Adventure,  Family,  Life,  Photojournalism,  Travel

TIPS FOTOGRAFI | MEMILIH LENSA YANG SESUAI UNTUK POTRET KELUARGA

© 2012 Wazari Wazir | My Family at Cameron Highlands | Lens 24mm

Pertama sekali yang perlu kita ingat ialah, kamera hanyalah alat untuk merakam gambar atau video, kerana sekarang ni kebanyakan kamera mempunyai keupayaan merakam video juga. Untuk menghasilkan gambar yang menarik ataupun sedap dipandang mata kita memerlukan kemahiran ataupun sedikit ilmu dalam bidang fotografi, kerana tanpa ilmu, tidak mungkin kita dapat memanfaatkan peralatan fotografi yang kita ada.

Sebab itu tidak hairan jika kita lihat sesetengah orang yang berwang, kejap-kejap tukar kamera, beli lens baru, jual lens lama, jual kamera lama, beli kamera baru, walaupun peralatan yang sedia ada masih lagi baik untuk digunakan. Duit masing-masing, lantak pi lah kan.

Dipendekkan cerita, saya ingin bercakap tentang lensa kamera. Kena ingat satu, tiada satu lensa kamera yang sesuai atau boleh cover semua keadaan. Kalau ada satu lensa kamera boleh digunakan untuk apa sahaja keadaan, maka tak perlulah pembuat kamera mencipta pelbagai jenis lensa dan size, cukuplah concentrate cipta satu lensa yang boleh digunapakai untuk semua keadaan. Photographer pun tak perlu nak bawak beg besar-besar, letak macam-macam jenis lensa.

Sama juga macam subjek yang saya nak tulis ni, tentang potret, saya letak tajuk potret keluarga, sebab kalau bab potret untuk komersial, itu dah masuk bab lain. Sebab kalau dah masuk bab  komersial tu, kira dah level otai, dah ada ilmu dalam bidang fotografi, baru berani nak buat business.

Untuk sekadar merakam potret keluarga, sama ada until gambar potret seorang individu atau secara berkumpulan, lens apa yang datang sekali dengan kamera kita sudah memadai, cuma ada sesetengah lensa yang mungkin mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan hati kita berbanding lensa yang lain.

Kebanyakan kamera DSLR biasanya datang dengan Kit-Lens, iaitu Zoom Lens, sama ada 18-55mm, 24-70mm, 24-120mm, 24-105mm, 18-105mm. Pendek kata dari lensa sudut luas sampailah ke moderate telephoto. Di bawah ini saya kongsikan jenis-jenis lens yang saya gunakan dan hasilnya.

© 2012 Wazari Wazir | My Family at Cameron Highlands | Lens 24mm

Gambar di atas, iaitu gambar isteri saya bersama anak kami Raphael dirakam menggunakan lensa prime 24mm, lensa prime ni ialah lensa statik, maksudnya bukan lensa yang kita boleh zoom-in atau zoom-out, maksudnya kalau kita hendak subjek dalam gambar tu besar, kitalah yang kena berjalan menghampiri subjek dan andaikata kita inginkan subjek tersebut kecil dalam frame, kitalah yang kena zoom-out dengan kaki kita untuk berundur ke belakang.

Lensa 24mm termasuk dalam kategori Wide Angle Lens atau lensa sudut luas, maksudnya jika kita pasang lensa wide angle pada kamera kita, pemandangan yang dapat kita lihat di dalam frame agak luas, biasanya orang guna untuk merakam gambar pemandangan atau landscape, jarang orang guna lensa 24mm untuk tujuan merakam gambar potret, kerana kalau tidak biasa guna, akan banyak ruang kosong dalam gambar dan subjek akan kelihatan sangat kecil dan kurang memberi impak.

Di sini saya bukan hendak ajar bagaimana hendak guna tetapi lebih kepada berkongsi idea dan pengalaman, sebabnya cara mana kita hendak rakam adalah mengikut citarasa kita sendiri dan saya tidak akan memaksa anda untuk terima citarasa atau cara saya merakam gambar.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah, bagi jurufoto yang berpengalaman mereka akan gunakan lensa sudut luas ini, iaitu lensa antara 18mm, 20mm, 24mm, 35mm untuk merakam gambar potret ataupun gambar orang dan juga persekitarannya. Dalam photography kita sebut “Environmental Portraiture.”

