Family

Fotografi | Manfaatkan Cahaya Semulajadi

Family Photography

© 2016 Wazari Wazir | Backlighting Photography

Gambar ni saya rakam ketika hendak berjogging di salah sebuah taman di Kuala Lumpur, biasanya setiap kali jogging pasti saya bawak kamera, saya bawa beg galas yang kecil. Mungkin ada yang kata, macam mana nak jogging kalau bawa kamera, bawa beg, tak berat ke? Jogging dengan anak-anak kecil ni lain sikit, kena bawa banyak barang.

Antara barang yang dibawa ialah botol air mineral, pampers untuk anak serta juga kamera serta pesalinan baju untuk dorang. Biasalah budak-budak ni, kekadang masa makan dia muntahlah, comotlah itu ini dan macam-macam lagi. Lagi satu kebiasaanya saya dan isteri bergilir-gilir berjogging, biasanya saya biarkan isteri saya jogging dahulu, dan saya jaga anak-anak, kadang-kadang isteri saya jogging dengan anak-anak tetapi biasalah kalau dengan anak-anak kecil ni, lari-lari anak, badan tak berpeluh.

So bila dah lepas jogging lari-lari anak dengan anak-anak, dorang tinggal dengan saya dan isteri terus buat satu dua round lagi tanpa mereka, lepas isteri jogging, dia pulak jaga anak-anak dan beg galas yang saya bawa, so tiada masalh di situ.

Cuma masa lalu di jogging track ni, saya nampak macam ada sumber cahaya yang bagi saya cukup menarik, so sebelum sempat dorang start running, saya panggil dorang sekejap pasal hendak ambil gambar. Actually gambar group posing ada tetapi bagi saya gambar yang baru hendak duduk dan ambil position ni lebih baik, saya suka moment dia dan saya kongsikan di sini.

Dalam fotografi, secara asasnya ada tiga jenis cahaya, Natural Light atau Cahaya Semulajadi iaitu dari cahaya matahari ataupun dari bulan, Available Light, iaitu sumber cahaya yang sememangnya telah sedia ada di satu-satu lokasi, contoh cahaya lilin, cahaya dan dewan, cahaya lampu jalan di jalan raya dan seumpanya. Lagi satu ialah Artificial Light, iaitu cahaya buatan, sumber cahaya yang kita adakan sendiri yang mana di satu-satu tempat itu secara asalnya tiada sumber cahaya tersebut tetapi kita wujudkan, contoh senang ialah dari sumber Flash atau Strobes. Lilin pun boleh bertukar kepada Artificial Light sekiranya kita dengan sengaja menyalakan lilin untuk menerangi sesuatu subjek untuk dapatkan mood tertentu yang mana pada asalnya memang tiada lilin di situ.

Cahaya yang paling senang untuk didapati ialah sumber cahaya matahari, cuma kualiti dia berbeza-beza dari awal pagi hinggalah saat matahari terbenam. Nak tulis panjang lagi rasa macam malas pulak, rasa macam mengulangi apa yang pernah saya tulis sebelumnya, so point dia ialah, kita kena kenal pasti sumber cahaya yang baik untuk tujuan fotografi.

Sekiranya kita kerap bermain dengan cahaya semulajadi atau Natural Light, mata kita akan cepat sensitif dengan kualiti pencahayaan di sesetengah tempat, bezanya sama ada kita bersedia atau tidak untuk memanfaatkannya.

Sebenarnya sumber cahaya matahari ini sudah agak tinggi, ianya dirakam lebih kurang jam 8:12 AM pagi, dari pengamatan saya, sumber “Golden Light” yang baik di Kuala Lumpur sekiranya cuaca baik ialah sekitar jam 7:30 AM hingga jam 7:45 AM, waktu ni matahari masih rendah lagi, bayang pun masih panjang, waktu tersebut paling sesuai untuk layan “backlighting.” Kalau di Sabah dan Sarawak mungkin sejam awal dari yang saya sebutkan tadi.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.