Family,  Photojournalism,  Portrait

Tips Fotografi | Tips Mengambil Gambar Keluarga

Family Photography | Titiwangsa Outing

Family Photography | Titiwangsa Outing

© 2014 Wazari Wazir | Family Trip at Titiwangsa Lake Garden | Kuala Lumpur

Mengambil gambar keluarga ni nampak macam mudah tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Apapun lain orang lain ragamnya, terutama bagi mereka-mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, sama ada yang masih berusia beberapa bulan hingga yang baru masuk darjah satu atau dua. Ragam masing-masing berbeza, anak-anak saya ni memang agak ligat dan rasanya sama juga dengan anak-anak orang lain yang seusia dengan anak-anak saya.

Satu ketika dahulu, kepada sesiapa yang biasa ikuti flickr atau blog saya ni, kebanyakan gambar yang saya rakam ialah Potret HaiQal, amat jarang saya mengambil gambar “environmental shot,” kebanyakannya “tight shot”, salah satu sebab ialah pada waktu itu kami tiada kenderaan, untuk bergerak ke sana sini agak sukar, Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang ada isteri saya dapat membeli sebuah kereta, kira macam anak kecil dapat kaki, so banyak tempat kami boleh pergi.

Anak-anak saya pun kini dah semakin membesar dan bukan boleh duduk diam satu-satu tempat, mesti nak bergerak ke sana sini dan agak sukar untuk saya merakam gambar potret mereka sebagaimana gambar abangnya HaiQal satu ketika dahulu. Untuk dapatkan gambar yang agak menarik, kini kami sering keluar berjalan-jalan terutamanya sekitar KLCC yang dah memang jadi acara wajib hampir setiap minggu kalau saya tiada tugasan di luar Kuala Lumpur.

Okeylah, cerita panjang pun tak guna, you all bukan nak tahu kisah hidup saya kan, back to the topics. Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah bagaimana kita ingin merakam gambar keluarga kita menggunakan lensa telephoto 70-200 mm ataupun lensa 50 mm dengan bukaan aperture f/2.8 ataupun f/4 tetapi subjek masih kelihatan sharp atau tajam.

Untuk gambar aksi seperti gambar anak-anak kita sedang berlari, shutter speed kena pantas, di dalam gambar di atas saya menggunakan kelajuan shutter speed 1/1000, ISO juga saya naikkan kepada ISO 1000, kenapa saya tak guna ISO 100? Sebabnya keadaan pada waktu awal pagi masih lagi agak mendung, belum betul-betul terang lagi. Jadi untuk dapatkan shutter yang laju, saya perlu naikkan ISO, kalau cuaca atau keadaan sudah cerah sedikit mungkin kita boleh guna ISO 500 atau 100, lagi rendah ISO, lagi baik.

Selain daripada itu, untuk gambar-gambar aksi seperti gambar anak-anak kita sedang berlari atau berjogging, untuk dapatkan gambar yang sharp atau tajam, kita perlu gunakan “Continuous Focusing” atau AF-Servo, boleh lihat manual DSLR masing-masing untuk cari cara nak ejas focusing kamera kepada “Continuous Focusing atau AF-Servo.” Fungsi “CF atau AF-S” ini ialah lensa kamera kita akan ejas focusing mengikut pergerakan subjek kita, biasanya photographer sukan selalu menggunakan fungsi tersebut seperti merakam perlumbaan kereta lumba Formula 1 ataupun merakam perlumbaan lumba lari 100 meter.

Dan lagi satu yang perlu kita ingat, selain menggunakan CF atau AF-S, kita juga perlu set-kan kamera kita kepada “Burst Mode” iaitu selagi kita tidak melepaskan shutter yang kita tekan, selagi itulah kamera kita akan merakam gambar. Untuk gambar di atas, apa yang saya buat, saya biarkan anak-anak saya berlari dahulu, kemudian focus, bila dah “Lock Focus”, maksudnya imej subjek sharp, barulah saya tekan punat shutter sampai habis dan dalam pada itu pastikan anak saya berada dalam kawasan  titik fokus. Selagi anak saya dalam titik fokus dan dengan kelajuan shutter yang pantas, insyaAllah gambar kita akan sharp.

Family Photography | Titiwangsa Outing

© 2015 Wazari Wazir | Running at Titiwangsa Lake Garden

Lagi satu yang ingin saya tekankan, sekiranya kita ingin merakam gambar satu keluarga, 2,3 orang atau lebih yang sedang berjalan atau sedang duduk-duduk dan kita menggunakan aperture yang besar seperti Aperture f/2.8 atau f/4, pastikan mereka semua berada dalam satu garisan yang lurus. Sekiranya ada subek kita yang berdiri di hadapan sedikit, ada yang berdiri di belakang sedikit, maka ada subjek yang sharp dan ada yang akan kabur atau “blur.”

Kalau kita tengok gambar yang di atas ni, gambar HaiQal “sharp” tajam, tetapi gambar adik-adiknya dan isteri saya kabur atau “blur” padahal ketiga-tiga gambar di atas menggunakan Aperture yang sama iaitu f/8. Kalau kita guna Aperture f/16 atau f/22 mungkin hasilnya tidak sama tetapi yang ingin saya kongsikan di sini ialah sekiranya kita menggunakan aperture yang besar (f/2.8/f/4), kita perlu berhati-hati dalam meletakkan subjek kita agar semuanya kelihatan sharp.

Walaubagaimanapun segalanya bergantung kepada hasil atau “end result” yang kita mahukan. Cuma kena pastikan sekiranya kita ingin merakam gambar aksi, anak-anak kita sedang bermain, maka pastikan shutter speednya cukup laju, antara 1/500 dan ke atas, ikut jenis pergerakan anak-anak kita, kalau sedang bergolek-golek di atas pasir mungkin tak perlu shutter speed sepantas merakam gambar orang sedang berlari, contohnya.

Family Photography At The Park

© 2015 Wazari Wazir | Family Photography Outing at Bukit Jalil

Kalau kita ingin merakam gambar sekeluarga menggunakan aperture yang besar supaya background jadi kabur, maka kita kena pastikan yang semua anggota keluarga berada di dalam satu garisan yang lurus, selari, tiada yang ke depan sangat atau kebelakang sangat. Yang penting bahagian muka atau kepala tu, pastikan selari atau satu baris, supaya kesemuanya dapat dirakam dengan tajam atau “sharp”.

*Actually, semua ini perlu mengambil masa, kena selalu praktis, lagi banyak kita praktis, insyaAllah kita akan dapat hasil yang lebih baik.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.