» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

Kembara Fotografi Bersama Keluarga | Uludag | Bursa

© 2013 Wazari Wazir | Kembara Bersama Keluarga Di Uludag Bursa

Sambung sikit lagi kisah kembara saya bersama keluarga ke Uludag sewaktu winter dahulu. Sebelum ni saya ada tulis tentang perjalanan kami dari terminal  Guzelyazi ke bandar Bursa, kali ni nak sambung tentang perjalanan seterusnya ke Uludag.

Sebaik check in di Kent Hotel, kami berehat seketika, kemaskan apa yang patut dan tinggalkan apa yg tak perlu dan hanya bawa barang-barang keperluan sahaja terutamanya untuk anak-anak saya, seperti sedikit makanan dan keperluan anak kecil saya Raphael. Di luar hotel, keadaan masih lagi hujan gerimis, agak sejuk semasa winter ni dan memang kurang selesa untuk berjalan tetapi kami keluar jugak kerana kami hanya bercadang untuk bermalam sehari sahaja di sini.

Sebelum keluar hotel tu, kami tanya pada salah seorang pekerja hotel tu, kat mana nak dapatkan bas ke Uludag, jadi dia tunjukkanlah jalan nak ke sana, saya angguk jer, padahal tak faham sangat, lepas jalan sana sini, bas tu tak nampak pun, tanya orang kat tepi-tepi jalan tu pun macam tak berapa faham, last-last kami ambil keputusan untuk ambil teksi. Salah satu sebab ialah kerana kami agak kesuntukan masa dan salah satu sebab lagi ialah dengan suasana hujan yang renyai-renyai dan teramat sejuk, kurang selesa untuk ke sana sini. Kalau berjalan dengan kawan-kawan tidak mengapa tetapi memandangkan kami membawa anak kecil, maka keputusannya kami ambil teksi.

Tambang yg dikenankan ialah flat rate TRY 110, biasanya teksi di Turkey ni gunakan meter tapi untuk Uludag ni mereka guna flat rate, mungkin dia ambil kira kos turun dengan teksi yg kosong agaknya, tapi kalau kita travel dengan kawan-kawan, jumlah tu boleh di bahagi sama rata dan kalau nak jimat lagi boleh ambil bas atau “Dolmus” yang memang ada membawa penumpang ke Uludag, cuma kami tak jumpa lokasi di mana bas tu lalu.

Perjalalan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke atas dan pemandangan agak menarik sepanjang jalan, lebih kurang lima hingga enam kilometer untuk sampai ke Uludag, kami dah boleh nampak salji di kiri kanan jalan, makin lama makin banyak dan di luar teksi, salji sedang turun dengan agak lebat.

Uludag ni sememangnya sebuah tempat percutian musim sejuk untuk warga Turki dan ia adalah yang paling hampir dengan Istanbul. Selain Uludag ada banyak lagi lokasi untuk bermain salji tetapi kedudukannya agak jauh dari Istanbul, seperti di Palandoken yang terletak di Erzurum.

Mulanya saya nak layan photography la kat sini, ambil gambar pemain ski sikit dan mengambil gambar keluarga di beberapa tempat menarik di sini tetapi memandangkan salji turun agak lebat, menyukarkan saya untuk merakam gambar tambahan pula suasana yang teramat sejuk.

Lepas ambil gambar sikit-sikit, kami pun masuk ke dalam salah satu restoran yang ada di sini, makan roti dengan sup panas, memang menyelerakan, dah masuk dalam restoran tu terasa amat selesa, nak kelaur pun malas dah tapi rugilah datang jauh-jauh tapi duduk dalam restiran jer kan, so kami pun keluar. Tentang harga makanan di restoran ni, takdelah mahal mana, lebih kurang sama dengan harga di Istanbul. Ni bukannya restoran ekslusif, restoran biasa-biasa sahaja, macam kedai mamak kat KL la.

Kepada yang memilih untuk bermalam di sini, terdapat banyak juga hotel yang boleh dipilih tapi biasanya musim winter ni lebih baik kalau kita booking awal-awal di internet takut penuh pula, tapi boleh cuba nasib kepada sesiapa yang rasa nak bermalam.

Kalau nak puas bermain salji dan mengambil gambar, ada baiknya tinggal satu malam di sini tetapi kami hanya luangkan masa dua tiga jam sahaja di sini sebelum turun balik ke Bursa.

*Cerita sebelumnya : Kembara Bersama Keluarga ke Bursa

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*