Family,  Travel

Jalan-Jalan Cari Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur

Family Photography

Family Photography

Family Photography

Family Photography

© 2016 Wazari Wazir | Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur | Malaysia

Minggu lepas semasa sedang membaca akhbar The Star ternampak gambar action figure Teenage Mutant Ninja Turtles ni di depan Pavilion Kuala Lumpur. Nampak macam menarik je. Kebetulan kami berada di KLCC, ambil kesempatan untuk ke Pavilion. Salah satu sebab, nama anak saya sama seperti watak salah seorang action figure tersebut iaitu Raphael.

Saya bukan peminat tegar filem TMNT ni tetapi dah selalu sangat ke KLCC, elok berubah angin sikit, bukan ada nak shopping apa pun sini, kalau ada pun yang saya shopping ialah membeli sebuah akhbar dan belanja makan anak-anak beranak  sahaja, nak shopping benda lain memang “window shopping” ajer lah.

Tengok dalam peper hari tu, keempat-empat action figure ni diletakkan di luar Pavilion, di kawasan water fountain tu tetapi itu hanya untuk sementara sahaja, lepas tu kesemua action figure Ninja Turtles ni diletakkan di lain-lain tempat dan di tingkat yang berlainan.

Kira macam Explorace jugaklah kami mencari mana letaknya Raphael, Leonardo, Donatello, dan Michelangelo. Berpandukan gambar-gambar yang orang ramai muat naik ke Instagram, kami cuba meneka di mana kedudukan setiap satu dari mereka. Kalau di Suria KLCC tu rasanya tak susah sangat nak cari, dah jadi macam rumah kedua tetapi di Pavilion ni saya jarang-jarang pergi, letih jugak kalau hendak ukur keluasan Pavilion yang besar ni.

So, berpandukan guide dalam gambar-gambar di Instagram kami tengok background gambar tu macam mana, ada apa-apa petanda atau landmark yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan pencarian, tak guna buang masa dan tenaga jalan ke hulu ke hilir tanpa mengetahui lokasi yang tepat.

Kalau nak ikutkan saya nak cari RAPHAEL sahaja, action figure yang lain tu lain kali pun tak apa, dah alang-alang jumpa satu, teruskan pencarian dan dapat jumpa semua. Malulah kalau di Siberia tak sesat cari stesen keretapi tetapi di Pavilion sesat cari Ninja Turtles.

Dah lama tak keluar travel ni, sekali sekala kena asah balik skill navigasi, so bila ke Central Asia nanti, takdelah sesat, ehhh, terbocor rahsia pulak, Ssshhhhhhh…

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.