» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

 bio picture
  • Welcome to My Blog!

    Hi, I'm Wazari Wazir, Malaysian Photojournalist and also Travel Blogger, working for the Government of Malaysia.

    Will be sharing a variety of travel stories and photographs here and occasionally my recent assignment with the government. I do conduct Photography and Photoshop Workshops if there is any invitations.

    I've Conduct a Photoshop Workshops in IIUM International Islamic University Malaysia (Gombak) and also at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), in Selangor and other Photography Workshops all over the country including Sabah Malaysia North Borneo.

    My Blog is The Winner for Best Photography Blog 2014 during MSMW Malaysia Social Media Week Blogger Awards 2014.

    Thank you for visiting My Blog and if you have any questions, feel free to contact me through my email...

    wazariwazir@yahoo.com | Tel No : + 6012 2812753

Raphael Birthday at Alor Setar Kedah

© 2015 Wazari Wazir | Raphael (centre) Birthday at Alor Setar Kedah

As usual, we don’t normally celebrate a birthday party for our children, this is a photograph of our Son Raphael 4 year old birthday on 7 June 2015. Just a simple small cake with 4 candles and Menara Alor Setar or Alor Setar Tower in the background. Just for the purpose of the photographs, we set up this things for a memory.

This school holidays, we travel to  Malaysian northern state of Perlis, which borders Thailand by train. The train journey took us more than thirteen hours to reach Arau Perlis, it should be just ten hour journey but due to some technical glitch which happens at Butterworth, the train delay for more than three hours.

This is not the first time we as a family travel by train, but this is the very first time we took the longest journey by train with a sleeping berth. Earlier this year we travel all the way to Woodlands in Singapore by train which took us just six hours from Kuala Lumpur.

Times flies, and my son Raphael is four year old already but still, he is my baby. He is the most talkative and super active among our children. Happy Birthday Raphael.

Shukri - Happy Birthday Raphael..semoga menjadi anak yg soleh dan kebanggaan mak & ayah.

Family Outing | Royal Floria Putrajaya

 

© 2015 Wazari Wazir | Family Outing at Royal Floria Putrajaya

For those you guys who have noting to do or have no idea where to take your family this school holidays, I would suggest you to take your family to visit Floria Putrajaya which is happening now until this Sunday 7th June.

There is plenty of activity there including some photography contest. Actually we were really not planning to get here, just an impromptu  decision, I was on assignment on that day and since it went out too early, I decided to take my family here.

The weather was not very good on that day, it was raining just few minutes after our arrival, so we don’t have much time to explore this area fully. There is plenty of attraction for kids and talking about flowers, yes, it is so colourful here. There is also The Spring and Winter Gardens there, but unfortunately we didn’t make it because the queue was too long for us to wait in line.

Just to let you know also, there is an entrance fee before you can get inside ;

For visitors holding Malaysia National Registration Identity Card or MyKad, ticket prices are as follows:

  • Adults (13 years old and above): RM5.00
  • Children (7 to 12 years old): RM1.00
  • Children 6 years old and below: Free

For visitors Not holding Malaysia National Registration Identity Card or MyKad, ticket prices are as follows:

  • Adults (13 years old and above): RM10.00
  • Children (7 to 12 years old): RM5.00
  • Children 6 years old and below: Free

*You also need to pay a separate ticket if you decided to enter The Spring and Winter Garden which is at RM3.00 each while children 4 years and younger enters free.

*Note, Please bring an umbrella with you, and maybe some light snacks also and off-course a camera…

Related Post :

  1. Family Outing Colmar Bukit Tinggi Pahang
  2. Tips Melancong Bersama Keluarga Ke Bali Indonesia
  3. Travel Tips For a Photographer, Do You Need To Carry a Tripod With You?
  4. Family Trips Universal Studious Singapore
  5. Pengalaman Merentasi Russia Melalui Trans-Siberian Railway

Life is a Journey | Life is Like a Train Ride

© 2014 Wazari Wazir | Trans-Mongolian Train Chugging Along The Famous Lake Baikal Of Siberia | Russia

It can be tempting to blame others for our loss of direction. We get lots of information about life but little education in life from parents, teachers, and other authority figures, who should know better from their experience. Information is about facts. Education is about wisdom and the knowledge of how to love and survive.

