Art,  Travel

Photobook | Tips Untuk Buat Photo Book Koleksi Peribadi

© 2014 Wazari Wazir | Photobook Dengan Perisian Lightroom
© 2013 Wazari Wazir | Istanbul Photobook | Blurb
© 2013 Wazari Wazir | Istanbul Photo Book
© 2014 Wazari Wazir | Bali Photobook | Blurb

Zaman sekarang ni boleh dikatakan ramai orang ada kamera terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar, kalaupun bukan memiliki kamera DSLR ataupun kamera kompak yang kecil, paling tidak pun kamera dari telefon pintar mereka yang sekarang ini hasil kualitinya dah cukup baik berbanding telefon pintar sepuluh tahun dahulu.

Ramai yang suka kongsikan gambar-gambar tersebut di laman sosial seperti di Twitter, Facebook, Flickr, Instagram dan banyak lagi laman sesawang yang mana kita boleh kongsikan gambar-gambar kita. Ada sesetengah gambar tersebut hanyalah sebagai pemberitahuan, contoh kita ambil gambar hidangan di atas meja kita, sedang menikmati nasi lemak, atau minum teh tarik sebagi contoh dan kita upload ke laman Instagram ataupun di Facebook, gambar-gambar tersebut mungkin kita tidak akan cetak, hanya sekadar perkongsian semata.

Namun ada juga di antara gambar-gambar hasil rakaman telefon pintar kita itu yang cukup bernilai atau bermakna, sebagai contoh gambar-gambar anak-anak kita yang sedang bermain di taman ataupun gelagat spontan anak-anak kita di mana sahaja, mungkin tidak praktikal untuk kita senantiasa membawa DSLR bersama-sama kita ke mana-mana sahaja tetapi yang pasti kita akan membawa Smartphone atau Telefon Pintar kita ke mana sahaja, ke bilik air mahupun ke bilik tidur.

Bila memori dalam telefon dah penuh kita delete ataupun kita transfer ke komputer peribadi kita, dan dari setahun ke setahun jumlah gambar bertambah, Hard Disk kita bertambah penuh, beli pulak Hard Disk baru, Hard Disk yang lama tu, yang dah penuh dengan kenangan setahun atau dua tiga tahun lepas dah jarang-jarang kita buka dan tak mustahil akan “Crash” satu hari nanti. Kepada yang ada backup di “Cloud” atau muatnaik ke laman Flickr, 500PX atau mana-mana laman sesawang yang kita boleh simpan gambar, masih bernasib baik lagi.

Panjang pulak khutbahnya, okeylah berbalik kepada tips untuk buat photobook tu. Hendak buat Photobook atau Coffee Table Book untuk gambar-gambar kita bukanlah susah sangat, yang agak susah bagi setengah orang ialah untuk mencari masa lapang untuk buat photobook. Tentang company atau syarikat mana you nak pilih untuk buat Photobook tu terpulang pada kita, yang mana sesuai dengan cita rasa kita dan bajet kita, kebanyakan penyedia photobook ada menyediakan applikasi percuma untuk kita upload gambar pada website mereka dan kebanyakannya menyediakan “Template” untuk kita menyusun atur gambar kita, “Just Drag and Drop” sahaja.

Cara saya macam ni, contoh bila saya kembali dari bercuti bersama keluarga ke mana-ana destinasi, saya download semua gambar tersebut ke dalam komputer saya, lepas itu back up dalam dua external hard disk. Selepas itu saya pilih mana-mana gambar yang dirasakan terbaik saya masuk dalam folder di desktop komputer saya. Ada sub folder dalam itu saya bahagikan mengikut destinasi. Maksudnya ada Master Folder dan Sub Folder. Contoh Master Folder ISTANBUL, Sub Folder, Sultanahmet, Bursa, Taksim, Grand Bazaar.

