Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59

59th Malaysia INational Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day 59th Malaysia National Day

© 2016 Wazari Wazir | Department of Information Malaysia | 59th National Day Celebrations | Kuala Lumpur

Seawal jam 7 AM pagi lagi saya dah terpacak di hadapan pentas VVVIP ni, mulanya saya dah rasa cuak juga sebab waktu sampi di sini, hujan mulai turun, silap saya juga tidak buat preparation, lupa nak bawa plastik untuk cover kamera saya, in case hujan lebat. Alhamdulillah dalam pukul 7:30 AM hujan mula reda tetapi sepanjang majlis berlangsung suasana agak mendung.

Walaupun sudut pandang atau posisi saya kali ini berhadapan pentas VVVIP tetapi tidak menjanjikan view yang menarik, salah satu sebab ialah tiada disediakan platform ataupun tangga kambing, so sudut pandang agak mendatar. Platform yang ada hanya disediakan untuk petugas jurukamera video sahaja, untuk kamera statik atau kamera pegun, pandai-pandai cari angle, ada masanya saya perlu naik ke tempat tinggi sedikit, ada batu besar di sana, tempat orang duduk yang saya jadikan platform sementara saya, ada la dalam satu kaki atau dua kaki tinggi.

Tidak banyak gambar menarik kali ini yang dapat saya rakam, terhad kepada pentas VVIP sahaja, saya tak boleh nak tinggalkan tampat saya ini untuk mencari angle lain sebab di lain-lain tempat dah ada jurufoto Jabatan cover, so masing-masing jaga kawasan masing-masing. Yang best kalau free and easy, boleh gerak sana sini dan tidak terikat hanya untuk rakam VVVIP, angle favourite kalau hendak layan patern atau “human pattern” tak lain dan tak bukan di jambatan LRT yang menghubungkan pejalan kaki dari LRT Bandaraya ke SOGO, di sana memang sudut baik untuk layan human pattern.

Memandangkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun ini merupakan penggal terakhir untuk Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, so saya cuba rakam sebanyak-banyak gambar di pentas utama. Tahun hadapan insyaAllah Yang Di Pertuan Agong yang baharu akan mengambil tempat.

Cuma apa yang saya perhatikan, untuk sambutan hari kebangsaan kali ini, jumlah orang ramai yang hadir adalah lebih ramai dari tahun-tahun sebelumnya, memang meriah, meriah sangat tetapi secara jujur, sambutan perarakan dan juga persembahan untuk acara padang adalah sederhana. Sememangnya sederhana itu yang terbaik, bergantung untuk kita menilai dari segi mana.

Bercakap tentang sambutan hari kebangsaan ini, ia juga boleh dijadikan salah satu produk pelancongan sesebuah negara, hanya di waktu ini sahaja kita akan dapat melihat anggota tentera dan juga anggota-anggota beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan yang disaksikan ribuan manusia.

Cuma kalau diberikan kesempatan lagi untuk merakan acara ini di masa akan datang, saya mahu “free and easy” merakam gambar dari sudut pandang orang ramai, baru nampak kemeriahannya. Kepada sesiapa yang membeli akhbar NST, The Star dan juga Utusan Malaysia keesokan harinya, nampak tak, gambar apa yang keluar front page? Bukannya gambar di pentas VVIP, tetapi gambar yang menampakkan ribuan orang terutamanya gambar orang ramai melambai-lambai kepada jaguh sukan Olimpik Rio kita yang menaiki bas dua tingkat.

Cukuplah tu saya share gambar yang agak kurang tahun ini, banyak lagi gambar sambutan Hari Kebangsaan tahun tahun lepas yang saya belum kongsikan, cerita Trans-Siberia saya pun masih tergantung lagi, insyaAllah pelan-pelan kayuh, dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata ni, masa saya jadi semakin terhad, tetapi saya tetap akan kongsikan yang mana sempat, insyaAllah…

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.