But no matter how much advice you get, you are the one who chooses which train to board. As you pass through life, pay attention to the signs and stations; if you don’t like the scenery, pull the emergency cord and get off the train. There is no other conductor in charge. There is no one who needs to give you permission to transfer.

This is Your life. Your Journey. Your Trip to Conduct.”

– Bernie Siegel –

Kembara Trans-Siberian Railway | Checklist Barang-Barang Keperluan Semasa Di Dalam Keretapi

© 2014 Wazari Wazir | Bekalan Makanan Di Dalam Keretapi Trans-Siberian Railway

Sebelum saya tulis selanjutnya saya hendak beritahu di sini bahawa tiada train bernama  Trans-Siberian, cuma saya gunakannya kerana ianya adalah nama yang sering kita kaitkan dengan Siberia. Trans-Siberian Railway itu bermaksud jaringan ataupun perjalanan keretapi merentasi Siberia, kalaupun kita tidak menaiki keretapi hingga ke Beijing dari Moscow atu hingga ke Moscow dari Beijing tetapi hanya mengambil sedikit sahaja jarak perjalanan di dalam Siberia, ianya masih lagi boleh dikategorikan sebagai merentas Siberia.

Gambar di atas saya rakam di dalam keretapi bernombor 082 И yang saya naiki dari Kazan menuju ke Irkutsk, pintu masuk ke Tasik Baikal, perjalanan dengan jarak 4250 KM mengambil masa selama 67 jam dan 43 minit tanpa henti (Kecuali berhenti sekejap-sekejap mengambil dan menurunkan penumpang di stesen-stesen tertentu). Cuma nama keretapi ini bukanlah Trans-Siberian Railway, sama macam di Malaysia kita ada keretapi Express Senandung Langkawi, Express Sinaran Selatan, Expresss Senandung Wau dan sebagainya. Cuma jarang kita guna pakai train Trans-Malaya (Size Semenanjung yang agak kecil) kerana kebiasaanya “Trans” ni kita guna pakai untuk sesuatu yang besar seperti Trans-Borneo (Sabah-Sarawak) dan juga seperti watak dalam filem Transformers.

Rasanya cukuplan introduction yang tidak seberapa itu, berbalik kepada kelengkapan ketika di dalam train. Kebiasaannya kepada kaki travel tegar ataupun seasoned traveler mereka dah sedia ada satu senarai barang-barang keperluan yang akan dibawa untuk mana-mana trip, bergantung kepada tempoh masa dan tempat. Ada juga sesetengah traveler yang cukup organised yang mana mereka ada satu beg khas ataupun ada menyimpan satu box khas yang menyimpan barang-barang keperluan untuk kembara. Mereka mungkin akan menambah atau mengurang barang-barang tersebut ikut keperluan.

Untuk tidak membuang masa lagi, saya share kan sedikit sebanyak keperluan-keperluan yang dirasakan sesuai dibawa untuk perjalanan dengan menggunakan keretapi ini yang mengambil masa berhari-hari, sekiranya kita mengambil train ini tanpa henti dari Moscow hingga ke Beijing ataupun dari Beijing hingga ke Moscow, kita akan habiskan masa kita selama enam hari berturut-turut di dalam keretapi, satu tempoh yang agak panjang untuk sebuah perjalanan keretapi.

MAKANAN :