Gambar-gambar tersebut saya belum edit lagi just randomly selected dan letak dalam folder-folder berkaitan, perkara ni mungkin akan ambil masa dalam sejam dua atau lebih. Hari lain pulak baru saya edit sikit-sikit, contoh, esok paginya kalau saya bangun awal sebelum subuh saya edit dalam lima hingga sepuluh keping. Hari lain saya edit lagi lima hingga sepuluh keping atau lebih lagi kalau ada masa, saya buat hampir setiap hari. Gambar yang saya edit dalam Photoshop ini hanya simple editing, terangkan yang mana gelap, bagi tambah contrast sikit, ejas warna sikit dan mungkin bagi tambah tone sedikit.

Kalau kita boleh disiplinkan diri kita buat hari-hari yang mana proses ini ambil masa kurang dari sejam, dalam sebulan dua atau tiga bulan kita dah ada dalam seratus atau mungkin hampir tiga ratus keping gambar siap diedit. Lepas siap tu, mungkin kita boleh senarai pendekkan lagi atau kita boleh delete mana-mana gambar yang kurang baik.

Dah siap tu, proses seterusnya tak susah mana dah, kebanyakan penyedia Photobook ada sediakan “template” untuk kita drag and drop sahaja gambar-gambar kita. Kalau kita nak menulis atau nak letak sedikit coretan ke, ada baiknya kita tulis dalam Microsoft Word atau apa sahaja perisian yang ada dalam komputer kita terlebih dahulu, masa nak buat photobook nanti, just copy and paste sahaja tulisan kita tu. Mungkin kita nak tulis serba sedikit tentang lokasi yang kita lawati, boleh Google, copy, ejas sikit dan simpan dalam Notes atau di Microsoft Word.

Tentang Layout tu tak perlu sangat pening kepala, pilih sahaja yang simple, jangan terlalu pening kepala untuk dapatkan yang “Perfect” atau sempurna. Kadang-kadang kerana kita terlalu mencari kesempurnaan, Photobook kita tak pernah siap, hari berganti hari dan tahun berganti tahun, anak-anak kita pun dah besar dan mungkin juga bertambah, tetapi sekeping pun gambar mereka tidak pernah kita cetak, apa lagi nak buat photobook.

Mungkin ada yang kata, photobook ataupun cetak-cetak gambar ni “Old School”, orang sekarang dah ada Tablet, iPad, Smartphone, semua simpan online jer, budak umur lima tahun pun dah pandai guna Facebook, buang duit dan masa sahaja print-print ni, terpulang, gambar anda bukan gambar saya tetapi walaupun zaman semakin canggih, mereka-mereka yang terlibat dalam Wedding masih lagi cetak gambar, masih lagi buat Photobook, kenapa tidak bagi CD atau DVD sahaja pada pengantin ataupun edit gambar siap-siap,cantik-cantik dan buat satu laman website khas untuk pasangan pengantin tersebut dan muat naik semua gambar-gambar hari bahagia mereka di sana, mengapa perlu “Old School”.

Unfortunately kita sebagai jurufoto atau Photographer terlalu sibuk buat Photobook untuk orang lain atas faktor perniagaan tetapi terlupa untuk buat Photobook untuk diri sendiri. Actually saya malas nak tulis topik ni tetapi memandangkan tiada apa yang hendak saya tulis di blog, so saya tulis sahaja, pasal simple jer “Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan”…

Kepada yang berminat nak buat Photobook di sini ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut, Alhamdulillah saya dah buat tiga buah photobook untk keluarga saya dengan Blurb.

Artikel Berkaitan : Buat Buku Coffee Tabel Menggunakan Perisian Adobe Lightroom Dengan Kerjasama BLURB

Wall Art products can ship within the U.S. and select international countries. If the shipping address is outside the 50 U.S. States and District of Columbia, please note that import taxes, custom duties, and fees might apply in addition to the costs of the product and the shipping. Such cost must be borne by the recipient of the order.

Photo Book products can ship within the US and to over 200 countries worldwide. (Source Flickr)

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.