Adventure,  Family,  Travel

Jalan-Jalan di Bukit Jugra | Kuala Langat

Family Photography | Bukit Jugra | Banting | Selangor

Family Photography | Bukit Jugra | Banting | Selangor

© 2016 Wazari Wazir | Bukit Jugra | Road Trip

Sempena cuti Hari Wilayah ni, tak tahu nak ke mana, kami sekeluarga pun jalan-jalan Bukit Jugra, selama ni tak pernah sampai pun, hanya pernah dengar nama dan tengok gambar sahaja. Bukit Jugra ni kalau nak diikutkan besar sejarahnya untuk rakyat  Selangor, semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad, yang memerintah dari tahun 1859-1898, Bukit Jugra pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor.

Selain daripada itu, Bukit Jugra juga terkenal dengan rumah apinya dan sejak kebelakangan ini Bukit Jugra ini cukup popular dengan peminat sukan paragliding. Cuma semasa kami ke sini, tak nampak pun kelibat paragliding kat sini, kami bercuti tetapi warga Selangor bekerja, so tak ramai orang kat sini. Semasa kami sampai ke sini sekitar jam 10 pagi, tidak ada orang lain selain kami sekeluarga, lepas setengah jam macam tu, barulah ada sebuah kereta lain datang, mereka singgah sekejap, ambil gambar dan terus ke tempat lain.

Mungkin juga kerana kami tiba jam 10 am, kalau sekitar jam 7 Am atau 8 Am mungkin ada ramai orang di sini, terutamanya yang suka berjogging sekitar kawasan ini dan bagi saya kalau nak enjoy pemandangan di sini boleh datang pada awal pagi, sebaiknya sebelum matahari terbit, boleh tengok sunrise dan dalam sejam dua sebelum matahari terbenam atau sunrise.

Kalau dari arah Banting nak ke sini, tak susah sangat, ikut sahaja papan tanda yang menghala ke Jugra, insyaAllah sampai, jalan masuk ke dalam agak sunyi sikit. Dari jauh tak nampak sangat rumah api tu, dah nak dekat baru nampak rumah api tu, bila nampak lokasi rumah api tu, ikut sahaja laluan menghala ke sana, namanya pun bukit, so takdelah tinggi sangat. Kalau nak bersenam, boleh jer parking kereta di bahagian bawah dan berjalan mendaki ke  atas.

Gambar yang dirakam ni tak berapa nak menjadi sangat, tapi kira bolehlah daripada tak ada, susah sebenarnya nak rakam gambar anak-anak ni, sibuk nak berlari ke sana sini, kalau tak dijaga, mungkin bergolek-golek kat bawah sana tu. Bila dipaksa bergambar berkali-kali muka pun dah tak ceria lagi. Letih jugak turun naik bukit nak set timer kamera dan juga berlari sana sini, kejar anak-anak nak suruh mereka bergambar. Maklumlah nak datang sini selalu bukan senang lagipun bagi saya, tak banyak sangat yang boleh dirakam di sini, kecuali kita ni peminat landscape.

Di atas bukit ni, tiada kedai-kedai jual makanan masa saya datang, tak pastilah kalau hujung minggu ada orang menjual macam-macam kat sini, so kepada sesiapa yang rasa nak datang dan enjoy pemandangan di sini berjam-jam, eloklah  bawak bekalan makanan serta minuman sikit, sementara nak tunggu sunset tu, ada jugaklah makanan yang hendak dikunyah.

Di seberang Sungai Langat tu, kalau tak silap saya Pulau Carey, so next time, insyaAllah boleh explore area Pulau Carey pulak, tengok kehidupan serta kebudayaan warga Mah Meri, Siberia boleh sampai, takkan Pulau Carey tak boleh kannn…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.