» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

 bio picture
  • Welcome to My Blog!

    Hi, I'm Wazari Wazir, Malaysian Photojournalist and also Travel Blogger, working for the Government of Malaysia.

    Will be sharing a variety of travel stories and photographs here and occasionally my recent assignment with the government. I do conduct Photography and Photoshop Workshops if there is any invitations.

    I've Conduct a Photoshop Workshops in IIUM International Islamic University Malaysia (Gombak) and also at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), in Selangor and other Photography Workshops all over the country including Sabah Malaysia North Borneo.

    My Blog is The Winner for Best Photography Blog 2014 during MSMW Malaysia Social Media Week Blogger Awards 2014.

    Thank you for visiting My Blog and if you have any questions, feel free to contact me through my email...

    wazariwazir@yahoo.com | Tel No : + 6012 2812753

Tips Photography | Bagaimana Mengambil Gambar Menggunakan Artificial Light

© 2016 Wazari Wazir | My Children Playing With Lanterns

“Faith Means Living With Uncertainty, Feeling Your Way Through Life,
Letting Your Heart Guide You Like a Warm Lantern in The Dark.”

-Dan Millman-

Sebenarnya dah lama saya nak ambil gambar anak dengan lantern ni, tetapi bukan lantern modern macam ni, lantern ataupun lampu minyak tanah yang dalam bekas ada gelas tu, yang biasa di kampung kita guna. Setiap kali bila lalu di Pekan Sungai Besi, ternampak kedai lama, yang jual lampu tu, nak beli tapi tak beli beli, maklumlah di bandar keperluan nak guna lampu mintak tanah tu kurang penting, lilin pun dah cukup kalau blackout. Biasanya kalau blackput pun bukan sampai seminggu, biasanya hanya beberapa jam sahaja, so lilin sudah memadai.

Anyway cukuplah intro, panjang sangat bukan orang nak baca. Lantern Rotera tu saya beli di IKEA, harga dalam RM19.90 setiap satu, lilin kena beli asing, kalau boleh cari jenis yang tinggi sikit dan bukannya lilin dalam mangkuk kecik 1cm tu.

Lantern tu kalau dapat guna yang orang kampung dulu-dulu guna lagi rare, yang pakai minyak tanah tu, macam-macam boleh buat, mistik, mystical, fairy tale dan macam-macam lagi.

Bercakap tentang photography, masa terbaik untuk shooting situasi macam ini ialah dalam keadaan sebelum totally black out, langit belum gelap sangat lagi, kalau dah totally gelap memang kurang menarik, sebaiknya dalam setengah jam sebelum atau selepas Maghrib. Yer, masa tu memang hantu jembalang atau Jin sedang rancak merayau, so kena ingat sendiri lah, nak selamat selepas setengah jam selepas Subuh hingga sebelum matahari naik.

Nampak tak perbezaan suasana dari terang ke gelap, personally saya suka yang masih terang sedikit, cahaya yang samar-samar, yang masih nampak lagi suasana sekitar walaupun dalam samar-samar, masih nampak lagi texture pada titi kayu tersebut.

Pencahayaan di atas menggunakan Natural Light, Available Light dan Artificial Light Photography. Natural Light atau Cahaya Semulajadi ialah cahaya dari alam semulajadi, dari sumber cahaya matahari ataupu  bulan. Dalam situasi di atas masih ada lagi sisa-sisa cahaya sang matahari walaupun telah tenggelam di kaki langit. Avialable Light dan Natural light ni bezanya hanya Natural Light ialah cahaya semulajadi, manakala Available Light ialah sumber cahaya yang memang dah ada di situ, contohnya cahaya lampu jalan, di sini ada sedikit sahaja sumber cahaya jalan yang menerangi kawasan ini. Agak jauh sebenarnya.

Dan Artificial light pula, ialah sumber cahaya yang sememangnya tiada di tempat kejadian tetapi yang kita bawa sendiri, contoh mudah ialah dari FLASH atau Strobe. Cuma dalam kes gambar di atas saya menggunakan sumber cahaya dari tanglung atau lantern. Sumber dari cahaya lilin, lighter, lampu suluh, lampu kereta, lampu motor, lampu basikal kita sendiri, atau apa sahaja yang kita bawa atau buat, boleh dikategorikan sebagai Artificial Light, sumber cahaya yang tiada di lokasi tempat kita shooting, tetapi kita bawa atau buat sendiri untuk menerangi subjek kita.

