Family,  Life

Amalkan Gaya Hidup Sihat | Bersenam Di Taman Tasik Titiwangsa

© 2015 Wazari Wazir | Family Day At Titiwangsa Lake Garden | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Family Day At Titiwangsa Lake Garden | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Family Day At Titiwangsa Lake Garden | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Family Day At Titiwangsa Lake Garden | Kuala Lumpur

Sebelum mengomel lebih panjang lagi, saya nak beritahu bahawa artikel ini bukanlah kempen berbayar dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada sebarang kaitan dengan Kementerian tersebut. Saya cuma nak kongsikan aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Semenjak awal tahun ini, kami sekeluarga sering memulakan aktiviti hujung minggu kami dengan berjogging di sekitar taman-taman rekreasi yang terdapat di Kuala Lumpur, seperti  di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana (Dulunya Taman Tasik Perdana), Taman Tasik Permaisuri, Taman KLCC dan Juga di Taman Rekreasi di Bukit Jalil. Kami selang selikan lokasi bersenam kami untuk mengelakkan kebosanan, tetapi my favorite ialah di Taman Tasik Titiwangsa, agak meriah dengan orang ramai dan ianya lebih terbuka serta dekat dengan KLCC, (Kinokuniya)

Memang betul, ajal dan maut di tangan Tuhan, menjaga tubuh badan yang baik bukan satu jaminan yang hidup kita akan lebih panjang, lihat sahaja tragedi Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk Ukraine, dan juga kejadian gempa bumi yang melanda Nepal baru-baru ini serta Tsunami yang melanda Aceh tahun 2004, banyak nyawa yang terkorban, tak kira usia tua mahupun masih bayi, kita sememangnya boleh dijemput pada bila-bila masa tetapi saya tertarik dengan pepatah Arab yang berbunyi,  “Trust Allah But Tie Up Your Camel“, maksudnya kita perlu berusaha dan kemudian barulah bertawakkal.

Ini bukan ceramah kesihatan mahupun agama, apa yang nak saya kongsikan, atau galakkan ialah supaya kita melakukan aktiviti fizikal supaya semua tulang empat kerat ini kita gunakan sepenuhnya. Kebiasaanya hujung minggu ramai yang suka tidur hingga tengah hari kerana inilah peluang untuk tidur sepuasnya memandangkan waktu hari bekerja kita perlu bangun awal pagi untuk ke tempat kerja.

Anak-anak saya juga sebenarnya agak liat untuk bangun pagi, kebiasaanya kalau dibiarkan masa hujung minggu dalam pukul 10 AM baru mereka bangun, tetapi untuk bersenam ini walaupun mereka masih lagi belum bangun tidur kami bawa juga mereka masuk dalam kereta dan terus ke Taman Tasik Titiwangsa, bila dah sampai sana, pakaikan mereka kasut dan hendak tak hendak mereka terpaksa juga bangun, untuk bulan pertama dan kedua agak sukar juga, HaiQal pun kekadang marah-marah, suruh berlari pun dia hanya berjalan kaki sahaja, tanda protes tetapi Alhamduillah bila dah jadi rutin, semuanya jadi biasa.

Kami bergilir-gilir berjogging memandangkan Arianna yang masih kecil tak mampu untuk berlari atau berjalan kaki satu pusingan Tasik Titiwangsa, ada masanya saya menjaga Arianna, HaiQal dan Raphael sementara isteri saya berjogging sendirian, dan kemudian saya pula bersama HaiQal dan Raphael pula berjogging, manakala isteri saya pula yang menjaga Arianna.

Yang penting sebenarnya bukan berjogging tetapi harus ada aktiviti fizikal yang menggerakkan tulang empat kerat kita, bukannya hanya duduk di sofa menonton TV ataupun bermain iPad.

Orang dulu kala badan mereka sihat bukan pasal berjogging atau ke gymnasium tetapi mereka bertani, bercucuk tanam, mengayuh sampan mencari ikan di sungai, hampir setiap hari tubuh badan mereka dicurahi keringat berbanding sebahagian besar dari kita yang mungkin jarang berpeluh kecuali ketika terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas di waktu tengahari terik di dalam kereta yang rosak penyaman udaranya.

Bercakap tentang Photography pula, kita juga boleh asah bakat kita dalam “Sports Photography”, bila lagi kita nak gunakan kemampuan Burst Mode dan “AF-C” ataupun Auto Focus Continues Focusing yang ada dalam kamera kita.

Untuk mengambil gambar pergerakan yang pantas kita perlu gunakan shutter speed yang laju dan untuk kamera kita mengikuti pergerakan subjek yang pantas kita perlu gunakan mode AF-C yang ada dalam kebanyakan kamera DSLR, fungsi AF-C ialah bila kita dah Lock Focus, walaupun subjek dalam frame kita bergerak laju, subjek itu akan kekal “Sharp” dalam focus kita.

Untuk pengetahuan, satu ketika dahulu sebeum wujudnya Auto Focus System dalam kamera, kebanyakan jurufoto sukan menggunakan teknik “Pre-Focus” untuk mengambil gambar sukan terutamanya ketika aktiviti lumba lari (lumba kuda pun boleh), di mana, jurufoto tersebut akan memilih spot terbaik (biasanya di garisan penamat), mereka akan letak titik focus mereka di garisan penamat dan tunggu hingga beberapa saat sebelum subjek menghampiri garisan penamat, mereka akan tekan shutter, itu pun ada “hit and missnya” adakalanya sharp, kekadang blur.

Sekarang ini, bermula dari tembakan pertama kita dah boleh maintain ketajaman focusing kita pada subjek yang kita pilih hinggalah mereka memijak garisan penamat, every single frame is in sharp focus, kita cuma perlu pilih “moment” ataupun “expression” yang terbaik sahaja daripada puluhan frame yang kita rakam tadi. Itulah kecanggihan teknologi kamera sekarang ini.

Kepada sesiapa yang meminati bidang photography, jagalah kesihatan kita sebaiknya kerana bidang ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi, baik jurugambar wedding, Landscape Photographer, Travel Photographer, Photojournalist dan banyak bidang lagi, semuanya memerlukan daya tahan fizikal yang tinggi.

Landscape Photographer walaupun tak perlu berlari tetapi adakalanya perlu berjalan atau trekking dalam hutan atau mendaki gunung ganang atau lereng-lereng gunung untuk mencari lokasi yang menarik, photojournalist pula kekadang bertugas dari pagi hingga  ke malam dan mungkin juga berhari-hari, semua ini menuntut kita untuk memiliki daya tahan fizikal yang baik.

Kepada yang kata “Suka hati akulah, nak bersenam ke tak, nak tidur sampai tengahari ke tak, hidup aku, bukan menyusahkan orang pun“, I’ve no time to argue but smile…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.