• Adventure,  Travel

    Kembara | Jadikan Impian Satu Kenyataan

    Sisipan akhbar ekstra! KOSMO Ahad, April 2005 masih elok tersimpan dalam file kembara saya. Hampir sembilan tahun saya menyimpan impian, akhirnya Alhamdulillah Disember 2014 yang lalu, setahun yang lalu impian tersebut berjaya saya lakukan. Sejak zaman persekolahan lagi saya gemar menyimpan keratan-keratan akhbar tentang destinasi-destinasi menarik, biasanya saya simpan dalam file yang ada  sisipan plastik warna jernih tu. Bila jumpa mana-mana artikel ataupun gabar-gambar menarik tentang sesuatu destinasi yang saya minat, saya akan ambil keratan tersebut dan masukkan dalam file tersebut. Kira berkotak-kotak jugaklah file tu di rumah saya. Masa tu saya tak berapa cukup modal hendak beli buku panduan pengembaraan seperti Lonely Planet ataupun buku-buku lain, maklumlah masih sekolah,…

  • Life,  Travel

    Dengan Buku Aku Mengembara

    © 2015 Wazari Wazir | Jualan Buku-Buku Indonesia di Rumah Titi | Titiwangsa “Seseorang Itu Akan Mengikuti Agama Temannya. Maka Hendaklah Masing-masing Kamu Memperhatikan Dengan Siapa ia Berteman.” (HR. Tirmidzi) Aku memang hantu buku, sejak zaman sekolah lagi memang minat membaca, tapi bukan membaca buku-buku akademik, kalau dari dulu lagi aku minat baca buku-buku ilmiah ni, rasanya sekarang ni aku bukanlah orang yang dibelakang kamera tetapi mungkin orang yang jadi buruan lensa kamera, kalaupun bukan buruan lensa kamera, paling tidak pun antara orang-orang berjaya yang seringkali menjadi subjek sang photographer, mungkin aku yang tersilap memilih buku untuk dibaca hingga menjadi sang photographer. Anyway baru-baru ni dapat mesej facebook daripada sahabat saya…

  • Travel

    Turkmenistan Aku Datang

    © 2015 Wazari Wazir | Turkmenistan Cultural Show | 20th Anniversary of the Neutrality of Turkmenistan, Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 20  Permanent Neutrality Turkmenistan, Pusat Kebudayaan Turkmsniatan dengan kerjasama Kementerian  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia teah mengadakan Minggu Kebudayaan Turkmenistan di Malaysia untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke sana. Persembahan ini diadakan di  Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (Dah Macam Nota BERITA Pulak) Mulanya saya tersalah tempat pasal sampai agak lewat sedikit, bukan lewat sangat, cuma dua tiga minit sebelum persembahan berlangsung, jadual yang saya terima dari Kementerian Pelancongan menyatakan jam 8 PM baru bermula acara, saya ingatkan biasalah di Malaysia ni, kata pukul 8 PM, 8:30 PM atau 8:45Pm baru…

  • Adventure,  Family,  Travel

    Cuti-Cuti Malaysia | Trip Express Ke Melaka

    © 2015 Wazari Wazir | Melaka Bandaraya Bersejarah Trip ke Melaka ni sebenarnya bukannya trip dirancang, kira macam trip bidan terjun, sebelum ke sini ada banyak lagi urusan dilakukan, singgah di Putrajaya sekejap uruskan itu ini, kemudian ke Kuala Langat sekejap dan terus ke Melaka, sampai Melaka hari pun dah lewat petang, so rushing sana sini sebelum matahari terbenam pasal kami tak bercadang nak bermalam di Melaka. Hentian pertama kami di Melaka ialah di tempat shopping terbaru di  Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah. Bukan nak shopping sangat pun, sampai sini pun hari sebelum gaji, so memang sesuai sangatlah, takdelah terusik duit gaji tu. Freeport A’Famosa ni kira…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Perjalanan Itu Adalah Destinasinya

    © 2015 Wazari Wazir | The Summit of Mount Kinabalu “Climb The Mountain Not to Plant Your Flag, But to Embrace The Challenge, Enjoy The Air and Behold The View. Climb it so You Can See The World, Not So The World Can See You.” – David McCullough –  Pendakian saya ke puncak Gunung Kinabalu pada Tahun 2004, merupakan “Tipping Point” bagi diri saya, satu detik atau peristiwa yang mengubah mentaliti diri saya bahawa, saya boleh lakukan banyak perkara sekiranya saya berikan sepenuh perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, menyuntik semangat baru dalam diri saya, menjadikan saya bertambah yakin dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam…