Adventure,  Travel

Catatan Sebuah Perjalanan | Secebis Kisah Dari Kiev Ukraine

Travel | Kiev  Ar-Rahma Mosque | Ukraine

© 2014 Wazari Wazir | Ar-Rahmah | Ar-Rahman Mosque | Kiev Ukraine

Kalu nak diikutkan cerita saya ni, bagi pandangan saya la, agak menarik juga untuk dikongsikan tetapi malang sekali kerana saya kurang berkemahiran dalam menulis. Sama seperti bidang photography, ada masanya kita pergi ke sesuatu tempat yang bagi pandangan seorang photographer berpengalaman bakal menghasilkan gambar yang menarik sekiranya di compose dengan baik, dengan pencahayaan yang menarik serta dengan rakaman moment yang baik maka hasilnya menarik, berbeza pula dengan seseorang yang tiada ilmu dalam bidang photography, hanya sekadar berbekalkan sebuah kamera, dia merakam begitu-begitu sahaja, hasilnya gambar kurang menarik perhatian.

Saya dalam bidang penulisan  ini ialah ibarat seorang yang memiliki kamera tetapi zero knowledge dalam ilmu photography. Contoh lagi, ada dua orang lelaki yang diberi sama ramuan atau barang-barang untuk memasak, seorang lelaki tiada ilmu memasak, manakala seorang lagi ada ilmu memasak, hasilnya dengan ramuan atau barang-barang mentah yang sama, sudah tentu lelaki yang memiliki kemahiran memasak tersebut mampu menghasilkan makanan yang sedap berbanding dengan orang yang tidak tahu memasak walaupun kedua-duanya memiliki barang-barang yang sama.

Panjang pulak intro kali ni, apa pulak cerita sebenarnya yang nak aku sampaikan ini, mungkin anda tertanya-tanya, okeylah, dipendekkan cerita yang boleh dikatakan agak panjang, kepada yang belum tahu, biarklah saya bagi intro sedikit lagi. Baru-baru ini saya dan beberapa rakan media yang lain telah ditugaskan untuk membuat liputan Nahas Tragedi Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di Kiev Ukraine, seminggu lebih saya berada di Kiev Ukraine, cuma cerita saya ni tiada kena mengena dengan kisah MH17.

Kalau dipendekkan lagi cerita, tiba-tiba saya sampai di hadapan pintu gerbang Masjid Ar-Rahman atau Ar-Rahma Mosque di Kiev Ukraine, masjid pertama di Kiev. Habis cerita, jimat masa anda dan saya. Dah boleh pergi main jauh-jauh…

Mesti ada yang bengang kalau saya buat macam tu kan, oklah, saya patah balik. Group dari Malaysia yang ke Ukraine ni agak ramai, ada yang dari SMART Team, Doktor, Tentera, Polis, JAKIM dan ramai lagi. Disingkatkan cerita ada satu malam tu selepas majlis berbuka puasa, saya ternampak Dr Muhamad Akmal (translator /Penterjemah) untuk pihak media memasuki ruang lobi hotel bersama dengan beberapa orang pegawai dari JAKIM termasuk  penyelaras pasukan JAKIM, Mohd. Ajib Ismail. Saya tanya Dr Akmal, “dari mana”? Dia jawab, kami baru balik dari Masjid Ar Rahma.

Actually sepanjang dua tiga hari kami di Kiev Ukraine ni saya tak pernah langsung nampak Masjid di Kiev, yang saya nampak di sepanjang kiri kanan jalan hanyalah gereja, bangunan-bangunan yang ada di sekitar Kiev pun banyak yang menyerupai gereja. So saya tanya lagi Dr Akmal, ada ambil gambar tak? Saya tak berapa ingat sama ada Dr ada tunjuk gambar atau tidak kerana waktu mereka pergi ke sana dah malam, dan menurut Dr Akmal, agak jauh juga kalau nak ke sana.

So masuk dalam bilik saya Google untuk mencari lebih maklumat tentang Masjid Ar-Rahma dan dari apa yang saya lihat dan baca, memang agak menarik kisah masjid ini. Dalam hati, saya bertekad untuk sampai ke masjid ini sebelum pulang ke Malaysia.

