Adventure,  Art,  Travel

Bolehkah Anda Mendaki Gunung Kinabalu?

Travel Photography | Mount Kinabalu | Sabah Borneo

© 2013 Wazari Wazir | Mount Kinabalu Climber On Its Way to Laban Rata

Saya tak boleh nak jawab sebenarnya pertanyaan tu tetapi itu adalah pertanyaan yang saya dapat melaui email. Ada seorang sahabat bertanya, saya tiada pengalaman mendaki gunung, boleh ke saya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu?

Sebelum tu terdapat syarat ataupun panduan yang ditetapkan oleh pihak yang menguruskan Kinabalu Park iaitu Sutera Harbour. Antara lain ialah, “it is recommended” atau disyorkan bahawa semua pendaki perlu mandapatkan pemeriksaan perubatan sebelum mencuba apa-apa aktiviti mendaki gunung. Jika anda mempunyai sejarah menghidap penyakit berikut, elakkan dari mendaki:

Tekanan darah tinggi, kencing manis, denyutan, Arthritis, Penyakit jantung, anemia teruk, ulser peptik, sawan epilepsi, Obesiti (berat badan berlebihan), asma kronik, kekejangan otot, Hepatitis (jaundis), atau apa-apa penyakit lain yang boleh menghalang pendaki itu.

(It is recommended that all climbers should have themselves medically checked before attempting any mountain climb. If you have a history of suffering from the following ailments, it is highly recommend that you should refrain from climbing:

Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anaemia  Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); or any other disease which may hamper the climber.) | Source – Sutera Harbour

Dari pengalaman saya, sekiranya anda masih muda, sihat tubuh badan, boleh jalan kaki pergi shopping berjam-jam lamanya tanpa sakit kaki, anda boleh mencuba untuk mendaki Gunung Kinabalu, sama ada sampai atau tidak, saya tak boleh jamin, Mountain Guide pun tak boleh jamin, semuanya terletak atas diri anda sendiri. Cuma apa yang boleh saya katakan, peluang untuk mereka-mereka yang memiliki tubuh badan yang baik untuk sampai ke puncak amat cerah bergantung pada keadaan cuaca.

Seringkali juga saya terserempak dengan para pendaki yang usianya jauh lebih tua dari saya, semasa mendaki baru-baru ini saya ada terserempak dengan seorang pendaki warga Malaysia berbangsa Cina yang penuh uban di kepala, melihat keadaanya, saya menjangkakan yang usianya sekitar 60 tahun. Dia mendaki dari Mesilau dan bersama beberapa lagi pendaki lain dan semasa kami tiba di Helipad Laban Rata, dia sedang menunggu pendaki lain dari kumpulannya, apa yang mengagumkan saya, yang ditunggunya bukanlah yang lebih berusia darinya tetapi anggota kumpulannya yang jauh lebih muda darinya, sekitar lingkungan umur 20 – 35 tahun.

Saya juga pernah mendaki dengan isteri saya pada tahun 2005, dia tidak ada pengalaman mendaki gunung dan bukanlah seorang yang aktif bersukan tetapi Syukur Alhamdulillah kami berdua selamat sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum kita ingin mendaki, kita perlu tanya diri kita dahulu, apa sebabnya kita ingin mendaki? Kerana kawan-kawan yang lain telah mendaki, saja nak cuba kemampuan diri atau macam-macam lagi, anda perlu tahu “What Drives You or Motivates You“?

Bila anda dah tahu sebab apa anda nak naik, yang lainnya akan jadi agak mudah, tetapi tidak bermakna pendakian tersebut adalah sesuatu yang mudah, anda mendaki gunung bukan berjalan di taman bunga, tambahan pula dengan ketinggian gunung tersebut, udara semakin nipis, bila anda mendaki sehingga aras 3000 meter dan ke atas, kita akan mengalami kesukaran bernafas sedikit, kita akan rasa cepat penat dan langkah akan jadi sedikit perlahan.

