Travel

Kursus Foto Kembara Oleh Saiful Nang di Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur

The Photographer

© 2015 Wazari Wazir | Kursus Foto Kembara oleh Saiful Nang | Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur

Dalam dunia Fotografi di Malaysia ni, bila sebut sahaja nama Saiful Nang pasti mengundang seribu macam kontroversi. Ada yang suka dan ada yang tak suka, sama jugak macam saya, bukan semua pendapat atau status yang kerapkali beliau lontarkan terutamanya di facebook itu saya bersetuju, ada juga yang saya tak setuju.

Apapun saya bukannya nak kongsikan tentang kontroversi tersebut, saya cuma nak kongsikan sedikit ilmu atau pengalaman saya ketika hadir di Kurusu Fotografi anjuran Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur yang mana topik yang dibentangkan oleh Saiful Nang ialah mengenai Foto Kembara.

Ayat Kembara atau Travel ni macam magnet bagi saya, Bilik kuliah ini full house, sampaikan dua orang sahabat saya yang agak terlewat mendaftar perlu tunggu hingga jam 10:30 Am sebelum bermulanya kursus kalau-kalau ada kerusi kosong (kalau ada yang tak hadir), Alhamdulillah ada kerusi kosong, walaupun kapasiti sudah penuh tapi boleh lagi selit sikit-sikit dengan kawan-kawan, mungkin pihak penganjur limitkan penyertaan supaya semua peserta selesa berkursus. Saya masih ingat lagi sewaktu menghadiri seminar photography oleh Peter Sanders di tempat yang sama, ramai yang sanggup berdiri sehari suntuk semata-mata nak dengan talk dari Peter Sanders.

Kebanyakan yang hadir, bagi pandangan saya ialah mereka-mereka yang minat kembara, kaki travel dan datang ke sini mungkin untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan fotografi, agar gambar-gambar kembara mereka menarik, cantik ataupun bertaraf professional. Kepada yang mengharapkan dalam kursus ini diajar cara-cara pengendalian kamera, Exposure Triangle, Aperture, ISO dan Shutter Speed, memang silap tempat. Nak belajar tentang semua itu perlu hadir kursus fotografi, pengendalian kamera ataupun Asas Fotografi.

Sesi kursus foto kembara ini lebih kepada perkngsian ilmu, secara santai, lebih kepada memberi inspirasi supaya orang suka travel. Ada juga diselitkan cara-cara mengambil hati orang asing agar kita boleh ambil gambar mereka, banyak tips tips yang dikongsikan.

Saya sebenarnya agak segan jugak bila Saiful nang sebut nama saya dan sebut kisah kembara solo Trans-Siberia saya, siap suruh saya angkat tangan lagi, supaya saya memperkenalkan diri, saya nak ambil gambar Saiful Nang banyak-masa masa dia bagi talk pun tak jadi, control macho orang kata, gambar atas ni pun kawan saya yang tolong rakam guna iPhone jer walaupun dalam bag saya ada kamera Fujifilm X100T.

Antara tips yang menarik perhatian saya ialah bagaimana cara SN menjana pendapatan dari gambar-gambar travel beliau, antara lain ialah beliu menjula gambar serta story kembara beliau kepada editor-editor majalah travel, beliau emailkan set gambar “Low Resolution” serta story atau keterangan gambar beliau kepada seberapa banyak editor (Majalah Travel, Online/Offline) yang boleh, dapat seorang dua editor yang nak beli story dan gambar dia dah kira untung dah, boleh cover trip yang dia pergi tu.

Kira macam jual set photo essay dalam lima hingga sepuluh keping gambar macam tu. Photo Essay ini ialah sekumpulan gambar yang berkaitan antara satu sama lain, ataupun sekumpulan gambar yang melengkapkan sebuah cerita. Antara yang popular di Malaysia ini ialah gambar-gambar perusahaan kayu arang di Kuala Sepetang Perak. Di mana bermula dari proses kayu bakau tersebut diambil hinggalah ke proses terakhir. Proses pembuatan wau, ataupun proses membuat lemang, bermula dari pencarian buluh yang sesuai di hutan, hinggalah siap terhidang di meja makan, sebagai contoh.

Maksudnya kepada kaki kembara, cuba kita cari story yang menarik ataupun unik di mana-mana tempat kembara kita yang boleh kita jadikan sebuah photo essay, dan mungkin photo essay tersebut boleh dijual untuk menampung perbelanjaan travel kita. Kursus Foto Kembara bersama SN ini bukanlah kursus bagaimana hendak buat duit dengan gambar-gambar travel tetapi just an idea, bagaimana kita boleh buat duit dengan gambar-gambar travel.

Tetapi saya setuju jugak SN, ramai jugak yang hadir tu duit berkepuk-kepuk, duit gaji atau pendapatan bisness pun tak habis makan, buat apa nak sibuk-sibuk jual gambar, leceh jer. Tetapi tak semua yang hadir itu berpoket tebal, macam saya “bajet backpacker ni” tetapi ada brother yang duduk satu meja dengan saya katanya akan ke Greenland September ni ikut Photo Safari anjuran salah sebuah kelab fotografi di Malaysia. Ada jugak Underwater Photographer yang duduk semeja dengan saya, tak kurang jugak yang kerap travel ke Europe, sebut sahaja daerah mana, celah gigi sahaja mereka sebut nama tempat tu dengan bahasa yang saya sendiri tak faham.

Saya pula datang ke sini, lebih kepada ingin mendengar pengalaman kembara Saiful Nang, selain itu mungkin jugak kalau boleh menambah kenalan kaki travel, tetapi kalau kaki travel tu jenis “High Class” jenis tak tahan lasak, memang susah nak diajak kembara sekali. Selain dari itu saya juga ingin belajar cara “Public Speaking”, kita mungkin ada banyak ilmu atau pengalaman tetapi kalau kita tiada skill “Public Speaking” maka orang dengar pun mengantuk, dalam hal ini SN berjaya menghidupkan susana.

Mungkin ada orang yang membaca tulisan saya kali ini naik menyampah tetapi “I’ve to give credit where credit is due.”

Kepada yang berminat mengikuti kursus-kursus pendek anjuran Islamic Art Museum Malaysia bolehlah rajin-rajinkan diri anda singgah di laman web Islamic Arts Museum Malaysia . Kerapkali juga pihak IAMM menjemput photographer baik di dalam mahupun di luar negara untuk kursus jangka pendek mereka, saya sendiri pernah menghadiri kursus bersama Steve McCurry dan Peter Sanders di tempat yang sama.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.