Family,  Life

Kenangan Manis Zaman Kanak-Kanak | Majlis Berkhatan Di Masjid Negara

© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur

© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur

© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur

© 2015 Wazari Wazir | Masjis Berkhatan Beramai-Ramai di Masjid Negara | Kuala Lumpur

Tarikh 21 November 2015 mungkin merupakan tarikh yang akan kami kenang seumur hidup di mana pada hari itu anak-anak saya iaitu Raphael dan haiQal di sunatkan atau dikhitankan. tarikh itu juga sebenarnya merupakan tarikh pembukaan rasmi Persidangan ASEAN Kali Ke-27 di KLCC. Saya memohin kebenaran dari Boos saya untuk escape sekejap bagi menemani anak-anak saya di majlis ini, hampir dua bulan saya dah masukkan nama anak-anak saya untuk majlis ini dan merupakan antara yang paling awal mendaftar.

Seawal jam 7 AM pagi kami dah keluar rumah, untuk mengelakkan jalan jem akibat ditutup sempena Persidangan ASEAN tersebut, Syukur Alhamdulillah setengah jam kemudian kami tiba di Masjid Negara, ibu bapa sudah mula amai membawa anak-anak masing-masing lengkap dengan berbaju Melayu dan bersampin di pinggang. Majlis Berkhitan Beramai-Ramai di Masjid Negara ini dirasmikan oleh Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Yusuff Ahmad.

Sebelum bermulanya majlis tersebut, sempat juga saya bawa anak-anak saya bergambar sekitar Masjid Negara, masa ni masih nampak kool lagi, takde rasa takut sangat. Selepas sahaja majlis perasmian berlangsung, mereka dibawa turun untuk berbaris dan berarak untuk dimandikan dengan air pancut dengan bantuan pihak bomba.

Bukan main seronok lagi mereka bermain air bersama lebih 60 lagi kanak-kanak yang lain, usia kanak-kanak yang paling muda ialah tiga tahun dan yang paling dewasa kalau tak silap berumur sekitar 10/11 tahun. Gambar-gambar dirakam sebagai tanda ingatan dan kenangan zaman kanak-kanak mereka yang penuh warna warni, HaiQal baru berusia 8 lahun manakala Raphael baru berusia 4 tahun. Saya tak ingat pula darjah berapa saya bersunat dahulu, tetapi rasanya, sedikit berusia dari mereka dan kenangan waktu itu tidak berapa jelas sangat diingatan.

Peroses bersunat dilakukan secara serentak, katil HaiQal dan Raphaelsebelah menyebelah, saya menjaga HaiQal manakala ibunya menjaga Raphael. Mulanya saya ingatkan Raphael yang akan menjerit dan meronta-ronta akibat takut tetapi sebaliknya berlaku, HaiQal pula yang meraung-raung, membaca “Basmalah” tak henti-henti, Raphael senyap sahaja seolah-olah tiada berlaku apa-apa.

Disebabkan keadaan tersebut saya tidak dapat mengambil gambar mereka berdua semasa proses bersunat dilakukan. Terpaksa menenangkan si HaiQal berlebih-lebihan takutnya.

Syukur Alhamdulillah, selesai sudah salah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu buat mereka. Lepas habis tu bergambar lagi sedikit sebelum pulang ker rumah. Masa saya dahulu, majlis berkhatan dilakukan di surau kampung saya sahaja, surau yang letaknya berdekatan dengan rumah, pergi balik jalan kaki sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan majlis khitan anak-anak anda di Masjid Negara, bolehlah hubungi mereka sekitar bulan Oktober atau November kerana acara ini ialah acara tahunan yang mana pihak Masjid Negara telah melakukannya semenjak tahun 1993 lagi.

Zaman sekarang ni kebanyakan tempat menggunakan kaedah “Smart Clamp” untuk bersunat, so tak perlu lagi nak angkat kain ataupun gantung penjuru kain di rumah dengan ikat tali bebagai, actually dah boleh pakai seluar terus, seluar yang sedikit longgar, Raphael sampai di rumah boleh berjalan dan berlari sana sini lagi, tidur pun boleh mengiring dan tak perlu tidur terlentang. Mungkin masih ada lagi Surau atau Masjid yang menggunakan kaedah lama, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, terpulang pada kita nak pilih mana satu yang sesuai untuk anak kita.

Tengok HaiQal dan Raphael pakai kain pelikat macam tu, ada yang bertanya “dah sunat ke,” dulu tak perlu tanya pasal bila dah kena potong sure kena pegang hujung kain supaya tak rasa ngilu, sekarang ni dah ada “Protection” dari “Smart Clamp,” so takde rasa geli dan ngilu, boleh jer pakai seluar yang sedikit longgar, tiada masalah, insyaAllah dalam 2,3 hari dah boleh jalan-jalan sana sini, melompat dan pi Over Sea naik keretapi 🙂

*Kesemua gambar-gambar di atas dirakam menggunakan Kamera Fujifilm X100T…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.