Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel

Mount Kinabalu International Climbathon 2017, Sabah, Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

© Wazari Wazir 2017 | 30th Mount Kinabalu International Climbathon | Sabah | Malaysia

Killian Jornet, Scott Jurek, Ann Trason, Anna Frost, Safrey Sumping, Marco De Gasperi, Sandi Menchi, Tahira Najmunisaa Muhammad, kenalkah anda dengan nama-nama yang saya sebutkan di sini? Sekiranya anda mengenali salah seorang dari mereka tanpa bantuan Pakcik Google, anda adalah sebahagian kecil peminat sukan Ultra Trail Running atau Ultra Marathon, cuma untuk larian Gunung Kinabalu atau Kinabalu International Climbathon ini jarak larian tidaklah sampai 42Km, tetapi bagi saya ianya tetap mencabar.

Kalau saya sebut Hafiz Jantan, Nazmizan Muhammad, Jegathesan, Watson Nyambek,  Usain Bolt, Ben Johnson, Florence GriffithJoyner atau  (Flo-Jo) mungkin agak ramai yang mengenali nama-nama ini. Walaupun ramai peserta yang menyertai acara Marathon atau Ultra-marathon atau Trail-Running berbanding larian pecut Sprinter 100 atau 400 meter namun ianya bukanlah sukan yang popular, yang mana kebanyakan lagenda ataupun pemegang record Ultra-marathon atau Ultra Running dikenali ramai sebagaimana pemegang rekod larian pecut Sukan Olimpik.

Apa yang nak saya tulis di sini ialah sukan Ultra-Trail Running, larian di kawasan pergunungan, ataupun Ultra-Marathon, larian yang lebih daripada 42km, atau lebih 100KM ada peminatnya yang tersendiri, bagi saya ianya adalah sukan bertaraf extreme.

Larian Gunung Kinabalu ataupun Mount Kinabalu International Climbathon ini pun rasanya tak ramai rakyat Malaysia tahu sedangkan pada tahun ini, tahun 2017, ia sudah memasuki kali yang ke-30.

Selain larian di Gunung Kinabalu, di Semenanjung Malaysia pun banyak juga larian seperti ini, seperti Larian Gunung Stong, Larian Gunung Tahan (Tahan Challenge), Sungai Menyala Forest Trail, Larian King of Sungai Lembing dan beberapa lagi acara seumpamanya di Malaysia ini, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang tahu, iaitu mereka yang meminati sukan lasak ini, dan hanya sesama mereka sahaja yang tahu “Otai” ataupun Wira  masing-masing dalam sukan extreme ini.

Agak lama saya ingin merakam Climbathon ini, cuma belum berkesempatan sahaja. Alhamdulillah pada tahun 2016 dan pada tahun ini saya berkesempatan untuk buat liputan Kinabalu  Climbathon ini, cuma untuk untuk dua tahun berturut-turut ini, keadaan cuaca agak kurang baik di kawasan puncak Gunung Kinabalu.

Sepatutnya peserta Climbathon akan berlari hingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu Low’s Peak, tetapi memandangkan keadaan cuaca yang sangat teruk pada tahun lepas (2016) dan tahun ini, larian hanya sampai di Panar Laban sahaja sebelum peserta larian turun ke Timpohon semula.

Cuaca pada tahun ini adalah lebih teruk dari tahun lepas, sepanjang pendakian saya sehari sebelum pertandingan, bermula dari Timpohon Gate hingga ke Laban Rata, hujan turun tak berhenti-henti. Memang agak bahaya, bahaya kalau tergelincir, jatuh dan tergolek di atas anak tangga yang ada di sepanjang laluan ini.

Untuk pengetahuan terdapat dua orang petugas Climbathon terkena Hypothermia sehari sebelum larian bermula, dengan keadaan hujan yang berterusan, ditambah lagi dengan suhu di kawasan pergunungan yang tersangat sejuk, Hypothermia mudah berlaku dan Hypothermia ini kalau lambat dirawat boleh memudaratkan nyawa. So anda boleh bayangkan, sejuk tak sejuk suasana di atas.

Pihak media boleh memilih untuk buat liputan sama ada di bawah iaitu di kawasan Starting Point sebelum pondok Timpohon atau boleh memilih untuk buat liputan di Laban Rata atau di Puncak Gunung kalau keadaan mengizinkan, cuma tempat untuk media di atas agak limited kerana ruang di Laban Rata yang terhad.

Pihak penganjur pula hanya akan membenarkan pihak media yang pernah ada pengalaman buat liputan sukan sebegini ataupun pernah mendaki Gunung Kinabalu ataupun gunung-gunung lain sebelum ini. Kalau pihak media yang tidak pernah langsung mendaki gunung tetapi tiba-tiba memohon untuk melakukan liputan di puncak gunung, peluang untuk lepas agak tipis, kerana akan membebankan pihak penganjur sekiranya terjadi kejadian yang tidak diingini.

Kepada sesiapa yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, sedia maklum  bahawa mendaki gunung ini ada risikonya, walaupun tidak setinggi gunung Everest tetapi ada juga pendaki yang terkena AMS ataupun Altitude Mountain Sickness ketika mendaki gunung ini.

Kebiasaannya untuk pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu ini, Mountain Guide disediakan, ataupun wajib kita mendaki bersama Mountain Guide dan Mountain Guide atau Malim Gunung ini akan sentiasa bersama kita sepanjang pendakian. Berbeza dengan wartawan atau jurufoto yang buat liputan di Gunung ini. Kita tidak bergerak bersama Malim gunung, sebaliknya kita bergerak sendirian ataupun bersama rakan-rakan media yang lain.

