Adventure,  Travel

Tips Fotografi | Pemilihan Lensa Untuk Fotografi Kembara (Travel Photography)

© 2011 Wazari Wazir | Photographer in Action at Semporna
© 2011 Wazari Wazir | Photographer in Action at Mabul Island
© 2012 Wazari Wazir | The Photographers | During Sabah Island Photo Safari | Fotografi Kembara

Sebelum saya pergi jauh lagi, ingin saya maklumkan bahawa, apa yang saya tulis di sini adalah menurut pandangan peribadi saya yang terhad ini, ini bukanlah satu penulisan yang bersifat akademik, lebih kepada “common sense” ataupun tidak lebih dari salah satu perkongsian pengalaman.

Saya memang meminati “Travel Photography” ataupun Fotografi Kembara ni, saya kurang minat ambil gambar di dalam studio, dan salah satu sebab saya memilih pekerjaan ini ialah kerana saya tidak mahu bekerja terkurung di dalam pejabat sepanjang masa, saya hanya berada di pejabat sekiranya tiada tugasan dan sekiranya ada tugasan atau “assignment” kebiasaanya tugas itu berlaku di luar pejabat.

Panjang pulak intronya sampai saya sendiri malas nak baca, anyway, ramai sering bertanya pada saya, apakah jenis lensa yang saya bawa bila travel ke luar negara atas urusan makan angin, untuk pengetahuan semua pembaca blog yang budiman, saya hanya ada dua jenis lensa sahaja iaitu 50mm f/1.4 dan 24mm f/2.8, keduanya adaah lensa prime yang tak boleh Zoom, dan saya menggunakan kamera Canon 5D Mark II Full Frame dan untuk kembara saya ke Kashmir dan Istanbul baru-baru ini, saya hanya menggunakan kedua lens tersebut.

Di sini ingin saya nyatakan, kedua lens tersebut bukanlah lensa yang terbaik untuk travel tetapi itu sahaja yang saya ada dan mampu saya miliki buat masa ini. Untuk urusan kerja rasmi pula, terutamanya bila saya bertugas di luar negara, lensa yang saya bawa ialah 24-70mm dan 70-200mm (Hak Milik Kerajaan Malaysia), jadi saya boleh buat perbandingan dari segi kesesuaian penggunaan kedua lens tersebut.

Secara ringkasnya, tanpa pergi terlalu jauh, jurufoto yang minat mengembara ni boleh dibahagikan kepada dua jenis, yang pertama, mereka ni gemar merakam keindahan senibina bangunan mercu tanda di sesebuah negara yang mereka lawati, sebagai contoh, sekiranya mereka ke India, mereka lebih berminat untuk merakam keindahan Taj Mahal dari pelbagai sudut, sekiranya mereka ke Paris, mereka berminat untuk merakam keindahan senibina Eiffel Tower juga dari pelbagai sudut.

Selain daripada itu mereka ini juga gemar merakam keindahan alam semulajadi di mana-mana sahaja negara yang mereka pergi, sebagai contoh, sekiranya mereka mengembara ke Itali, mereka ini lebih gemar merakam keindahan pemandangan ladang anggur dan gandum di Tuscany. Salah seorang photographer yang saya temui di Flickr yang gemar merakam keindahan alam sekitar serta mercu tanda sesebuah negara ialah Lucie Debelkova boleh singgah di Flickr beliau dan anda boleh dapat gambaran yang lebih jelas.

Jurufoto jenis kedua pula ialah mereka yang yang gemar mengembara tetapi lebih cenderung untuk merakam “Human Interest”, fotografi kemanusiaan,  samada fotografi jalanan “Street Photographer”, portret dan juga “Environmental Portrait”, potret manusia dan persekitarannya, baik persekitaran dia bekerja, bermain dan juga persekitaran rumahnya.

