Adventure,  Travel

Foto Kembara | Ini Bario, Bukan Disneyland

Travel Photography | Bario
© 2015 Wazari Wazir | Bukan Selalu Dapat Bergambar Dengan Kerbau di Bario Sarawak
Travel Photography | Bario
© 2015 Wazari Wazir | Keadaan Di Dalam Perut Pesawat Ringan Mas Wings Twin Otter | 18 Seaters

Travel Photography | Bario
© 2015 Wazari Wazir | Pengalaman Pertama Kali Dapat Duduk Belakang Pilot | Tiada Pintu Memisahkan Pilot Dan Penumpang
Travel Photography | Bario
© 2015 Wazari Wazir | Landing Time | Bario

Travel Photography | Bario
© 2015 Wazari Wazir | Mas Wings Twin Otter di Lapangan Terbang Bario | Sarawak

“Apa pasal la Boss aku bagi assignment kat Bario ni, tempat Jin bertendang, kenapalah aku tak dapat assignment di London ke, Paris ke atau Disneyland, kan best” terdengar keluhan seorang wartawan muda sewaktu kami baru nak masuk ke hostel penginapan kami di Bario Sarawak. Tiada penginapan hotel lima bintang, tiga bintang ataupun satu bintang di sini, yang ada hanyalah hostel ataupun homestay sahaja. Mungkin juga ini kali pertama wartawan tersebut tinggal di homestay.

Dalam hati, aku berkata, mungkin wartawan tersebut merasakan bahawa beliau di hukum atau didera dengan diberi assignment hujung dunia macam ni, saya pernah berassignmnet di luar negara, dan kebanyakan wartawan yang membuat liputan di luar negara adalahterdiri daripada senoor reporter ataupun chief editor bahagian masing-masing, jarang sekali aku jumpa wartawan muda atau baharu ber-assingment di luar negara terutamanya yang melibatkan VVIP.

Tetapi tidak mustahil juga, yang senior reporter ataupun chief editor yang membuat liputan lawatan VVIP ke luar negara tersebut telah menjelajah hampir setiap pelusuk Malaysia ini sebelum naik pangkat ke jawatan masing-masing.

Yang buat saya rasa tak sedap hati ataupun “tersentap” seketika mendengar keluhan wartawan baharu tersebut bukannya apa, bagi saya seorang wartawan seharusnya ada perasaan ingin tahu yang cukup mendalam, they should have “the curiosity at the highest level”. Golongan wartawan sepatutnya memiliki semangat rasa ingin tahu yang membuak-buak terhadap sesuatu perkara.

Kalau nak ikutkan saya juga rasa agak seram sejuk juga bila mendapat tugasan ini, manakan tidak, sebut sahaja “Bario” macam-macam bermain di kepala, kawasan ini lebih juga dikenali sebagai “Segitiga Borneo” lebih kurang Segitiga Bermuda, seringkali terjadi tragedi yang melibatkan pesawat di sini. Segitiga Bario yang terletak antara Bario, Pa, Lungan dan Gunung Murud antara kawasan yang ditakuti di kalangan juruterbang yang berulang alik antara Bario dan Ba’kelalan. Kawasan ini dikenali antara kawasan yang agak berbahaya sejak zaman British lagi.

Semasa pulang dari bario untuk ke Miri, cuaca tidak berapa baik, sewaktu pesawat masuk ke dalam kawasan berawan, gegarannya seolah-olah merentap jantung di badan, seakan-akan Malaikat Maut sedang mengintai-ngintai di luar jendela. Pesawat yang mulanya agak riuh rendah bertukar menjadi sepi seketika, wajah-wajah yang ceria tiba-tiba menjadi suram seketika. Saya sendiri pun hilang kata-kata kecuali terbayang keluarga di Semenajung, dalam hati berdoa agar aku diberi peluang untuk bertemu keluarga tercinta. Itu sahaja yang mampu aku lakukan.

Salah satu sebab saya memilih karier ini ialah kerana saya rasa bosan bertugas di pejabat, saya sukakan outdoor, suka kerja di luar dan kerja seperti ini, senantiasa memberikan pengalaman yang baharu, sentiasa ada element of surprise. Memang tidak dinafikan bukan semua tugasan itu adalah tugasan yang menggembirakan, ada juga tugasan yang membosankan tetapi itu sudah lumrah dunia pekerjaan.

Tugasan di Bario memberi saya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana, inilah buat pertama kalinya saya berpeluang menaiki pesawat ringan Twin Otter, sebelum ini pesawat kecil yang pernah saya naiki ialah Mas Wings ATR72 ke Lahad Datu  dari Kota Kinabalu Sabah.

Tetapi yang pasti Bario bukanlah destinasi yang sesuai untuk semua orang, untuk kaki shopping, Bario memang tak akan masuk senarai mereka, tiada shopping complex sehebat Pavilion di sini, IKEA, Giant dan Tesco pun tidak ada, hanya kedai runcit kecil sahaja. Bario juga kurang sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan suasana hiruk pikuk kota raya. Suasana malam di sini sememangnya sunyi dan awal paginya berkabus.

Kepada sesiapa yang inginkan suasana kampung, ketenangan, sumber udara yang bersih, datanglah ke Bario. Seringkali juga terdapat pelbagai festival di sini, kepada yang meminati photography, banyak juga subjek yang boleh diketengahkan, natara lain kehidupan Pribumi Penan, Kelabit di sini,dan mungkin boleh ambil gambar perusahaan Garam Bario yang cukup terkenal dengan sumber khasiatnya.

Saya tidak sempat hendak explore banyak tempat di Bario ini kerana mengikuti program yang telah diaturkan oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia. Sekiranya ada kesempatan, insyaAllah saya akan kembali lagi ke sini dan explore banyak lagi kawasan-kawasan yang masih lagi  belum terdedah dengan lensa kamera peminat fotografi di Malaysia.

*Artikel Berkaitan : The Making of Bario Salt

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

  • JMR

    Bario memang satu tempat yang unik. Keaslian khazanah flora&fauna  masih lagi terpelihara. PAsti udaranya sangat segar kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.