Family,  Moment,  Travel

Merakam Foto Keluarga Di Ladang Kelapa Sawit | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

Family Photography | Kuala Langat

© 2016 Wazari Wazir | Family Photography Trip at Palm Plantation

Sebelum anda semua buat pelbagai andaian, biarlah saya tulis sikit, kami sebenarnya telah berpindah ke daerah Kuala Langat awal tahun ini. So bukan kami datang dari Sungai Besi hingga ke Kuala Langat semata-mata untuk bergambar dengan pokok-pokok kelapa sawit ni. Takde kerja nak datang jauh-jauh semata-mata nak ambil gambar keluarga. Sebelum ni banyak gambar-gambar anak-anak saya terutamanya HaiQal saya rakam di sekitar rumah sahaja, siap ada yang jadi wall poster di Pos Malaysia lagi. Moral of the story, tak perlu nak pergi jauh pun nak merakam gambar keluarga.

So, gambar di atas ni, saya rakam setelah berjoging di sekitar kawasan perumahan yang masih dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit, rasanya pokok-pokok ni tak lama berdiri teguh di situ, kalau tengok google map, persekitaran Kuala Langat ni, terutamanya yang bersempadan dengan Sepang, semakin lapang untuk memberi laluan kepada pembangunan, kawasan perumahan kami sekarang ini pun dahulunya adalah kawasan ladang kelapa sawit, kalau nak ikutkan kawasan kami ambil gambar ni bukan jauh sangat dari Masjid KLIA, bawah Daerah Kuala Langat tetapi bersempadan dengan Sepang, kawasan pokok kelapa sawit di sekitar kawasan ini tinggal sejemput sahaja lebh kurang kalau nak bandingkan dengan Felda Sahabat di Sabah sana.

Kebiasaanya kami berjogging di Taman Tasik Titiwangsa, di Taman KLCC, Taman Botani Perdana ataupun di Taman Tasik Permaisuri, untuk ke sana kami menaiki kereta, cuma di Kuala Langat ini, tak perlu lagi bawa kereta, tak sampai seminit dua berjalan kaki keluar dari rumah, dah masuk ladang kelapa sawit, tak sempat pulak nak tengok mana syarikat yang empunya ladang ni, ada kawasannya berpagar, ada juga yang terbuka, seperti kawasan yang kami masuk ni, kebanyakan pokoknya tiada buah, mungkin sudah dipetik atau bukan musim buah, entahlah saya pun tak tahu, setahun berapa kali pokok ni berbuah.

Lepas jogging, kami balik rumah sekejap, wife ambil kereta, dan kami ronda-ronda sekitar kawasan ini, tujuan saya nak cari lokasi yang pencahayaannya agak baik, kalau gelap sangat, susah sikit nak ambil gambar, maklumlah awal pagi, sekitar jam 7:30 Am hingga 8:30 AM, suasana di ladang kelapa sawit ni tidak berapa terang sangat, saya perlu cari open area supaya cahaya banyak dan saya boleh guna ISO yang rendah.

Kebanyakan foto-foto dalam ini saya rakam menggunakakan lensa 50 mm dengan aperture antara f/2 dan juga f/3.5 dan menggunakan ISO antara ISO 200dan ISO 160. Kalau nampak ada kesan “grain” tu, ianya adalah hasil preset VSCO, kalau saya letak “Zero Grain” maka clean sharp gambar tu. Hampir kesemua gambar-gambar di dalam ni saya rakam gunakan Tripod dan set kamera pada self timer.

Kalau tengok dalam gambar, mungkin ada yang kata, senang betul anak you bergambar, duk diam jer, kisah sebenar adalah sebaliknya. Anak-anak saya ni agak active, sama juga seperti kanak-kanak sihat yang lain, tak reti duduk diam, nak dapatkan gambar yang agak memuaskan hati, tak terkira banyaknya berapa kali saya kena ulang alik, tengok kamera, tengak hasil gambar dan ambil gambar lagi. Sekejap dorang berlari ke sana, tengok sana, tengok sini, tengok atas tengok bawah, buat muka boring, tak nak bekerjasama, takut itu ini dan macam-macam lagi. HaiQal paling cepat rasa bosan, mungkin pasal dah bertahun-tahun jadi tatapan lensa kamera saya, dia jadi bosan.

Saya tak kesah sangat melayan karenah mereka walaupun, as a photographer, saya boleh jer tunggu berjam-jam di sini untuk dapatkan gambar yang saya berkenan, cuma kalau lama sangat, lighting dah tak berapa nak cun kat sini, mungkin kena lebih kerap ronda-ronda di sini awal pagi, kalau ada kabus lagi menarik rasanya, kalau ada ray of light lagi bagus, tadi pun ada juga nampak “ray of light” tu, cuma tiada platform untuk positionkan mereka, kena masuk semak samun sikit, ini ladang kelapa sawit, macam-macam ada, so kena tengok-tengok jugaklah mana nak letak anak kita, biar tempat yang agak bersih dan terbuka supaya kita nampak semua, itupun dapat jugak pacat kecil melekat di kaki Arianna.

