Adventure

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

    © 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia “Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam. Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil…

  • Adventure,  Art,  Travel

    Why I Chose Fujifilm X100T Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography

    Why I Chose Fujifilm X100T  Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography, It’s quite a long title for a blog post, don’t you think so? Anyway, time and time again I get asked a questions regarding a camera choice and I’ve written quite a lot about it, maybe some of you just don’t get it, or simply don’t understand or just don’t want to understand or simply plain ignorance because you have a million dollar in your bank account. Okay, I just want to make it quick here. I want to talk just a little bit about mirrorless camera. There are basically two types of mirrorless camera, one…

  • Adventure,  Travel

    Kembara Trans-Siberian Railway | Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

    Sebelum anda bertanya kepada saya, siapakah gerangan Gadis Russia yang merakam gambar saya ni, biarlah saya jelaskan, gambar ni saya rakam secara “Self-Timer” di mana saya letakkan kamera saya tu pada bahagian tengah antara palang besi yang terdapat di tepi katil atau hadapan tempat duduk saya ni, di bahagian besi tu macam ada satu tapak yang agak rata, actually tapak tu untuk kita pijak dan naik ke bahagian katil sebelah atas, “Upper Berth Sleeping Area.” Banyak kali juga saya rakam untuk dapatkan mood yang saya kehendaki tapi takdelah sampai berpuluh-puluh kali, ada la 3,4,5 kali. Lebih lagi tak berani, takut  kalau-kalau secara  tiba-tiba keretapi brek mengejut, tercampak pulak kamera Fujifilm X100T…

  • Adventure,  Travel

    Kembara Russia | Keindahan Seni Bina Stesen Metro Moscow

    © 2014 Wazari Wazir | Beautiful Moscow Metro Stations | All Photographs Taken With Fujifilm X100T Pernah tak anda menggunakan perkhidmaan LRT di Kuala Lumpur? Pernah tak anda rasa ingin bergambar di dalam Stesen LRT tersebut ataupun mengagumi akan keindahan struktur binaannya dan share gambar tersebut di facebook, twitter atau berkongsi di Instagram? Cuma ada satu ketika dahulu yang tak berapa lama sangat, ada ramai orang share gambar Stasen LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur, bukan sebab nak tunjukkan betapa uniknya senibina Islam di Stesen LRT bawah Tanah Masjid Jamek tetapi hendak bagitahu orang pasal siling Stesen LRT Masjid Jamek tersebut telah runtuh. Berbeza dengan Stesen Underground Metro di Moscow,…

  • Adventure,  Travel

    Kembara Trans-Siberian | Kehidupan ini Adalah Sebuah Pengembaraan

    © 2014 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway Journey | Photograph Taken With Fujifilm X100T “Kehidupan ini ibarat menaiki keretapi untuk satu perjalanan yang panjang.” Saya pernah terbaca kata-kata tersebut di laman sesawang, cuma tidak ingat di mana. Kita bebas melakukan metafora terhadap apa sahaja keadaan yang kita rasakan sesuai mengikut kesesuaian keadaan dan masa, sama ada tepat atau tidak, itu terpulang pada individu menilainya. Cuma realitinya, tidak ada siapapun tahu sama ada kehidupan kita di dunia ini untuk tempoh masa yang panjang ataupun singkat berbanding perjalanan dengan keretapi yang kita sudah tahu tempoh masa bila untuk kita sampai ke destinasi  yang ditujui. Diawal kelahiran kita, kita menaiki keretapi bersama orang…