Uncategorized

From Russia With Love | Julia Volchkova Di Kuala Lumpur

Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


Russian Artist | Julia Volchkova
Russian Artist | Julia Volchkova


The Photographer and Julia Volchkova | Russia
Russian Artist | Julia Volchkova

© 2016 Wazari Wazir | Russian Street Artist Julia Volchkova in Kuala Lumpur | Malaysia

Nama Julia Volchkova bukan nama yang asing terutamanya bagi warga Pulau Pinang. Ada beberapa lokasi di Pulau Pinang yang telah pun dimeriahkan dengan mural hasil tangan Volchkova ni terutamanya di sekitar Georgetown dan yang terbaru di Balik Pulau. Sebelum kedatangan Julia yang berasal dari Siberia Russia, seorang artis dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic, telah pun menghasilkan karya-karya yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong ke Pulau Mutiara itu.

Bila saya dapat tahu yang Volchkova akan melukis sebuah mural pertamanya di Kuala Lumpur, maka saya pun cepat-cepat dapatkan info, kalau boleh hendak merakam gabar beliau sedang beraksi. Biasanya kita tengok hasil karya orang yang telah siap dilukis dan kita mungkin tertanya-tanya bagaimanakah si pelukis itu melukis sebuah karya yang cukup besar, ingin kita tahu peralatan yang digunakan untuk melukis sebuah lukisan setinggi bangunan satu tingkat atau mungkin lebih. Menurut Volchkova, lukisan paling besar yang pernah dilukisnya ialah setinggi bangunan empat tinggi, four story high.

Awal pagi lagi saya sudah cuba mencari-cari di mana lokasi Jalan Panggung ini, puas saya cari tapi tak jumpa, lepas tu saya ternampak Boom Lift berwarna biru tu di salah sebuah lorong. Masa tu saya tak perasaan lagi lukisan bahagian atas tu. Saya tak puas hati pusing lagi, pasal tak jumpa signboard nama Jalan Panggung. SO bila dah jumpa lokasi sebenar, say pergi sarapan dulu.

Elok lepas sarapan, pergi balik lokasi ni dah nampak Julia Volchkova berada di atas boom lift tu sedang melukis. Kemudian nampak seorang lelaki pertengahan umur sedang mengambil gambar, berbual dengan lelaki tu sekejap dan baru tahu beliau ialah Mr Tan Chor Whye, iaitu pengurus ataupun orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Julia sejak di Penang lagi kalau tak silap saya.

Ini adalah hari kedua Julia melukis, beliau mula melukis di sini pada hari Khamis 21 April. Kebiasaanya satu-satu hasil karya muralnya mengambil masa  antara 3 hingga 5 hari bergantung pada keadaan cuaca. Salah satu sebab juga beliau keluar dari Siberia ialah kerana di tempat kelahirannya, suhu di sana pada musim sejuk boleh mencecah hingga – 40, dan musim panas sangat singkat, antara sebulan hingga tiga bulan sahaja. Siberia memang terkenal dengan suhu dingin yang melampau dan sukar untuk melukis dengan suhu rendah seperti itu, Tasik Baikal pun boleh beku sehingga 5 meter, mungkin cat di dalam tong cat pun boleh beku juga.

Nampak macam seang tetapi sukar sebenarnya, dia bukan sahaja melukis tetapi dia sendiri yang mengendalikan jentera boom lift tersebut, ada masanya dia akan jarakkan diri dia dari dinding bangunan tersebut untuk melihat dari jarak jauh, ada masanya dia akan turun dari boom lift tersebut dan tengok pula dari bawah, daroi pandangan orang lalu lalang. Sebabnya mungkin kalau tengok dari jarak dekat, dalam satu kaki dari lukisan tersebut, mungkin tak nampak apa yang kurang atau yang tak berapa kena dengan lukisan tu. Saya mengambil gambar ni pun letih, apa lagi dengan pelukis yang turun naik dari boom lift tersebut.

Selepas Pulau Pinang, mural yang sedang dilukis oleh Julia Volchkovic adalah yang pertama di Kuala Lumpur, lokasi ni memang lokasi yang cukup artistik pada pandangan saya. Dulu saya pernah mengendalikan workshop photography shooting model di sekitar kawasan ini iaitu di lorong belakang di mana boom lift tersebut diletakkan. Photographer terkenal National Geographic, Joe McNally juga pernah shooting di sekitar kawasan ini juga.

Mungkin ada yang kata, ala, pelukis dari Malaysia pun tak kurang hebatnya, banyak dah graffiti ataupun mural yang dilukis oleh anak-anak tempatan sekitar Kuala Lumpur ni. Ya, betul, saya tak nafikan tetapi ada masanya kita kena berani keluar dari negara sendiri untuk mencipta nama ataupun berani mencuba sesuatu yang baharu. Keluar dari zon keselesaan kita.

Diharapkan semangat Julia Volchkova ini akan menjadi sumber inspirasi, pencetus semangat buat generasi muda khususnya untuk berani menyahut cabaran, untuk berani keluar berkarya di negara asing. Kalau kita kurang mendapat perhatian  di Malaysia, apa kata cuba nasib di Russia, Central Asia, Europe ataupun  di Afrika. Mungkin selepas hasil karya kita popular di sana, barulah kita dipandang tinggi oleh penggiat seni tanah air, apapun terpulang kita, apa yang kita cari, kepuasan diri sendiri, wang ringgit, populariti, pangkat dan darjat, masing-masing ada jawapan yang tersendiri.

Kenapa saya tergila-gila amik gambar Julia Volchkova ni, sebab dia ni cantik? Tidak, sebabnya ialah  dia dari Russia dan yang lebih penting lagi, dia berasal dari Siberia, atau lebih tepat lagi beliau dari Nizhnevartovsk Siberia. Jarak antara Moscow dengan Nizhnevartovsk adalah lebih 3000 KM dan kalau menaiki kapal terbang dari Moscow akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Kalau naik keretapi dari Moscow ke Nizhnevartovsk pula akan mengambil masa 2 hari perjalanan. Penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pun baru 2 jam 30 minit. Ada apa dengan Russia? ada apa dengan Siberia? Tak perlulah anda semua tahu…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.