Adventure,  Travel

Tips Membeli Kamera | Antara Keperluan Dan Kehendak

© 2015 Wazari Wazir | Fujifilm X100T | Mirror-Less Camera
© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway Trip | Photograph Taken With Fujifilm X100T
© 2015 Wazari Wazir | Inside Russian Platskartny Train Compartment | Photograph Taken With Fujifilm X100T

Satu ketika dahulu saya sering dihujani pelbagai pertanyaan tentang jenis kamera apa yang sesuai untuk dibeli, terutamanya daripada adik-adik yang baru-baru ingin menceburkan diri dalam bidang photography ataupun daripada individu-individu tertentu yang mula menaruh minat terhadap bidang photography. Mereka ingin tahu kamera apakah yang terbaik di pasaran sesuai dengan bajet mereka. Seringkali juga soalan tersebut saya jawab dengan soalan juga, antara lain saya ingin tahu apakah kecenderungan mereka, untuk apa kamera tersebut, apakah untuk kegunaan sendiri, merakam gambar ahli keluarga semasa bercuti ataupun ingin menjadikan photography sebagai salah satu daripada sumber pendapatan  tambahan.

Kadang-kadang sebagai orang baru kita mungkin termakan dengan umpan syarikat pengeluar kamera yang mengiklankan kamera mereka, kita teruja dengan gambar-gambar yang dipaparkan hasil daripada kecanggihan teknologi terbaru kamera mereka padahal ada sebahagian daripada gambar-gambar promosi kamera tersebut boleh dirakam dengan menggunakan teknologi kamera digital sepuluh atau lima belas tahun yang lepas.

Senang cerita untuk tidak melalut lebih lanjut, kita boleh bahagikan kepada dua golongan sahaja yang berhasrat untuk membeli kamera, satu golongan ialah sekadar hobi dan satu golongan lagi ialah ingin menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama.

Kepada yang ingin menjadikan bidang photography, kamera yang bagus yang mampu mengambil gambar dalam pelbagai keadaan adalah sesuatu yang amat penting bagi mereka kerana ini merupakan periuk nasi mereka, sudah tentu kamera yang sesuai dan terbaik yang jadi pilihan, contoh bagi mereka yang ingin menjadikan bidang fotografi perkahwinan atau wedding photography sebagai sumber pendapatan utama, sudah tentu mereka perlukan peralatan lengkap yang kebiasaannya sebuah atau dua buah DSLR dan beberapa jenis lensa untuk keperluan penggambaran yang berbeza-beza.

Begitu juga untuk seorang photojournalist terutamanya freelance yang mana syarikat yang mengambil mereka bertugas dengan mereka tidak membekalkan kamera kepada mereka, maka mereka perlu memiliki peralatan sendiri. Ada juga sesetengah freelance ataupun stringer International Press yang disediakan peralatan kamera oleh syarikat terbabit tetapi sekiranya mereka perlu gunakan peralatan kamera sendiri sudah tentu mereka perlu dapatkan yang terbaik yang memenuhi skop tugas serta liputan mereka.

Tetapi memiliki kamera DSLR bukanlah satu kemestian untuk seorang photojournalist, ini semua bergantung pada tugasan serta liputan yang hendak dilakukan. Kalau kita pernah dengar nama Award Winning Photographer Alex Majoli yang bertugas dengan Magnum Photos  (bukan Magnum 4D), yang mana hasil kerjanya disiarkan oleh Newsweek, The New York Times Magazine, and Vanity Fair antara lain hanya menggunakan kamera “Point and Shoot” Olympus C-5050 Zoom sahaja iaitu sekitar tahun 2003-2004 sedangkan pada masa itu sudah terdapat professional DSLR seperti Canon EOS 1Ds dan juga Nikon D2H.

