Adventure,  Life,  Travel

Travel Photography | From Kathmandu to Syabrubesi

Nepal | Backpackers | Annapurna Guest House | Thamel | Kathmandu

© 2012 Wazari Wazir | At 6:30 a.m, Getting Ready for The Adventure | Thamel | Kathmandu | Nepal

Nepal | Langtang National Park | Himalaya

© 2012 Wazari Wazir | A Quick Stop at Dhunche | Langtang National Park

Nepal Himalaya

© 2012 Wazari Wazir | Taking a Break at Hanging Bridge | Nepal

Nepal Himalaya | Syabrubesi

© 2012 Wazari Wazir | Bus Arrived at Syabrubesi | Langtang National Park | Himalaya

At 6 a.m on November 12 the phone rings, someone called and said that, the car is ready, he is actually our driver that will take us to Syabrubesi. Actually the night befire I’ve made an arrangement with Annapurna Guest House Manager, Mr. Manjit Tapa that we need a four wheel to take us to Syabrubesi at 6:30 a.m, I didn’t know that the car will be available at 6 a.m, anyway, we are ready, in fact around 5:30 a.m, all six of us woke up already and by 6:30 a.m we are on our way to Syabrubesi.

It is quite expensive to hire a four wheel vehicle from Kathmandu to Syabrubesi, we paid Rs18000 per vehicle for this trip, I don’t know whether we are overcharge or not since I really don’t have much times to look for better deal. Maybe we have to pay more because there are six of us, maybe you can get much better deal if you travel with four people only.

The cheaper alternative is to take a bus from Kathmandu to Syabrubesi which will cost you around Rs300 per person. If you chose the bus, you need to book in advance, a day before, to secure you seat, otherwise you will be traveling on the rooftop of the bus and there are not many bus that will take you to Syabrubesi, there are very few bus that ail take you there and normally it will depart around 6:30 a.m or 7:30 a.m and if you miss it, you have to wait for another day.

The reason why we chose to hire a private vehicle is because, it is a long journey, the distance may not be that long, just around 120 KM from Kathmandu to Syabrubesi but the journey will take you somewhere between eight to nine hours to get there. Furthermore we have our big backpack, I don’t want to put my bag on the rooftop of the bus with other passengers for security reason and I don’y think I can hold it on my lap for nine hours inside the bus, it will be too uncomfortable.

I’ve to let you know that, we really had a wonderful journey, the view was magnificent even though the road between Dhunche and Syabrubesi has been categorise as among the worst road in the world, we really had a great time, thanks to our great driver Mr. Rajesh Lama, he is not only a great driver but also a great entertainer, always have something to tell us, always have a story to tell and for me, nine hours journey felt like three hours. We didn’t have breakfast before we depart in Thamel, we only had our breakfast at Trishuli.

We have to present our Langtang National Park Entry Permits and TIMS (Trekkers Information Management System) Card at Dhunche.

Malay version;

Tepat jam 6 pagi saya terima panngilan dari bilik hotel, tak pasti dari siapa, tapi katanya, kereta dah sedia, kereta apa, saya pun tak pasti, lepas tu keluar jenguk melalui tingkap sekejap, nampak ada satu kenderaan pacuan empat road dah siap menunggu di luar hotel kami, Annapurna Guest House Hotel. 

Malam sebelumnya memang kami dah maklumkan pada Manager Hotel Annapurna ni iaitu Mr. Manjit Tapa, yang kami perlukan sebuah kenderaan untuk ke Syabrubesi dan kalau boleh jam 6:30 pagi kami nak gerak, tak sangka pulak, jam 6 pagi kenderaan dah sedia ada menunggu di bawah, kami ingat nak guna pakai “Janji Melayu”, cakap 6:30 am, mungkin kenderaan tu akan datang dalam jam 7 a.m, tu yang kami mintak awal, tak sangka pulak, lagi awal dia datang rupanya. 

Apapun kami memang dah siap sedia bangun awal, dalam jam 5-5:30 pagi kami dah bangun, pasal mungkin ada di antara kami yang tak sempat nak packing barang, sempatlah nak packing barang dan Alhamdulillah dalam jam 6:30 pagi, kenderaan kami mula bergerak menuju ke Syabrubesi, backpack kami semua disimpan di atas bumbung Pajero tersebut, dalam tak cukup ruang, maklumlah kami berenam, seorang duduk di bahagian depan bersama pemandu, tiga orang duduk di bahagian tengah dan dua orang lagi duduk di bahagian belakang. 

