Adventure,  Travel,  Uncategorized

Kembara Trans-Siberian Railway | Pengalaman Hari Pertama Di Saint Petersburg Russia

Travel | Moika River | Saint Petersburg | Russia

© 2015 Wazari Wazir | View From Soul Kitchen Hostel | Saint Petersburg Russia

“Aku ingin mendaki puncak tantangan, menerjang batu granit kesulitan, menggoda mara bahaya, dan memecahkan misteri dengan sains. Aku ingin menghirup berupa-rupa pengalaman lalu terjun bebas menyelami labirin lika-liku hidup yang ujungnya tak dapat disangka.

Aku mendamba kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bereaksi satu sama lain seperti benturan molekul uranium: meletup tak terduga-duga, menyerap, mengikat, mengganda, berkembang, terurai, dan berpencar ke arah yang mengejutkan. Aku ingin ke tempat-tempat yang jauh, menjumpai beragam bahasa dan orang-orang asing.

Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengarungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, limbung dihantam angin, dan menciut dicengkeram dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh dengan penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup!

– Andrea Hirata –

Ada waktu waktunya saya rasa macam malas pulak nak menulis, bukan pasal apa, jumlah waktu yang saya ada sangat terhad, saya juga miliki jumlah masa yang sama seperti semua orang di dunia ini, baik yang masih bayi ataupun yang telah menjangkau usia emas, jumlah waktu kita hanyalah 24 jam sehari tetapi saya gagahkan juga menulis, mungkin serba sedikit tulisan saya ni dapat memberi manfaat atau panduan bagi mereka-mereka yang ingin travel atau mengembara ke destinasi yang pernah saya pergi.

Oleh kerana masa itu emas, saya singkatkan tulisan saya tanpa banyak bunga-bunga madah pujangga. Mungkin ada yang sudah tahu ataupun belum tahu, tetapi saya beritahu juga, supaya jelas segalanya, trip Trans-Siberian saya bukan bermula di Moscow dan bukan juga bermula di Saint Petersburg tetapi bermula di Kota London, mengapa bermula di London? InsyaAllah kalau ada jodoh, saya cerita tentang itu.

Dipendekkan cerita penerbangan saya ke Saint Petersburg dari Kota London ialah pada jam 9:20 AM waktu London menggunakan penerbangan British Airways, yang mengambil masa lebih kurang 3 jam 15 minit kalau tiada kesesakan lalu lintas di udara, cuma masa penerbangan saya ke Saint Petersburg, flight delay sedikit, lewat sedikit terbang, sepatutnya jam 9:20 Am tetapi hanya terbang pada pukul 9:40 AM, takdelah lama sangat kan.

Saya travel semasa winter, waktu winter ini siangnya pendek, dalam pukul 4 PM lebih sedikit dah masuk waktu Maghrib di Saint Petersburg, jadi maksudnya jam 4 PM atau 4:30 PM matahari dah terbenam, dah gelap, lebih kurang pukul 7:30 PM di Semenajung Malaysia ataupun dalam jam 6:30 PM di Kota Kinabalu Sabah. Lebih kurang pukul 6 PM dah masuk waktu Isyak di Saint Petersburg.

Admiralteyskaya_map

© 2015 Wazari Wazir | Saint Petersburg Metro Map From Airport

Penerbangan British Airways dari Lapangan Terbang Heathrow jam 9:40 AM (delay 20 minit) (LHR) tiba di Lapangan Terbang Pulkovo (LED) Saint Petersburg sekitar jam 3 PM waktu di Saint Petersburg, penerbangan dalam 3 jam sahaja tetapi ada perbezaan masa lebih kurang 2 jam dari London, 2 jam ke hadapan.

Keluar sahaja airport, keadaan dah agak gelap, masa hendak mendarat lagi sudah kelihatan di luar tingkap kapal terbang keadaan agak mendung dan kelihatan juga tompokan kecil salji di tepi landasan kapal terbang.

Kalau hendak diikutkan jarak Lapangan Terbang Pulkovo ke pusat bandar Saint Petersburg tidaklah jauh mana, lebih kurang 25 minit sahaja tetapi kita tak biasa tempat ini, dekat pun rasa jauh cuma di lapangan terbang ini belum ada lagi perkhidmatan keretapi atau Metro terus ke pusat bandar, kita kena naik bas atau teksi untuk ke pusat bandar ataupun dapatkan bas atau teksi untuk ke Stesen  Metro terdekat. Sama macam kita naik keretapi dari KL Sentral ke Woodland di Singapore, di Stesen Keretapi Woodland tiada perkhidmatan MRT, sebaliknya kita kena naik bas dan menuju ke setesen MRT Woodland atupun Kranji untuk ke Orchard Road sebagai contoh.

Sebaik keluar dari Airport kita kena cari Teksi atau bas untuk ke stesen Metro terdekat, bagi mereka yang belum sempat tukar Dollar kepada Matawang Rouble Russia boleh tukar dahulu dalam Airport ni, ada sebuah atau mungkin ada beberapa buah bank atau money changer dalam airport ni, cuma dalam tergesa-gesa nak keluar airport tu, saya cuma nampak ada satu sahaja bank dalam airport ni yang mana kita boleh tukar duit kita. Saya tidak membawa wang Rouble cuma US Dollar, so saya pun tukar duit di bank tersebut, lokasinya tak jauh selepas kita keluar dari check point kastam, sebelah kanan.

