Art,  Travel

Buat Buku “Coffee Table” Guna Perisian Adobe Lightroom 4 Dengan Kerjasama Blurb

© 2013 Wazari Wazir | Book Module Inside Adobe Lightroom 4 | Nepal Under Construction
© 2013 Wazari Wazir | Hasil Yang Telah Siap | 238 Pages

Idea untuk buat buku ni sebenarnya telah lama ada tapi tak pernah terlaksana. Semenjak kelahiran anak pertama saya HaiQal lai saya telah bercita-cita untuk mengabadikan gambar-gambar anak saya tersebut ke dalam sebuah buku “Coffee Table” yang agak tebal. Walaupun hasrat tersebut tidak terlaksana, sempat juga saya buat album untuk HaiQal, album macam yang wedding photographer selalu guna tu, itu pun cuma 20 muka surat pasal tebal dan album tu guna photography paper, pasal tu tebal.

Selepas buat album tu, saya tak puas hati pasal sikit sangat gambar, maklumlah hanya 20 muka surat, dan dalam tu pulak saya tak letak gambar banyak-banyak, cuma 16 keping sahaja pasal ada gambar yang makan dua muka surat “centre spread”. Bila jadi macam tu, saya cari alternatif lain dan saya jumpa Blurb, sebelum tu Blurb belum lagi bekerjasama dengan Adobe, kita boleh download sotware Blurb iaitu “BookSmart” untuk kita buat buku, design dan sebagainya, dan bila siap terus upload ke server Blurb.

Selain BLURB, banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk buat coffee table book atau “Photo Book” macam ni, antraa yang popular ialah Photobook, Mypublisher, Lulu, Asuka dan banyak lagi. Produk yang ditawarkan berbeza-beza, dan sebahagian besar wedding photographer menggunakan salah satu dari perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini tetapi kebanyakan mereka hanya buat buku setebal 40-100 muka surat sahaja kerana kalau nak buat lebih dari tu, mungkin terlalu mahal kerana paper atau kertas yang digunakan berkualiti agak tinggi.

Jadi setelah buat sedikit “research”, baca blog sana dan baca blog sini, akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba Blurb, ia tidak menawarkan paper photo yang berkualiti tinggi seperti Photobook yang mana, untuk 40 muka surat pun dah berharga dalam hampir RM300 atau lebih bergantung size dan kertas yang digunakan, jadi agak mahal. Blurb menawarkan paper atau kertas berkualiti tinggi untuk “Coffee Table Book”, sama atau lebih baik kualitinya daripada “Coffee Table” yang boleh kita beli di kedai-kedai buku.

© 2013 Wazari Wazir | Kualiti Yang Sama Atau Lebih Baik Dari Coffee Table di Kedai Buku Bergantung Jenis Kertas Yang Kita Pilih
© Wazari Wazir | Ada Sesetengah Gambar Nampak Lebih Menarik Berbanding Yang Lain
© 2013 | Eminonu | Double Spread | Uncoated Paper With Matt Finish

Kualiti paper yang digunakan, hampir sama atau lebih baik dari yang digunakan oleh National Geographic Coffee Table Book yang boleh kita beli di pasaran dan kalau you pernah tengok Coffee Table Book National Geographic, you pun tahu yang mereka bukan menggunakan “Photo Paper” tapi kertas yang sesuai untuk Coffee Table Book. Kalau nak gambar yang berkualiti boleh beli gambar bercetak dari National Georaphic yang mana akan di cetak di atas kertas photo sebenar.

Jadi di sini saya harap anda dapat idea, kertas dan kualiti yang you boleh dapat berdasarkan Coffee Table Book yang you pernah tengok sebelum ni dan kebanyakan Coffee Table Book di kedai buku bukanlah menggunakan premium paper macam Photobook guna, kalau mereka guna paper macam tu, rasanya untuk 200 pages, mungkin hampir RM500-1000 sebuah, yang kaya raya sahaja mampu memilikinya.

Saya pernah download software “BookSmart” dari Blurb untuk buat buku anak saya dan pernah cuba-cuba susun atur gambar tapi tak pernah siap, rasa macam susah pulak nak guna jadi bila tahun lepas 2012, Adobe umumkan yang mereka akan bekerjasama dengan BLURB untuk masukkan Modul Book Making Blurb ke dalam perisian Lightroom 4, saya jadi bersemangat semula untuk buat buku yang saya pendam semenjak tahun 2007, anak pun dah dua orang sekarang ni.

Bila saya dapat tahu berita baik tu, saya pun beli Adobe Lightroom secara online, sebelum ni memang tak pernah guna Lightroom, hanya guna Photoshop sahaja, merangkak jugaklah nak guna Lightroom tu tapi tujuan utama saya beli Lightroom 4 ialah kerana nak buat buku.