Hari sebelumnya saya cuba shoot selepas Isyak, langit memang dah gelap, walaupun muka subjek terang tapi gambar macam kurang menjadi sebab background dah totally blackout, kecuali kalau kita memang hendak totally black background, itu masing-masing punya selera lah. Saya lebih suka bila keadaan persekitaran masih agak jelas dalam gambar dan orang yang melihatnya tahu di mana gambar tersebut di rakam.

Memandangkan keadaan agak gelap, ISO yang saya gunakan agak tinggi antara ISO 800 hingga ISO1250 (Apa Guna Bangga Dengan  ISO Tinggi Kamera Kalau takut Nak Guna Kan?) Cuma saya tidak bump ISO hingga ISO10,000 Walaupun kamera saya mampu sebab saya kalau boleh ingin kurangkan kesan noise atau grainy yang terhasil, inipun ikut selera masing-masinglah, kalau sukakan grainy, siapa saya nak kata tak boleh, No point  arguing  about taste.

Shutter Speed pun agak slow sebab ISO yang tidak berapa tinggi, Shutter Speed  yang saya gunakan di bawah  1/100, saya gunakan Shutter Speed antara 1/40 dan 1/60. Untuk mengurangkan kesan gegaran atau camera shake, saya gunakan tripod, jadi walaupun shutter agak perlahan, masih lagi stabil.

Kepada yang tidak tahu, semasa saya merakam gambar ini saya berada dalam parit, hingga ke paras peha, apa yang ada dalam parit tu, tawakkal sahaja, tambah-tambah bila hari dah gelap, boleh singgah SINI untuk lihat gambar yang hamoir sama di waktu yang berbeza.

Rasanya hendak shooting gambar ni bukanlah tricky sangat kalau kena dengan masa serta cahayanya, cuma untuk merakam gambar anak-anak ni, yang susahnya untuk mendapatkan expressi muka yang baik, dan lagi satu yang susahnya nak dapatkan kerjasama anak-anak yang mungkin cepat bosan. Banyak idea lagi nak shoot, buat masa ni, saya share yang ni dulu.

Tips lainnya pastikan jatuhan cahaya lantern tu kena pada muka anak kita, kalau tak dapat menerangi keseluruhan wajah, dapat kena sedikit pun dah kira ok. Dari segi editing pulak, secukup rasa, tak perlu nak masking sana sini dalam Photoshop bagi terang bahagian muka tu, kalau boleh biar natural sebagaimana di tempat kejadian, di waktu senja diterangi cahaya lantern, memanglah tak terang mana kan, so, just keep it that way.

Hopefully you all get the idea, saya ada banyak lagi idea nak shooting gambar anak-anak dengan Lanterns ni, lets keep it a secret, dah lepas shoot baru saya share, nanti saya bagi idea, you all shoot dulu, tak bestlah kan. Nak apa lagi “Resepi” dah idea, masa untuk memerah otak mencari idea, rugilah saya beli Lantern ni hanya untuk sekali phot shoot jer kan, sama jugak macam saya beli lensa 50 mm dulu, sewaktu HaiQal baru lahir, saya gunakan semaksimum mungkin, sampi bersara lens 50 mm tu.

Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 | Sultan Muhammad V | Istana Negara

© Jabatan Penerangan | Wazari Wazir | Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 | Istana Negara

 

Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar semasa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di  Istana Negara baru-baru ini. Gambar yang saya kongsikan di sini tidak mengikut turutan.

Kali ini giliran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V  menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Muhammad V, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong Ke-14 kelmarin, 12 Disember 2016.

Gambar yang dirakam di sini memang gambar biasa-biasa sahaja, tiada yang artistik dan bombastik, boleh dikatakan straight forward shot, apa yang terhidang depan mata sahaja memandangkan kedudukan photographer telah ditetapkan dan kami tidak boleh bergerak ke sana sini untuk mencuba pelbagai sudut. Selain daripada saya terdapat ramai lagi jurufotografi Jabatan Penerangan yang bertugas di lain-lain sudut, jadi masing-masing hanya tumpukan pada angle atau sudut masing-masing sahaja.