Share sikit tips ambil gambar guna 50 mm dan Aprture besar ni, sekiranya kita ingin ambil gambar keluarga dengan anak-anak 2,3  oarng atu lebih dan kita nak guna Apeture f/2 atau f/4, yang penting kita kena dapatkan kedudukan yang sebaris atau selari, satu garisan lurus, terutamnaya bahagian kepala, kena berada pada satu garisan. Kalau line tak lurus, seorang ke depan, seorang ke belakang, memang salah seorang akan jadi kabur atau blur wajahnya, tak sharp, so ini sangat penting dan kena ambil tahu. Mungkin ada yang kata kenapa tak guna Aperture f/11 atau f/22, bagus soalan ni, sebabnya saya tak nak sharp dari depan hingga ke belakang, tiada “depth” saya inginkan belakang tu “kabur-kabur” sikit, jadi subjek saya menonjol berbanding background.

Tips yang lain pula, ialah kita kena pastikan warna baju, kalau bukan semua pun, salah seorang dari subjek kita “contrast” dari persekitaran yang cuba kita rakam, jadi takdelah tenggelam subjek kita, kecuali kita memang ingin “blend” dengan nature, macam “Chameleon”.

Mungkin ada yang kata, gambar lebih kurang sama jer semua, yer betul tu, cuma nak dapatkan setiap gambar ni bukanlah mudah, entah berapa kali shoot baru dapat, yang lain sama ada blur ataupun saya kurang minat dengan reaksi wajah anak-anak saya, cuma saya tak deleta gambar tu, cuma tidak share di sini sahaja, dan yang paling utama, kini saya ingin bergambar banyak-banyak bersama mereka, sebab semasa HaiQal masih kecil amat sedikit gambar saya dengan dia, kalau nak cari gambar kami satu keluarga, saya adalah orang yang “missing in action”.

Nak upah photographer lain untuk ambil gambar kami, mungkin tak cukup bajet la pulak, tambahan pula keadaan ekonomi sekarang ni tak berapa nak bagus saangat, yang mana boleh jimat kita jimat. Cuma keluar duit modal untuk beli tripod sahaja, insyaAllah boleh guna tripod tu sampai bila-bila selagi masih kukuh berdiri di atas tiga kakinya. Bayar sekali jer, boleh guna banyak kali, kalau semua orang fikir macam saya, maka kurang sedikitlah pendapatan photographer yang businessnya mengambil gambar “Family Lifestyle” tapi takpe, don’t worry, masih ramai orang memilih untuk tidak pening-pening kepala, upah sahaja photographer, gambar siap dengan album atau photobook sekali. Gambar kami ni, lambat sikitah nak jadi photobook.

Next time mungkin boleh bergambar dengan lembu-lembu pulak di sekitar kawasan ini, semasa meronda-ronda sini nampak ada juga dua tiga tempat ladang lembu di sini yang boleh jadi “prop” atau latar belakang fotografi, cuma kawasan di sini tidaklah secantik di Desa Cattle di Kundasang Sabah sana. Kepada yang tidak tahu, dahulunya kawasan di Bandar Tasik Selatan berhadapan Terminal Bersepadu Selatan TBS, dahulunya ada sebuah ladang lembu yang agak besar juga, tetapi disebabkan pembangunan, dah tiada ladang lembu di sana, kira kawasan di Bandar Tasik Selatan tu, memang agak rare dan unik satu ketika dahulu, subur menghijau. Itu cerita lebih 30 tahun yang lalu, awal 80-an punya cerita dan tidak mustahil, 10 tahun dari sekarang, kawasan ladang kelapa sawit di sini, akan terhapus oleh pembangunan, tapi at least, kami sudah ada kenangan di sini.

Cuti Tahun Baru China ni, nampak gayanya saya hanya di Malaysia sahaja, nak keluar pun, modal belum cukup lagi, banyak pakai untuk pindah rumah ni, macam-macam nak kena beli, tambahan pula dua orang anak saya iaitu Raphael dan Arianna dah masuk ke tadika, so kat sana pun banyak guna duit juga, awaltahun banyak yang perlu di bayar tetapi Siberia tetap di hati, satu ketika dahulu saya cukup minat dengan Istanbul tetapi selepas melihat Siberia, hati saya terpaut kat sana, kenapa dan mengapa, tak perlu diperjelaskan, Siberia satu ketika dahulu jadi tempat buangan orang sahaja, tempat tahanan orang salah, tahanan politik, ataupun tahanan perang, GULAG, dengar nama pun orang dah takut, kepada yang tahu lah, yang tak tahu apa itu GULAG, tak memberi kesan pun. Siberia ibarat sebuah penjara, tetapi bagi saya Siberia penuh dengan misteri dan tak banyak maklumat yang kita tahu tentangnya, salah satu sebabnya, Russia sering dipinggirkan oleh media-media dari barat yang diketuai media-media dari Uncle Sam lah, senang cerita.

Mulanya nak cerita pasal kelapa sawit, hujung-hujung Siberia jugak jadi tumpuan…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

  • Rachel

    Hi. Saya Rachel. Saya dari Sabah. First time ni terserempak dengan blog En. Wazir. Really love your blog! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.