Adventure,  Art,  Travel

Panduan Fotografi Kembara | Tips Memilih Lokasi Hotel

Taj Mahal

© 2012 Wazari Wazir | Roof Top View of Taj Mahal From Saniya Palace Hotel | Taj Ganj

Taj Mahal

© 2012 Wazari Wazir | Roof Top View of Taj Mahal From Saniya Palace Hotel | Taj Ganj

Taj Mahal | Roof Top View | South Gate

© 2010 Wazari Wazir | Roof Top View of Taj Mahal  From Shai Palace Hotel

Setiap dari kita ke luar negara atas pelbagai tujuan, antaranya ialah untuk  tujuan perniagaan, urusan kerja, melancong, makan angin ataupun lebih kepada trip fotografi. Tetapi saya percaya apapun tujuan kita ke negara orang, yang pasti setiap orang pasti ada membawa kamera bersama untuk merakam kenganan di negara orang.

Untuk tulisan blog kali ni saya akan kongsi tips untuk memilih hotel bagi anda yang melancong atau mengembara untuk tujuan fotografi. Bagi saya yang paling penting sekali ialah faktor LOKASI. Mungkin ada sesetengah orang akan memilih dari segi keselesaan hotel sebagai faktor nombor satu tetapi bagi saya yang suka berjalan secara “backpacker”, keselesaan sesebuah hotel bukanlah perkara utama, hotel hanyalah tempat tidur setelah seharian berjalan ke sana sini kerana saya tidak akan menghabiskan banyak masa saya di hotel.

Beberapa bulan atau beberapa minggu sebelum kita terbang, ada baiknya kita buat sedikit research tentang destinasi atau tempat-tempat menarik yang kita ingin kunjungi, setelah kita kenal pasti lokasi tempat yang kita ingin kunjungi, barulah kita kenal pasti pula lokasi hotel yang berhampiran dengan tempat-tempat menarik tersebut.

Sebaiknya pilihlah lokasi hotel yang mana kita tidak perlu menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat tersebut. Sebagai contoh sekiranya kita ingin melawat Taj Mahal di Agra maka lokasi hotel yang paling hampir dengan Taj Mahal ialah di sekitar Taj Ganj, di kawasan ini cukup banyak hotel bajet yang sesuai dengan bajet pengembara backpackers. Sekiranya anda memilih lokasi di sekiar Taj Ganj, maka anda hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja untuk sampai ke pintu masuk Taj Mahal.

Untuk pengetahuan, pintu masuk Taj Mahal di buka seawal jam 6 AM pagi dan sekiranya lokasi hotel kita berdekatan dengan Taj Mahal maka peluang untuk kita merakam Taj Mahal bermandikan “Golden Light” (cahaya matahari pagi) adalah cerah berbanding palancong lain yang kebiasaannya tinggal di hotel yang agak baik jauh sedikit dari Taj Ganj dan kebanyak pelancong yang datang dengan bas pelancongan ini akan sampai sekitar jam 9 AM dan ke atas.

India Gate | New Delhi

© 2012 Wazari Wazir | India Gate | New Delhi

Lokasi hotel yang dekat dengan tempat-tempat menarik ataupun “Landmark” sesuatu kawasan akan menjimatkan belanja kita kerana kita tidak perlu menaiki teksi, Auto rickshaw atau bas untuk ke tempat tersebut, cukup hanya dengan berjalan kaki.

Sekiranya kita tidak jumpa hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik tersebut ataupun harga untuk menginap di hotel tersebut agak tinggi maka kita cuba cari hotel yang berdekatan dengan stesyen keretapi ataupun stesen bas, supaya mudah untuk kita bergerak.

Selain daripada itu ada juga baiknya kita memilih lokasi hotel yang tidak terlalu jauh dari lapangan terbang, supaya memudahkan perjalanan kita untuk pulang nanti, semua faktor ini perlu diambil kira dalam menentukan lokasi hotel yang kita pilih. Kalau hotel terlalu jauh, dibimbangi kita akan tergesa-gesa untuk ke lapangan terbang dan kita juga perlu ambil kira faktor kemungkinan berlakunya kesesakan jalan raya yang teruk, ada baiknya kita memilih lokasi hotel yang kurang dari sejam perjalanan ke lapangan terbang.

*Intipati tulisan kali ini ialah, kita perlu cari hotel yang berdekatan dengan tempat menarik sesuatu kawasan, biar hampir dengan mercu tanda sesuatu kawasan agar kita akan segera sampai untuk memanfaatkan “Golden Light” yang baik, sama ada di awal pagi atau lewat petang. Selain daripada itu, lokasi yang hampir dengan tempat-tempat menarik “Within Walking Distance” dari hotel kita akan menjimatkan belanja kita dari segi kos pengangkutan dan juga menjimatkan masa kita.

Nepal Himalaya

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.