Contoh dalam gambar di atas, saya ingin menunjukkan gambar isteri dan anak saya bersama persekitaran ladang teh yang luas terbentang. Lensa 24mm yang saya gunakan dapat merakam elemen yang saya perlukan dalam gambar. Cara yang saya gunakan ialah dengan merakam gambar sedekat yang boleh dengan subjek saya, iaitu isteri dan anak saya, supaya mereka kelihatan besar dan dominan dalam gambar.

Kebiasaanya untuk rakaman dalam studio, untuk gambar formal potret dari hujung rambut sampai paras bahu atau dada, sangat jarang jurufoto menggunakan lensa sudut luas ini, kecuali untuk kesan khas tertentu atau konsep tertentu. Semasa trip saya bersama keluarga ke ISTANBUL pada tahun 2013, hampir 90% gambar yang saya rakam di sana menggunakan lensa prime 24mm dan selebihnya 50mm. Saya bawa dua lens sahaja ke Istanbul sebab yang penting “Environmental Shot.”

© 2018 Wazari Wazir | My Children | Lens 24-120mm at 35mm
© 2018 Wazari Wazir | My Children | Lens 70-200 at 200mm

Untuk gambar di atas jambatan kayu ini, (gambar ini dirakam selepas pulang dari klinik, sebab Arianna demam) saya hendak tunjukkan perbezaan hasil gambar sekiranya kita merakam gambar dengan lensa sudut luas dan juga dengan telephoto  lens iaitu 70-200mm.

Gambar yang di atas sekali tu saya setkan lensa 24-120mm saya kepada 35mm. Nampak tak background yang agak berserabut di ladang kelapa sawit ni. Nampak macam mengganggu pemandangan bagi saya. Size gambar anak-anak saya masih sama cuma sewaktu saya rakam guna lensa 24-120mm, kedudukan saya dengan anak-anak saya agak hampir, kira kalau saya nak cubit mereka pun hampir boleh sampai tangan saya, berbeza dengan gambar kedua yang mana saya terpaksa duduk jauh sedikit dari mereka, dalam jarak lebih kurang 5 meter dari anak-anak saya.

Sama seperti gambar di ladang teh Cameron Highlands tersebut, lensa sudut luas iaitu 35mm, memberi sedikit gambaran persekitaran di mana subjek berada, manakala lensa Telephoto yang saya setkan pada 200mm, gambar subjek lebih menonjol. Gambar yang dirakam dengan lensa 70-200mm nampak lebih timbul dan wajah subjek kelihatan agak lembut, sebabnya ialah kerana sudut ataupun bahagian yang sharp atau tajam dalam gambar sangat terhad, iaitu lebih kepada titik fokus lensa kita dan sekiranya anggota tubuh badan kita lari daripada titik fokus kamera, maka hasilnya akan sedikit soft atau blur.

Dan kerana kesan “Soft” atau “Blur” inilah maka lensa telephoto antara 85mm dan ke atas menjadi pilihan jurufoto potret professional. Kalau anda pernah tengok gambar-gambar seorang jurufoto dari Russia, Elena Shumilova yang sering merakam gambar anak-anaknya yang kelihatan seperti lukisan, ialah kerana dia sering menggunakan lensa 50mm dan juga 135mm untuk merakam gambar anak-anaknya, hasilnya gambar nampak lembut seolah-olah macam lukisan.

Berbalik kepada gambar anak saya di atas, ianya bergantung kepada taste atau cita rasa kita yang berbeza, secara peribadi p bagi saya, sekiranya saya merakam gambar anak-anak saya di luar rumah, di kawasan lapang, saya lebih suka guna lensa 50mm dan juga telephoto lens, kecuali di tempat-tempat tertentu yang mana, pemandangannya menambah nilai cerita kepada gambar, seperti di kawasan sawah padi, di ladang teh, ataupun di tengah-tengah bandar yang mana ada landmark atau ikon tertentu yang yang boleh menambah nilai cerita pada gambar.

© 2017 Wazari Wazir | My Little Baby Rafique | Lens 50mm | f/2

Untuk gambar anak saya Rafique di atas ni, saya menggunakan Lensa 50mm, jarak saya dengan baby agak dekat. Sama ada kita ingin rakam gambar anak kita dengan menggunakan kamera smartphone, lensa wide angle 24/35mm terpulang kita tetapi hasil yang diberikan tidak sama dan ini juga bergantung kepada kepuasan hati saudara saudari sendiri yang memandangnya. Nampak tak bahagian kaki hadapan anak saya kelihatan agak kabur, manakala bahagian mata anak saya kelihatan jelas atau tajam.