Travel | Kiev Mosque | Ukraine

© 2014 Wazari Wazir | Ar-Rahma Mosque | Kiev Ukraine

Memandangkan ada satu hari tu kami agak free, maksudnya tiada apa-apa aktiviti, saya pun bertanya pada CDM atau Chef de Mission kami sama ada apa-apa pergerakan untuk hari tersebut, dan bila dapt clearance, saya beritahu dia yang saya nak keluar ke bandar Kiev, cari gambar sikit, dia kata ok, cuma kalau boleh jangan balik lewat sangat, nanti kalau apa-apa jadi dia jugak yang nak kena menjawab.

So saya bincang dengan teman sebilik saya Jurukamera dari Astro Awani, Khai nama dia, dia kata dia boleh temankan, nak keluar seorang diri tu kekadang rasa cuak jugak, maklumlah saya tak biasa dengan Kiev Ukraine, nak buat homework sebelelum bertolak pun tak sempat, dapat panggilan selepas sahur terus bersiap untuk ke Kiev, mana sempat nak Google apa-apa tentang Kiev.

Kami memilih untuk naik Metro dari stesen Metro yang tak jauh dari Stadium Olimpik Kiev, kalau tak silap nama stesen metro itu ialah Palats, Ukraina. Jarak stesen Metro tersebut dengan hotel penginapan kami iaitu President Hotel lebih kurang lima minit berjalan kaki. Hotel kami terletak di atas bukit, jadi untuk ke stesen tersebut kami perlu menuruni bukit dan juga menuruni tangga yang disediakan menghala ke stadium, stesen tu terletak berhadapan dengan stadium olimpik tersebut.

Travel | Kiev | Ukraine

© 2014 Wazari Wazir | Kiev Olympic Stadium | View From President Hotel

Semasa menuruni anak tangga ke stadium tu, kami disergah oleh seorang anak muda yang bertubuh sasa, ala-ala bodybuilder, rasa cuak jugak, nasib baik kami tak diapa-apakan, dia sergah kami, lepas tu terus berlalu, kawasan tu agak sunyi, laluan anak tengga tersebut ditutupi oleh pokok-pokok rimbun, kira kawasan ni macam taman rekreasi tetapi tidak jauh dari tempat kami ada dua orang anggota tentera yang bertugas menjaga kawasan, so kami tidaklah terlalu risau walaupun rasa cuak tu tetap ada.

Tambang untuk menggunakan Metro di Kiev ni sangat murah, seprti Metro di Istanbul, tambangnya adalah flat rate, semasa di Istanbul awal tahun 2013, tambang Metro/Tram ialah Turkish Lira 3 (RM 4.50), kita boleh travel dari awal station hingga ke stesen terakhir dengan 3 Lira, bukan seperti LRT di Malaysia di mana tambang dari Bukit Jalil ke Sungai Besi lain harga, tambang dari Bukit Jalil ke Masjid Jamek lain harga. So tambang Metro Kiev ni amat murah iaitu hanya 2 hrivna atau 2 UAH (Ukraine Money) atau sekitar RM 0.50 sen duit kita dan dengan 50 sen itu kita boleh travel sampai hujung station.

Nak beli tiket pun tak susah kerana terdapat menu dalam Bahasa Inggeris di mesin tiket tersebut, kita akan dapat token dan seperti di Istanbul, kita hanya perlu masukkan token tersebut ke dalam slot yang disediakan di pintu masuk macam LRT entrance tu dan kemudian kita terus turun ke bawah tunggu Metro. Untuk pengetahuan semu,a train mereka terletak cukup jauh ke dalam tanah, mungkin antara lain fungsinya sebagai bunker kalau terjadinya peperangan. Kalau kita rasa escalator di Masjid Jamek Kuala Lumpur itu dah cukup tinggi, cuba kita tambah tiga  atau empat kali ganda lagi ketinggian escalator tersebut untuk menyamai ketinggian atau kedalaman stesen tersebut.

Screen Shot 2014-10-11 at 11.54.39 AM

© 2014 | Kiev Metro

Nama stesen yang akan kami tujui ialah Lukianivska.

*Nanti sambung, TK…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.