    • Di dalam setiap train yang melalui Trans-Siberia mempunyai “Dining Car” ataupun sebuah gerabak yang menempatkan restoran, kepada sesiapa yang tidak ingin membawa makanan ataupun keputusan bekalan makanan, maka tidak perlu risau, kita boleh sahaja ke dining car tersebut untuk membeli makanan di sana, cuma kebanyakan menu bukan dalam Bahasa Inggeris dan ianya juga agak mahal.
    • Selain daripada itu, sebaiknya sebelum kita menaiki train ini, sama ada kita memulakan perjalanan dari Beijing ke Moscow atau sebaliknya, lebih baik kita pergi shopping dahulu dengan membeli pelbagai keperluan untuk kegunaan kita sepanjang di dalam train tersebut.
    •  Antara barang-barang makanan yang boleh kita beli ; Tea Uncang, Coffee, Nescafe, milo, jangan lupa juga sebaiknya kita ada bawa sebuah thermos size kecil untuk kita isi air panas. Sudu dan garpu jangan dilupa.
    • Selain daripada itu ada baiknya kita beli atau bawa sebuah tupperware kecil size sederhana yang ada penutup tu untuk kita memasak mee segera ataupun untuk kita makan Nestum. Mee segera kita boleh bawa dari Malaysia ataupun kita beli di China atau Russia cuma kena pastikan kandungan perisanya, terdapat banyak perisa di sana yang mengandungi perisa yang tidak halal di makan bagi orang Islam.
    • Pisang ataupun buah-buajhan lain, walaupun tidak boleh bertahan lama, tetapi mungkin boleh kita makan untuk mengalas perut untuk sehari dua sewaktu dalam perjalanan. Kalau tidak mahu bawa pisang, banyak lagi buah-buahan lain yang boleh kita bawa. Oats juga boleh kita bawa.
    • Roti dan jem, biskut-biskut kering, terdapat ramai penumpang di dalam train yang membawa bersama mereka sebungkus roti beserta dengan jem, boleh dimakan untuk sehari atau dua hari perjalanan.

© 2014 Wazari Wazir | Kedai-Kedai Kecil Sepanjang Hentian Keretapi

Selain daripada itu kita juga tidak perlu terlalu risau kerana kebiasaannya di mana sahaja keretapi akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang akan ada kedai-kedai kecil sepertii dalam gambar di atas yang mana kita boleh menambah stok bekalan makanan kita sekiranya kita keputusan bekalan makanan, cuma apa yang saya perhatikan kedai-kedai tersebut hanya dibuka sebelah siang, kalau waktu malam banyak yang dah tutup terutamanya sekiranya kita travel semasa winter. Namun demikian terdapat juga orang yang menjual pelbagai makanan serta minuman di dalam train ini yang bergerak dari satu gerabak ke satu gerabak membawa makanan dengan troli kecil. Kita cuma perlu sediakan wang sahaja.

© 2014 Wazari Wazir | Samovar | Sumber Air Panas

Di dalam setiap gerabak keretapi pula terdapat sebuah “Samovar” yang membekalkan sumber air panas, sepanjang kita berada di dalam train. Air panas ini boleh digunakan untuk merebus telur (memang ada penumpang yang membawa bekalan telur ayam mentah untuk dimasak meggunakan air panas dari samovar tersebut), membancuh tea, memasak mee segera dan macam-macam lagi. Sumber air panas di dalam Samovar ini percuma, kita cuma perlu bawa gelas atau bekas sahaja untuk mengambil sumber air panas ini. Samovar juga boleh dikatakan anatara “Best Friend” kita sepanjang berada di dalam gerabak keretapi ini, masakan tidak, dalam sehari entah berapa kali kita akan berulang-alik ke sini untuk mendapatkan bekalan air panas.

© 2014 Wazari Wazir | Memasak Mee Segera Di Dalam Keretapi | Gambar Rakaman Dari iPhone

HIBURAN, ENTERTAINTMENT :

Untuk menghilangkan rasa bosan menghabiskan masa berhari-hari di dalam keretapi, kita mungkin boleh fikirkan untuk membawa barang-barang ini. iPad yang boleh kita gunakan untuk menonton video atau bermain game, smartphone pun sudah memadai.

Buku-buku terutamanya buku tentang Trip Trans-Siberian seperti dari Lonely Planet ataupun Trans-Siberian Handbook dari Trailblazer, kita boleh merancang ke mana kita hendak pergi sebelum kita tiba di hentian seterusnya. Buku-buku lain pun boleh juga terpulang cita rasa kita.

Mungkin juga kita boleh bawa postcard dari Malaysia untuk diberikan kepada penumpang-penumpang lain di dalam train sebagai tanda persahabatan atau anda mungkin boleh fikirkan tentang cenderamata lain dari Malaysia yang tidak terlalu besar dan mahal serta mudah alih. Ia juga salah satu cara kita untuk perkenalkan Malaysia kepada dunia luar. Matawang Malaysia, duit syiling atau wang kertas RM1 kalau ada.