Kebanyakan orang yang ada Lightroom 4 ni rasanya tak pernah pun nak usik “Book Module” dalam Lightroom ni atau ada juga yang tak tahu wujudnya “Book” module, kebanyakan photographer hanya guna untuk Develop gambar-gambar mereka sahaja. Sebenarnya anda tak perlu pun buat tempahan buku dengan Blurb kalau guna book module ni, anda boleh save layout gambar anda secara Jpeg atau PDF dan hantar layout tersebut ke mana-mana syarikat yang you nak cetak buku tersebut, tapi kalau you nak guna Blurb ada button “Send To Blurb”, kalau you online, bile tekan button tu, dia akan bawa anda masuk website dia, buat pendaftaran dan upload file tersebut ke Blurb unya server di San Francisco USA.

© 2013 Wazari Wazir | Cukup Mudah Untuk Tukar Layout Page Kita | Bila-Bila Masa Kita Boleh Tukar Layout (Modify Page)

Susah ke nak buat buku guna book modul Lightroom ni? Mula-mula tu kekok jugak tapi bila dah buat beberapa pages, takdelah susah sangat, bukannya macam edit gambar manipulasi dalam Photoshop berlayer-layer, yang susahnya ialah sesi pemilihan gambar, mana yang kita nak masukkan dalam buku kita.

Sebelum tu, bagi saya yang terbaik, kalau kita guna Lightroom untuk buat buku ialah buat satu “Collection” dan lepas tu masukkan gambar-gambar yang kita nak buat buku, dah ada “Collection” bar tekan BOOK tu dan layout Book akan terbuka, cuma untuk pengetahuan, maksimum yang kita boleh buat buku guna Blurb ni hanya setakat 240 Pages untuk Premium Paper yang ditawarkan oleh Blurb.

Blurb menawarkan empat jenis size buku iaitu, Small Square 7×7 inci, Standard Portrait 8×10 inci, Standard Landscape 10×8 inci, Large Landscape 13 x 11 inci dan Large Square 12×12 inci.Jenis paper atau kertas yang ditawarkan juga ada empat jenis, iaitu Premium Lustre (glossy), Premium Matt, ProLine Uncoated dan ProLine Pearl. ProLine Paper lebih mahal dari Premium paper dan yang paling mahal ialah ProLine Pearl Paper, saya pilih ProLine Uncoated “Matt Finish”. Tentang kulit buku pula ada 3 jenis, iaitu Hard Cover ImageWrap, Hard Cover Dust Jacket dan Soft Cover (Kulit Lembut). Saya pilih Hard Cover Imagewrap yang mana gambar di balut pada kulit buku tersebut. Dust Jacket tu yang biasa kita tengok di kedai buku, ada macam sarung lembut, gambar cover depan yang kita boleh bukak. Imagewrap tu melekat terus pada kulit buku.

Kalau tanya saya yang mana bagus, pilih antara dua jenis ProLine tersebut iaitu ProLine Uncoated atau ProLine Pearl Paper. Uncoated paper ni macam matt paper, Low Contrast berbanding Pearl Paper (Saya pilih ProLine Unccoated Paper). Black and White pada Uncoated Paper ni tidak terlalu deep, mungkin ada sesetengah orang tak suka, warna pada Uncoated paper ni agak lembut.

Kalau kita nak warna yang ceria, warna yang “terserlah” merah menyala, pilihlah Pearl Paper terutamanya kepada mereka yang inginkan Black and White mereka deep rich black, Pearl Paper terabit, ini berdasarkan apa yang saya baca tapi tentang Uncoated Paper ni, pengalaman sendiri, pasal itu yang ada di tangan saya dan saya puas hati dengan hasil Uncoated Paper, cuma ada sesetengah gambar nampak lebih baik berbanding gambar lain pada Uncoated paper ni.

Uncoated paper ni bagi saya sesuai untuk gambar-gambar artistik, gambar portrait yang besar-besar, penuh satu muka wajah mereka, kalau ada banyak gambar group photo, atau gambar ramai-ramai orang, wajahnya kecik-kecik dalam gambar, Uncoated paper kurang sesuai pasal nampak “soft” tidak sharp, kurang detail, kalau banyak gambar group photo, yang sesuai rasanya ialah Pearl Paper pasal lebih sharp dan detail. Mungkin sebab ada “Egg Shell” texture pada paper Uncoated maka detail yang halus tidak terlalu menonjol tapi untuk gambar-gambar pemandangan atau bangunan, saya sukakan hasilnya, gambar Hagia Sophia, Blue Mosque dan gambar-gambar pemandangan sekitar Istanbul “wide shot”, hasilnya cukup memuaskan.

