Adventure,  Travel,  Uncategorized

Apakah Anda Seorang Pelancong Atau Pengembara?

© Wazari Wazir | Bromo | Surabaya | Indonesia
© Wazari Wazir | Bhaktapur | Nepal
© 2018 Wazari Wazir | Banyuwangi | Java Island | Indonesia

Tajuk di atas tu mungkin boleh buat setengah orang merasa tersentap, rileks dulu, saya bukan nak cari gaduh ke apa ke, cuma ingin menjelaskan sedikit kekeliruan sahaja. Yang pasti kita semua adalah pengembara di atas muka bumi ini dan bukannya pelancong. Sebenarnya agak menarik untuk menulis tajuk yang agak kontroversi ini, sama seperti jenama kamera manakah yang lebih bagus, Canon atau Nikon, Full Frame atau Non Full Frame atau Mirror-Less.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ;

  • MENGEMBARA membawa maksud – Pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia, dari sebuah negara ke negara lain.
  • MELANCONG pula bermaksud melancong pergi melawat untuk bersenang-senang atau untuk melihat-lihat. Pelancongan hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan untuk melihat-lihat atau utk bersenang-senang. Pelancong orang yang melancong (melawat sambil melihat-lihat).

Kepada kaki backpackers atau traveler, apabila pulang dari luar negara, mesti ada segelintir dari kawan-kawan kita yang akan kata, “wahh, hebatlah kau ni, melancong jer kerja kau ni, sekejap terbang, sana, sekejap terbang sini.”

Ayat “melancong” tersebut mungkin sesuai digunakan sekiranya kita bercuti di tepi pantai di Langkawi ataupun di Maldives yang mana kita bersenang lenang, merehatkan diri dan minda, tetapi sekiranya kita baru balik dari Nepal setelah menghabiskan selama lebih kurang tiga minggu untuk trekking Everest Base Camp, ayat “melancong” mungkin kurang sesuai. “Wahhh, bestlah kau melancong ke Everest Base Camp, tengok Gunung Everest, main salji” Mereka tak tahu ke berapa ramai orang yang bertarung nyawa untuk ke Everest Base Camp, yang menemui ajal di sana pun ramai sebab terkena AMS atau Acute Mountain Sickness, menggalas backpack berhari-hari sampai naik patah pinggang, tidur pun di lodge yang kurang selesa, melancongkah itu?

Senang cerita melancong ini lebih kepada aktiviti bersenang lenang untuk merehatkan fizikal dan minda, manakala pengembaraan atau “mengembara” pula lebih kepada sesuatu aktiviti ataupun perjalanan yang lebih mencabar ataupun “Adventure” kata orang. Dalam Bahasa Inggeris orang sebut “Adventure” dan dalam Bahasa Malaysia biasanya orang sebut sebagai “Pengembaraan” yang kebiasaanya akan ada unsur-unsur yang mencabar sepanjang perjalanan kita.

Bila disebut “Adventure” pulak, ianya mesti melibatkan sesuatu aktiviti ataupun perkara yang mencabar setiap individu, kalau tiada cabaran, ianya bukanlah sebuah pengembaraan, tetapi cabaran yang dimaksudkan pula berbeza-beza antara seseorang dengan orang lain.

Bagi sesetengah orang yang telah biasa ke luar negara, urusan beli tiket, check in di Lapangan Terbang dan menaiki Kapal Terbang mungkin perkara biasa bagi mereka, tiada apa yang adventure sangat tetapi bagi mereka yang baru pertama kali ingin keluar negara, urusan membuat Passport juga merupakan adventure bagi mereka, ataupun pengalaman baru yang mendebarkan kerana kini mereka sedang menanti untuk mengambil kunci pintu dunia ini, di mana dengan adanya Passport, langkah mereka akan semakin jauh. Nak buat Visa juga satu “pengembaraan” juga. Lain negara lain cabaran untuk dapatkan Visa tersebut.

Saat berada di Lapangan Terbang untuk urusan pendaftaran ataupun Check In juga merupakan “Adventure” atau sebuah pengembaraan kecil bagi mereka, terutamanya yang baru pertama kali melakukan urusan Check In secara sendiri dan bukannya dilakukan oleh Agency Pelancongan ataupun hasil bantuan rakan-rakan.