Actually sebaik keluar sahaja dari pemeriksaan kastam, saya didekati oleh seorang brother ni, “Taxi” katanya, dia mungkin seorang pemandu teksi dan offer untuk bawak saya ke pusat bandar, saya jawab “I’m waiting for my friend,” hakikatnya mana ada kawan yang sedang menunggu saya, tipu semata. Lumrah untuk traveler didekati pemandu teksi kerana sangat “obvious” yang kita ni pelancong, orang nampak kita bawa backpack dah tahu mesti kita ni pelancong dan mungkin tercari-cari kenderaan untuk ke Pusat Bandar.

Memandangkan Russian Rouble belum ada saya naik eskalator tingkat atas cari money changer, tak jumpa, tanya di kaunter informasi, baru jumpa, rupanya tak jauh dari tempat saya keluar tadi, lepas tukar Rouble, brother yang sama tadi datang dekati saya lagi dan offer taxi lagi, kali ni saya jawab nak naik bas pulak, dia ikut saya sampai ke luar terminal airport dan tunjuk isyarat “No Bus” dengan tangannya, memang betul pun, tak kelihatan sebijik bas pun di luar terminal ni, hari pun dah semakin gelap, saya pun dah semakin risau. Takut mamat ni panggil kawan-kawan dia dan kidnap saya, tak ke naya.

Saya cuba kawal keadaan diri, buat muka selamba walaupun dalam hati bergelora rasa takut, ini Russia bukan Malaysia, selalu kita diwar-warkan dengan Mafia dan orang Russia yang kasar dan bengis, semua itu menakutkan saya. Anyway tiba-tiba saya ternampak signboard atau penunjuk arah yang kecil menunjukkan “Bus 70 Meter”, maksudnya jalan ke depan dalam jarak 70 meter kita akan jumpa bas.

Saya pun berjalan menuju arah yang ditunjukkan oleh papan tanda tersebut, dekat 70 meter, mungkin lebih sedikit tetapi sebijik bas pun tak nampak, yang saya nampak hanya minivan berwarna hitam, size minivan ni besar sedikit dari size Toyota Alphard, di situ juga terdapat ramai orang yang bawa beg-beg besar, mungkin sedang menunggu bas ataupun ada orang akan pickup mereka, tiba-tiba kelihatan sebuah Van ni yang ada tulisan “Moskovskaya” atau “Моско́вская“, saya memang hafal nama ni, bukan hafal tapi memang sentiasa ingat dalam kepala, maksud saya sebaik tiba di Saint Petersburg Airport mesti cari jalan bagaimana untuk sampai ke Stesen Metro “Moskovskaya”.

Saya tengok orang berebut-rebut naik van hitam tersebut, saya pun tanpa banyak soal, tanpa bertanya kepada pemandu van tersebut pun turut sama naik van hitam tu, size van tu memang besar tetapi tidaklah sebesar size bas kilang, dalam tu cuma saya dan ada seorang dua lagi yang berdiri, selainnya semua duduk dan kebanyakan mereka bawa beg besar-besar dan memakai baju winter yang tebal yang boleh kata semua penumpang dalam van tersebut memakai downjacket berwarna hitam.

Semasa berebut-rebut naik van tersebut, saya hanya berbekal dengan Tawakkal, takut jugak kalau salah naik van, timbul juga persoalan dalam hati, betul ke van ni? Entah-entah van agensi pelancongan dan penumpang yang naik van tersebut semuanya sedang mengikuti tour guide yang sama, cuma saya seorang sahaja orang asing, tapi saya redah jugak, salah satu tujuannya nak jauhkan diri dari brother yang offer teksi tu, bukan apa, dari sedikit pembacaan, tidak sangat digalakkan kita menaiki teksi di Russia takut ada yang mengambil kesempatan, saya tidak mahu di tipu pada hari pertama di Saint Petersburg.

Perasaan takut tu sangat tebal, manakan tidak, ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Russia, seorang diri pula tu, dengan Bahasa Russia yang sepatah haram pun saya tidak tahu, semua itu cukup memberi cabaran pada diri saya.

Di atas tu saya sertakan Metro Map Saint Petersburg dan you all pun boleh tengok jarak antara Lapangan Terbang Pulkovo (LED) dengan pusat bandar bukan jauh sangat tetapi perjalanan saya dari Stesen Metro “Moskovskaya” ke Stesen Metro “Admiralteyskaya” mengambil masa hampir satu jam juga, dan sebelum sampai ke stesen Admiralteyskaya tersebut saya perlu tukar Metro di Stesen Metro “Sadovaya” ambil Metro Line 5 menuju ke Admiraltyskaya.

Soul_Kitchen_ST_Petersburg_map

© 2015 Wazari Wazir | Soul Kitchen Hostel Location Map

Kalau nak diikutkan agak Suspens jugak perjalanan saya dari airport menuju ke Soul Kitchen Hostel tempat saya menginap, cuma saya sahaja yang tak mahir bercerita sehebat Stephen King, kalau tidak, boleh juga saya selitkan sedikit unsur-unsur tahyul dan misteri, you all bukan tahu betul ke tak kan? Saya seorang sahaja yang tahu, tetapi apa yang saya ceritakan ini memang apa yang terjadi, insyaAllah nanti saya sambung. Jauh lagi nak sampai ke Moika River tu “Reka Мо́йка”. Kenapa dan mengapa saya pilih Soul Kitchen Hostel, nantikan sambungannya… 🙂

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.