Tentang “Layout” memang senang nak ejas, nak tulis caption atau nak buat sedikit tulisan “al-ala” dokumentari pun tak susah, mudah, tentang font pun kita boleh guna font sebagaimana yang ada dalam Photoshop, kalau ada font yang kita nak guna tapi tiada dalam Lightroom, kita boleh download yang mana sesuai. Font yang saya guna untuk tajuk depan buku saya ni ialah “Amaldemo“, biar nampak macam Istanbul sikit. Font NEPAL yang kat atas tu saya guna “Carolingia“. (Boleh rujuk pos saya sebelum ni dalam Bahasa Inggeris, ada banyak gambar lagi).

© 2013 Wazari Wazir | Cover Shot | Semua Nak Masuk Front Page

Tentang “Cover Shot” yang say pilih ni mungkin agak “amateur” bagi sesetengah orang, sebenarnya saya ada banyak gambar yang mungkin sesuai dari segi “Photography” untuk dijadikan muka depan, banyak jugak gambar yang artiistic tetapi memandangkan ini bukanlah Coffee Table Photography untuk dijual, hanya untuk keluarga, biarlah muka hadapannya menggambarkan bahawa ini adalah “Family Photography Book” dan bukannya Coffee Table tentang Istanbul.

Mulanya saya nak letak gambar HaiQal dan Raphael sahaja tetapi fikir balik, saya selalu sangat berada di “belakang kamera”, nak jugak masuk Front Page, so fikir punya fikir, gunakan gambar satu keluarga di muka depan, it may look “amateur” kepada sesetengah pihak tetapi, saya tak kisah, bukan untuk dijual pun. Kalau buku ni letak dalam almari kaca pun dah nampak muka satu family tanpa perlu dibuka tapi kalau letak cover depan Hagia Sophia atau Blue Mosque semata, dah tentu kena bukak baru nampak gambar keluarga.

Coffee Table Book yang saya buat ni hanya memuatkan gambar-gambar saya bersama keluarga di Istanbul Winter lepas, gambar lain tiada, semua gambar-gambar di Istanbul sahaja, jumlah muka surat tidak termasuk cover depan dan belakang ialah sebanyak 238 muka surat dan Alhamdulillah dalam temph 10 hari selepas di upload ke server Blurb, buku pun sampai di tangan. Tentang harga tu, you all boleh singgah di website BLURB boleh pilih paper apa nak, jumlah muka surat nak, dan boleh tengok harga yang dipaparkan dan harganya jauh lebih murah dari Photobook, cuma kertas yang digunakan bukanlah “Photography Paper”.

Kepada yang bertanya, apakah saya akan buat lagi buku dengan BLURB setelah lihat hasilnya, jawapan spontan saya ialah YES, I will make another book with BLURB.

Kalau ada soalan boleh email pada saya di wazariwazir@yahoo.com, insyaAllah yang mana saya boleh bantu saya bantu.

Kalau bercadang nak buat buku, boleh cuba BLURB

HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

5 Comments

  • Wazari Wazir

    Terima kasih semua, actually buat buku macm ni lebih memberikan keluasan, selain print 4R, 8R macam biasa, buat buku macam ni lagi puas hati…

  • greenbara

    Teruja bila tengok gmbar2 n baca pengalaman anda dlm blog ni. Hanya dgan kamera sdra bleh bawa famili melancung .. Sy memang minat photographi tapi suam2 kuku jer .. ambil gambar kenduri kendara famili, aktiviti sukan opis ..CSR dll. cdng nk gi jgak kursus photographi berbayar tapi ha ha … pitihhh x ckup2 .. banyak blajar ngan membaca ngan tanya kengkawan skit2.

    Bagi sy xlah “amateur” album cover yg sdr tampilkan. Sy sndri guna gambar keluarga dlm sumer album cover yg sy buat di iphotobook.my. Harga pun amat berpatutan n selalu mereka buat promosi ngan harga diskaun yg menarik. Sy baru jer buat photo album ngan harga RM110 (40 m/s-potret)(slps diskaun) dan kta kena download software diaorg just ejas gambar sndri memang user friendly ..sy masukkan hampir 200kpg gmbar. Ada full page photo n ada jga sy ejas 1 pages 3-4 kpg jpeg.

    Teruskan .. bro

  • Aisya

    Assalamualaikum sdr,
    memang respect. saya tengah survey2 cara nak self-publishing tiba2 jumpa laman saudara ni, rasa macam dapat durian runtuh! cumanya saya ni masih baru, ada banyak lagi yang saya kurang jelas tentang penerbitan buku sendiri. boleh saya tau berapa kos sdr mencetak dengan blurb? dan saya xfaham syarikat ni ada cawangan di malaysia ke, sebab saudara cetak dua hari je dah siap?
    terima kasih banyak ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.