Untuk liputan kali ini, memandangkan cuaca agak kurang baik, mendung, saya mengambil kesempatan untuk bergerak awal tanpa menunggu media lain sampai. Tidak seperti tahun lepas, kali ini saya bersendirian dari Jabatan Penerangan Malaysia yang buat liputan di atas. Saya tinggal bermalam di Tahubang Lodge yang terletak di sebelah restoran Panataran,  di seberang jalan Kinabalu Park.

Selepas sahaja bersarapan di restoran Panataran, saya bergegas ke Kinabalu Park, waktu itu hujan gerimis turun, selesai sahaja urusan pendaftaran, saya menunggu mana-mana kenderaan yang telah siap untuk ke Timpohon. Sewaktu ke Timpohon hanya saya, seorang pemandu dan seorang porter yang terlibat dengan Climbathon dalam kenderaan pacuan empat roda yang akan membawa kami ke pondok Timpohon.

Sampai sahaja di Timpohon, saya tunggu sekejap kalau-kalau ada jumpa rakan media lain sampai, bolehlah jalan sekali, porter tadi dah bergerak laju masuk ke hutan. Malas nak tunggu lama, saya pun register di pondok Timpohon. Tengok dalam buku, dah ramai yang naik, lepas tu tengok balik, rupanya tarikh 13 oktober. Hari saya naik 14 Oktober belum ada lagi media naik ke atas. Boleh dikatakan saya media pertama naik ke atas untuk hari tu.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, media perlu gerak sendirian tanpa bantuan Malim Gunung, tiada malim Gunung yang akan tunggu kita dan bagi kata-kata semangat untuk naik ke atas, pandai-pandai kita nak gerak ikut pace atu tempo masing-masing. Sebab itu pihak penganjur berkehendakkan mereka yang berpengalaman, ataupun sebaik-baiknya yang pernah mendaki Gunung Kinabalu sahaja dibenarkan buat liputan di atas.

Jadi kita dah tahu atau dah boleh agak jarak setiap pondok yang akan dilalui, punca-punca air dan boleh rancang perjalanan kita tanpa harapkan bantuan kecuali kritikal. Boleh dikatakan sepanjang laluan, saya bersendirian, cuma sekali sekala baru berselisih dengan porter yang membawa barang ke atas dan ke bawah dan sekali sekala jumpa pendaki yang mula turun ke bawah, lepas tu solo lagi. Terbit jugak rasa takut berjalan dalam hutan ni sendirian.

Sebab itu saya memilih untuk bergerak awal, sebab saya percaya ramai lagi orang di belakang, so kalau jadi apa-apa, ada ramai orang di belakang yang belum memulakan pendakian, ada Doktor, Abang Bomba, Abang APM, Radio Man (Sabah Amateur Radio Society), SAR ataupun Search and Rescue Team dan lain-lain lagi. Dari segi keselamatan insyaAllah pihak penganjur sudah ambil langkah berjaga-jaga. (Sebab sebenar saya bergerak awal sebab saya slow, bila slow, elok jalan dulu sebelum kena tinggal jauh).

Sejak kejadian gempa yang berlaku di kawasan Gunung Kinabalu pada Tahun 2015 yang lalu, aspek keselamatan semakin dititikberatkan, malahan selepas kejadian itu setiap malim gunung telah dilengkapi dengan Walkie-Talkie dan mereka juga kini diserapkan sebagai Emergency Mountain Rangers (EMR) atau Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Jadi berbalik kepada Mount Kinabalu International Climbathon ini, saya memang respek dan tabik spring kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini dan juga kepada peserta Climbathon yang cukup lasak.

Kalau hendak diikutkan cerita pengalaman buat liputan Climbathon ini boleh dibuat sebuah buku, panjang kalau hendak cerita. Apapun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Sri Pelancongan Sabah, Sabah Tourism, Sutera Sanctuary, Sabah Park dan semua petugas yang menjayakan Climbathon ini.

Bagi saya secara peribadi sukan seperti ini perlu dikekalkan dan digalakkan, setidak-tidaknya sukan atau kegiatan seperti ini akan menyemai semangat cintakan alam sekitar, selain beriadah, peserta juga dapat menikmati keindahan alam, semasa buat liputan ini, beberapa kali juga saya nampak ada peserta yang mengambil gambar secara selfie berlatarbelakangkan pemandangan indah di Gunung Kinabalu ni, kalau larian Sprinter 100 meter, takde masa yang nak Selfie-Wefie ni.

untuk maklumat, Mount Kinabalu Climbathon kategori Elite lelaki, kali ini dimenangi oleh Safrey Sumping (Malaysia), manakala untuk kategori Elite wanita dimenangi oleh Sandi Menchi (Philipines). Untuk makluman juga, di sekitar Asia atau di negara-negaraASEAN ada banyak lagi acara seperti ini dilakukan, cuma amat jarang dapat tempat di media arus perdana.

Kepada yang berminat untuk menyertai Climbathon boleh singgah di link CLIMBATHON

*Untuk mengetahui Trail Running sekitar Asia boleh singgah sini ASIA TRAIL MASTER

Panjang lagi kalau hendak cerita, insyaAllah, ada masa saya ambung lagi…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.