Adventure,  Photojournalism,  Travel

Kembara Trans-Siberian Railway | Soul Kitchen Hostel | Saint Petersburg Russia

Trans Siberian Railway | Soul Kitchen Hostel | Saint Petersburg

© 2015 Wazari Wazir | Soul Kitchen Hostel Saint Petersburg  | Room With Eight Bed

Travel | Soul Kitchen Hostel | Saint Petersburg

© 2015 Wazari Wazir | Soul Kitchen Hostel Saint Petersburg | Reception Area

Dalam post sebelum  ini saya ceritakan pengalaman saya sebaik tiba di Lapangan Terbang Pulkovo Saint Petersburg (LED), di mana saya menaiki mini van hitam untuk ke stesen Metro “Moskovskaya” atau “Моско́вская“, perjalanan ke stesen metro tersebut mengambil masa lebih kurang lima hingga sepuluh minit, suasana di jalan raya memang dah gelap sangat waktu itu.

Sebaik tiba sahaja di suatu tempat yang saya anggap Stesen Metro  “Moskovskaya” atau “Моско́вская“, van tersebut pun berhenti dan semua penumpang pun turun meninggalkan van yang kosong dan saya pun turun sekali dan memandangkan saya tidak tahu ke mana hala hendak di tuju maka saya pun mengikuti sahaja pergerakan mereka menuruni anak tangga ke laluan pejalan kaki di bawah tanah, sampai di sana baru saya nampak bahawa memang betul, kini saya berada di Stesen Metro  “Moskovskaya” atau “Моско́вская“.

Ada machine tiket untuk tiket Metro tersebut tetapi saya tak tahu hendak guna, so saya pun ikut sahaja orang ramai yang beratur di kaunter membeli tiket, actually sebelum tu saya perhatikan saja dari jauh macam mana cara hendak beli tiket, bila dah faham sikit, sampai sahaja giliran saya di kaunter, saya terus hulur Russian rouble dan tunjukkan isyarat empat dengan jari saya, menandakan saya ingin membeli empat tiket.

Bukan pasal apa mana tahu kalau-kalau saya tersesat keluar mana-mana hala ke, senang sikit pasal dah ada tiket atau “Token” di tangan. Tiket atau token Metro di Saint Petersburg ni Flat Rate, bukan seperti kita menaiki LRT di Kuala Lumpur, di mana untuk ke satu-satu destinasi kita akan dikenakan berlainan harga tetapi untuk Metro di Saint Petersburg, sama ada kita hendak ke hentian terdekat ataupun perhentian terakhir, bayaran yang dikenakan adalah sama “Flat Rate”. Kalau tak silap saya masa tu hanya 28 Russian Rouble ataupun RM1.97 sahaja. Sama seperti Tram di Istanbul, “flat rate” ke mana sahaja.

Waktu tu, stesen metro ini agak padat dengan orang ramai memandangkan  ini waktu puncak di mana orang ramai pulang dari kerja, kira macam jam 5:30 PM atau 6 PM di stesen LRT KLCC atau Masjid Jamek di Kuala Lumpur.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam post sebelum ini, untuk ke stesen metro terdekat dengan hostel saya, saya perlu menukar metro dengan menaiki metro laluan 5 atau “Line 5” dan saya perlu tukar di stesen Sadovaya, lepas tukar tu hanya satu stesen sahaja lagi untuk ke stesen “Admiralteyskaya.Nampak macam mudah tetapi saya mengambil masa yang agak lama juga untuk baca peta di stesen metro tersebut sebelum menukar metro ke laluan yang betul, tulisan Cyrillic Russia memang sedikit rumit untuk difahami berbanding Bahasa Inggeris tetapi yang penting jangan tunjuk gelabah sangat, “keep calm” orang kata.

Hostel_Map_Moika_View

© 2015 Soul Kitchen Hostel | Location of Soul Kitchen Hostel in Saint Petersburg

Di luar stesen metro memang sudah sangat gelap seperti jam 10 PM malam di Kuala Lumpur tetapi kalau ikut waktu di Saint Petersburg, mungkin hanya sekitar jam 6 PM atau 7 PM sahaja. Mengikut apa yang tertulis di website Soul Kitchen Hostel, sebaik sahaja keluar dari stesen metro tersebut saya perlu belok ke kanan dan jalan terus hingga jumpa Moika River, memandangkan keadaan di luar agak gelap, lampu jalan pun tak berapa nak terang, rasa macam hilang arah jugak.

Untuk menyedapkan hati, saya kata dalam hati, saya mesti tanya orang sebelum sesat lebih jauh, di luar keadaan cukup sejuk dan bukanlah masa yang sesuai untuk “Get Lost” ataupun menyesatkan diri “for fun,” saya perlu segera ke hostel untuk berehat setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari London.

Nak tanya orang pun saya pilih-pilih jugak, yang mana sesuai yang mana tak sesuai, tiba-tiba terpandang seorang lelaki yang agak berusia ni sedang berjalan seorang diri, usia mungkin dalam lingkungan 60 tahun ke atas, saya cuba panggil dia semasa hendak menyeberangi jalan “Excuse Me, Excuse Me Sir”, lelaki tersebut mendengar panggilan saya tetapi cuma mengangkat tangan sambil buat isyarat “no” atau “tidak” sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mungkin dia malas nak layan saya, namun saya tak putus asa, lepas tu saya teringat yang lokasi Hostel tu tak jauh dari Sungai Moika, actually berhadapan dengan Sungai Moika, lantas sambil berjalan saya menyebut perkataan “Moika,” tanpa berkata sepatah ayat, lelaki tersebut terus menunjukkan arah dengan tangannya arah ke hadapan, mungkin maksudnya jalan terus ke depan boleh jumpa Sungai Moika. Dalam hati menyebut Syukur Alhamdulillah, dan memang betul di penghujung jalan tersebut saya bertemu dengan Sungai Moika (Boleh Rujuk Peta), langkah seterusnya saya perlu mencari jambatan berwarna merah sebagaimana yang diarahkan oleh Soul Kitchen Hostel dalam websitenya.

Travel | Moika River | Saint Petersburg | Russia

© 2015 Wazari Wazir | Red Bridge Across Moika River | Saint Petersburg | Russia

Di atas ni saya kongsikan gambar jambatan berwarna merah tersebut. Kalau waktu siang memang tak jadi masalah nak mencari jambatan ini, memandangkan saya tiba di waktu malam, suasana yang agak gelap dan sejuk teramat, jambatan berwarna merah atau hitam agak sukar untuk di bezakan dan masa tu saya pun kurang pasti ada berapa banyak jambatan yang akan dijumpai sepanjang perjalanan ke hostel tersebut. Jarak antara Sungai Moika dengan lokasi stesen metro tempat saya keluar tadi lebih kurang dari Kota Raya Kuala Lumpur menghala ke Masjid Jamek (pertemuan Sg Klang dan Sg Gombak).

*Setakat ini dahulu, insyaAllah ada masa sedikit nanti saya sambung lagi di sini…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.