• Adventure,  Travel

    Kembara Indie | Ada Apa Dengan Itinerary?

    © 2015 Wikivoyage | Trans-Siberian Railway Map “Bro, nanti PM Iti, Bro nanti share Iti boleh, Bro boleh bagi full itinerary tak?” Dalam group kembara atau travel, mesti selalu kita jumpa soalan macam ini, mereka yang bertanya mungkin berminat hendak mengetahui jadual perjalanan kita, mungkin berminat dengan trip kita, so apa kebendanya “Itinerary” ini? Secara ringkasnya Itinerary ini ialah jadual perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Sama ada ianya jadual perjalanan secara detail ataupun hanya secara kasar sahaja. Kebiasaannya orang hendak tahu tempat-tempat menarik yang dikunjungi dari sehari ke sehari, macam mana hendak pergi ke sana, hendak naik pengangkutan apa, di mana hendak dapatkan keretapi atau bas, di stesen mana, berapa…

  • Adventure,  Travel,  Uncategorized

    Apakah Anda Seorang Pelancong Atau Pengembara?

    Tajuk di atas tu mungkin boleh buat setengah orang merasa tersentap, rileks dulu, saya bukan nak cari gaduh ke apa ke, cuma ingin menjelaskan sedikit kekeliruan sahaja. Yang pasti kita semua adalah pengembara di atas muka bumi ini dan bukannya pelancong. Sebenarnya agak menarik untuk menulis tajuk yang agak kontroversi ini, sama seperti jenama kamera manakah yang lebih bagus, Canon atau Nikon, Full Frame atau Non Full Frame atau Mirror-Less. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ; MENGEMBARA membawa maksud – Pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia, dari sebuah negara ke negara lain. MELANCONG pula bermaksud melancong pergi melawat untuk…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Pengembaraan Bukanlah Satu Perlumbaan

    © 2010 Wazari Wazir | Kembara India 2010 | Taj Mahal | Traveling By Train “Aku Pengembara, Kau Pelancong, “I’m a Traveler and You are Tourist.” Perdebatan tentang topik ini hangat diperkatakan sama macam dalam bidang fotografi, perdebatan antara RAW format dan JPEG format, perdebatan antara Full Frame Camera dan Non Fulll Frame serta yang terbaru antara Mirror-Less dan Non Mirror-Less dan macam-macam lagi termasuklah kamera jenama apa yang paling bagus, gambar Edit Photoshop dan “SOOC” atau Straight Out of Camera, aku memang cemburu dengan mereka-mereka yang punya banyak masa untuk berdebat dengan isu-isu yang remeh temeh  tetapi mampu untuk menghangatkan suasana. Sebenarnya saya nak tulis sedikit tentang artikel yang pernah…

  • Family,  Life

    Review Buku | Sekeping Gambar Seindah Memori

    © 2015 Wazari Wazir | Buku Sekeping Gambar Seindah Memori | Zubye Rusli Mungkin ada diantara anda yang dah mula bosan dengan saya, tak habis-habis cerita pasal buku, dalam Instagram saya pun semenjak kebelakangan ini banyak gambar-gambar buku sahaja, biasanya kalau saya post anything tentang buku, jarang orang komen, jarang orang “like” di facebook, topik yang “boring.” Kebanyakan kenalan facebook saya adalah di antara mereka yang meminati bidang fotografi tetapi sebahagian besar dari mereka juga kurang minat membaca buku, selain majalah dan buku-buku berkaitan fotografi, sampai ada saya jumpa profile seorang photographer Malaysia ini yang tulis “I Don’t Read Book.” Anyway saya bukannya nak mengejar “Likes.” kalau itu yang saya…