Adventure,  Art,  Historical Moment,  Moment,  Photojournalism,  Travel

Gunung Kinabalu | Perjalanan Menuju Ke Puncak Gunung Kinabalu

View From The Low's Peak

© 2009 Wazari Wazir | Gunung Kinabalu | Sabah | Malaysia | Taken at 06:31 AM

Postcard From The Ledge

© 2009 Wazari Wazir | Gunung Kinabalu | Sabah | Malaysia | Taken at 6:23 AM

Impian untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah impian sejak di zaman persekolahan lagi, impian sejak di bangku sekolah rendah lagi, masa tu kalau saya jumpa mana-mana artikel yang berkaitan dengan Gunung Kinabalu, saya akan gunting dan simpan di dalam file, file yang ada sarung plastik jernih tu, di rumah saya ada banyak file yang macam tu. Apa sahaja artikel yang menarik terutamanya mengenai pengembaraan saya akan simpan untuk dijadikan motivasi.

Syukur Alhamdulillah sehinga kini, telah tiga kali saya berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu bermula di tahun 2004, 2005 dan gambar terbaru di atas pada tahun 2009 bersama rakan-rakan sekerja di pejabat. Artikel mengenai Gunung Kinabalu ini dah terlau banyak dan amat mudah untuk di cari di Internet tetapi saya percaya pengalaman masing-masing berbeza, ada yang rasa senang dan ada yang rasa susah.

Pertama kali saya sampai ke Sabah, negeri yang lebh dikenali dengan nama Negeri Di Bawah bayu ini ialah pada tahun 2002 sewaktu saya bertugas di sana sempena lawatan Rasmi SPB Agong ke Sabah pada tahun itu. Masa tu saya rasa agak terkilan dan kempunan juga kerana pulang ke Semenanjung tanpa sempat melihat wajah Gunung Kinabalu, tugasan saya hanya di sekitar Kota Kinabalu dan di Pulay Gaya ( Gayana Resort ) sahaja, masa tu saya tidak tahu bahawa dari Kota Kinabalu terutamanya di Sembulan berdekatan Masjid Negeri Sabah, kita boleh nampak wajah Gunung Kinabalu kalau keadaan cuaca baik. Pertama kali sampai ke Kota Kinabalu, masih kabur dengan selok belok keadaan di sini.

Kalau ada yang bertanya bagaimana saya kenal rapat dengan Azman Jumat, di sinilah segalanya bermula, saya mengenali saudara Azman Jumat pada tahun 2002 kerana pada waktu itu dia meluangkan sedikit masa dengan saya untuk bawa saya bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu dan sehingga kini kami dah lebih dari sekadar seoarang sahabat, dah jadi seperti saudara sendiri. Masa tu Kota Kinabalu adalah daerah yang asing bagi saya, tiada saudara mara ataupun orang yang saya kenal berada di sana untuk dihubungi atau diajak bersembang.

Di pendekkan sedikit cerita, sebelum saya pulang ke Semenajung, iaitu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur, saya sematkan satu tekad di dalam hati iaitu, andaikata saya kembali lagi ke Sabah, saya akan mendaki Gunung Kinabalu kerana bagi saya tidak lengkap perjalanan saya ke Sabah kalau tidak mendaki Gunung Kinabalu, lihat sahaja bendera Sabah, ada Gunung Kinabalu di dalam bendera Sabah, betapa sinonimnya Gunung Kinabalu dengan Sabah.

Sekembalinya saya ke Kuala Lumpur, semangat untuk mendaki Gunung Kinabalu semakin berkobar-kobar kerana telah menjejakkan kaki di bumi Sabah, jadi semangat serta Aura Gunung Kinabalu semakin kuat menebal di dalam diri. Saya habiskan hampir setiap hujung minggu untuk berjogging di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan sekali sekala di Taman Tasik Perdana dan Taman Tasik Permaisuri. Persediaan fizikal itu perlu, memandangkan Gunung yang ingin saya daki itu adalah Gunung yang Tertinggi di Asia Tenggara ( walaupun sekarang ini ada mempertikaikan status “yang tertinggi di Asia Tenggara” tersebut ). Apapun ianya adalah Gunung yang tinggi, persediaan fizikal dan mental itu amat penting bagi orang yang kurang aktif dengan aktiviti lasak seperti saya.

Pada tahun 2003, saya mendapat lagi tugasan Jabatan untuk ke Sabah pada bulan Disember 2003, iaitu sempena Sambutan Krismas Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah, sebelum saya pergi tu saya ada beritahu Boss di Kuala Lumpur yang saya ingin mendaki Gunung Kinabalu dan meminta Boss saya menghubungi pegawai di Sabah untuk memudahkan urusan saya ke sana setelah selesai membuat liputan sambutan Krismas tersebut.

Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan, saya tidak perlu ambil cuti tambahan dan tidak perlu fikir tentang kenderaan untuk ke sana kerana pihak Jabatan Penerangan Sabah menyediakan kenderaan untuk saya ke Taman Kinabalu, misi peribadi kini dah bertukar status menjadi tugasan rasmi, untuk merakam gambar Gunung Kinabalu. Saya cuma perlu membayar sendiri permit mendaki, insurans serta bayaran penginapan di sana. Pihak Jabatan hanya menyediakan kenderaan dan pemandu untuk membawa saya ke kaki gunung tersebut.

Pada tahun 2003, group saya hanya dua orang sahaja iaitu saya dan rakan saya Ghani yang bertugas di Jabatan Penerangan Sabah, beliaulah yang membawa saya ke Taman Kinabalu. Sebenarnya tugas beliau hanyalah untuk menghantar saya sampai ke Taman Kinabalu sahaja dan kemudiannya mengambil saya pulang ke Kota Kinabalu tetapi semasa dalam perjalanan menuju ke Taman Kinabalu di Kundasang dari Kota Kinabalu, berkali-kali juga saya mengajaknya untuk turut serta mendaki kerana saya tiada kawan lagipun beliau pernah mendaki Gunung Kinabalu sebelum ini, sembang punya sembang, akhirnya beliau bersetuju untuk mengikuti saya bersama, segala perbejanjaan mendaki, permit, insurans dan hotel saya beritahu pada dia serahkan pada saya, yang penting dia sudi menemani saya mendaki.

Kami tidur semalam di Ranau, kurang setengah jam perjalanan dari Taman Kinabalu. Hotel di ranau ni agak murah sedikit berbanding dengan tidur fi Taman Kinabalu yang hanya sesuai untuk mereka yang berpoket tebal, kami berdua tidur di sini, suasana di pekan kecil Ranau pada sebelah malamnya memang agak sejuk, dingin sesuai dengan udara di kawasan kaki gunung.

Keesokan harinya pada 31 Disember 2003, bermulalah perjalanan ke tempat permulaan mendaki iaitu di Timpohon. Sebelum tu kami sempat bersarapan di pekan kecil Kundasang, hanya bersarapan pisang goreng sahaja untuk menggalas perut. Samapai di Taman Kinabalu, kami mengisi beberapa dokumen yang perlu diisi dan membuat pembayaran apa yang patut. Sehari sebelumnya kami telah pun ke sini untuk booking tempat di Laban Rata.

Perjalanan bermula seawal jam 7:30 AM bersama “Mountain Guide” kami yang bernama Juan Bigul. Sekarang hanya kami bertiga yang akan mendaki, kebiasaanya dalam satu kumpulan ada empat oarng atau lebih tetapi kami hanya berdua dan tambah seorang lagi yang tidak termasuk dalam kumpulan kami tetapi bertindak sebagai “Pemandu Gunung”.

Juan seorang yang agak pendiam, dia tak banyak cakap, sekali sekala kalau diajukan soalan barulah beliau menjawab dan pada kebanyakan masa beliau hanya mengekori dan memerhatikan kami dari belakang sahaja. Kalau kami bergerak perlahan, maka dia pun akan bergerak perlahan, kalau dia rasakan rentak kami agak perlahan maka dia akan ambil masa yang agak lama untuk berehat di belakang dan kembali mengekori kami dengan pantas setelah lama berehat di belakang.

Pada rentak pendakian yang “Normal” atau biasa, perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata hanya mengambil masa selama 4 hingga 5 jam sahaja, mungkin lebih cepat lagi sekiranya seorang itu telah biasa mendaki Gunung tetapi bagi seorang Photographer, mereka akan mengambil masa yang lebih lama kerana banyak pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan yang ingin dirakam, dan ini sedikit sebanyak melambatkan pergerakan.

Kepada pendaki yang ingin segera sampai ke puncak sudah tentu masa yang diambil lebih singkat lagi kerana tiada apa yang ingin dikisahkan sepanjang perjalanan selain menghirup udara yang segar sambil menikmati panorama keindahan Taman Kinabalu sambil berjalan pantas.

Untuk trip 2003 bersama Ghani saya tiba di Laban Rata sekitar pukul 12:00 PM, tetapi untuk trip bersama rakan-rakan saya pada tahun 2009, perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata mengambil masa lebih 8 jam. Kami bergerak pada jam 09:00 Am dan sampai di Laban Rata pada pukul 05:30 PM. Memang satu perjalanan yang agak panjang.

Saya terpaksa mengikut rentak rakan-rakan yang lain dan pada kebanyakan masa, saya hanya berjalan di belakang rakan-rakan dan sekali sekala “push” mereka untuk berjalan lebih pantas kerana risau hari akan gelap dan suhu akan semakin sejuk serta keadaan yang mungkin berkabus.