Jurufoto kemanusiaan ini atau “Human Interest Photographer” ini kurang berminat untuk merakam keindahan alam sekitar ataupun mercu tanda sesebuah negara dengan bersungguh-sungguh, orang kata asal ada sahaja, biasanya kalau dia nak merakam sesuatu pemandangan baik pemandangan mercu anda ataupun pemandangan alam semulajadi, dia pasti menunggu agak lama di sesebuah tempat atau sudut dan menuggu akan kehadiran manusia ataupun bianatang untuk merakam gambar tersebut, gambar pemandangan yang kosong tanpa adanya  kehadiran  unsur kehidupan seperti manusia ataupun haiwan (Selain Kehidupan Semulajadi) tidak menarik minat mereka.

Sebagai contoh, sekiranya mereka ini sedang berada di kawasan pergunungan Himaya yang cantik, mereka kurang teruja hendak merakam pemandangan yang kosong tetapi akan tinggu di satu sudut sehingga ada pendaki yang masuk dalam “framing viewfinder” kamera mereka, kalau ada anak-anak kecil ataupun orang kampung di situ yang lalu lalang pun tidak mengapa, itu yang mereka mahukan.

Berbeza pula dengan “Hard Core Landscape Photogapher” ada sesetengah dari mereka merasakan, seandainya ada subjek lain yang masuk ke dalam frame mereka selain yang “semulajadi’ ada di sana, mereka rasa ianya satu “gangguan”, contoh kalau dia sedang sibuk nak merakam keindahan Taj Mahal yang “Kosong” tiba2 ada orang lalu depan kamera mereka dan masuk dalam “frame” maka, mereka akan menunggu sehingga orang tersebut bergerak keluar frame, baru mereka ni nak ambil gambar.

Kepada peminat “Human Interest Photography”, kehadiran manusia tersebut ke dalam frame adalah satu bonus yang ditunggu-tunggukan, jadi ada sedikit perbezaan antara kedua jenis jurufoto ini.

Sebagai contoh perbandingan keduanya, mungkin anda boleh singgah di Flickr Eric Lafforgue dan cuba anda perhatikan perbezaan gambar Eric dan Lucie tadi, memang ada ramai lagi jurufoto yang boleh dijadikan perbandingan tapi saya guna jurufoto yang ada di Flickr pasal banyak gambar untuk dijadikan sedikit panduan.

Nampak kan perbezaanya, Eric lebih cenderung merakam portret kemanusiaan sesebuah negara berbanding mengambil gambar pemandangan yang kosong tanpa wujudnya unsur kemanusiaan, manakala Lucie pula lebih gemar merakam gambar mercu tanda sesebuah negara dan juga pemandangan alam semulajadi di negara yang dia pergi.

Dah panjang dah saya tulis ni tapi masih belum tahu lagi jenis lensa apa yang sesuai, tapi amat penting kita mengetahui kecenderungan fotografi kita sebelum kita memilih lensa yang sesuai, apakah kita lebih cenderung kepada fotografi pemandangan alam semulajadi serta mercu tanda sesebuah negara ataupun kita lebih cenderung untuk merakam potret kemanusiaan di sesebuah negara yang kita lawati.

Bila dah tahu kecenderungan kita, baru senang sikit nak buat pemilihan lensa yang sesuai, harga lensa ni bukannya seringgit dua, maka kena bijak laburkan duit kita jangan sampai lebur.

Jadi kalau kita lebih cenderung kepada fotografi pemandangan alam sekitar serta mercu tanda sesebuah negara, maka lensa yang paling sesuai ialah lensa sudut pandangan luas ataupun “Wide Angle Lens”, kalau kita menggunakan kamera “Full Frame” maka lensa seperti 16-35mm ataupun 17-40mm adalah amat sesuai sekali dan sekiranya kita menggunakan kamera yang bukan full frame, maka lensa seperi 10-20mm amat sesuai untuk gambar pemandangan dan mercu tanda sesebuah negara.

Manakala untuk jurufoto yang meminati fotografi kemanusiaan, sama ada potret manusia ataupun potret manusia serta persekitarannya maka lensa yang sesuai untuknya adalah seperti 24-70mm untuk kamera “Full Frame” ataupun lensa 24-105mm/24-120mm, dan juga kalau inginkan yang terbaik untuk portrait, dapatkan juga Lensa Prima seperti 85mm f/1.8 atau f/1/2 ( kalau ada modal).