Foto Keluarga, setiap kali keluar travel, saya sentiasa membawa foto-foto saya bersama keluarga, dan sering saya tunjukkan kepada traveler lain yang saya jumpa. Sewaktu dalam perjalanan dari Ulaanbatar ke Beijing, saya duduk satu compartment bersama tiga lelaki dari Korea Utara, walaupun saya tidak faham Bahasa Mereka dan mereka pun kurang faham bahasa Inggeris, saya berbual dengan menggunakan bahasa badan serta tulisan dan lukisan di atas kertas, bila saya tunjukkan gambar keluarga saya kepada mereka, mereka juga turut mengeluarkan gambar keluarga  mereka dan ditunjukkan kepada saya.

© 2014 Wazari Wazir | Plug Point 220 Volt Yang Terdapat Di Luar Pintu Tandas

Selain dari itu jangan lupa bawa buku Nota, dan jangan lupa catit setiap kenangan yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. KAMERA, antara peralatan atau kepengkapan paling utama, semua orang tak akan lupa hopefully, cuma ada baiknya kita bawa banyak batteri extra, sebabnya tidak banyak terdapat socket untuk kita mengecas batteri kita yang dah lemah, di kebanyakan gerabak socket plug hanya terdapat di luar pintu tandas dan agak ramai orang yang ingin menggunakannya, mugkin cara terbaik kita bawa Expension Plug, jadi ramai orang boleh gunakan socket tersebut.

Jangan lupa bawa International Adapter. Tips dari saya kalau nak guna plug tersebut ialah dengan bangun awal pagi, setkan alarm di smartphone kita, kalau kita bangun awal sebelum orang lain bangun, kita boleh guna pakai dahulu plug point tersebut (atau bawa extra extension plug). Bawa juga extra “Power Bank” untuk keperluan smartphone kita.

Jangan lupa juga pastikan di dalam Smartphone kita ada Apps yang sesuai untuk kembara, antara apps yang mustahak ialah Google Translate (Memerlukan Internet) kita boleh gunakan apps ini untuk berkomunikasi dengan orang asing dalam bahasa mereka, walaupun agak lambat, ia merupakan cara yang baik untuk kita berinteraksi dengan mereka.

Kalau boleh masukkan juga Apps laluan Metro atau Subway tempat-tempat yang kita nak pergi, seperti Apps Metro di Moscow, Beijing, Saint Petersburg, Lebih baik lagi kalau applikasi tersebut kita telah download siap-siap di Malaysia.

PERALATAN LAIN-LAIN :

Antara peralatan lain yang tak kurang pentingnya yang boleh kita bawa ialah “Money Belt” kalau boleh cari yang size agak besar yang juga muat untuk kita simpan Passport, “Money Belt” ini kita pakai di dalam seluar kita, kira macam “pouch bag” cuma nipis dan dipakai didalam seluar, tidak kelihatan dari luar, saya sentiasa memakainya hatta semasa tidur sekalipun, rasa selamat bila Passport serta wang tunai ada pada kita dan setiap kali ke tandas, saya tak pernah tinggalkannya, kecuali kalau kita travel berdua atau berkumpulan, ada kawan yang boleh tengok-tengokkan barangan kita kalau kita ingin ke tandas.

Walaupun ada “Money Belt” itu tak bermakna kita perlu simpan semua wang atau dokumen penting kita di sana, asing-asingkan di pelbagai tempat termasuk di dalam stokin atau kasut tetapi sebelum tu, duit kita tu kita masukkan dalam plastik terlebih dahulu, kalau tidak berbau pulak duit itu.

Baby Wipes” ataupun tisu basah, tidak kurang pentingnya, sekiranya kita travel semasa musim sejuk, badan kita jarang berbau dan orang-orang di negara sejuk jarang mandi tiga kaki sehari seperti kita di Malaysia, tujuan Baby Wipe ni boleh kita gunakan untuk cuci muka, ataupun cuci mangkuk penutup tandas sebelum kita menggunakannya, kita boleh mandi dalam tandas kalau mahu tetapi takut mengambil masa yang agak lama.

Toilet paper jangan lupa juga, serta tuala mandi size yang agak kecil. Janganlah bawa yang tebal-tebal seperti yang disediakan oleh hotel lima bintang. Minyak wangi dan juga sabun mandi serta berus gigi.