Laban Rata Resthouse

© 2009 Wazari Wazir | Laban Rata | Mount Kinabalu | Trip 2003 Saya dan Ghani  Bermalam di Sini

Pada tahun 2003, harga bilik yang ada “heater” atau pemanas udara di Laban Rata agak murah berbanding dengan harga sekarang ini, dan harganya sering berubah-ubah, kepada pendaki yang berhajat unuk ke sini, eloklah buat sedikit “research” untuk mendapatkan maklumat yang terkini. Pada tahun 2003 harga bilik tak termasuk pakej makan malam dan sarapan pagi tetapi kini, berdasarkan pengalaman mendaki pada tahun 2009, harga bilik termasuk pakej sarapan pagi dan makan malam sekali. Makan malam tu masa kita sampai ke Laban Rata setelah mendaki dari Timpohon atau Mesilau.

Gunting Lagadan Hut

© 2009 Wazari Wazir | Gunting Lagadan Hut | Mount Kinabalu

Trip Kinabalu 2009, saya dan rakan-rakan bermalam di Gunting Lagadan Hut kerana bilik di Laban Rata telah penuh. Biasanya Laban Rata jadi pilihan pendaki kerana ada kemudahan Restoran di dalamnya, mudah untuk keluar makan dan di Laban Rata ada bilik yang ada “Heater” atau pemanas udara, jadi taklah sejuk sangat.

Pada tahun 2003, sewaktu saya dan Ghani berada di bilik di Laban Rata, kami hampir-hampir melupakan hasrat untuk meneruskan pendakian ke puncak pada keesokan harinya kerana kepala kami berasa amat kurang selesa, rasa pening-pening yang amat sangat, mungkin kerana kami tidak biasa dengan perubahan cuaca atau suhu yang mendadak atau mungkin juga badan kami belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di pergunungan. Setelah difikirkan berkali-kali kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendakian.

Salah satu faktor yang menjadi pendorong kuat kami untuk meneruskan pendakian ialah kerana keesokan harinya adalah Tahun Baru 2004 ataupun 1 Januari 2004. Kami memulakan pendakian pada 31 Disember 2003 dan sekiranya kami berjaya sampai ke puncak maka, ianya akan jadi peristiwa yang amat manis dan bersejarah untuk kami berdua kerana menjadi antara sejumlah kecil rakyat Malaysia yang menyambut Tahun Baru 2004 di Puncak Gunung Kinabalu.

Together at Low's Peak

© 2005 Wazari Wazir | Di Puncak Kinabalu Bersama Isteri | 27 September 2005

Dipendekkan cerita, Syukur Alhamdulillah kami berjaya berada di Puncak Gunung Kinabalu pada Tahun Baru 1 Januari 2004. Perasaan kami pada waktu itu memang tak dapat nak dibayangkan, ramai para pendaki meraikan sambutan tahun baru di puncak gunung dengan wajah yang berseri-seri tambahan pula cuaca pada waktu itu amat indah memukau.

Menyaksikan sinaran matahari terbit di waktu pagi tahun baru dari atas puncak gunung adalah suatu pengalaman yang akan terpahat di minda sampai bila-bila. Segalanya terakam indah di “Negative” filem, ( Saya menggunakan kamera filem pada waktu itu ), siap bawak tripod lagi naik ke puncak Kinabalu. Ada juga bagusnya gambar tersebut di rakam dengan menggunakan kamera filem, “Nostalgia Value” lebih di situ. “Negative ages well than Compact Disc or DVD”…

Related Post : No Mountain Too High

Get The Secret HERE

I'm a Photographer and Travel Blogger...

5 Comments

  • Geir

    I must googletranslate this article, since I will be trekking Mt. Kinabalu in February. The images are perfect.

  • matjoe

    bro, aku memang pernah ada cita2 nk panjat gunung ni. tapi determination tu takder. apapun bila baca ni, semangat up balik. harap one day aku akan jejak kaki di gunung ni

  • norhartini

    saya plan nak pergi bulan november 2011,sesuai tak?orang kata kalau musim hujan view tak cantik…trail licin..nak tunggu may tahun depan lama sangat la nak pergi..

  • Wazari Wazir

    @Norhartini, rasanya takde problem sangat, kalau hujan memanglah view tak cantik sebab hujan tapi kalau selepas hujan, tersangatlah cantik viewnya. Saya pernah naik Gunung Kinabalu pada Bulan Disember, kira muim hujan jugaklah tu tapi Alhamdulillah masa tu cuaca cantik, dan sebenarnya susah nak duga cuaca kat atas sana tu, kita hanya boleh merancang dan berserah, just enjoy the climb…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.