Adventure,  Travel

Mengapa Anda Tidak Perlu Kamera Yang Mahal Untuk Keluar Mengembara

The Tourist | Putra Mosque

The Photographer | Putra Mosque

© 2016 Wazari Wazir | Tourist Inside Putra Mosque | Putrajaya | Malaysia

“Mengapa Anda Tidak Perlu Kamera Yang Mahal Untuk Keluar Mengembara.” Tajuk macam hampeh jer, kalau nak baca boleh baca, kalau tak nak pun tidak mengapa, nothing academic atau ilmiah sangat pun, sekadar mengisi kekosongan blog sahaja.

Anyway gambar di atas ni adalah pemandangan biasa di Masjid Putra, bila mana dikunjungi pelancong. Bosan sangat duduk mereput di office layan facebook, so saya pun keluar sekejap dari opis, tengok apa gambar boleh dapat sekitar Putrajaya ni. So saya pilih singgah kat masjid ni.

Lebih kurang sejam saya di sini, apa yang saya perhatikan daripada setiap pelancong yang keluar masuk dalam masjid ini ialah, kebanyakan daripada mereka banyak mengambil gambar dengan menggunakan kamera dari telefon pintar masing-masing ataupun hanya menggunakan kemera dari “Smartphone” mereka. dalam 10 oarng yang keluar masuk, mungkin ada seorang sahaja yang menggunakan kamera kompak atau kamera DSLR.

Ramai juga yang menggunakan selfie stick untuk ambil gambar dan dari pemerhatian saya yang tidak berapa lama, kebanyakan mereka bukan minat sangat hendak ambil tahu tentang masjid ni ataupun luangkan masa pusing keliling masjid atau menghayati senibina yang ada, datang sekejap, tengok-tengok sekejap, ambil gambar dan beredar. Mereka datang beramai-ramai dengan bas pelancong dan rasanya dalam masa sehari, mungkin banyak lagi destinasi yang akan mereka kunjungi.

Kita keluar mengembara atau tujuan yang berbeza-beza, ada sekali tu, ada orang nak follow saya, katanya, “bang saya nak follow abang travel, tapi kamera saya tak power, boleh ke?” Susah nak jawab, kalau nak ikutkan, kalau niat kita hanya sekadar hendak jalan-jalan tengok tempat orang, tiada kamera pun tidak mengapa.

Pengembara hebat seperti  Marco Polo (1254-1324), Ibnu Battuta (1304-1369), Christopher Columbus (1451-1506),  Ferdinand Magellan (1480-1521), keluar mengembara bertahun-tahun tanpa kamera pun, sebab masa tu belum lagi ada kamera, kalau ada pun mungkin sizenya agak besar untuk di bawa berjalan, kamera size yang agak kecil hanya tercipta pada tahun 1888 yang diperkenalkan oleh KODAK. Sekadar makluman; kamera pertama direkacipta ialah kamera Obscura (darkroom) ataupun “Pinhole Camera” oleh Ibn Al-Haytham (Alhazen) (965-1040).

Maksud saya, kita tidak perlu ada kamera pun kalau hendak keluar meliat dunia, cuma setiap orang travel ataus tujuan yang berbeza-beza, kepada peminat photography mungkin ada yang berminat untuk ambil gambar stock photo, ada juga yang menjadikan stock photo sebagai sumber pendapatan utama mereka, golongan seperti ini semestinya memerlukan kamera yang lebih berkualiti dan agak mahal kerana permintaan pasaran yang menginginkan kualiti yang tinggi.

Kepada yang keluar atas urusan kerja, sudah semestinya memerlukan kamera yang bersesuaian dengan kerja mereka. Kepada yang hanya keluar kembara untuk bersantai-santai sahaja, maka terpulang masing-masing. Salah satu sebab mengapa kamera dari Smartphone atau dari Telefon Pintar menjadi pilihan kerana sizenya yang kecil dan sentiasa ada bersama kita. Kebarangkalian kita untuk tertinggal smarthone amat jarang berbanding tertinggal kamera, biasa kalau kita ke luar negara, nak keluar makan-makan contohnya, malas nak bawa kamera yang berat dan besar keluar, tinggal sahaja di bilik hotel tetapi yang pasti kita tidak akan tinggalkan Smartphone kita.

Antara sebab lain mungkin kerana ramai ingin segera berkongsi gambar mereka melancong sana sini dengan orang tersayang melalui laman social media seperti Instagram, Twitter, Facebook dan sebagainya. Lepas ambil gambar boleh terus post ke laman social media, belum sempat naik bas lagi gambar mereka berjalan sana sini dah tersebar seluruh dunia, ramai inginkan kepuasan segera.

Kalau hendak diikutkan kualiti daripada hasil gambar kamera Smartphone kini semakin baik, malahan mungkin jauh lebih baik lagi dari hasil kamera digital professional 20, 30 tahun yang lepas. Lagipaun kebanyakan pelancong terutamanya yang travel mengikuti agenci pelancongan ini bukannya balik nanti nak print gambar besar-besar ataupun buat coffee table book dan tak mustahil, mereka tiada niat pun nak print atau cetak gambar, cukup sekadar disimpan di dalam smartphone atau di laman sosial media masing-masing.

Sebahagian besar peminat photography yang ada DSLR sendiri pun amat jarang mencetak gambar sendiri atau keluarga, apa lagi hendak dijadikan sebuah album ataupun photobook, cukup sekadar disimpan dalam hard disk atau dikongsi di laman sosial media sahaja. Tanya balik diri kita, apa perlunya kamera DSLR 20 – 30 Megapixel, jika sekadar untuk di poskan di laman sosial media yang kebiasaanya akan dikurangkan “kualiti” gambar tersebut oleh pentedia laman sosial media. Kalau nak buat Stock Photos itu lain cerita.

Agak lama juga saya ambil gambar gelagat pelancong di sini, hampir 5,6 group pelancong keluar masuk, saya masih lagi di kawasan tu. Sebabnya saya belum dapat gambar yang saya inginkan, berbeza pula dengan pelancong, ambil gambar sikit-sikit dan ambil gambar Selfie berlatarbelakangkan seni ukir masjid ni, dah cukup, asal sada sahaja, tak perlu nak perfect sangat, cukup sekadar ada kenangan dan yang peliknya, saya sendiri tidak mengambil gambar diri saya sendiri walaupun berjam-jam di sini. Kalau datang dari jauh, saya tiada “bukti” yang saya pernah ke sini. Orang boleh kata yang saya curi gambar ni dari internet.

Untuk gambar-gambar di atas, saya hanya menggunakan kamera Fujifilm X100T yang kecil sahaja, so mereka semua tak kisah atau tak hirau sangat dengan saya, kalau saya guna kamera DSLR yang sizenya agak besar, mungkin mereka akan rasa agak kekok bila mana gambar-gambar mereka di rakam, takut keluar suratkhabar mungkin. Saya pun ambil gambar ala-ala pelancong jugak, itu juga merupakan salah satu kelebihan menggunakan kamera bersize kecil, people don’t care, people don’t bother, they just ignore you. That’s a bonus for me.

Kesimpulannya, sama ada anda ingin bawa kamera yang mahal atau murah, kamera kecil atau besar untuk di bawa mengembara atau berjalan-jalan, baik di Malaysia atau ke luar negara, terpulang pada diri masing-masing, yang pasti kita berjalan atas tujuan yang berbeza-beza. Hampir sebulan saya Kembara Bersama Trans_Siberian Railway   di Russia hanya dengan kamera kecil sahaja, itu sudah memadai buat saya…

 

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.