Lensa 24-70mm ataupun 24-105mm boleh dianggap sebagai “Versatile Walk Around Lens” ataupun lensa serba boleh yang sesuai untuk dibawa mengembara, di mana ianya sesuai untuk merakam potret manusia dan persekitarannya pada 24mm dan juga boleh dapatkan potret wajah seseorang memenuhi framing kamera pada 70mm ataupun 105mm, cuma dari segi “Kelazatan Bokehnya” memang tidak dapat menandingi lensa prima seperti 85mm f/1.2 (Canon) ataupun 85mm f/1.4 (Nikon) untuk full frame kamera.

TETAPI bercakap pasal Bokeh ni, ianya bukanlah satu keperluan atau kemestian pada jurufoto kemanusiaan ni, mereka sebolehnya ingin masukkan sedikit maklumat berkaitan lokasi di mana potret tersebut di rakam, jadi kalau gambar latar belakang kabur selazat-lazatnya tanpa nampak apa-apa maklumat tentang di mana potret tersebut dirakam, bukan menjadi keperluan jurufoto kemanusiaan ini.

Maksud saya keperluan menggunakan bukaan aperture f/1.2 ataupun f/1.4 ni bukanlah satu keutamaan, biasanya jurufoto kemanusiaan ni akan gunakan Aperture f/4 atau F/5.6 dan juga f/8 untuk dapatkan sedikit maklumat tentang di mana lokasi gambar diambil. Mereka tidak mahukan latar belakang yang terlampau kabur.

TETAPI lensa yang memiliki bukaan besar seperti f/2.8, f/1.2 dan f/1.4 ataupun lebih dikenali dengan “fast lens” ini amat membantu kita merakam gambar dalam kawasan yang agak gelap, sebagai contoh, sekiranya kita berada di dalam Muzium Aya Sofya di Istanbul dan ingin rakam senibina serta hiasan dalaman Aya Sofya maka kita perlukan lensa yang memiliki bukaan yang agak besar seperti f/2.8 walaupun masa kita ambil gambar, mungkin kita guna f/4 atau f/8, keadaan di dalam tu agak gelap.

Kalau kita inginkan kualiti gambar, maka kita seboleh mungkin cuba untuk gunakan ISO yang rendah seperti ISO 100-400 ataupun 800 kalau terpaksa, kalau kita push ISO tu pergi kepada ISO 2000 untuk rakam gambar dalam Aya Sofya tu, bila kita balik rumah dan tengok gambar tu di screen komputer 27 inci, memang jauh bezanya dengan hasil gambar yang menggunakan ISO 100-400.

Tak kira hebat mana pun kamera tersebut, kalau kita push ke ISO 1000 dan ke atas, kita pasti nampak kesan “noise” atau grain, lagi satu bukan semua tempat kita boleh bawak masuk tripod, di mana-mana kawasan dalaman yang tidak dibenarkan membawa tripod maka kita perlukan shutter speed yang agak laju untuk mengelakkan gambar jadi kabur akibat “shaking” atau kamera goyang sekiranya kita gunakan shutter speed yang perlahan seperti 1/60 dan ke bawah, jadi dengan memiliki lensa seperti 24-70mm f/2.8 lebih baik berbanding lensa 24-105mm f/4.

@ 2012 Wazari Wazir | Aya Sofya | 24mm | f/5.0 | 1/20 | ISO 2000 | Canon 5D Mark II

Gambar Aya Sofya di atas saya rakam menggunakan lensa 24mm f/2.8 tapi saya guna f/5.0 dan daya terpaksa naikkan ISO kepada 2000, bukan saya saja-saja suka nak test High ISO kamera saya tu tapi kenara terpaksa, kalau saya guna ISO 1000, saya terpaksa guna shutter speed yang lebih rendah lagi berbanding apa yang saya guna masa rakam gambar ini iaitu 1/20, jadi kalau shutter jadi 1/10 atau satu saat tanpa tripod dah tentu gambarnya akan goyang atau kabur, di sini bayangkan kalau kita guna lensa 24-105mm yang punya maksimum aperture f/4, dah tentu saya terpaksa naikkan lagi ISO ataupun saya terpaksa perlahankan lagi shutter speed dan sudah pasti gambar tersebut akan sedikit goyang ataupun kabur.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, untuk jurufoto yang minat mengembara, memiliki lensa yang mempunyai Aperture yang besar seperti f/2.8 ataupun f/1.4 memang sangat membantu, sekiranya  saya ada lensa 24mm f/1/.4 dah tentu saya mampu gunakan ISO yang lebih rendah dan shutter speed yang lebih laju berbanding dengan apa yang mampu lensa 24mm f/2.8 lakukan, ini tidak bermakna sekiranya saya memiliki lensa 24mm f/1.4 (hopefully one day) saya akan gunakan bukaan 1.4, saya akan gunakan Aperture f/4 atau f/5.6 atau f/8  untuk rakam gambar dalam ni, kalau guna f/1.4, mungkin ada bahagian dalaman Aya Sofya ni yang akan jadi kabur, kerana kesan “shallow depth of field”.

