Family,  Life

Mencari Keseimbangan Dalam Kehidupan

Family Photography | Lake Titiwangsa

© 2016 Wazari Wazir | Bersama Keluarga Di Tasik Titiwangsa

Tahun baru biasanya ramai akan memasang azam baharu, sebenarnya tak perlu pun tunggu tahun baharu untuk melaukan sesuatau atau perubahan tetapi bermulanya tarikh baharu atau tahun baharu semacam lebih menarik sesuatu perancangan itu, lebih mudah meletakkan tanda aras dari kita meletakkan azam baharu bermula pada 21 September setiap tahun, macam tak berapa best jer tarikh tu kan, kecuali ianya hari istimewa kita seperti tarikh kelahiran kita, ataupun tarikh pernikahan kita atau saat kita pertama kali mengenali pasangan isteri kita.

Apapun saya masih seperti dahulu, cita-cita saya tidak besar, cukup kalau dapat meninggalkan jejak kaki di serata dunia dan mengumpul sebanyak-banyak pengalaman hidup di seluruh dunia selagi masih berkesempatan, anda sudah pasti ada cita-cita anda sendiri, apapun cita-cita anda, kejarlah ia.

Salah satu perkara yang saya sering saya lakukan di hujung minggu jika ada kelapangan ialah berjogging atau beriadah bersama keluarga, dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat, kalau badan sakit-sakit, susahlah nak travel walaupun duit ada banyak, kerja penat-penat, duit bertimbun-timbun, badan sakit-sakit, takde maknanya. Yang mana kita boleh jaga, insyaAllah kita jaga, selainnya berserah serta bertawakkal pada Allah.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga jarang ada masa bersama keluarga, bila hari cuti pulak rasa macam malas hendak keluar rumah. Lebih baik sambung tidur sampai ke tengahari selepas solat subuh, anak-anak saya kalau tidak digerakkan awal pagi di waktu cuti boleh lelap sampai pukul 10 atau 11 pagi, jadi memang kami gerakkan mereka, sebaik selesai solat subuh, walaupun mereka masih tidur, kami bawa mereka masuk dalam kereta dan terus ke taman untuk berjogging.

Bagi mereka-mereka yang pekerjaan mereka sering menggunakan tulang empat kerat dan mengeluarkan peluh rasanya tidak payah bersenam pun tidak mengapa seperti zaman datuk nenek moyang kita dahulu, rasanya mereka tidak ke gymnasium atau berjogging di taman-taman bunga untuk mengekalkan kesihatan kerana pekerjaan seharian mereka sudah cukup melelahkan, setiap kali habis bekerja di kebun, di sawah, ladang dan bendang, peluh sudah penuh membasahi badan mereka.

Sekarang ini semakin ramai dikalangan kita bekerja di dalam bilik berhawa dingin, hanya sekali sekala sahaja keluar pejabat, walaupun tugas saya sebagai jurufoto sering keluar pejabat cuma sekali sekala sahaja berpeluh-peluh, pasal itu kalau anda lihat, agak ramai juga di kalangan jurufoto yang agak “sihat”, kerja ambil gambar event atau function di dalam dalam hotel, conference room berhawa dingin, berkejar-kejaran dengan VVIP pun biasanya sewaktu melawat pameran di ruang pameran berhawa dingin, semua ini tak cukup untuk tubuh badan kita.

Dipendekkan cerita, sebab malas nak tulis panjang-panjang, dalam kehidupan kita kena ada keseimbangan, ada masa bersama keluarga, walaupun sibuk dengan urusan kerja, ada masa untuk beramal ibadat, ada masa untuk membaca buku, ada masa untuk layan hobi yang kita minat dan juga punya masa untuk diri sendiri.

Semua orang pun tahu kita bekerja kerana kita perlukan sumber pendapatan untuk menyara diri sendiri serta  keluarga, untuk membeli makanan pakaian, tempat perlindungan dan sebagainya, itu salah satu sebab kita bekerja dan bukannya tujuan kita hidup hanya untuk bekerja semata. Masing-masing dah besar panjang boleh fikir mana yang terbaik buat diri sendiri dan orang tersayang…

*Tentang gambar di atas, saya rakam setelah selesai berjogging di Taman Tasik Titiwangsa pada pagi tahun baru 1 Januari 2016, walaupun hujan renyai-renyai kami jogging jugak, kalau terlalu manjakan anak-anak, badan jadi kurang lasak dan mudah sakit-sakit, gambar dirakam secara “self-timer,” kamera diletakkan atas batu sahaja, banyak kali jugak ambil gambar baru dapat yang kira agak okey…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.