Untuk travel musim winter, pakaian yang tebal jangan kita lupa, walaupun suhu dalam train agak panas pasal ada heater sekitar 27 darjah celsius, mungkin juga kita ingin keluar membeli sedikit barangan di hentian-hentian tertentu, maka kita perlu sarungkan baju tebal tersebut sebelum keluar. Jangan simpan downjacket atau wpakaian tebal tersebut di dalam beg, ada baiknya digantung sahaja diruang penyangkut baju yang disediakan.  Selain itu ada baiknya kita membawa selipar, boleh digunakan di dalam train dan juga bawa stoking yang baharu, boleh kita guna pakai semasa tidur.

Selain dari itu, elok asingkan sepasang pakaian bersih ataupun kain sarung untuk kita menunaikan solat, ruang solat memang tiada di dalam train tetapi sekiranya terdapat ruang compartment yang kosong, cepat-cepat kita gunakan untuk bersolat, sekiranya tiada ruang, kita boleh juga solat secara duduk. Kain sejadah yang tidak terlalu tebal juga elok kita bawa bersama, kalau boleh pastikan kain sejadah sentiasa ada dalam backpack kita agar kita tidak terlupa.

First Aid kit ataupun ubat-ubatan yang kita perlukan juga perlu kita asingkan awal-awal sebelum memulakan perjalanan kerana ianya sangat penting. Selain dari itu jangan kita lupa untuk membuat beberapa salinan Passport serta Visa kita dan juga ada baiknya kita simpan juga di dalam email atau cloud storage untuk kita dapatkan kembali sekiranya diperlukan.

Mungkin juga ada banyak lagi perkara atau kelengkapan yang tidak dinyatakan di sini yang mustahak bagi diri anda, apapun tidak perlu sangat kita terlalu perfect dalam menyusun atur semuanya, sebenarnya segala keperluan yang kita perlukan semasa travel akan kita ketahui sendiri melaui pengalaman-pengalaman kita yang telah lepas-lepas.dan juga dengan mendengar pengalaman serta pandangan dari rakan-rakan traveler yang lain.

Sekiranya sahabat-sahabat saya ada ingin menokok tambah apa yang terkurang, boleh maklumkan kepada saya melaui ruangan komen di bawah dan kita sama-sama share untuk manfaat bersama, insyaAllah.

Pengalaman di dalam Train Trans-Siberian ini ibarat tinggal di dalam sebuah bilik hostel yang bergerak (Mobile Hostel), penghuni hostel tersebut silih bertukar ganti dan bergantung pada sesetengah individu, mungkin anda akan cepat berasa bosan ataupun teruja melihat pelbagai aktiviti yang terdapat di dalam train ini. Kalau kita rajin kita boleh berjalan-jalan dari hujung train ke hujung train untuk meregangkan kaki setelah duduk atau baring seharian.

Untuk peminat photography pula terutamanya yang meminati Human Interest, banyak aktiviti yang boleh dirakam cuma bagi saya, cukup untuk saya melihatnya sahaja, be in the moment, ada masa-masanya bila saya melihat sesutau pemandangan yang cantik sedang saya melihatnya dari dalam viewfinder kamera saya, saya letakkan kamera kerana biarlah saya tidak dapat merakamnya asalkan saya boleh lihat keindahan tersebut sepuasnya tanpa ada gangguan dari kamera saya. Mungkin saya rugi kerana terlepas peluang merakam sesuatu yang indah tetapi saya berpuas hati kerana dapat melihatnya tanpa hijab walaupun hanya menerusi cermin tingkap keretapi sahaja.

“If I like a moment, for me, personally, I don’t like to have the distraction of the camera. I just want to stay in it.”

– Sean O’Connell | The Secret Life of Walter Mitty 

Artikel Berkaitan : Trans-Siberian Railway, Berapa Lama Jangkamasa Diperlukan? 

Pilihan Laluan Keretapi : Pilihan Laluan Untuk Memulakan Perjalanan Keretapi Trans-Siberian Railway

*Ikuti Kisah Pengalaman Kembara Trans-Siberian Saya Yang Tersiar di The Vocket

*Kalau Hendak Dengar Cerita Lagi, Mohon Vote For My DiGi WWWOW Award  Here : A Wonderful World Through Photography

azman jumat - Info yang amat berguna… Terima kasih

Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia » - […] Kembara Trans-Siberia, Barang-Barang Keperluan Semasa Di Dalam Keretapi […]

Pengalaman Merentasi Siberia Dengan Keretapi | Trans-Siberian Railway

© 2014 Wazari Wazir | Train K04 (Trans-Mongolian) Leaving Irkutsk Station To Beijing


Siberian_file

© 2014 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway Journey

“It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end.” 