Biasanya mereka akan datang awal ke Lapangan Terbang kerana mereka tidak tahu arah mana hendak dituju, “Arrival” atau “Departure.” Yang mana satu kaunter Check In, yang mana satu kaunter untuk Drop Bag, apakah kita boleh pergi ke mana-mana sahaja kaunter sedia ada ataupun kita perlu mencari kaunter syarikat penerbangan yang kita telah pilih.

Saya masih ingat lagi sewaktu pertama kali saya menaiki Kapal Terbang di Lapangan Terbang Subang pada tahun 2002, masa itu saya ada urusan kerja di Kota Kinabalu, saya berdua dengan rakan sepejabat saya yang lebih senior dari saya. Sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang lagi hati sudah berdebar-debar kerana inilah pertama kali saya berpeluang untuk menaiki kapal terbang.

Dari rumah dah pakai smart-smart dah, maklumlah nak naik kapal terbang, takkan nak pakai round-neck T-Shirt dan selipar sahaja kan? Pakai baju macam nak pergi pejabat sahaja, padahal tak perlu pun, bukan apa, takut tak lepas masuk kapal terbang, bagi orang kampung macam saya ini, memandang orang yang menaiki kapal terbang tu ada “standard” ada klass yang mesti dijaga. (Rupanya pakai T-Shirt Pagoda dan selipar pun boleh naik).

Masa hendak mencari gate ataupun pintu untuk pesawat berelepas pun saya dah gelabah, tak tahu pintu mana dan bila jumpa pintu macam tak yakin bahawa pesawat yang saya nampak di luar cermin adapah pesawat yang akan membawa saya ke Kota Kinabalu pasal saya tak nampak ada tulisan “Kota Kinabalu” di cermin hadapan bahagian pilot atau “Cockpit” tersebut, biasa kita naik Bas Express kan ada ditulis kat bahagian depan tu, Kuala Terengganu ke, Alor Setar ke, so saya macam tak konfident yang itulah pesawat yang betul, sampai gusar dalam hati berkata-kata “eh, kalau aku salah naik flight macam mana? Sampai tempat lain nanti,  naya aku.” Begitulah betapa naifnya saya ketika itu.

Berbalik kepada “Melancong,” kebiasaanya mereka yang mahu bercuti atau bersenang lenang akan memilih untuk mengambil pakej-pakej dari Travel Agency untuk menguruskan perjalanan mereka, sebabnya mereka hendak berehat, bercuti, menenangkan fikiran tetapi kini ada juga yang buat sendiri, terutamanya dalam menempah tiket penerbangan, booking hotel dan sebagainya, tetapi untuk aktiviti “melancong” ini biasanya kurang sedikit unsur pengembaraan, kurang sedikit unsur kecemasan ataupun bahaya yang menanti.

Yang mana mengambil pakej dari Travel Agency, biasanya, urusan visa, tiket kapal terbang, check in di airport dilakukan oleh pihak agency. Sebaik tiba di destinasi telah sedia menunggu bas ataupun van yang akan menjemput kita dan membawa kita hingga ke hotel kediaman kita, makan minum semua disediakan.

Selepas makan dan minum, itinerary perjalanan diatur oleh pihak agensi, kita tunggu di luar hotel, bas atau van akan membawa kita ke tempat-tempat menrik yang terdapat di bandar tersebut, tak perlu nak pening kepala fikir hendak  ke mana kerana setiap agensi pasti akan masukkan destinasi ke setiap tempat-tempat menarik, ataupun bersejarah dalam list itinerary mereka.

Berbeza pula dengan Mengembara, ataupun pengembaraan, tidak semestinya kita mesti mendaki gunung atau belayar di lautan selama berbulan-bulan, pengembaraan atau “Adventure” itu melibatkan sesuatu yang mencabar tetapi cabaran itu bagi setiap orang adalah subjektif, sekiranya kita travel ke Turkey sebagai contoh secara independent, baik berseorangan ataupun dengan beberapa orang kawan tanpa jadual lawatan yang tetap, maka “adventure” kita bermula sebelum kita sampai ke Istanbul lagi. Urusan beli tiket dan sebagainya.

