Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel

KEMBARA DI MUNCAR BANYUWANGI | INDONESIA

© Wazari Wazir 2017 | Muncar Fishing Village | Banyuwangi
© Wazari Wazir 2017 | Muncar Fishing Village | Banyuwangi
© Wazari Wazir 2017 | Muncar Fishing Village | Banyuwangi

 

Mulanya saya nak tulis tajuk Kembara Fotografi di Muncar Banyuwangi, tetapi memandangkan gambar yang dirakam di sini tidak banyak mana, tambahan pula ini memang bukan trip fotografi, jadi saya tukar tajuk.

Banyuwangi merupakan destinasi akhir perjalanan Kembara Trans-Java saya sebelum ke Surabaya dan pulang ke Malaysia. Di kalangan pelancong, Banyuwangi kurang popular kecuali untuk mereka yang ingin ke Gunung Raung ataupun untuk ke Kawah Ijen, cuma kawasan perkampungan yng saya kunjusngi ini mungkin lagi kurang dikenali para pelancong, tetapi daerah kampung nelayan Muncar ini cukup terkenal dengan Pesta Petik Laut Banyuwangi.

Petik Laut ialah sebuah pesta atu mungkin boleh juga dikatakan sebuah Ritual khususnya buat para Nelayan di Kampung Muncar ini mengucap syukur atas limpahan rezeki dari laut.Kebiasaanya ia akan diadakan pada pertengahan bulan Muharram setiap tahun. Anda boleh google sendiri tentang ritual Petik Laut kalau berminat.

Saya tertarik untuk ke Kampung Muncar ini setelah terlihat sebuah gambar puluhan perahu-perahu besar yang cantik dan unik di laman internet yang terdapat di sebuah tempat di Indonesia. Jadi google tempat tersebut dan baru saya tahu bahawa lokasi gambar tersebut dirakam adalah di Kampung Nelayan Muncar Banyuwangi.

Awalnya kedatangan saya ke sini memang ingin rakam sebanyak-banyak gambar di sini, tetapi bila sampai di sini lain pula jadinya, tak sampai hati pun ada. Nak sampai sini cukup susah, dah sampai gambar pulak tak banyak dirakam, sebagai seorang peminat fotografi, mungkin rasa kerugian kerana gagal dimanfaatkan peluang yang ada sebaiknya, tetapi dalam kekurangan gambar tersebut, saya dapat pengalaman yang lebih berharga dari gambar-gambar yang cantik.

Untuk ke Muncar ini, jalan terdekat ialah dengan menaiki kereta api dari Surabaya ke stesen kereta api Rogojampi, dan dari sini kita boleh naik Ojek atau motosikal  dan mereka boleh bawa ke sini dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang  30 minit dengan jarak lebih kurang 25KM. Kalau dari Stesen keretapi Rogojampi tu, kalau hendak ke Muncar, beritahu pada Ojek tersebut yang anda mahu ke Pelabuhan Muncar.

Selain menaiki kereta api yang mengambil masa hampir enam jam dari Surabaya ke Rogojampi, kita boleh juga menaiki kapal terbang dari Surabaya ke Bandara (Airport) Blimbingsari yang sekarang ini telah ditukar nama ke Bandara Banyuwangi. Jarak dari Lapangan Terbang Banyuwangi ke Kampung Nelayan ini lebih kurang 20KM juga, jadi kalau anda hendak cepat dari Surabaya ke sini, boleh pilih untuk menaiki Kapal Terbang yang mengambil masa lebih kurang 50 minit sahaja.

Untuk sebab mengapa dan kenapa saya kurang mengambil gambar di sini, rasanya terlalu panjang untuk saya tulis di blog ni, tambahan pula ramai dikalangan kita tak punya banyak masa untuk membaca, cuma apa yang ingin saya tulis aialh, saya banyak luangkan masa berbual-bual dengan pendduk kampung di sini terutamanya dengan lelaki atau abang yang berbaju belang merah dalam gambar di atas tu, iaiatu Bapak Suprapto, orang Madura yang telah lama menetap di Banyuwangi.

Banyak masa saya habiskan di warung kecil beliau, sambil berkongsi cerita tentang kehidupan, tidak sampai beberapa jam ketika saya tiba di sini beliau mengajak saya dan rakan saya Azmi ke rumah beliau untu berehat-rehat atau untuk menumpang mandi.

Di hadapan warung kopi kecil beliau ialah laut dan di sanalah banyak perahu-perahu sedang berlabuh. Hati memang meronta-ronta untuk mengambil gambar tetapi rasa macam kurang enak atau tidak manis, kita yang baru sampai ke kampung orang atau yang baru sampai ke dalam “Rumah Orang” terus “menjamah” apa sahaja yang ada dalam rumah tersebut tanpa mengenali tuan punya rumah terlebih dahulu.

Cukuplah setakat ini dahulu, nanti saya sambung lagi kisah perjalanan saya dari Setsen Rogojampi ke sini, bagaimana saya rasa seperti hendak dirompak sewaktu menaiki Ojek ke sini dan bagaimana saya dapat menumpang tidur di surau kecil di belakang warung tersebut.

Lebih seminggu saya berkelanan dari Jakarta hingga ke Bali dan terus ke Banyuwangi, bagi saya pengalaman di Kampung Muncar Banyuwangi ini adalah pengalaman terindah saya sepanjang Trip Trans-Java. Walaupun saya tiada gambar WOW untuk dikongsikan, cukuplah kalau saya katakan, kini saya temui apa yang sebenarnya yang saya cari dalam setiap pengembaraan saya.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.