» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

Kembara Fotografi | Kenangan Di Taj Mahal | India

© 2010 Taj Mahal Official Photographer | The Photographers | Taj Mahal | Agra India

© 2010 Ahmad Shukri | The Photographer (Me Standing ) and The Tourist

Cerita pasal India ni rasanya sampai ke anak cucu pun takkan habis, kalau-kalau ada sesiapa yang dah rasa bosan dengan cerita Taj Mahal saya ni, eloklah tengok gambar sahaja, tak perlulah buang masa baca cerita saya yang tak seberapa ni tetapi bagi saya gambar tanpa cerita, kurang lengkap rasanya walaupun ramai berkata, sekeping gambar bernilai lebih dari seribu patah perkataan tetapi sekiranya saya tidak bercerita, saudara dan saudari mungkin tidak tahu bagaimana kami boleh berada di sini serta segala kepayahan yang terpaksa kami tempuh untuk sampai ke sini.

Gambar di atas sekali tu di rakam oleh “Taj Mahal Official Photographer”, saya tengok dia memakai lencana tersebut, lencana yang menyatakan bahawa dia adalah seorang jurufoto rasmi di Taj Mahal, ramai sebenarnya jurufoto India yang memakai lencana tersebut, entah betul ataupun sekadar cari makan kami pun tak pasti, yang pasti kami tidak di kenakan sebarang bayaran untuk sesi foto ini kerana jurufoto “Taj Mahal” tersebut sendiri yang “offer” untuk merakamkan gambar kami berlima.

Mungkin kerana dia nampak kami berlima membawa kamera masing-masing, kamera DSLR pulak tu dan berfikiran bahawa kami adalah jurufoto seperti mereka juga di negara kami maka dia menawarkan diri untuk mengambil gambar kami setelah melihat kami bergilir-gilir ambil gambar, ibarat pucuk di cita, ulam mendatang, sahabat saya Waja atau Ahmad Shukri yang memakai baju melayu tersebut menyerahkan kamera kepada “Official Taj Mahal Photographer” tersebut maka terakamlah gambar kami berlima berlatarbelakangkan salah satu keajaiban dunia, iaitu Taj Mahal. Lupa pulak nak ambil gambar OP Taj Mahal tersebut.

Gambar di bawah tu pula, sengaja saya tidak “crop” gambar tersebut untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana, di mana sesiapa sahaja yang ingin bergambar di kerusi tersebut terpaksa menunggu giliran, kalau waktu puncak maka, kena beratur, kalau tak, memang takdelah jawabnya. Jadi kami berlima pun bergilir-gilir menunggu giliran untuk bergambar di sini, kena cepat dan pantas kalau nak bergambar di sini, bila kosong sahaja kerusi tersebut, maka cepat-cepatlah kita naik atas kerusi tersebut sebelum orang lain duduk. “Clean Shot” ada, tapi tujuan saya share gambar ini untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana, nampak di kiri dan kanan gambar ramai orang menunggu giliran.

© 2010 Wazari Wazir | The Tourist and Taj Mahal

© 2010 Wazari Wazir | The Tourist and Taj Mahal

Kedua gambar di atas ni pun sengaja saya masukkan orang ramai di dalamnya berlatarkan Taj Mahal, supaya gambar ini ada cerita, ada warna, bukan gambar kosong. Kepada peminat Landscape Photography mungkin tak berminat kalau ada orang di dalam gambarnya, kalau ada pun, cukuplah seorang dua sebagai penunjuk “sense of scale” tapi biarlah saya tunjukkn keadaan sebenar di sana yang jarang orang kongsikan kerana lebih tertarik berkongsi gambar Taj Mahal semata dari pelbagai sudut. Kami pun ada juga merakamkan gambar Taj Mahal sahaja tetapi untuk entry ini biarlah gambarnya ada cerita, ada warna, menunjukkan  betapa ramainya orang yang ingin bergambar dengan Taj Mahal seperti di negara kita sendiri tak kunjung-kunjung orang datang ke Kuala Lumpur City Center untuk bergambar dengan Menara Berkembar Petronas.

© 2010 Wazari Wazir | The Photographer Himself | Taj Mahal | Agra

Gambar atas ni saja bagi texture sikit, nampak klasik kononya, cuaca masa kami ke sini, iaitu di bulan Jun memang panas dan tak digalakkan untuk sesiapa datang ke sini pada bulan ini, sepanas-panas cuaca kita di Malaysia ni, memang tak sama dengan panasnya cuaca di India ( di sesetengah kawasan terutamanya di New Delhi) ni pada bulan Jun terutamanya, kalau nak datang sini, yang terbaik, menurut kata pemandu Auto Rickshaw kami ialah antara bulan November hingga March atau April. Waktu tu cuaca tak panas, sejuk, paling panas pun mungkin dalam 20º Celsius. Masa di India ni suhunya, menurut apa yang diberitahu la, mencecah hampir 45º Celsius, memang panas, nak berjalan di sekitar Taj Mahal pun tak lalu, bukannya ada kedai jual ais krim atau cendol kat dalam ni, kalau ada takpelah jugak. Walaupun cuacanya panas, hampir empat jam jugaklah kami berada di sini.

Kalau nak diikutkan hati, nak duduk dalam ni sampai Taj Mahal tutup kepada semua pengunjung kerana, hotel tempat kami menginap dekat sahaja dengan Taj Mahal, kalau berjalan kaki dari Hotel kami di Taj Ganj, tak sampai lima minit dah sampai, memang dekat sangat tetapi oleh kerana dahaga yang amat sangat, tekak pun terasa amat kering, terpaksalah kami keluar lagipun di waktu panas terik macam ni, gambar kurang menarik.

Kepada yang belum membaca kisah catatan perjalana saya ke India dari awal boleh singgah di SINI

Nono Fara - Cool giler bro waja pakai baju melayu kat sana.. setail :)

keep on writing bro wazari. no worries. tak bosan pun. best lagi ada. tadi gi kinokuniya and belek2 buku David duChemin, dia pun jenis yang suka cerita kembara dia. dia bukan cerita 100% about gambar je and in some ways it makes one who rea it feel it too.

matjoe - rasa macam nak try pegi sana sekali. ada trip lagi tak

Wazari Wazir - @Matjoe, memang ada lagi trip ke India, tapi kalai ni, mungkin tak singgah ke Taj Mahal, pergi ke lain tempat pulak, insyaAllah…

3plepl8 - India musim panas mmg gila panas. Kalu pg bulan Feb-Mar mmg sejuk. Even siang pun tak peluh la. Time ni tourists pun ramai skit, lagi byk colors. Mmg susah nk amik landscape photography.

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*