Apa nak cerita lagi? Tiada apa rasanya, kalau berminat hendak tahu tentang Kesultanan Melayu, rasanya you all boleh google sahaja. Gambar-gambar di atas kebanyakannya dirakam menggunakan lensa 300mm, cuma ada sekali sekala saya shoot guna 24-120mm dengan second camera body (Gambar Last). Agak susah sebenarnya nak switch kamera ni, silap gaya terlepas 300mm, rosak majlis, lagipun boleh dikatakan setiap saat adalah detik bersejerah, so tak boleh nak main-main, cuma sebagai photographer kalau boleh kita ingin rakam dari pelbagai sudut pandang ataupun bertukar-tukar lensa, walaupun kita tahu ada rakan kita dah cover dari sudut pandang yang lain. Gambar wide angle banyak juga yang saya rakam, cuma cukuplah sekeping saya kongsikan di atas ni.

Proses ambil gambar tak susah, tak perlu berebut-rebut atau berlaga kamera, tetapi ianya tidak bermakna tugasan ini sangat mudah, kita dipertanggungjawabkan untuk merakam sebaik mungkin, bukan masanya nak ber-experiment, tukar-tukar setting kamera, moment atau peristiwa bersejarah yang berlaku hanya sekelip mata, sekali kita terlepas, maka detik bersejarah lepas begitu sahaja, titik fokus perlu dijaga, supaya subjek utama dalam fokus “sharp” dan bukannya orang lain.

Yang lama, ialah masa menunggu, hampir 3 jam jugak kami di sini, tak boleh nak keluar mana-mana, takut nanti kalau keluar, dah tak boleh masuk atau takut nanti, entah siapa-siapa akan ambil atau hijack posisi kami, itu penting, walaupun lokasi di mana saya merakam gambar ini hanya dikhaskan kepada “Official Photographer” sahaja, tetapi dari pengalaman yang lepas-lepas, macam-macam boleh jadi. So, ada baiknya jadi “Pak Pacak” di sini, untuk beberapa jam, kami dah biasa, it’s part and parcel of being as a photojournalist, lagipun menunggu dalam bilik berhawa dingin, dalam Balairong Seri, bukannya di tengah padang di bawah teriknya sang matahari. Lagipun kalau diberi peluang, rasanya ramai lagi rakyat Malaysia ingin berada di mana kami berada, menyaksikan sejarah negara berlaku di hadapan mata sendiri, dan  bukannya melaui kaca TV atau di screen smartphone masing-masing, Syukur Alhamdulillah.

Keberangkatan Balik SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong | Bunga Raya

© 2016 Wazari Wazir | Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong | KLIA

 

Hampir nak bersawang dah blog ni, almaklumlah busy yang melampau, bukannya dah tiada cerita hendak dituliskan tetapi terlalu banyak yang hendak dicoretkan tetapi kekangan masa.

Untuk dipendekkan cerita, memandangkan kini orang lebih gemar membaca headline atau tajuk sesuatu blog daripada intipati cerita, saya terus kepada cerita. Di atas ini saya kongsikan sedikit gambar-gambar rakaman semasa Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong di Komplkes Bunga Raya baru-baru ini.

Kompleks Bunga Raya ini letaknya tidak jauh dari terminal utama KLIA1, dari pintu utama KLIA1, jaraknya lebih kurang 150 hingga 200 meter sahaja, cuma Kompleks Bunga Raya ini biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan pesawat persendirian terutamanya pesawat ketua-ketua negara atau ketua kerajaan sesebuah negara.

Tiada banyak bezanya acara kali ini berbanding dengan Keberangkatan Balik Yang Di-Pertuan Agong Ke-13, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 12 Disember tahun 2011.Cuma bezanya kali ini ialah ada tambahan seekor gajah lagi dan ini adalah kali kedua SPB Agong yang sama berangkat balik ke Kedah.

Agak ramai jurufoto Jabatan Penerangan yang terlibat dengan acara seperti ini, boleh dikatakan full force ataupun boleh dikatakan semua tenaga kerja terlibat kecuali yang uzur atas sebab-sebab tertentu. Pergerakan bermula di Istana Negara, kemudian ke Parlimen, seterusnya ke Kompleks Bunga Raya KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim di Alor Setar Kedah.

Kami dibahagi-bahagikan tugas mengikut lokasi, amatlah mustahil untuk kami mengikuti konvoi SPB Agong dari Istana hingga ke Alor Setar Kedah, setiap tempat ada jurufoto yang bertugas dan untuk kali kedua saya ditugaskan di Kompleks Bunga Raya KLIA.