Selain daripada golongan yang menjadikan photography sebagai sumber pendapatan, golongan kedua ialah sekadar hobi mengisi masa lapang, memang betul tidak dinafikan ada segelintir peminat photography secara suka-suka ini mampu membeli kamera yang mahal-mahal berbanding peralatan seorang photojournalist, itu duit mereka, tiada siapa yang hendak pertikaikan dan seperti juga hobi lain-lain adakalanya melayan hobi ini adalah sesuatu perkara yang agak “mahal”, kerana biasanya orang layan hobi untuk kepuasan, pernah dengar orang kata “Hobi Kami Mahal.”

Apa yang penting sekarang ini terutamanya yang berpoket agak nipis tetapi masih lagi ingin membeli kamera, kita kena tahu tujuan atau minat kita. Sekiranya kita hanya sekadar suka-suka untuk mengambil gambar keluarga semasa bercuti atau jalan-jalan, bagi saya tidak perlu beli kamera yang mahal-mahal, kebiasaanya kalaupun kita ingin buat sebuah photobook untuk gambar-gambar kembara kita, biasanya size photobook yang biasa orang print adalah antara 11 x 8.5 inch sahaja, ataupun besar sedikit dari size kertas A4. Dan untuk cetakan sebesar itu, sebuah kamera bersize kompak dengan 10 Megapixel sudah lebih dari mencukupi. Kalau hendak diikutkan zaman sekarang ni, sekiranya kita hanya ingin merakam gambar santai percutian kita, kamera dari Smartphone sudah lebih dari mencukupi, terutamanya dari model yang terbaharu.

Sekiranya kita ingin belanja secara berhemah, kita kena tahu bezakan antara keperluan dan kehendak, saya sama juga seperti orang lain, kekadang tewas juga melayan keinginan atau kehendak tetapi pengalaman mematangkan diri. Sebelum ini saya travel bersama kawan-kawan dan juga keluarga menggunakan kamera DSLR iaitu Canon EOS 5D Mark II.

Saya pernah membawa kamera tersebut ke Turkey, India dan juga ke Nepal. Pada kebanyakan masa saya hanya menggunakan lensa 50 mm serta 24 mm sahaja dan saya bukan berniat untuk menjadikan hasil kerja saya sebagai stock photo untuk dijual, hanya sekadar rekod visual peribadi sahaja.

Menyedari keperluan tersebut, saya tidak bercadang untuk menaiktaraf kemera DSLR saya kepada Canon EOS 5D Mark III ataupun yang terbaru Canon 5Ds yang memiliki 50 Megapixel. Sebaliknya saya membeli kamera Fujifilm X100T sahaja. Memang betul kamera Fujifilm tersebut walaupun bersize kompak tetapi bukanlah murah sangat tetapi kalau hendak dibandingkan dengan Canon 5D Mark III dan 5Ds, ianya jauh lebih murah.

Ada yang berkata pada saya, menyatakan minat nak travel tetapi tiada kamera yang bagus, “abang saya minat nak travel, tetapi kamera saya biasa-biasa sahaja”. Apa kena mengena kamera “biasa-biasa” dengan travel, tiada kena mengena pun kecuali kita di upah oleh Lonely Planet untuk rakam gambar-gambar untuk buku-buku panduan kembara mereka, mungkin kita perlu sedikit risau sekiranya kamera kita tidak mampu memberikan kualiti imej yang baik sebagaimana standard yang ditetapkan oleh Lonely Planet.

Kalau kita nak ambil gambar travel untuk personal, kamera apa pun boleh, dan sekarang ini ada segelintir photographer antarabangsa yang cari makan  hanya dengan merakam gambar melalui smartphone mereka dan dimuat-naik ke Instagram masing-masing, malahan baru-baru ini pihak kerajaan Turkey melalui Turkey Ministry of Culture and Tourism telah menjemput beberapa orang Instagrammers dari seluruh dunia yang memiliki followers yang ramai selain gambar-gambar yang hebat ke Turkey untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Turkey. Gambar-gambar perlu dirakam menggunakan kamera smartphone dan dimuatnaik terus ke Instagram masing-masing dan di-hashtag-kan kepada pihak sponsor. Boleh refer  Turkey Home

Pada December 2014 saya telah melakukan kembara solo ke Russia merentasi Siberia iatu dengan perjalanan epic Trans-Siberian Railway. Saya hanya membawa kamera Fujifilm X100T sahaja bersama saya dan tinggalkan kamera Canon EOS 5D Mark II saya di rumah dan tidak sedikit pun timbul rasa kesal di hati mengapa saya tidak membawa kamera DSLR tersebut untuk merakam perjalanan saya dengan kamera DSLR.