Salah satu kelebihan lensa Telephoto untuk rakaman potret ialah “Selective Focusing” iaitu ianya memberikan kita kelebihan untuk memilih bahagian mana untuk kelihatan lebih tajam atau sharp dalam gambar. Lensa wide angle pun boleh juga kita buat “Selective Focusing” dengan menggunakan aperture besar, tetapi kesannya tidak terllau menonjol sangat berbanding “Selective Focusing” menggunkan lensa telephoto.

Kalau kita hendak semua bahagian subjek kita kelihatan sharp atau tajam, lebih baik guna lensa Wide Angle seperti 24mm atau 35mm, sebabnya sangat jarang orang guna Telephoto lens seperti 85mm atau 70-200mm dan menggunakan Aperture F/22 untuk merakam potret manusia. Harus diingat bahagian paling penting sekali di wajah manusia yang perlu sharp atau tajam ialah bahagian matanya.

Kena focus pada bahagian mata kecuali kita nak highlight bahagian lain di wajah manusia yang agak unik atau seksi seperti memiliki bibir seseksi Angelina Jolie, kita nak highlight bahagian bibir ataupun kita nak highlight bahagian hidung suku kaum tertentu yang memakai tindik yang unik dan menarik, kalau itu alasan anda, tiada masalah kalau bahagian tertentu lebih sharp atau tajam dari mata individu terbabit.

© 2017 Wazari Wazir | My Children at Wooden Bridge | Lens 70-200mm

Gambar yang di atas ni saya menggunakan lensa 70-200mm. Sama ada kita ingin merakam gambar menggunakan lensa Wide Angle ataupun Telephoto Lens adalah bergantung kepada kepuasan hati anda dengan output yang dihasilkan, namun deminkian, skill atau kemahiran anda menggunakan lensa tertentu juga akan memberi kesan terhadap gambar yang dihasilkan.

Sekiranya kita hanya sekadar ingin merakam gambar keluarga secara santai, tak perlu hendak fikir kamera apa atau lensa apa yang hendak digunakan, kamera dari smartphone pun sudah memadai bagi kebanyakan orang.

Sekiranya kita ingin gambar kenangan bersama keluarga ketika mengunjungi tempat-tempat tertentu, sebagai contoh, keluar melancong atau berkunjung ke rumah saiudara mara, maka lensa wide angle ataupun kit-lens yang datang bersama kamera anda sudah memadai.

Senang cerita, mereka yang membeli kamera DSLR ataupun High End Compact kamera adalah golongan yang agak serius atau mempunyai minat yang lebih mendalam terhadap photography berbanding kebanyakan orang. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia DSLR, dan ingin mencuba telephoto lens, mungkin boleh mulakan dengan Lensa 50mm, sama ada f1/8 atau f/2.8. Lensa 50mm f1/4 atau 1/2 mungkin agak mahal bagi sesetengah orang.

Selepas itu mungkin anda ingin mencuba lensa 85mm atau 135mm atau terus kepada lensa 70-200mm yang lebih flexible.

Kepada yang berkata “Patutlah Gambar Cantik, Guna Kamera dan Lensa mahal Rupanya.” Gambar cantik atau menarik itu subjektif dan kamera yang mahal serta lensa yang bagus bukan jaminan gambar anda secara automatik akan  menjadi hebat. Ianya perlu juga diiringi dengan skill atau kemahiran menggunakannya.

Selain itu faktor-faktor luaran, seperti persekitaran, faktor cuaca,  mood atau expressi subjek kita, pakaian yang dipakai oleh subjek, keadaan cahaya persekitaran, dan banyak lagi faktor luaran yang tiada kena mengena dengan peralatan kamera kita juga turut memberi kesan terhadap kualiti gambar yang dihasilkan.

Sebagai penutup, rakamlah sebanyak-banyaknya gambar keluarga anda terutamanya gelagat anak-anak kita yang masih kecil kerana mereka bukan selamanya menjadi anak kecil atau kanak-kanak, bila mereka dah meningkat remaja nanti, mungkin mereka tak mahu bergambar dengan kita, mungkin mereka lebih selesa berswafoto atau selfie sesama kawan-kawan.

***Artikel Berkaitan : Tips Fotografi | Pemilihan Lensa Untuk Fotografi Kembara (Travel Photography)

“If these picture have anything important to say to future generations, it’s this, I was here, existed. I was young, I was happy, and someone cared enough about me in this world to take my picture”

– Robin Williams –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.