Adventure,  Travel

Kembara Trans-Siberian Railway | Saint Petersburg Aku Datang

Travel | Great Mosque of Saint Petersburg | Russia

© 2014 Wazari Wazir | Muqarnas of Saint Petersburg Grand Mosque  | Russia

Trans Siberian Railway | Saint Petersburg

© 2014 Wazari Wazir | Bersama Farid Nazir | Saint Isaac’s Cathedral | Saint Petersburg Russia

Travel and Photography | Saint Petersburg Grand Mosque

© 2014 Wazari Wazir | Bergambar Di Hadapan Grand Mosque of Saint Petersburg | Russia

Travel and Photography | Peter The Great Statue | Saint Petersburg | Russia

© 2014 Wazari Wazir | Bersama Aiman Suhaimi | Peter The Great Statue | Saint Petersburg

Travel and Photography | Saint Petersburg Grand Mosque

© 2014 Wazari Wazir | Grand Mosque of Saint Petersburg | Russia

Travel and Photography | Saint Petersburg Grand Mosque

© 2014 Wazari Wazir | Inside Saint Petersburg Grand Mosque | Sementara Menunggu Waktu Masuk Solat Asar

Travel and Photography | Saint Petersburg Grand Mosque | Russia

© 2014 Wazari Wazir | Outside Saint Petersburg Grand Mosque | After Friday Prayer

Travel and Photography | Gorkovskaya Metro Station | Saint Petersburg Russia

© 2014 Wazari Wazir | Spaceship Metro Station | Gorkovskaya Metro Station | Saint Petersburg | Russia

Saya nak sambung sikit kisah saya sebaik tiba di Saint Petersburg, cerita sebelumnya anda semua boleh baca di SINI. Kalau nak ikutkan hati saya benar-benar ingin travel secar Off-Radar tanpa diketahui oleh sesiapapun  kecuali ahli-ahli keluarga terdekat saya sahaja. Tetapi memandangkan kita dah sampai ke negara orang, rasanya ada juga baiknya kita jumpa rakan senegara kita untuk mengeratkan silaturrahim, orang kata dah masuk tempat orang, apa salahnya jumpa rakyat Malaysia yang dah sampai sini dulu, boleh juga dengar pengalaman dari mereka.

Oklah, sebelum tu sambungan kisah sebelumnya, sebaik sahaja selepas saya check-in di Soul Kitchen Hostel, saya terus tanya sama ada terdapat supermarket berhampiran, maklumlah perut dah semakin lapar, sejak terbang dari London belum lagi makan apa-apa kecuali roti sahaja semasa dalam flight dari London ke Saint Petersburg. Syukur Alhamdulillah, receptionist tersebut memberitahu bahawa terdapat sebuah supermarket tak jauh dari hostel, lebih kurang 150 meter sahaja jaraknya.

Malam masih muda lagi sebenarnya sewaktu saya sampai, lebih kurang jam 8 PM waktu di Saint Petersburg cuma keadaan diluar sanhat sejuk dan gelap, selepas masuk ke bilik, letak beg, saya pun terus turun ke bawah dan mencari supermarket yang dimaksudkan itu, syukur Alhamdulillah senang jumpa berdasarkan maklumat yang diberi oleh sigadis manis penjaga kaunter tersebut, saya teringin nak bergambar tapi menyedari diri ini pemalu orangnya maka saya buat hal sendiri sahaja.

Tak banyak barang yang saya beli, cuma beberapa bungkus roti dan buah-buahan seperti epal dan pisang, masa nak beli roti tu saya tengok dulu orang-orang dalam supermarket tu beli, mana yang jadi pilihan mereka itu yang saya beli, dah tentu local people lebih tahu yang mana sedap dan yang mana tidak bukan, itu tips tu, saya hanya bertawakkal dengan harapan tiada kandungan terlarang dalam kandungan roti tersebut. Supermarketnya taklah besar sangat, sedang-sedang sahaja sizenya.