Lensa yang memiliki bukaan Aperture yang besar seperti f/1.4 ini mampu memberikan sejumlah cahaya yang banyak masuk berbanding dengan lensa bukaan f/4, jadi bila banyak cahaya masuk, maka kita boleh gunakan shutter speed yang laju dan kebarangkalian untuk gambar tu kabur akan kurang.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sekiranya kita miliki lensa f/1.4 tapi kita setkan Aperture kita kepada f/8, masa kita focus atau rakam gambar tu Aperture tu dibukakan pada f/1.4, bila kita tekan shutter barulah ianya akan mengecil kepada f/8, jadi kalau aperture terbesar kita ialah f/4, maka semasa kita focus gambar tersebut, ianya akan terbuka pada f/4 sehinggalah kita tekan shutter button tu.

Maksudnya dah tentu pintu rumah yang sedia besar lebih banyak membenarkan sumber cahaya masuk berbanding dengan pintu rumah yang kecil, jadi memiliki Aperture yang besar adalah salah satu kelebihan untuk jurufoto pengembaraan, baik mahu rakam hiasan dalaman sesuatu bangunan ataupun untuk rakam aktiviti keagamaan di dalam Masjid, Temple ataupun tempat-tempat ibadat lain ataupun acara kebudayaan serta kesenian yang lain dalam dewan atau bangunan tertutup seperti tarian  pusing-pusing “Dervish” di Istanbul.

Bercakap tentang Aya Sofya di Istanbul ni, pada pandangan dan hemat saya, sekiranya kita inginkan yang terbaik, kepada sesiapa yang merancang untuk ke sini, ada baiknya dapatkan lensa 10-20mm untuk pengguna kamera bukan full frame ataupun lensa 16-35mm atau 14-24mm untuk pengguna kamera full frame, kalau anda perhatikan dalam gambar di atas, lensa 24mm, tidak cukup luas untuk merakam keindahan senibina dalaman Aya Sofya. Memang ada kesan “noise” dalam gambar di atas, itu kesan penggunaan ISO 2000.

Dah panjang baca ni, terima kasihlah saya ucapkan, jadi apa kesimpulannya? Senang cerita macam ni, kalau kita serius untuk ambil gambar pemandangan alam semulajadi serta mercu tanda sesebuah negara baik dalaman mahupun luaran, maka dapatkan lensa sudut luas yang cukup luas seperti 10-20mm untuk bukan full frame ataupun lensa 14-24mm / 16-35mm untuk full frame, bukaan aperture tidak besar pun tidak mengapa kerana pada kebanyakan masa, peminat fotografi “landscape” ni lebih banyak habiskan masa merakam gambar di luar “Outdoor Photography” dan menggunakan tripod dan pada kebanyakan masa juga mereka ni akan gunakan aperture yang kecil seperti f/8 atau f/22, jadi keperluan untuk gunakan lensa bukaan f/2.8 bukanlah satu keutamaan, kalau tengok gambar Lucie tu banyak gambar dia rakam guna lensa 17-40mm yang memiliki bukaan terbesar f/4, dia bukan nak guna aperture f/4 pun, shutter speed perlahan tidak menjadi masalah, dia guna tripod.