Kalau ada yang bertanya mengapa ada acara seperti ini, ianya adalah sedikit sebanyak mengikut sejarah Kesultanan Melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang dalam bukunya bertajuk SULATUS SALATIN atau Sejarah Melayu. Beliau ialah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama. (Saya sendiri belum pernah baca buku tersebut)

Jadi sedikit sebanyak adat istiadat keberangkatan balik ini ialah mengikut tulisan dalam buku tersebut yang telah ditulis lebih 400 tahun dahulu, cuma dulu tiada kereta, kapal terbang dan lain-lain kenderaan modern. Panjang kalau nak sembang lagi, tetapi sedikit sebanyak kita perlu menghargai “Dokumentasi.”

400 Tahun dahulu tiada kamera, yang ada hanyalah cerita, dan cerita yang baik adalah yang dituliskan, sebaiknya dalam bentuk buku, kalau diceritakan dari mulut ke mulut, mungkin banyak yang berkurang, bertambah ataupun jadi cerita lain. Jadi zaman sekarang ini, “Dokumentasi” ini kita boleh buat dalam bentuk Visual, sama ada dengan gambar pegun ataupun dengan video. (Tetapi di Zaman Sosial Media Ini Banyak Jugak Manipulasi ataupun MENIPULASI, So jadilah pengguna Sosial Media yang bijak.

Tips Photography Gambar Keluarga Menggunakan Lensa 50mm

© 2016 Wazari Wazir | Family Photography at Wooden Bridge

Rasanya agak lama juga saya tidak berkongsi tips photography di sini, bukan apa, blog ni pun dah agak lama, dan dah macam-macam tips saya kongsikan di sini. Kepada yang dah lama follow saya di blog ni mungkin dah baca macam-macam tips dan ada antarana tips yang sama, cuma disampaikan dalam cara yang berbeza sedikit.

Apapun di sini saya ingin kongsikan tips photography ambil gambar group photo, terutamanya gambar keluarga ataupun group photo kumpulan yang kecil yang mana kita inginkan background belakang blur atau kabur, dengan menggunakan Aperture Besar. Walaupun tajuk blog post ni menggunakan lensa 50mm, tetapi kalau kita hendak guna 85mm, 105mm, 135mm ataupun 70-200mm pun boleh guna juga tips ini, asalkan anda guna Aperture Bukaan Besar seperti f/2.8, f/4 dan f/5.

Kalau ada yang tanya, kenapa hendak guna aperture besar kalau ambil gambar group photo? Bukankah lebih elok guna Aperture kecil seperti f/8 atau f/11? Sebabnya untuk kita blurkan atau kaburkan background supaya subject kita stand out. Ingat, tujuan kita untuk “Blur-kan” bahagian background.

Sebelum kita fikr kenapa hendak blurkan background, tengok keadaan juga, contoh seperti gambar di atas tu, background hanya pokok kelapa sawit sahaja, tiada apa yang menarik sangat untuk didetailkan, kalau kita melancong ke luar negara dan background kita Masjid Biru di Istanbul ataupun Saint Basil Cathedral di Moscow, dah tentu kita hendakkan background tersebut sharp, jelas subjectnya, rugilah travel beribu-ribu kilometer tetapi background blur. So, kena ikut keadaan dan tempat. Biasa kalau melancong sebaiknya guna Aperture kecil seperti f/8 dan ke atas sebab background destinasi kita berada penting, kecuali kita buat photo shoot portraiture untuk fashion sebagi contoh.

Ok, untuk gambar di atas, saya gunakan lensa 50mm, dan ketiga-tiga gambar saya guna Aperture Besar iaitu f/2.8. Cuma gambar di bawah agak berbeza sedikit sebab saya rakam di waktu lain, di awal pagi yang berkabus, pasal tu nampak lain sikit, setting sama jer, Aperture f/2.8, shutter saya guna 1/640. ISO untuk dua gambar diatas ialah ISO 200 dan yang di bawah ISO 320, tetapi yang utama di sini ialah Aperture untuk blurkan atau kaburkan background.

So, apa tips dia? Tips yang saya hendak kongsikan ialah bagaimana kita boleh dapatkan gambar subject kita sharp semua, walaupun guna aperture besar f/2.8. Rahsia dia ialah pastikan kedudukan kepala subjek berada pada satu garisan lurus, kita tak perlulah nak bawak tali atau pembaris atau kayu nak bagi sama, agak-agak sahaja, biar semua kepala subjek kita satu line, satu baris dan kedudukan mereka semua selari dengan kamera kita., frontal dengan kamera kita.