Kembali pula tentang cerita “Off-Radar” ni, sebenarnya saya berminat denga cara seorang Adventurer ni yang travel bersama isteri kesayangannya selama lebih 26 tahun dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda iaitu Mercedes G-Wagen yang diberi nama “OTTO” secara Off-Radar.  Gunther Holtorf  dan isteri keempatnya Christine  (Yang lain telah meninggal atau berpisah) travel secara “Off-Radar” tanpa pengetahuan sesiapa, bayangkan selama lebih 26 tahun travel, cuma baru-baru ini sahaja ceritanya didengari. (Tahun 2014, Gunther Holtorf berusia 77 Tahun, beliau dilahirkan pada 4 July 1937 in Göttingen Germany)

Dalam temubual dengan wartawan beliau berkata, dia travel secara “Off-Radar” atau Low Profile adalah kerana faktor keselamatan dan hanya untuk keseronokan mereka berdua sahaja dan bukan untuk dihebohkan kepada umum, kalau anda search tentang warga German Gunther and Christine dan juga “OTTO” pasti banyak gambar-gambar kembara mereka yang menyentuh hati dan buat kita cemburu, 26 tahun travel dah tentu koleksi gambarnya cukup banyak kan, tetapi Gunther tidak langsung bercadang hendak membukukan pengalamannya, tetapi saya amat berharap yang beliau akan segera menulis tentang pengalamannya untuk manfaat orang lain. Satu saya nak beritahu, gambar-gambar yang mereka rakam bukan gambar biasa-biasa, they are in fact a very good photographer, their picture is a visual diary, tell stories.

Masing-masing kembara dengan cara yang berbeza-beza terpulang pada individu, kembara solo saya pun tidak ramai yang tahu kerana sewaktu di Russia saya tidak pernah update di Twitter ataupun di Facebook tentang keadaan saya, walaupun saya ada membalas mesej-mesej atau komen-komen di facebook semasa saya di Russia, tidak seorang pun kawan-kawan saya yang boleh mengagak dengan tepat di mana saya berada ketika itu, hanya ahli keluarga saya sahaja yang mengetahui di mana saya berada.

Berbalik kepada cerita di Saint Petersburg, semasa saya di London seorang kenalan facebook saya iaitu Muhamad Rafique ada menghubungi Ahmad Zamri seorang student di Moscow yang juga seorang kenalan saya juga mengatakan bahawa saya akan ke Saint Petersburg. Saya pun memang dah lama kenal dengan Ahmad Zamri, ada juga memberi “bunga-bunga” yang saya minat nak ke Russia cuma tidak memberitahu dengan tepat bila saya akan ke sana, beliau pun agak terperanjat bila saya beritahu dia bahawa dalam sehari lagi saya akan sampai ke Saint Petersburg dari London.

Sebelum berlepas ke London saya tidak beritahu sesiapa pun plan saya, saya hanya memberitahu Muhamad Rafique yang saya akan ke London hanya dalam tempoh sejam sebelum saya menaiki pesawat Malaysia Airlines Airbus A380, saya mesej beliau yang saya akan ke London, actually mula-mula tu saya tersalah hantar mesej, nama hampir sama, tetapi salah orang, saya tanya “Bro ada di London  ke skrg ni”? Jawapan “Ahmad” Rafique, “saya dah balik Malaysia Jumaat lepas (nasib baik tak jawab, saya tak pernah pi London pun), dalam hati kata “rosak program aku”. Rupanya saya salah orang, sebetulnya orang yang nak saya contact ialah “Muhamad” Rafique dan bukan “Ahmad” Rafique.

Dalam masa kurang setengah jam sebelum memasuki perut kapal terbang, saya tengok balik takut salah orang, baru saya jumpa oarng yang betul bila tengok muka prfile di facebook, Muhamad Rafique yang saya cari, dia pun agak terperanjat dapat mesej saya, saya bagi gambar boarding pass ke London saya untuk meyakinkannya. Nasib baik dia online masa tu, kalau tak susah jugak.

Dipendekkan cerita semasa di London, Muhamad Rafique hubungi Ahmad Zamri dan beliau pula hubungi kawannya di Saint Petersburg, kalau-kalau ada yang free untuk menemani saya sehari dua saya berada di Saint Petersburg, Syukur Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan Farid Nazir,  seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Saint-Petersburg State Marine Technical University, so setibanya saya di bilik hostel dengan segera saya hubungi beliau dengan Wifi free di hostel, Alhamdulillah dia free keesokan harinya iaitu Hari Jumaat.

Memandangkan esoknya hari Jumaat, saya bercadang untuk solat Jumaat di Masjid Besar di Saint Petersburg, so saya tanya dia pukul berapa nak gerak, Farid balas mesej facebook saya katanya dalam 12:30 PM, saya ingatkan nak gerak awal pagi dalam pukul 8AM ke atau 9AM ke lepas sarapan, saya bayangkan pukul 12:30 PM dah tengahari agak lewat nak jalan sana sini.

Keesokan paginya baru saya sedar kenapa dia nak jumpa saya jam 12:30 PM, Subuh di Saint Petersburg dalam pukul 7:49 AM dan waktu matahari naik sekitar jam 9:48 AM atau hampir kul 10 AM pagi baru matahari naik, patutlah bila saya bangun awal pagi dalam pukul 7 AM masih gelap kat luar, kul 10 AM pun masih agak gelap macam pukul 7:15 AM di Malaysia tetapi lebih gelap lagi pasal winter.

