• Family,  Travel

    Tips Photography Gambar Keluarga Menggunakan Lensa 50mm

    © 2016 Wazari Wazir | Family Photography at Wooden Bridge Rasanya agak lama juga saya tidak berkongsi tips photography di sini, bukan apa, blog ni pun dah agak lama, dan dah macam-macam tips saya kongsikan di sini. Kepada yang dah lama follow saya di blog ni mungkin dah baca macam-macam tips dan ada antaranya tips yang sama, cuma disampaikan dalam cara yang berbeza sedikit. Apapun di sini saya ingin kongsikan tips photography ambil gambar group photo, terutamanya gambar keluarga ataupun group photo kumpulan yang kecil yang mana kita inginkan background belakang blur atau kabur, dengan menggunakan Aperture Besar. Walaupun tajuk blog post ni menggunakan lensa 50mm, tetapi kalau kita hendak…

  • Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59

    © 2016 Wazari Wazir | Department of Information Malaysia | 59th National Day Celebrations | Kuala Lumpur Seawal jam 7 AM pagi lagi saya dah terpacak di hadapan pentas VVVIP ni, mulanya saya dah rasa cuak juga sebab waktu sampi di sini, hujan mulai turun, silap saya juga tidak buat preparation, lupa nak bawa plastik untuk cover kamera saya, in case hujan lebat. Alhamdulillah dalam pukul 7:30 AM hujan mula reda tetapi sepanjang majlis berlangsung suasana agak mendung. Walaupun sudut pandang atau posisi saya kali ini berhadapan pentas VVVIP tetapi tidak menjanjikan view yang menarik, salah satu sebab ialah tiada disediakan platform ataupun tangga kambing, so sudut pandang agak mendatar.…

  • Family,  Portrait

    Fotografi | Ada Apa Dengan Sekeping Gambar

    © 2016 Wazari Wazir | A Moment to Remember Semenjak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit sehingga kurang masa untuk menulis di sini. Bukan tiada bahan, cukup banyak sebenarnya bahan untuk ditulis, cerita Trans-Siberia pun belum habis lagi, itu tak termasuk dengan tugas-tugas hakiki di jabatan. Salah satu sebabnya ialah agak sibuk menguruskan hal anak-anak saya. Isteri saya agak kena tahan di wad hospital agak lama, jadi saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu saya di Sungai Besi, ulang – alik ke Putrajaya dengan ERL dan juga menggunakan bas untuk hantar anak saya HaiQal ke sekolah. Kalau hendak cerita memang agak rumit juga nak menguruskan itu ini, tetapi rasanya tak…

  • Family,  Life,  Portrait

    Tips Photography Merakam Gambar Hari Jadi | Upacara Meniup Lilin

    © 2016 Wazari Wazir | Selamat Hari Ulang Tahun HaiQal | ISO 2000 | f/5 | 1/40 Setiap kali Hari Ulang Tahun anak saya, mesti saya cuba ambil gambar meniup lilin. Kalau kita baca di internet mesti macam-macam versi orang bercerita pasal meniup lilin ni, bukan acara kita, bukan amalan Islam, itu ini dan sebagainya, ya memang betul cuma, saya buat ni, senang cerita for the sake of photography, pasal nampak cantik dengan available light yang ada pada lilin tersebut menerangi wajah anak-anak saya. Tiada sambutan apapun, hanya kami sekeluarga sahaja anak beranak, ditemani ibu mertua saya serta adik ipar saya, dalam gambar ni tak nampak sebab saya hanya ambil…

  • Adventure,  Photojournalism

    Benarkah Dunia Sudah Tidak Lagi Selamat?

    © 2014 Wazari Wazir | Kiev Ukraine   Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian letupan bom bunuh di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul Turki (29 Jun 2016), yang mana mengorbankan berpuluh-puluh orang. Kalau hendak diikutkan kejadian letupan bom di Turki bukanlah perkara baru, sentiasa ada, walaupun mungkin tidak sekerap yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestine  ataupun di Pakistan selain Syria yang dihujani peluru hampir setiap hari. Ramai juga yang berkata dunia hari ini sudah tidak selamat lagu, really? Saya tidak fikir begitu, sejak zaman Nabi Adam lagi telah berlakunya pertumpahan darah, dan beribu-ribu tahun dahulupun manusia sering berperang sana sini untuk meluaskan kuasa mereka, cuma kita hanya mengetahuinya melalui buku-buku sejarah.…