– Ernest Hemingway –

“Cermin, Ya. Tak salah jika orang bilang hidup itu adalah sebilah cermin. Dunia di matamu sesungguhnya adalah cerminan dari hatimu sendiri. Caramu memandang dunia adalah caramu memandang diri. Jika dunia penuh kebencian dan musuh ada di mana-mana, sesungguhnya itu adalah produk dari hatimu yang dibalut kebencian.”

– Agustinus Wibowo –

Apa yang kita cari dalam hidup berbeza-beza dengan orang lain, minat kita juga berbeza-beza. Amat jarang rasanya kita jumpa orang yang tidak kita kenali memakai pakaian yang sama dengan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki melainkan kalau kita sedang dalam kumpulan anggota berpakaian seragam.

Kalau pergi menonton bola dengan memakai jersi pasukan yang kita minati, belum tentu jenama atau jenis kasut yang kita pakai itu sama, kalaupun sama, mungkin seluar yang dipakai itu pula berbeza, begitulah manusia punya minat yang pelbagai.

Berbalik kepada pengalaman, sememangnya bukanlah pengalaman namanya kalau semuanya indah-indah belaka. Apa nikmatnya rasa sihat kalau kita tidak pernah merasa betapa peritnya sakit dan kita mungkin tidak tahu atau faham, mengapa sebahagian daripada orang-orang dari dari negara Europe yang mempunyai iklim empat musim begitu meminati negara tropika yang boleh dikatakan panas sepanjang tahun kalau kita tidak pernah merasa betapa dinginnya musim sejuk, 2,3 hari atau seminggu mungkin seronok main salji, cuba dua hingga empat bulan diselimuti musim sejuk melampau.

Bukan sedikit penduduk di negara-negara sejuk yang menjadi korban akibat kesejukan melampau, tak kurang juga betapa ramai penduduk sesetengah negara yang menjadi korban akibat musim panas yang melampau seperti 45 darjah celsius dan ke atas, jauh lebih panas dari apa yang kita rasa di Malaysia.

Pengalaman saya selama lebih 15 hari di Russia sewaktu musim sejuk atau winter yang lepas mengajar saya erti bersyukur dengan keadaan cuaca di Malaysia, walaupun panas sepanjang tahun tetapi tidaklah sampai 45 darjah celsius seperti di India yang kadang-kadang melebihi 50 darjah celsius, saya pernah travel ke India pada musim panas dan ternyata amat perit berbanding panas di Malaysia.

Bercakap tentang musim sejuk di Russia pula, waktu siangnya sangat pendek, matahari hanya terbit atau kelihatan sekitar pukul 9 AM atau 10 AM dan dalam pukul 4 PM sudah terbenam matahari dan waktu Maghrib pun sudah masuk, pergerakan memang sangat terhad pada waktu itu. Suhu sejuk melampu di Siberia sekitar -20 dan -30 darjah celsius sangat menyiksakan, dan oleh sebab itu sepanjnag perjalanan saya dengan keretapi, amat payah untuk saya lihat orang di luar rumah, hanya sekali sekala sahaja saya nampak ada orang berurusan di luar rumah dan saya tidak nampak anak-anak bermain salji di luar rumah sewaktu melalui Siberia dari tingkap cermin keretapi.

Pengalaman juga mengajar saya bahawa trip menaiki keretapi berhari-hari melaui Siberia atau dikenali juga dengan Trans-Siberian Railway bukan untuk semua orang. Ada orang mungkin akan rasa bosan melihat pemandangan Siberia yang kadang-kadang kosong, di kiri kanan hanya kelihatan pokok-pokok Birch dan Fir dan sekali sekala baru nampak rumah-rumah kayu yang sepi seolah-olah ditinggalkan orang. Mungkin ada yang  tertidur melihat pemandangan yang sedemikian.