Bayaran yang di kenakan oleh Mr. Manjit Tapa untuk kenderaan ini ialah sebanyak Rs18000 untuk satu kenderaan dan sebelah malamnya dia dah ambil duit bayaran tu, risau juga sebenarnya, mana taknya, duit dah bayar, takut esok tak muncul kenderaan tu seperti di rancang haru biru juga, tapi hotel ni tersenarai dalam buku Lonely Planet, jadi takkanlah dia nak rosakkan reputasi hotel dia. Mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, mungkin juga hotel ni ambil komisen yang agak lebih, tapi kami berenam, kongsi kos, kuranglah sikit bebanan tu.

Kepada yang ingin meggunakan alternatif lain, travel bersendirian ataupun hanya dua tiga orang mungkin tak berbaloi sewa pacuan empat roda ni, alternatif lain ialah menggunakan khidmat bas, tapi anda kena booking sehari awal, sebabnya nak kena booking tempat duduk, kalau tak booking awal, takde tempat duduk, atas bumbunglah jawabnya, masalahnya kalau kita tak bawak apa-apa barang, hanya sebuah bag yang kecil, rasanya ok, tapi dengan backpack ni, kurang sesuai sikit nak travel dengan bas, lagipun perjalanannya agak jauh, makan masa selama sembilan jam dan mungkin lebih kalau naik bas. 

Salah satu sebab lagi yang saya tidak ambil bas ialah, malas nak buang masa cari di mana stesen bas tempat booking tu, sehari sebelumnya iaitu 11 November, kami sibuk dengan urusan Trekking Permit dan Entry Permit di Nepal Tourist Center dan selepas itu pula kami sibuk ambil gambar di Bhaktapur, sampai hotel dah malam, mana sempat nak cari stesen bas untuk booking, jadi kami ambil keputusan untuk sewa kenderaan pacuan empat roda ke sana, lagipun memang kami dah sediakan bajet untuk kenderaan ni.

Andaikata selepas dapat trekking permit tu kami terus cari dan booking bas untuk ke sana, maka, tak sempat pula nak melawat Bhaktapur, so baik habiskan sedikit duit dan gunakan masa yang ada untuk ambil sedikit gambar di Bhaktapur. Mungkin hari itu adalah “My Lucky Day”, kebetulan semasa ambil gambar di Bhaktapur tu, terjumpa pulak dengan idola Travel Photographer yang saya minati iaitu David duChemin. Nak di jadikan ceritalah orang kata, tak merancang pun sebenarnya, sekadar nak mengisi kekosongan selepas dapat Trekking Permit tu. Boleh jer kami nak habiskan masa di Kathmandu Durbar Square atau berjalan-jalan di sekitar Thamel, tapi hari tu tergerak pulak nak ke Bhaktapur. 

Apapun perjalanan dari Kathmandu ke Syabrubesi sememangnya menarik, perjalanan melaui kampung-kampung kecil, sawah padi yang mana masih lagi menggunakan kerbau untuk membajak sawah, rasa macam tengok National Geographic Live depan mata, perjalanan menyusuri Sungai Trishuli memang menarik, ada satu ketika kami minta driver Mr Rajesh Lama untuk berhenti pasal nak ambil gambar di jambatan gantung yang agak panjang, di Malaysia ni tak banyak jambatan gantung yang panjang, kalau ada pun banyak di Sabah dan Sarawak. 

Selepas beberapa ketika, kami dah tak hairan sangat dengan jambatan gantung ni pasal banyak sangat, tak ingat entah berapa banyak jambatan gantung yang kami lihat sepanjang perjalanan menuju ke Syabrubesi. Setibanya kami di Dhunche, pemandu minta kami serahkan Langtang National Park Entry Permit beserta dengan TIMS kad untuk di beri pada pengawal di sana. 

Kami tidak booking hotel di Syabrubesi, tapi setibanya di sana, pemandu tu berhentikan kami betul-betul di depan hotel Small Star, mungkin dia dah deal dengan hotel tu (ada komisen la tu), kami pun tak pasti, tapi elok juga, dah letih seharian dalam perjalanan, hotel pun tak mahal sangat, so kami bermalam di sini sebelum meneruskan kembara kami keesokan harinya. Ada banyak juga hotel-hotel kecil dan sederhana besar di sini, jadi kepada yang bercadang nak ke Langtang ni tak perlulah risau sangat pasal penginapan. Langtang ni bukanlah pilihan pertama trekkers, Langtang jatuh ke tempat nombor 3, selepas Everest Base Camp dan Annapurna Circuit. Kenapa kami pilih Langtang? Nantilah saya sambung, insyaAllah…

*Kalau ada apa-apa nanti saya update…

HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.