Berdasarkan pengalaman saya kembara sana sini, kamera bersize kompak dengan memiliki sudut pandang 35 mm sudah memadai bagi saya, Fujifilm X100T memiliki lensa tetap 23 mm yang menyamai 35 mm pada kamera bingkai penuh atau Full Frame. Saya menyukai sudut pandang 35 mm kerana ianya boleh dikatakan “Classic Wide Angle Lens.”

Siapa pernah dengar nama Steve McCurry jurufoto tersohor National Geographic, semasa awal pembabitannya dalam bidang photography beliau hanya menggunakan SLR dengan lensa  28mm, a 35mm dan a 50mm, cuma untuk gambar Portrait Gadis Afghanistan Sharbat Gula  yang dirakam pada tahun 1984, beliau menggunakan kamera Nikon FM2 beserta lensa Nikkor 105mm f/2.5.

Kalau hendak dibandingkan kamera entry level DSLR ataupun kamera Compact sekarang, ternyata amat jauh lebih baik dari kemampuan kamera Manual Nikon FM2. Ternyata kekuatan pada gambar Steve McCurry serta Alex Majoli bukanlah terletak pada kecanggihan teknologi kamera tersebut tetapi pada kebijaksanaan jurugambar dalam menyampaikan cerita melalui sekeping gambar atau apa yang terakam “Within The Frame”.

© 2014 Wazari Wazir | Moskva River | Moscow | Photograph Taken With Fujifilm X100T

Jadi apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah, kepada yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang photography, tanya dulu secara jujur pada diri sendiri apa minat atau kecenderungan kita dan kalau boleh ambil masa belajar photography sebelum beli kamera, kita boleh belajar tentang lighting, composition dengan menggunakan kamera smartphone kita, kerana susun atur atau susun letak subjek dalam gambar serta kebijaksanaan kita mengambil gambar dengan pelbagai keadaan lighting yang berbeza-beza mampu mampu memberikan kesan atau impak yang baik.

Zaman saya dahulu, saya habiskan masa hampir setahun melanggan majalah-majalah berkaitan photography sebelum saya membeli kamera pertama iaitu Nikon FM2 dengan kit lens 35-70 mm. Masa tu internet bukan macam sekarang, sumber ilmu ialah melaui buku-buku dan juga majalah dan dulu kos nak belajar photo agak tinggi kerana jadi atau tidak jadi hasil gambar kita kena cuci film dulu baru boleh tengok  hasilnya.

Kalau kita tak pandai ambil gambar maka banyaklah duit yang kita bazirkan untuk proses mencuci dan mencetak gambar, berbeza zaman sekarang kalau gambar tak jadi, nampak gelap atau overexpose di LCD, kita boleh delete dan ejas on the spot tanpa rugi apa-apa kecuali masa dan moment yang mungkin terlepas.

Kadang-kadang kita hanya akan tahu atau sedar akan “Keperluan” kita setelah bertahun-tahun mengambil gambar serta setelah banyak wang yang kita bazirkan untuk naik taraf kamera kita, jadi untuk tidak membazir wang ringgit serta masa, ada baiknya kita dengar pendapat daripada mereka-mereka yang lebih berpengalaman dari kita, supaya kita tidak mengulang kesilapan yang sama. Beli kamera seadanya dan ada duit lebih boleh kembara sana sini, InsyaAllah…

Artikel Berkaitan : Saint Petersburg Aku Datang |   Pengalaman Travel Solo Trans-Siberian Railway | Tips Membeli Kamera DSLR | London With Fujifilm X100T |  Why I Choose To Travel With Fujifilm X100T On Trans-Siberian Railway

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.