Adventure

  • Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    Kembara Rentas Russia Jalan Darat | Trans-Siberian-Railroad

    ©  2016 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railroad | National Geographic Magazine | June 1998 Sekali tengok, terus saya jatuh cinta dengan cover majalah National Geographic June 1998 tu, wajah yang penuh misteri bagi saya. Sesuai dengan Russia yang penuh misteri. Dah lama saya mencari majalah ini, sebelum saya ke trip saya ke Trans-Siberia lagi. Sebelum ke sana, saya banyak buat homework atau sedikit research, saja nak cari input atau maklumat yang boleh membantu urusan saya di Russia nanti dan dalam hati terfikir jugak, takkanlah NatGeo tak perna buat liputan atau coverage tentang laluan keretapi yang dianggap antara terhebat di dunia ini. Selain membaca blog-blog pengembara yang pernah ke Russia, saya…

  • Adventure,  Uncategorized

    Lapan Pengembara Berkongsi Cerita, Dalam Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

    © 2016 Wazari Wazri | Kompilasi Travelog 7 Benua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang telahpun berakhir, namun kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk dapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini, jangan bimbang, anda masih boleh dapatkannya secara terus dari saya ataupun daripada 7 penulis yang lain. Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah : Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California) Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert) Meor Farid Asyradi – China (Xining) Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi) Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu) Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez) Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral) Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg) Buku ini mengisahkan perkongsian ringkas pengalaman setiap penulis ketika mereka mengembara ataupun…

  • Adventure,  Art,  Travel

    Kisah – Kisah Sang Pengembara | Kompilasi Travelog 7 Benua

    © 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua Memandangkan sudah ramai yang bertanya tentang buku ini dan Syukur Alhamdulillah, jualan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini juga agak memberangsangkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang, maka kini saya buka untuk jualan secara online. Tak semua orang boleh datang ke sana dan peminat travelog atau buku-buku cerita tentang kisah-kisah pengembaraan ada di seluruh Malaysia, itu tak termasuk di luar negara. Untuk makluman kepada pembeli, supaya tidak keliru, buku Kompilasi Travelog 7 Benua yang setebal 210 muka surat ini termasuk muka surat bergambar bukanlah hasil tulisan seorang penulis, nama pun “kompilasi.” Di dalam buku ini dikongsikan kisah-kisah…

  • Adventure,  Travel

    Ada Apa Dengan Buku Kompilasi Travelog 7 Benua?

    © 2016 Wazari Wazir | Membaca Buku Amalan Mulia | Kompilasi Travelog 7 Benua Kalau diikutkan hati saya nak promote buku Kompilasi Travelog 7 Benua ni guna model dari Russia tu, tapi apakan daya, sebelum buku siap dicetak, model tu dah terbang merehatkan diri. Actually, saya tak mampu pun nak bayar model Russia tu, anyway seprti biasa anak-anak adalah model paling setia, kalau tak setia pun kena dengar dan ikut cakap ayah dia walau terpaksa, kalau tidak, banyak permintaan mereka tak saya tunaikan, HaiQal dah berkali-kali tanya bila nak tengok Captain America Civil War? Sebelum saya promote buku terbaru tulisan saya bersama rakan-rakan kembara lain, saya kongsikan dahulu gambar anak-anak…

  • Adventure,  Travel

    Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

    © 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | Volume I Syukur Alhamdulillah, Akhirnya berjaya juga buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini diterbitkan dan sempat untuk turut serta memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 PBAKL di MAEPS Serdang. Sebenarnya ini adalah hasil perbincangan santai kami sesama kaki kembara untuk menulis buku sendiri, masing-masing mencadangkan orang itu, orang ini untuk hasilkan sebuah buku tentang kisah pengembaraan masing-masing. Namun oleh kerana masing-masing pun sibuk dengan urusan kerja dan juga sibuk travel sana sini, maka untuk menghasilkan sebuah buku khusus untuk menceritakan satu-satu pengalaman secara detail akan mengambil masa yang agak lama. Jadi setelah perbincangan sesama kami, maka kami bersetuju…