Family,  Life,  Uncategorized

Wisata Hujung Minggu | Jalan-Jalan Di Sungai Besi

Family Photography

Family Photography | Having Fun

Family Photography at Sungai Besi

Family Photography at Sungai Besi

Family Photography

Family Photography at Sungai Besi

Family Photography | Mother and Daughter

Family Photography at Sungai Besi

© 2015 Wazari Wazir | Hujung Minggu Di Pekan Sungai Besi | Taken With Fujifilm X100T

Hujung minggu ni kami tidak ke KLCC tetapi ke Sungai Besi, skip jogging hari ini. Kira pergi pasar beli barang-brang keperluan dapur, anak-anak saya ni kalau ikutkan belum lagi masanya untuk bangun tidur. Gerak dorang bawak pi sini. Nak cepat punya pasal selipar Raphael pun tertinggal.

Sambil ibunya pergi pergi membeli barang-barang keperluan dapur, saya jaga mereka sekejap, sambil-sambil tu ambil gambar, kamera Fujifilm X100T yang kecil memang selalu ada dalam beg saya, dan boleh dikatakan ke mana sahaja saya rakam gambar mereka cuma tak share di sini sahaja pasal banyak sangat gambar, tak sempat nak upload, terus simpan dalam hard disk sahaja.

Tengok lighting awal pagi ni macam menarik jer, so saya pun ambil gambar sikit. Banyak kenangan saya di Pekan Sungai semasa zaman kanak-kanak, cuma tiada sekeping gambar pun dirakam di sini, almaklumlah, masa tu saya tiada  kamera.

Kepada yang kata tiada masa untuk ambil gambar keluarga, rasanya tak susah mana pun, ambil sahaja gambar masa minum petang ke, makan nasi lemak di warung tepi jalan ke, gambar-gambar biasa macam tu bagi saya lebih nostalgia daripada gambar yang kita rakam dalam studio, kecuali untuk formal portraiture.

Gambar-gambar macam ni bagi sesetengah orang mungkin nampak macam berserabut tetapi bagi saya ianya punya cerita tersendiri, mungkin tidak sekarang, insyaAllah di masa mereka dewasa nanti.

One more thing, but not the least, semasa saya seusia anak-anak saya dalam gambar ini, Sungai Besi ialah ibarat KLCC bagi saya, maksud saya tempat yang happening, dulu KLCC pun belum wujud, tetapi perumpamaan sekarang dengan dulu, lebih kurang macam itulah, cukup terhibur sekiranya arwah ayah, bawa saya ke Sungai Besi, macam anak-anak saya sekarang, yang cukup terhibur dapat ke KLCC hampir saban minggu…

*NOTE : Muhyiddin Yassin Pun Pernah Berjalan-Jalan Di Pekan Sungai Besi

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.