Uncategorized

Tidak Lengkap Kembara Ke India Tanpa Merasai Pengalaman Menaiki Kereta Api


© 2010 Wazari Wazir | Bergambar Dahulu Sebelum Meneruskan Perjalanan

© 2010 Wazari Wazir |Entrance New Delhi Railway Station | Pahar Ganj

Trip atau perjalanan ke India tidak akan lengkap rasanya tanpa merasai pengalaman menaiki kereta api di sana. Sama juga ibarat pelancong ke Kuala Lumpur, tidak lengkap perjalanan kita sekiranya kita tidak mencuba menaiki LRT/MRT dan juga melihat Menara Berkembar Petronas dengan lebih dekat lagi. Di India, selain Taj Mahal, pengangkutan kereta api di sana juga merupakan salah satu tarikan utama pengembara atau backpackers ke sana. Saya tak sebut “pelancong” sebab kebiasaanya pelancong tak naik kereta api biasa yang penduduk tempatan gunakan, mungkin mereka memilih kereta api mewah seperti The Maharajas Express. Pelancong kebiasaanya ingin bercuti, bersenang lenang dengan sedikit kemewahan.

Dipendekkan cerita sebab malas nak tulis panjang, saya nak kongsikan cara nak beli tiket kereta api di India, iaitu di New Delhi. Betul, kita boleh beli secara atas talian atau online, tetapi agak rumit sedikit. Jadi di sini saya nak sharekan cara beli di kaunter.

Selain di New Delhi kita boleh juga beli tiket kereta api di India ni di mana-mana stesen kereta api, untuk perjalanan ke seluruh negeri di India. Selain di New Delhi, saya juga pernah beli tiket kereta api secara walk in di Jaipur.

Stesen Kereta Api New Delhi (Stesen Keretapi Utama Di New Delhi) terletak tidak jauh dari Pahar Ganj, di mana kebanyakan backpackers tinggal. Sekiranya kita menginap di sekitar Pahar Ganj, kita boleh sahaja berjalan kaki untuk ke Stesen Kereta Api seperti dalam gambar di atas.

Ada banyak Stesen Keretapi di New Delhi ni, jangan keliru. Bukan seperti di Kuala Lumpur, stesen terbesar ialah KL Sentral dan di Stesen lama di Kuala Lumpur.

Di bawah ini saya listkan sedikit :

  1. New Delhi Railway Station (Main Terminal) NDLS
  2. Old Delhi Railway Station DLI
  3. Hazrat Nizamuddin Railway Station NZM
  4. Anand Vihar Terminal Railway Station ANVT
  5. Delhi Sarai Rohilla Railway Station DEE
  6. Delhi Shahdara Railway Station DSA
  7. Delhi Cantonment Railway Station DEC

Jadi bagaimana cara nak beli tiket secara walk in di New Delhi? Kebiasaanya backpacker akan tinggal di Pahar Ganj sebab kita dekat dengan Stesen Keretapi New Delhi iaitu stesen keretapi utama di New Delhi.

Lokasi Stesen Keretapi New Delhi ini terletak seberang jalan menuju ke Main Bazaar Road, kita boleh nampak papan tanda ataupun pintu gerbang New Delhi Railway Station seperti yang saya kongsikan di atas. Stesen keretapi ini besar, tak susah nak cari, kalau tak jumpa juga, tanya saja pada orang yang ada di sana, jangan beritahu anda nak beli tiket, cakap nak jumpa kawan sahaja. Bukan apa takut ada ulat tiket mencari mangsa.

cabaran akan bermula tatkala kita mula melangkah masuk ke dalam pintu gerbang tersebut, akan ada ulat-ulat tiket, sama ada ulat tiket yang betul-betul menjual tiket dengan mengambil sedikit komisen atau keuntungan ataupun ulat tiket yang menjual tiket palsu semata-mata. Jadi macam mana nak elakkan supaya tidak ditipu?


“Be like a train; go in the rain, go in the sun, go in the storm, go in the dark tunnels! Be like a train; concentrate on your road and go with no hesitation!”


-Mehmet Murat ildan-

Sewaktu di sana, kami juga didatangi oleh beberapa orang yang menjual tiket, nampak kami bawa backpack, dah tentu mengagak kami nak beli tiket kereta api, mereka offer nak bawa ke pejabat mereka untuk beli tiket. Saya kata saya nak cari International Tourist Bureau Office, ada ulat tiket tu beritahu Pejabat Tourist Bureau tu tutup sebab ada sedikit renovation dan kata mereka, pejabat tu dah pindah tempat lain, jadi mereka nak bawa kami ke sana. Saya tak puas hati, nak tengok juga sendiri.