Tepat jam 12:30 PM beliau telah menunggu saya di bawah hostel, kami sempat berjalan-jalan di sekitar Hostel sebelum mengambil Metro untuk menuju ke Masjid Saint Petersburg, actually tak jauh sangat dari Hostel, rasanya kurang 20 minit dalam Metro kami dah sampai di Stesen Metro berbentuk kapal angkasa iaitu Gorkovskaya Metro Station, keluar jer stesen ni dah boleh nampak masjid tu, rasa macam sampai di Uzbekistan pulak bila melihat struktur binaan masjid tersebut.

Travel and Photography | Saint Petersburg | Russia

© 2014 Wazari Wazir |  Selesai Solat Jumaat Kami Makan Tengahari Di Restoran Ini | Lokasi Bersebelahan Masjid

Di masjid tersebut saya jumpa lagi seorang pelajar Malaysia iaitu sahabat kepada Farid, Aiman Suhaimi, menuntut di University yang sama. Selesai kami menunaikan solat Jumaat iaitu pada pukul 1:20 PM, saya terus dibawa oleh mereka menikmati makan tengahari di salah sebuah restoran halal yang terdapat tidak jauh dari masjid. Selesai menikmati makan tengahari kami sekali lagi ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat asar yang masuk pada jam 2:37 PM, beza Zohor dan Asar masa winter sekitar satu jam lebih sikit sahaja.

Bila dah selesai mengerjakan solat asar, keluar masjid keadaan dah agak gelap. So tak banyak tempat yang boleh dilawati pasal keadaan semakin gelap dan sangat sejuk, masa ni salji belum lagi turun di Saint-Petersburg. Selepas puas berjalan kami pun pulang ke hostel, sebelum tu sempat lagi kami menjamu selera di salah sebuah restoran yang tidak jauh dari hostel yang saya duduk.

Sebelum memulakan perjalanan Trans-Siberian railway ini, Masjid merupakan salah satu destinasi yang mesti saya kunjungi dan sedaya upaya saya cuba untuk cari masjid di mana-mana bandar atau tempat yang saya pergi, kecuali di London sahaja yang saya tidak sempat disebabkan kekangan masa.

Walaupun kita ada kawan atau kenalan di mana-mana negara kita hendak travel tetapi kita kena ingat, kita tidak boleh bergantung harap pada mereka seratus peratus, ada kemungkinan semasa kita ingin travel, mereka sibuk ataupun telah pulang ke Malaysia ataupun berada di tempat lain, so caranya ialah kita kena buat persiapan awal, kena tahu mana hendak pergi. (Contoh masa saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo Saint Petersburg, tiada student yang free, kena guna survival skill sendiri untuk sampai ke hostel)

Contoh kalau hendak ke tempat-tempat menarik, kena tahu kenderaan apa yang akan membawa kita ke sana, train, bas, metro atau hanya berjalan kaki dan kena tahu juga kalau naik metro, stesen mana hendak berhenti, kalau boleh print Google Map dan masukkan dalam buku nota supaya senang kita nak cari. In case kawan yang kita harapkan membantu kita ada urusan, kita boleh berdikari, boleh bergerak sendiri.

Sekembalinya ke Malaysia, kekadang rasa macam tak percaya yang saya berjaya menempuh perjalanan sejauh ini berseorangan, berseorangan tidak bermakna saya sendirian tetapi tanpa ditemani ahli keluarga dan rakan-rakan yang biasa travel dengan saya tetapi syukur Alhamdulillah dapat juga saya tambah kenalan baru, sebelum ini memang saya tak pernah kenal Farid Nazir dan Aiman Suhaimi, Alhamdulillah di Saint Petersburg kami bersaudara.

Salah satu niat saya ketika travel ialah “Silaturrahim” ingin mengeratkan hubungan sesama manusia, walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya kerana yang pasti kita semua adalah makhluk Allah Yang Satu dan setiap kali selepas menunaikan solat, saya pohon doa agar dipermudahkan urusan perjalanan saya, ingin mengenali dan juga  mengetahui corak hidup manusia lain yang jauh dari tempat kelahiran saya, bumi Allah ini cukup luas dan kita sangat digalakkan untuk saling berkenal-kenalan sesama kita dan beza antara kita sesama kita hanyalah Taqwa, insyaAllah.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

 – Surah Al-Hujurat: ayat 13 –

Artikel Berkaitan : Pengalaman Travel Solo Trans-Siberian Railway

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.