Untuk jurufoto kembara yang lebih cenderung kepada kemanusiaan, lensa 24-105mm ataupun lensa 24-70mm lebih praktikal, walaupun mereka lebih gemar merakam gambar kemanusiaan, ada masanya mereka ini juga akan merakam gambar pemandangan dan juga mercu tanda sesebuah negara tetapi itu bukanlah keutamaan mereka jadi lensa 24-70mm atau 24-105mm “will do the job” orang puteh kata.

Cuma dari segi “versatile” lensa 24-105mm lebih bagus kerana 105mm boleh rakam potret secara dekat tanpa kita terlalu hampir dengan subjek kita, cuma dari segi “Optical Quality”, “Sharpness” dan “Colors”, lensa 24-70mm f/2.8 baik Canon mahupun Nikon adalah lebih baik berbanding lensa 24-105mm (Canon) atau 24-120mm f/4 (Nikon), cuma di sini ingin saya nytakan bahawa perbezaan dari segi kualiti gambar anatara kedua lensa tersebut tidak terlalu ketara kalau setakat untuk terbitan majalah bersaiz A4 atau untuk dicetak pada kedua belah muka surat, kalau print billboard size mungkin kita baru nampak bezanya.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana pula dengan 70-200mm, perlu ke? Ini bergantung tujuan kembara kita, kalau kita bertujuan untuk rakam Festival seperti Pushkar Camel Festival di Rajasthan, maka memiliki lensa 70-200mm amat membantu, terutamanya kalau kita ingin rakam silhouette unta dan penuggangnya berlatarbelakangkan sang mentari yang hampir tenggelam, lensa 70-200mm mampu untuk memberikan kesan visual yang lebih menarik berbanding dengan lensa 24-70mm, matahari itu akan nampak lebih besar pada focal length 200mm berbanding 70mm.

Kepada yang memang bercadang nak rakam Festival, memang sebaiknya bawak 70-200mm, sebabnya pada kebanyakan masa kita tidak boleh berada terlalu dekat dengan subjek, kalau guna lensa sudut luas, subjek akan jadi kecil, jadi lensa ini membantu, sebagai contoh kalau kita pergi ke India sewaktu mereka menyambut Hari Kebangsaan mereka (India Independence Day Celebration), di mana ada perarakan di jalan raya, maka memiliki lensa 70-200mm memang ada kelebihannya, sama juga seperti tarian Kecak di Bali.

Untuk peminat landscape photography 70-200mm bukanlah satu keperluan tetapi ada juga jurufoto alam semulajadi yang perlukan lensa 70-200mm untuk merakam subjek mereka, antara jurufoto landscape yang menjadikan lensa 70-200mm  sebagai keperluan mereka ialah Art Wolfe, boleh rujuk blognya Di Sini .

I” am often asked about the equipment I use, specifically cameras. I like to travel as light as possible. In recent years I’ve shot with the highest resolution pro digital camera offered by Canon: a 1DS, 1DS Mk 2, and now 1DS Mk 3, a 21-megapixel brick of technology. The pro body is almost impervious to rain, snow, and dust, which is why I prefer it to the cheaper 5D Mk2, despite its HD video and low noise capabilities.

I limit myself to a few lenses most of the time, all Canon. More than half of my images are shot with either the 16-35f 2.8 Mk2 or the 70-200 f4, which is just as sharp as the much heavier and more expensive 2.8 version. If I need a more powerful telephoto, I reach for the 400 DO; if I know I’ll be shooting a lot of wildlife, the 500 f4 comes along. That’s it for 90% of my work.”

– Art Wolfe –

Untuk “casual” ataupun jurufoto kembara yang tidak terlalu serius, hanya sekadar nak rakam memori kembara ke luar negara, dengan kit lens yang datang dengan kamera pun dah memadai, kalau ada kit lens 18-200 pada badan kamera bukan full frame ataupun ada lesa 24-105mm, dah cukup baik untuk permulaan, lagipun kalau travel ni, selalu sangat tukar-tukar lensa bukanlah satu habit atau tabiat yang baik, sensor senang kotor atau masuk habuk kalau kerap tukar lensa, jadi kalau ada zoom lens seperti 24-105mm / 24-70 (untuk kamera full frame)  ataupun 18-200 ( untuk kamera bukan full frame) dah kira cukup baik.