Saya pula tidak jemu-jemu  memandang pemandangan di kiri kanan gerabak keretapi kerana bagi saya amatlah rugi untuk melepaskan peluang melihat pemandangan yang bukan setiap hari boleh saya saksikan, saya hanya tidur bila hari keadaan sudah gelap pekat di luar jendela hingga tiada satu subjek pun jelas kelihatan.

Walaupun saya meminati Photography, tetapi amat sedikit gambar yang saya rakam kerana saya tidak mahu tumpuan mata saya terganggu dengan aktiviti mengambil gambar, mungkin ada sedikit kerugian di situ tetapi bagi saya bukan semua keindahan alam itu perlu kita rakam, ada masanya kita perlu nikmatinya sepenuhnya tanpa ada hijab.

Kalau kita lihat gambar-gambar yang saya kongsikan di atas tersebut, ada terdapat gambar-gambar di London dan di Beijing China. Saya sememangnya memulakan trip Trans-Siberia saya dari Kota London, dari sana saya ambil flight ke Saint Petersburg dan dari Saint Petersburg ke Beijing dengan menaiki keretapi.

Sudah tiga kali saya mekukan kembara saya pada musim sejuk atau winter, pertama kali ketika ke Kashmir, kali kedua ke Istanbul dan kali ketiga ke Russia dan hanya dengan melakukan trip pada musim sejuk baru kita akan faham kenapa musim sejuk atau winter adalah “Low Season” untuk orang travel kecuali untuk sesetengah destinasi seperti Swiss yang mana orang ke sana untuk main salji dan juga sesetengah tempat lain seperti di Korea, Winter pun peak season juga kerana ramai orang suka atau terpengaruh  dengan “Winter Sonata”.

Salah satu sebab mengapa summer jadi pilihan orang ramai untuk travel dan kenapa waktu summer kebanyakan tiket kapal terbang dan hotel jadi mahal ialah kerana ramai orang travel waktu ini terutamanya ke negara empat musim, salah satu sebab ialah siangnya yang panjang, jadi banyak aktiviti atau tempat-tampat yang kita boleh lawati.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya ke Amsterdam tahun lepas (Summer) atas urusan kerja, pukul 9 PM pun masih agak terang lagi, lebih kurang macam pukul 7 PM di Malaysia. Bulan May di Amsterdam waktu Maghrib hampir jam 10 PM, kira jam 10 malam matahari baru nak terbenam dan waktu matahri terbit ialah pukul 5:30 am.

Di Moscow pula bulan May sekarang ini waktu matahari terbit dalam pukul 4 Am dan Maghrib atau matahari terbenam dalam pukul 9 PM malam, bandingkan pula dengan bulan December, matahari naik sekitar jam 9 AM dan Maghrib atau matahari terbenam sekitar jam 4 PM, hanya enam atau tujuh jam sahaja daylight yang ada untuk kita bersiar-siar. Dari situ kita boleh nampak betapa beruntungnya kalau kita travel masa summer, banyak waktu untuk kita berjalan-jalan berbanding winter yang mana siangnya pendek dan malamnya panjang.

Cuma bila bercakap tentang Russia ni, orang kata dan saya juga secara personal bersetuju, kalau kita betul-betul ingin melihat Russia kita kena datang pada waktu winter, baru kita boleh nampak orang-orang Russia memakai pakaian yang tebal-tebal dan juga mengenakan topi kepala atau Ushanka yang unik kepada Russia.

Ada sesetengah orang kalau boleh ingin melakukan perjalanan yang best-best sahaja, ke negara-negara yang maju sahaja, yang “bersih-bersih” sahaja dan negara-negara yang mundur, yang tak berapa maju, berdebu dan penuh kekotoran serta hancing di sana sini tidak masuk dalam list mereka, apapun terpulang pada individu masing-masing, terpulang pada cita rasa masing-masing tetapi bagi saya, sesiapa yang dahagakan pengalaman dalam hidup, mereka akan cuba untuk rasa kesemuanya kalau ada peluang dan kesempatan.

© 2014 Wazari Wazir | Sunset in Siberia | Trans Siberian Railway Journey

Kalau ada yang tanya saya “Best ke trip Trans-Siberian Railway ni?”, Jawapan mudah saya, you kena rasa sendiri baru tahu best atau tidak, berbaloi atau tidak, kalau sekiranya kita dah lakukan perjalanan ini dan rasa menyesal dengan perjalanan tersebut, itu sebenarnya mencerminkan siapa kita, bukan best atau tidaknya destinasi atau perjalanan tersebut.

