Photojournalism,  Travel

Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 | Dataran Merdeka | Kuala Lumpur

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama Diraja sempena Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka | Kuala Lumpur, 31 Julai 2015 | © Wazari Wazir
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka | Kuala Lumpur, 31 Julai 2015 | © Wazari Wazir

Sambutan Hari Pahlawan | Dataran Merdeka
Anggota tentera serta orang ramai menyaksikan persembahan pentomen sempena Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka | Kuala Lumpur, 31 Julai 2015 | © Wazari Wazir
The Photographers | Sambutan Hari Pahlawan 2015 | Dataran Merdeka
Jurufoto yang bertugas merakam Istiadat Sambutan Hari Pahlawan bergambar beramai-ramai bersama pegawai media Jabatan Penerangan Jagjit Singh | Kuala Lumpur | © Wazari Wazir

Sekadar berkongsi sedikit gambar-gambar semasa liputan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2015 di Dataran Merdeka, tak banyak gambar yang saya rakam sebenarnya pasal event ini hanya berlangsung lebih kurang satu jam sebaik ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tepat jam 8:30 am dan lebih kurang 9:30 am majlis selesai.

Sedikit perbezaan tahun ini berbanding sambutan tahun sebelumnya ialah kali ini kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain daripada itu sambutan kali ini juga turut diserikan dengan persembahan pentomen  mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 dan juga pentomen kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dari Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Bamboo 2 pada tahun 1975.

Kali ini saya cuba juga untuk mengambil sudut pandang yang berbeza iaitu, pemandangan wide shot Bandaraya Kuala lumpur, kebiasaanya saya lebih tertumpu sekitar pentas utama VVIP sahaja. Untuk mempelbagaikan potfolio gambar, saya cuba cari angle lain, banyak lagi gambar tetapi nak jimat bandwidth internet, saya upload sedikit sahaja. Tujuan saya cari sudut lain ialah, saya tidak mahu bila  pencen nanti, insyaAllah kalau umur panjang, semua gambar dari sudut pandang yang sama sahaja.

Siapa tahu, mungkin 10, 50 atau 100 tahun akan datang pemandangan di Kuala Lumpur sudah berubah, sudah semakin banyak bangunan pencakar langit di belakang sana, dan sudah tentu gambar pemandangan yang saya rakam tadi akan menjadi nostalgia buat sesiapa sahaja yang hadir pada waktu ini.

Sebelum menamatkan tugasan sempat juga kami jurufoto yang terlibat merakam peristiwa bersejarah ini bergambar bersama pegawai media Jabatan Penerangan yang cukup popular semasa Press Conference #MH370 iaitu Jagjit Singh.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.