Bila kita sampai di Istanbul barulah kita fikir mana kita hendak pergi, barulah terfikir hendak makan kebab yang sedap dan murah di mana, hendak pergi ke Bursa naik apa, hendak pergi ke Cappadocia naik apa? Nak naik bas ke, naik kapal terbang ke? Kalau travel satu keluarga dengan anak-anak kecil secara independent tanpa bantuan travel agency, lagi besar cabaran ataupun “adventure” yang perlu kita lalui terutama dalam melayan karenah anak-anak.

Cuma kalau dibandingkan dengan “Pengembaraan” zaman dahulu, sebelum terciptanya kapal terbang dan kereta, perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi mengambil masa yang cukup lama, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. (Kapal terbang pertama berjaya diterbangkan pada tahun 1903 oleh Wright Brothers, manakala kereta pertama dicipta pada tahun 1807 oleh Karl Benz, tetapi hanya pada tahun 1908 barulah Ford mencipa kereta Model -T untuk kegunaan orang ramai).

Pengembaraan Ibnu Battuta mengambil masa selama lebih tiga puluh tahun bermula pada tahun 1325 dari Morocco untuk mengerjakan ibadat Haji dan beliau hanya pulang ke negara asalnya setelah melakukan pengembaraan selama lebih kurang 30 tahun.

“My departure from Tangier, my birthplace, took place, with the object of making the Pilgrimage to the Holy House at Mecca and of visiting the tomb of the Prophet in Medina, God’s richest blessing and peace be on him.

I set out alone having neither fellow-traveler in whose companionship I might find cheer, nor caravan whose party I might join, but swayed by an overmastering impulse within me and a desire long-cherished in my bosom to visit these illustrious sanctuaries.

So I braced my resolution to quit all my dear ones, female and male, and forsook my home as birds forsake their nests. My parents being yet in the bonds of life, it weighed sorely upon me to part from them, and both they and I were afflicted with sorrow at this separation.”  

– Ibnu Battuta – | Chapter One

Sebelum itu Marco Polo telah melakukan pengembaraan dari Eropah ke Asia selama lebih kurang 24 tahun (1271 to 1295) dan tidak lupa juga Admiral Zheng He ataupun lebih dikenali oleh kita sebagai Laksamana Cheng Ho telah melakukan pengembaraan bertahun-tahun juga antara tahun 1405 dan 1433 dengan tujuh ekpedisi.

Pada suatu ketika dahulu orang keluar mengembara jarang untuk bersuka ria, kebanyakan daripada mereka mengembara sama ada atas urusan untuk menuntut ilmu, mencari sumber rezeki yang baharu, menyebarkan fahaman agama, keluar berdagang ataupun meluaskan kuasa negara mereka. Sekarang pun masih ada lagi orang yang keluar mengembara mencari ilmu, cuma bezanya bukanlah bergerak dari satu tempat ke satu tempat atau dari sebuah negara ke sebuah negara untuk satu tempoh yang panjang.

Kebiasaanya zaman sekarang ini mereka yang keluar menuntut ilmu sebagai contoh ke United Kingdom ataupun ke  Mesir, mereka akan habiskan masa selama tiga  hingga lima tahun di sana sebelum pulang balik ke Malaysia tetapi dalam tempoh tersebut mereka pulang juga ke Malaysia kerana jarak perjalanan hanya beberapa jam sahaja dengan menaiki kapal terbang berbanding berbulan-bulan atau mungkin bertahun andaikata jalan darat digunakan tanpa menggunakan kenderaan berenjin.

Zaman sekarang ini dengan kemajuan sistem pengangkutan serta jalinan jalan raya yang baik, orang keluar mengembara kebanyakannya adalah atas tujuan riadah, ziarah ataupun menuntut ilmu dengan alam, belajar dari Universiti Kehidupan. Ada yang memilih untuk berbasikal dari Asia hingga ke Europe atau sebaliknya, ada yang memilih untuk menaiki keretapi dari Asia ke Europe dan ada juga yang memilih untuk berjalan kaki ke serata dunia. Mungkin anda pernah dengar nama Jean Béliveau dari Canada yang menghabiskan lebih kurang 11 tahun untuk berjalan kaki ke seluruh dunia melalui 64 buah negara.

Senang cerita pengembaraan ini sudah pasti melalui pengalaman yang  mencabar dan cabaran itu juga berbeza-beza antara setiap individu, ada cabaran yang kecil tetapi besar bagi sesetengah orang, dan ada juga cabaran yang besar bagi sesetengah orang tetapi dianggap kecil bagi individu yang lainnya.