Kalau anda ingin mendaki secara santai tanpa terlalu membebankan diri, ada baiknya anda ambil porter untuk membawa beg anda, atau anda boleh juga suruh Mountain Guide anda bawa beg anda dengan sedikit bayaran. Percayalah backpack yang kecil sizenya pun akan jadi satu beban yang cukup berat untuk kita. Cukup untuk kita bawa kamera dan trekking pole sahaja. Tak perlu nak bawa makanan banyak-banyak kerana makanan dah termasuk dalam package kos pendakian.

 Sebelum mendaki kita di beri “packed lunch/breakfast”, hanya berupa sebotol air mineral, dua biji epal dan roti sandwich. Sebaiknya sebelum mendaki awal pagi elok anda bersarapan dahulu dengan makanan yang tidak terlalu berat, makan nasi goreng pun boleh, burger pun boleh, nasi lemak takut mengantuk pulak. Selebihnya bawa coklat seperti snickers atau apa-apa jenama yang anda suka, tak perlu banyak sangat.

Air minuman pula, bawak botol air mineral yang kecil pun dah cukup, untuk sampai ke Laban Rata ada terdapat lebih kurang tujuh pondok untuk kita berhenti dan di setiap pondok tersebut ada disedikan tandas dan air dari gunung, insyaAllah selamat untuk diminum.

Rasanya tak perlu lagi saya tulis panjang lebar tentang mendaki gunung ni kerana, dah beribu-ribu orang mendaki gunung ini dan cukup banyak tips-tips tentang mendaki Gunung Kinabalu yang boleh kita cari di internet ni. Cuma dari pengalaman saya sendiri, jangan mendaki terlalu laju, perlahan pun tidak mengapa, tetapi teruskan mendaki.

Jangan berhenti terlalu lama di satu-satu pondok, berhenti untuk mengalas perut sedikit ataupun untuk minum air selain mengambil gambar, elakkan berbual-bual panjang di pondok kerana kita takkan perasan masa berlalu. Kebiasaanya pendaki akan sampai ke Laban Rata, tempat bermalam seawal jam 12 PM dan 2:30 PM sekiranya mereka memulakan pendakian seawal 8 a.m pagi tetapi ada juga saya jumpa pendaki yang memberitahu kepada saya, terdapat beberapa orang dalam kumpulan mereka yang sampai ke Laban Rata pada jam 9 p.m malam dan ada juga yang sampai pada jam 11 p.m malam.

Setiap orang berbeza, saya dan kumpulan saya (tiga orang termasuk saya) sampai di Laban Rata helipad seawal jam 4 p.m, kami agak lewat tiba kerana, sibuk ambil gambar dan bergambar sesama sendiri. Rasanya kalau kami simpan sahaja kamera dalam beg, tanpa mengambil sebarang gambar, mungkin boleh sampai lebih awal dari itu tetapi rugilah kita datang jauh-jauh, naik gunung penat-penat tetapi amat kurang mengambil gambar kan?

Untuk maklumat dinner disediakan seawall jam 4:30 PM, so kalau you all sampai awal pun belum ada lagi makanan di sediakan. Take your time, tak perlu nak cepat-cepat sangat. Yang penting sekali “Mental” kena kuat kerana kadang-kadang kita tewas di sini, walaupun tubuh badan kita masih lagi berupaya meneruskan pendakian, kita tewas “Mentally”. Jangan mudah patah semangat.

Bagi saya kepada yang berminat, cuba dulu, jangan dengan baca blog sana sini kita dah mengalah, tak cuba tak tahu. Orang kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan, InsyaAllah”. Jalan atau “trail” untuk ke puncak memang dah ada, insyaAllah takkan sesat, cuma anda perlu cari “Kekuatan” untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Yakin Boleh, Be Confident With Yourself

Nepal Himalaya

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.