 10 tahun ulang alik ke Sabah, tak jejak-jejak jugak kaki ke dalam perut kereta api ini. Jadi saya ambil kesempatan yang ada untuk travel solo ke Tenom untuk merasa sendiri pengalaman Train to Tenom. Perjalanan saya…

  • Art,  Moment

    Steel Wool Photography Tips | Batu Laut | Banting

      STEEL WOOL PHOTOGRAPHY : Dalam Bahasa Melayu saya tidak tahu apa gelarannya, kalau hendak diikutkan “Steel Wool” ini  seperti “Benang Besi.” Wool ni pula biasanya orang kaitkan dengan bulu kambing biri-biri. Unruk mudah faham tanpa pening kepala kita panggil “Steel Wool Photography” sahaja cukup. Panjang sangat mukaddimah pun tak memberi erti apa-apa pun. Dipendekkan cerita untuk menghasilkan  “Steel Wool Photography” yang mana hasilnya seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang sukar, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh cuba. Steel Wool Photography ini bukanlah perkara atau teknik baharu dalam bidang photography, dah lama dah orang gunakan, sejak zaman filem lagi, cuma ada yang suka, dan ada yang tak suka,…

  • Adventure,  Travel

    Mengejar Ghost Train Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 3

    Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dirasakan sangat singkat, masakan tidak, saya leka mengambil gambar pelajar-pelajar di dalam kereta api ini sambil bertanya khabar dan mendengar cerita-cerita dari mereka. tak sempat hendak bersembang sangat dengan mereka sebenarnya, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan pula, ada yang malu-malu, saya pula, kalau asyik nak bersembang, macam terganggu pulak masa saya yang terhad untuk merakam gambar. Sebaik sahaja kereta api tiba di Stesen Keretapi Dabong, saya bergegas turun untuk merakam gambar pelajar-pelajar sekolah ini turun dari kereta api. Suasana yang agak berkabus di kawasan ini menjadikan persekitaran di sekitar stesen keretapi ini cukup menarik bagi saya. Sekiranya kita tidak pernah ke Stesen Keretapi…

  • Art,  Moment,  Photojournalism,  Travel

    Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 2

    Mengapa “Ghost Train”? Ianya hanyalah sekadar gelaran yang saya rasa sesuai untuk keadaan semasa saya merakam gambar ini. Keretapi kelantan Shuttle yang berlepas dari Stesen Keretapi tumpat pada jam 4:20AM yang muncul di balik kabus tebal pagi di Kuala Gris ini seolah-olah seperti keretapi hantu, tiba-tiba muncul sahaja membelah kabus pagi yang tebal. Kuala Krai boleh dikatakan antara kawasan paling sejuk di Semenanjung Malaysia selain di Cameron Highlands sewaktu Tiupan Angin Sejuk dari Tanah Besar China Februari lalu. Jadi suasana yang berkabus bukanlah asing di Daerah Kuala Krai ini. Cuma satu ketika dahulu keretapi shuttle ini tiba di Kuala Gris lebih awal lagi daripada waktu sekarang. Dahulu kereta api shuttle…

  • Adventure,  Art,  Life,  Travel,  Uncategorized

    Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 1

    GHOST TRAIN, mengapa saya menggunakan nama “Ghost Train?” Misi sebenar saya bukanlah mengejar Ghost Train, ataupun kereta api hantu, tetapi adalah personel assignment untuk merakam sendiri suasana pelajar-pelajar di Kelantan terutamanya di Daerah Kuala Krai yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik ke sekolah. Bila saya dah sampai di Kuala Gris baru saya tahu mengapa mereka menaiki kereta api ke sekolah kerana di Kuala Gris tiada sekolah menengah, yang ada hanya di Dabong. Saya tertarik dengan sebuah gambar yang saya terlihat di internet, saya pun tidak berapa ingat apa yang sebenarnya saya cari pada waktu itu tetapi imej beberapa pelajar sekolah sedang berjalan kaki di landasan kereta api dengan…