So, apa point artikel ini? Sama ada kita ini adalah seorang Pelancong ataupun Pengembara, biarlah kita sendiri yang tentukan, biarlah orang hendak kata apa, bagi orang yang dah berbelas tahun atau berpuluh tahun keluar backpacking secara independent mungkin akan kata mereka yang ikut Travel Agency keluar negara itu sebagai makan angin, yer, mungkin betul, mungkin tidak, siapa tahu itu pengalaman pertama beliau ke luar negara, pengalaman pertama menaiki kapal terbang, dan beliau mungkin takut hendak naik flight, “Phobia” kata orang, beliau meungkin terpaksa “berperang” dengan diri sendiri untuk memberanikan diri menaiki kapal terbang, itu salah satu cabaran utama beliau, tak siapa tahu.

Siapa tahu mungkin beliau yang pada mulanya keluar mengikut pakej yang dianjurkan oleh Agensi  Pelancongan mula merasa tertarik untuk melihat negara orang, semakin teruja untuk melihat corak kehidupan serta budaya manusia di seluruh dunia dan kurang berpuas hati dengan jadual padat yang ditetapkan oleh agensi pelancongan tersebut, dan setibanya beliau pulang ke tanah air, beliau mula memberanikan diri untuk rancang perjalanan sendiri, baik keluar mengembara bersama kawan-kawan ataupun bersendirian dan tak mustahil individu tersebut akan travel lebih jauh dari kita lagi.

Senang cerita, kita mengembara atau melancong ikut cara kita sendiri, ada masanya kita mengembara untuk merasa sedikit adventure, ada masanya kita melancong, untuk berehat-rehat dan bersenang lenang setelah letih bekerja di pejabat dan malas nak fikir hal-hal yang elok diserahkan kepada travel agency, biar mereka yang uruskan, berehat, bersantai di tepi pantai menyaksikan matahari terbenam.

Ada orang pula mungkin rasa selesa dengan hidupnya lantas dia jadi bosan dan dia rasa perlu ada sedikit cabaran dalam hidup dia, so dia pun memilih untuk trekking di Himalaya berminggu-minggu sebagai contoh, bersusah-susah trekking, sengaja menyakitkan badan untuk kepuasan yang dia sendiri faham, yang orang lain tidak faham, termasuk keluarga sendiri.

Satu lagi, dalam passport, ataupun sekiranya kita ingin memohon Visa untuk ke luar negara di mana negara tersebut memerlukan visa, yang ada hanyalah “Tourist Visa atau Tourism Visa,” selain Student Visa, Business Visa, Transit Visa, Diplomatic Visa ataupun Work Visa. Tiada visa khas atau berasingan untuk membezakan Traveler, Adventurer atau Backpacker.

Selain urusan business, study, diplomatic, pekerjaan, kebanyakan daripada kita yang masuk ke negara orang hanya akan dapat “Tourist Visa” bukannya Backpackers Visa ataupun Traveler Visa walaupun kita tiba di airport dengan Backpack 75 litre dengan keadaan kusut masai.

Last but not least, mereka-mereka yang telah biasa kepergian ke luar negara secara independent tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan biasanya tiada masalah untuk bercuti ataupun melancong menggunakan khidmat agensi pelancongan tetapi mereka-mereka yang sudah biasa ataupun memang selalu travel dengan agensi pelancongan bila mana mereka cuba nak jadi independent ataupun ikut trip yang kawan-kawan anjurkan, mungkin mereka ada sedikit masalah untuk menyesuaikan diri, kerana tahap keselesaan berkurang.

Dalam hidup ini manusia mencari pengalaman serta kepuasan hidup dalam pelbagai cara, ada orang kata kenapa bersusah payah, buang masa, buang duit naik keretapi dari Saint Petersburg sampai ke Beijing naik keretapi selama berhari-hari. Bukankah lebih jimat, cepat dan selesa dengan menaiki kapal terbang dari Moscow ke Beijing. Penerbangan dari Moscow ke Beijing hanya mengambil masa lebih kurang 7 jam setengah sahaja manakala dengan menaiki keretapi Trans-Siberian/Trans-Mongolian secara terus akan mengambil masa selama enam hari perjalanan.

Jawapan saya :

“For those who understand, no explanation is necessary; for those who don’t understand, no explanation is possible.”

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.