InsyaAllah bila kita kerap mengembara, kita akan tahu, lensa mana terbaik untuk kita, sebab tu saya tak beli lagi lensa 24-70mm ataupun lensa 24-105mm, baik saya beli tiket kapal terbang ke mana-mana untuk harga sebuah lensa yang baru, jadi kalau anda dah ada kamera serta lensa, “kit lens” sekalipun, pergilah mengembara, have fun.

 Steve McCurry pun ambil masa yang lama untuk dia jadi seperti mana dirinya sekarang ini dan saya percaya semasa dia mulakan minatnya dalam bidang photography, peralatannya juga amat minimum, dan saya pernah baca dalam satu majalah photography, antara lensa yang sering digunakan oleh Steve McCurry semasa kembara beliau ialah lensa 35mm dan 50mm sahaja.

Di bawah ni ialah petikan sesi temubual Steve McCurry bersama www.fotoflock.com tahun 2009.

“Today I use a Nikon D700 DSLR and a Hasselblad medium format camera. In the old days, I mainly used prime lenses like a 28mm, a 35mm and a 50mm, but these days, I am  happy with the results of my Nikkor 28-70 zoom lens that I find gives me sharp results.”

© 2010 Wazari and Steve McCurry | Kuala Lumpur

© 2010 Wazari and Steve McCurry | Kuala Lumpur

“As photographers we can make small changes.  Photography can make a difference in some ways, though mostly indirect.  It can have an effect on public opinion, or attitudes about certain things. It can bring visual exposure to an event that might have been forgotten.  But it is not a policy maker and it doesn’t relieve anyone’s suffering.  It helps kickstart initiatives, but it’s just the tip of the iceberg for affecting lasting change.”

-Steve McCurry –

*Related Post in English : Travel Photography, Choosing The Right Lens

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

11 Comments

  • azwan

    Aslmkm.
    Apakah pandangan encik tentang Sigma 17-70mm f2.8-4 DC Macro OS HSM??
    Mampukah ia jatuh pada kedua2 kategori?? kalau masih salah satu, ia lebih cenderung terhadap Human Interest Photos? atau sebaliknya.

    Harap melalui pengalaman dan pengetahuan encik boleh memberi pendapat.

    wasalam

  • Wazari Wazir

    @Azwan, terima kasih kerana singgah di blog saya, untuk pengetahuan, secara peribadi saya tidak pernah menggunakan lensa Sigma tersebut, mengikut focal length tersebut aiaitu 17-70mm, ianya lebih sesuai pada environmental portrait, ataupun Portrait Manusia dan juga persekitaran, ianya juga sesuai untuk portrait close up tapi taklah dekat sangat, maksudnya kalau kita nak merakam wajah portrait tersebut kita kena datang rapat padanya, barulah dapat merakam portrait sampai paras bahu. Kalau nak banding dengan lensa 24-70mm pada kamera full frame, lensa 17-70mm tu lebih praktikal, cuma dari segi kualiti lensa itu sendiri, saya tak boleh nak jawab kerana belum pernah menggunakannya sendiri…

  • iswandi

    Assalammualaikum saudara Wazari. Saya sangat tertarik dengan blog saudara. Banyak jugak saya baca entri entri lama & sikit sebanyak bagi semangat saya nak masuk bidang fotografi ni. Utk makluman, saya baru berjinak dlm fotografi ni dan saya lebih terarah pada street/human fotografi. Dan saya tertanya tanya pekerjaan saudara dalam kerajaan. Sangat menyeronokkan bila dlm masa yg sama, hobi ialah pekerjaan anda. Kongsi lagi ilmu saudara pada kita semua ya. Sangat infomatif!

  • BaeyahLatiff

    Saya baru nak beli lens 50mm f1.8, sebab saya cuma ada kit lens dan saya baru nak belajar ‘pegang’ kamera. Most of the time saya tengok Youtube for guidance selain ikut mana-mana kursus fotografi yang murah (atau percuma). Yet, my progress is so slow. Penulisan encik sangat membantu seorang yang cetek ilmu dalam bidang ni mengenali potensi/arah kecenderungan yang diminati. May Allah grant you health so you can keep doing what you are doing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.