Kepada yang tidak tahu, Perkhidmatan keretapi di India ada menyediakan kuata khas untuk pelancong/foreigner, terutamanya yang datang walk in. Di Stesen Keretapi New Delhi ini, pejabatnya terletak di tingkat 1, kita kena masuk ke dalam dan cari tangga sebelah kanan untuk naik ke tingkat 1 dan cari pejabat tersebut.

Di bahagian bawah ada juga kaunter menjual tiket tetapi itu adalah untuk orang tempatan, sekiranya kita cuba nak beli tiket untuk perjalanan hari yang sama atau keesokan harinya di kaunter di bawah, kemungkinan besar tiket tiada, sebab kebiasaanya rakyat India akan membeli tiket berbulan-bulan lebih awal dari tarikh mereka hendak berlepas.

Di bawah ini saya kongsikan video yang saya jumpa di youtube, lokasi International Tourist Bureau di New Delhi Railway Station.

https://www.youtube.com/watch?v=-Bu2sg8U0F4
New Delhi International Tourist Bureau Office

Sampai sahaja di bahagian atas, ada satu bilik yang boleh dikatakan agak besar juga, di sinilah kita berurusan, untuk memudahkan kita, sebaiknya kita buat homework dulu, ke mana kita nak pergi dan jenis kereta api yang mana satu.

Sebab ini akan memudahkan kita mengisi borang nanti. Ya, kita kena isi borang dahulu, destinasi mana kita nak pergi, kereta api yang mana satu, pukul berapa, berapa haribulan. Kalau maklumat dalam borang ni lengkap, akan mempercepatkan lagi proses kita mendapatkan tiket. Cari dulu form atau borang tu, isikan dan baru dapatkan token untuk no giliran.


© 2010 Wazari Wazir | Tiket Keretapi India

Kita boleh beli banyak tiket di sini, untuk kesemua destinasi perjalanan di India. Contoh waktu ni saya beli tiket ke Jodhpur dari New Delhi dan selepas itu, saya juga beli tiket untuk perjalanan dari Jodhpur ke Jaipur, dan begitulah seterusnya. Cuma semasa di Jaipur saya beli tiket di kaunter tiket di sana (walk in) sebab saya tidak pasti bila akan bergerak dari Jaipur untuk ke Agra (Taj Mahal).

Cuma ingin saya beritahu di sini, tiket yang kita beli di sini untuk ke destinasi tertentu di India tidak semestinya kereta api tersebut akan berlepas dari stesen ini, Stesen Keretapi New Delhi ini maksud saya. Kita kena tengok balik tiket kita. Seperti yang saya beritahu di Delhi ada lebih dari satu stesen keretapi.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin ke Agra, kemungkinan besar kita perlu ke Stesen Keretapi Nizamuddin ataupun Old Delhi dan bukannya berlepas dari stesen yang kita beli tiket ni. Jadi kena tengok tiket betul-betul dan kalau tak pasti tanya kepada pegawai yang menjual tiket tersebut.


© 2010 Wazari Wazir | Old Delhi Railway Station

© 2018 Wazari Wazir | Old Delhi Railway Station

Sebagai contoh gambar di atas, untuk ke Jodhpur dari New Delhi, kami perlu menaiki kereta api dari Stesen Keretapi Old Delhi dan bukannya dari Setsen Keretapi New Delhi yang jaraknya boleh tahan jauh juga. Walaupun tiket saya beli di Stesen New Delhi, tidak semestinya saya perlu naik di sana. Kalau saya tunggu di Stesen Keretapi New Delhi, alamatnya terlepas kereta api lah kami.

Di bawah ini saya kongsikan lagi beberapa keping gambar yang pernah saya kongsikan di blog ini lebih kurang 9 tahun yang lalu, sewaktu trip kami ke India pada tahun 2010.


© 2010 Wazari Wazir | Rajasthan Journey

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

© 2010 Wazari Wazir | Backpacking India

Bagi saya tidak lengkap trip ataupun kembara kita di India sekiranya kita tidak pernah mencuba ataupun takut-takut untuk mencuba menaiki perkhidmatan kereta api ini. Memang banyak cabarannya tetapi cabaran itulah yang menjadikan trip ataupun kembara ke India lebih bermakna. Selain, menaiki kereta api 2nd Class AC yang ada aircond, kami juga pernah naik kereta api 3rd class India yang panas (waktu summer) tanpa aircond, yang ada hanya kipas sahaja, tetapi cukup happening.


© 2010 Wazari Wazir | 3rd Class Indian Train

© 2010 Wazari Wazir | 3rd Class Indian Train

© 2010 Wazari Wazir | 3rd Class Indian Train

Sembang panjang pun tak guna juga sebenarnya, jangan pening-pening kepala, start planning, and get moving, The Adventure is Out There…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.