Kalau barisan kepala tak lurus, ada yang ke depan sikit, ada yang ke belakang sikit, maka dah tentu akan ada subjeck yang blur, dah tentu ada wajah ahli keluarga kita yang tidak sharp, so gambar tak cantiklah sebab ada yang sharp, ada yang tak sharp. So, make sure atau pastikan kedudukan kepala semua subjek kita tu satu baris, sebab depth of field f/2.8 ni shallow, lari sikit jer dari focusing area, memang gambar akan blur.

Selamat mencuba…

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59

59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day
59th Malaysia National Day

© 2016 Wazari Wazir | Department of Information Malaysia | 59th National Day Celebrations | Kuala Lumpur

Seawal jam 7 AM pagi lagi saya dah terpacak di hadapan pentas VVVIP ni, mulanya saya dah rasa cuak juga sebab waktu sampi di sini, hujan mulai turun, silap saya juga tidak buat preparation, lupa nak bawa plastik untuk cover kamera saya, in case hujan lebat. Alhamdulillah dalam pukul 7:30 AM hujan mula reda tetapi sepanjang majlis berlangsung suasana agak mendung.

Walaupun sudut pandang atau posisi saya kali ini berhadapan pentas VVVIP tetapi tidak menjanjikan view yang menarik, salah satu sebab ialah tiada disediakan platform ataupun tangga kambing, so sudut pandang agak mendatar. Platform yang ada hanya disediakan untuk petugas jurukamera video sahaja, untuk kamera statik atau kamera pegun, pandai-pandai cari angle, ada masanya saya perlu naik ke tempat tinggi sedikit, ada batu besar di sana, tempat orang duduk yang saya jadikan platform sementara saya, ada la dalam satu kaki atau dua kaki tinggi.

Tidak banyak gambar menarik kali ini yang dapat saya rakam, terhad kepada pentas VVIP sahaja, saya tak boleh nak tinggalkan tampat saya ini untuk mencari angle lain sebab di lain-lain tempat dah ada jurufoto Jabatan cover, so masing-masing jaga kawasan masing-masing. Yang best kalau free and easy, boleh gerak sana sini dan tidak terikat hanya untuk rakam VVVIP, angle favourite kalau hendak layan patern atau “human pattern” tak lain dan tak bukan di jambatan LRT yang menghubungkan pejalan kaki dari LRT Bandaraya ke SOGO, di sana memang sudut baik untuk layan human pattern.

Memandangkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun ini merupakan penggal terakhir untuk Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, so saya cuba rakam sebanyak-banyak gambar di pentas utama. Tahun hadapan insyaAllah Yang Di Pertuan Agong yang baharu akan mengambil tempat.

Cuma apa yang saya perhatikan, untuk sambutan hari kebangsaan kali ini, jumlah orang ramai yang hadir adalah lebih ramai dari tahun-tahun sebelumnya, memang meriah, meriah sangat tetapi secara jujur, sambutan perarakan dan juga persembahan untuk acara padang adalah sederhana. Sememangnya sederhana itu yang terbaik, bergantung untuk kita menilai dari segi mana.

Bercakap tentang sambutan hari kebangsaan ini, ia juga boleh dijadikan salah satu produk pelancongan sesebuah negara, hanya di waktu ini sahaja kita akan dapat melihat anggota tentera dan juga anggota-anggota beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan yang disaksikan ribuan manusia.

Cuma kalau diberikan kesempatan lagi untuk merakan acara ini di masa akan datang, saya mahu “free and easy” merakam gambar dari sudut pandang orang ramai, baru nampak kemeriahannya. Kepada sesiapa yang membeli akhbar NST, The Star dan juga Utusan Malaysia keesokan harinya, nampak tak, gambar apa yang keluar front page? Bukannya gambar di pentas VVIP, tetapi gambar yang menampakkan ribuan orang terutamanya gambar orang ramai melambai-lambai kepada jaguh sukan Olimpik Rio kita yang menaiki bas dua tingkat.

Cukuplah tu saya share gambar yang agak kurang tahun ini, banyak lagi gambar sambutan Hari Kebangsaan tahun tahun lepas yang saya belum kongsikan, cerita Trans-Siberia saya pun masih tergantung lagi, insyaAllah pelan-pelan kayuh, dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata ni, masa saya jadi semakin terhad, tetapi saya tetap akan kongsikan yang mana sempat, insyaAllah…

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…