Tetapi bagi saya, di kalangan kaki travel, best atau tidak bukanlah persoalannya tetapi kita kembara untuk menimba pengalaman baru, untuk melihat dunia ini dengan mata kepala sendiri dan bukan hanya mengenali sesebuah negara hanya melalui bacaan-bacaan di majalah pelancongan, bukan hanya melalui dokumentari di kaca TV atau sumber maklumat dari internet semata.

Saya tidak pernah rasa menyesal dengan setiap trip perjalanan yang saya buat kerana semuanya mendewasakan saya, kesemuanya mengajar saya erti kehidupan, mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan dan lebih penting lagi mengajar saya bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Bukanlah satu perkara yang sukar untuk Tuhan jadikan kita semua di dunia ini menyembahNya dan juga bukanlah satu perkara yang sukar sekiranya Tuhan ingin jadikan Iklim di Planet Bumi ini dari Kutub Utara hingga ke Kutub Selatan dan di antara keduanya mempunyai Iklim Tropika yang sama atau memiliki iklim empat musim yang sama, amatlah mudah untuk Tuhan lakukan, tetapi ada sebab dan musababnya dijadikan sedemikian rupa.

Dan bukan juga sukar bagi Tuhan untuk jadikan kita semua berkulit putih dan bermata biru, bertubuh sasa atau langsing serta beramput perang, amatlah mudah bagi Tuhan lakukan. Untuk menjaga 100 atau 200 billion Galaksi  Alam Cakerawala ini pun cukup mudah untuk Tuhan lakukan, apalah sangat untuk mengubah Iklim Dunia dan rupa paras manusia dalam Planet Bumi yang kecil ini.

Mesej saya ialah, berusahalah untuk mengembara, untuk mengenal hati budi saudara sesama kita, baik yang satu agama, satu budaya, satu warna kulit ataupun berlainan agama serta adat dan budaya. Tetapi kita harus mengembara dengan hati serta fikiran yang terbuka, sekiranya kita kembara dengan hati serta fikiran yang tertutup, maka amatlah sedikit manfaat yang akan kita terima.

*How Cold Siberian in Winter?  Come in Person and Feel it Yourself…

*Artikel Yang Berkaitan : Pengalaman Di Dalam Keretapi Trans-Siberian Railway |  Trans-Siberian, Berapa Lama Masa Diperlukan?

 *Ikuti Kisah Pengalaman Kembara Trans-Siberian Railway Saya Yang Tersiar di The Vocket

 

NOTE : Saya bercadang untuk melakukan sekali lagi Trip Trans-Siberian Railway, kali ini bermula dari Beijing menaiki keretapi, merentasi Mongolia, Siberia dan terus ke Moscow di Russia, saya bercadang untuk mencari pihak penaja (Sponsorship) yang berminat mempromosikan jenama anda di Russia secara khususnya dan dunia amnya. Di dalam setiap penulisan pengalaman saya di Blog ini, saya akan mempromosikan jenama anda, mungkin boleh letak banner anda di bawah setiap post artikel yang akan saya tulis nanti.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya melalui email wazariwazir@yahoo.com kita boleh berbincang dengan lebih lanjut.

fairul - sangat memberi inspirasi dan panduan utk saya dan isteri membuat persiapan ke trip trans-siberia nnti in sha Allah.

mungkin sy nak cuba pegi waktu musim bunga atau panas, mungkin lanskapnya lebih hijau… lagi satu sebabnya sy tak tahan sejuk 😀

terima kasih bang wazari atas perkongsian pengalaman ni

Zaini - O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another – 49:13.

Wazari Wazir - @Zaini, tepat sekali, kita perlu travel kalau ada kesempatan dan juga kemampuan supaya kita boleh saling kenal mengenal sesama kita makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa…

Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia » - […] Pengalaman Merentasi Siberia Dengan Melalui Trans-Siberian Railway […]

Kembara Trans-Siberian Railway | Bermulanya Sebuah Pengembaraan » - […] *Artikel Berkaitan : Pengalaman Merentasi Siberia […]