» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

Cuti-Cuti Malaysia | Trip Express Ke Melaka

© 2015 Wazari Wazir | Melaka Bandaraya Bersejarah

Trip ke Melaka ni sebenarnya bukannya trip dirancang, kira macam trip bidan terjun, sebelum ke sini ada banyak lagi urusan dilakukan, singgah di Putrajaya sekejap uruskan itu ini, kemudian ke Kuala Langat sekejap dan terus ke Melaka, sampai Melaka hari pun dah lewat petang, so rushing sana sini sebelum matahari terbenam pasal kami tak bercadang nak bermalam di Melaka.

Hentian pertama kami di Melaka ialah di tempat shopping terbaru di  Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah. Bukan nak shopping sangat pun, sampai sini pun hari sebelum gaji, so memang sesuai sangatlah, takdelah terusik duit gaji tu. Freeport A’Famosa ni kira macam Mitsui Outlet Park di KLIA dan juga Johor Premium Outlets di Senai, tempat shopping, kepada kaki shopping, sini memang syurga mereka la. Kami tak beli apapun sini hatta sebotol air mineral pun, saja datang singgah nak bergamba pasal tengok ada kawan post gambar tempat ni di facebook dan macam cantik jer, so singgah lah kejap.

Naluri traveller memang tinggi dia punya “Curiosity” pasal tu nak ambik tahu, redah sana, redah sini perkara biasa, non traveler rasanya bab “ingin tahu” ni macam kurang sikit, Alhamdulillah sampai jugak sini, so kepada kaki shopping boleh masukkan A’Famosa Outlet Village dalam list terbaru anda selain Mitsui dan JPO dan tak lama lagi Kuala Lumpur International Outlets akan dibuka di Sepang pertengahan tahun depan, ranking Malaysia memang antara pusat membeli belah terbaik di dunia.

A’Famosa Outlet Village, menarik untuk photo shoot di sini tapi saya tak ambil gambar banyak, promote lebih-lebih pun bukan dorang bagi shopping free kt sini, so ambil gambar buat syarat sahaja. Asal ada kenangan orang kata, kalau orang tanya dah sampai? Dah, beli apa? Tak beli apa, ambil gambar saja.

Lepas tu terus ke bandar Hilir Melaka, HaiQal nak tengok Memorial Pengisytharan Kemerdekaan, dah beberapa kali dah kami ke sini tapi pasal dia kata dah pernah belajar pasal tempat ni di sekolah, so datang kejap, waktu dah nak Maghrib dah pun, so ambil gambar sikit sebelum gerak ke Kuala Lumpur.

Semua gambar-gambar jenis pacak Negaraku jer, pasal masa tak banyak, kalau ikutkan setiap satu-sau tempat mau sejam dua baru gerak ke tempat lain, nak tunggu moment dan suasana yang ok baru ambil gambar, so takde nak fancy-fancy sangat, asal ada cukup, next time kalau ada rezeki, insyaAllah datang lagi, habiskan sehari dua sini, Jonker Walk pun kami skip hari tu.

Kebanyakan anak-anak zaman sekarang ni memang beruntung berbanding  masa kita dulu, kebanyakan keluarga awal tahun 80an dulu bukannya terdiri dari orang senang, nak berjalan-jalan macam ni mungkin sepuluh tahun sekali ataupun masa sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah enam, mungkin sekali jer pergi, saya dari darjah satu sampai sekolah menengah rasanya tak pernah sampai ke Bandar Hilir Melaka ni.

Masa saya kanak-kanak dulu, rasanya paling jauh pernah saya sampai mungkin Hutan Lipur Kanching di Templer Park, Sungai Congkak, Sungai Gabai, Sungai Tekali. Dulu pernah dengar kawan-kawan ke Pangsun, Bagan Lalang dan Port Dickson tetapi saya tak pernah sampai pun tempat-tempat macam tu, ke Kuala Lumpur pun rasanya mungkin ke Puduraya sahaja pasal tunggu bas nak balik kampung ke Teluk Anson atau Teluk Intan Perak, nak jalan-jalan ke Pertama Kompleks masa saya kanak-kanak dulu memang takdelah.

Hidup berkeluarga, tak boleh fikir diri sendiri sahaja, kena fikir pasal anak-anak jugak, kalau saya fikir tentang diri sendiri, cuti hujung tahun  ni, rasanya saya dah sampai ke Siberia, paling tidak pun ke Bukhara di Uzbekistan, insyaAllah…

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*