Art,  eBook,  Emotion,  Family,  Photoshop,  Portrait

Portrait Photography | Ada Apa Dengan Tone?

My Little Penguin

© 2010 Wazari Wazir | Selepas Tone | Edited

HaiQal

© 2010 Wazari Wazir | Sebelum Tone | Original

Ada apa dengan Tone? Takde apa, sajer jer, itu jawapan ringkas saya. Sebenarnya bagi saya lebih kepada cita rasa masing-masing, setiap dari kita berbeza, ada yang suka pedas, ada yang suka manis. Ada yang suka yang asli dan ada juga yang suka manipulasi dan bagi saya bila menyebut tone ni, ianya adalah manipulasi yang noleh dikatakan paling minimum, kita hanya “manipulate” warna sahaja bukan meletakkan sesuatu benda asing atau membuang benda asing di dalam gambar.

Seperti yang saya katakan tadi, ada yang suka gambar “Asli”. Ada yang suka mengekalkan “skin tone” yang asli. Kebanyakan gambar yang saya sharekan di sini adalah “personal artwork”, bukan gambar kerja dan bagi saya, tiada salahnya untuk saya “berkarya”. Bagi yang “Hard Core” Photojournalist atau yang lebih kepada “Pure” Photography mungkin mereka lebih suka untuk mengekalkan sesuatu gambar atau warna itu sebagaimana ianya dirakam terutamanya Photojournalist. Saya berkecimpung dalam bidang Photojournalist, jadi saya tahu di mana batasannya dan bagi saya bila melibatkan karya peribadi, kita bebas asalkan tidak mengganggu orang lain, tidak menyentuh sensitiviti orang lain maka kita bebas berkarya.

Berbalik kepada gambar tone, saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan gambar-gambar dari luar Malaysia terutamanya dari Europe dan Amerika, selain dari gambar-gambar yang biasa, saya amat tertarik dengan permainan warna oleh photographer di sana, tertarik dengan tone yang digunakan dan bagi saya ada sesetengah gambar itu akan “naik moodnya” kalau kena dengan tonenya.

Ini tidak pula bermakna saya tertarik atau mudah terpengaruh dengan segala macam yang disajikan dari Barat atau Europe. Kalau ada sesuatu yang berkenan di hati, maka saya akan mencuba sedaya upaya unuk mendapatkannya, untuk belajar bagaimana menghasilkan sesuatu sebagaimana yang di hasilkan oleh Photographer di sana. Saya juga terdedah dengan HDR, dengan Dave Hill style of editing, terdedah juga dengan permainan strobist atau flash oleh Joe McNally tetapi saya tidak terpengaruh kerana tidak kena dengan jiwa saya.

Bercerita tentang gambar yang saya kongsikan di atas, yang di sebelah atas adalah gambar yang telah diedit dengan Tone manakala gambar yang dibawah adalah yag asal, yang original dari kamera, saya shoot RAW, jadi gambar yang di bawah tu, saya cuma tukarkan kepada JPG sahaja tanpa ada apa-apa editing. Bagi pandangan mata orang lain saya tak tahu tetapi dari sudut pandangan mata saya, gambar yang disebelah atas lebih menarik atau lebih sedap mata memandang, ada “mood” orang kata. Orang putih kata “warm”. “Warm” dalam Bahasa Malaysia ni kalau dari sudut fotografi, saya tak tahu nak alih bahasa, saya harap sahabat faham maksud saya dengan “warm”, “hangat” bukan “Panas”.

Gambar ni dirakamkan di tepi Pantai Tengah Langkawi sewaktu matahari hampir melabuhkan tirainya, jadi keadaan cahaya pada waktu itu tatkala mentari hampir “menyentuh” kaki langit adalah agak kekuningan dan bagi saya memang sesuai untuk di “tonekan”. Ramai juga yang dah membeli eBook saya berkata, mereka tidak dapat “Tone” seperti mana yang saya tunjukkan dalam eBook tersebut.

Sebenarnya kepada yang membaca, sudah ada penerangan dalam eBook Tone tersebut bahawa bukan semua gambar sesuai untuk ditonekan, lain keadaan cuaca dan keadaan cahayanya lainlah tone yang kita akan dapat. Bukan bermakna apa sahaja gambar yang kita rakam, baik di dalam rumah atau di luar rumah akan menghasilkan tone yang sama, tidak sama sekali. Tone yang kita dapat akan berubah walaupun teknik atau cara editing kita adalah sama.

Saya ada nyatakan dalam eBook tersebut bahawa kita boleh dapat tone yang baik kalau gambar yang kita rakamkan itu adalah disebelah awal pagi atau lewat petang dalam keadaan cuaca yang baik, bukan mendung. Didalam Photography sekalipun, gambar yang baik terutamanya landscape adalah di sebelah pagi atau petang dan bukannya di tengahari, semua ini adalah “common sense” yang bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Lagi satu biarlah gambar kita simple, tidak terlalu berserabut dengan pelbagai elemen yang hanya menyesakkan gambar yang tiada kaitan langsung dengan gambar tersebut dalam penceritaan.

Bagi saya untuk memendekkan cerita, editing adalah untuk “enhancement” sahaja, untuk menaiktarafkan sedikit sesuatu gambar itu untuk kelihatan lebih menarik lagi. Sama seperti menaiktarafkan sesuatu warna atau menambah kontrast pada gambar yang sudah sedia baik. Perkara yang harus diingati ialah, untuk sesuatu gambar Tone itu nampak menarik, gambar itu terlebih dahulu telah sedia ada, adalah menarik. Tone bukanlah teknik editing untuk mencantikkan gambar yang sememangnya kurang menarik.

Kalau sesuatu gambar itu kurang menarik, buat Tone macam mana pun, hasilnya akan tetap akan hambar. Jangan kita beranggapan bahawa bila letak Tone, semua gambar akan jadi menarik, itu adalah pandangan yang silap dan jangan pula kita beranggapan bahawa tone sesui untuk semua gambar. Sama juga keadaanya dengan gambar Hitam Putih, bukan semua gambar nampak menarik dalam Hitam Putih, ada sesetengah gambar memang sesuai kalau ada warna dan nampak kurang menarik bila di Hitam Putihkan.

Moral of the story, rajin-rajinlah belajar, rajin-rajinlah tambahkan ilmu, saya bercakap tentang editing di sini. Bukannya apa, sekiranya kita punya kemahiran mengedit gambar, menambah kontrast atau tone pada gambar, pandai pula edit gambar warna kepada hitam putih, bijak  pula manipulasi gambar, maka kita ada satu kelebihan dari orang lain yang hanya pandai Photography, we have “The edge”. Bila kita telah punya segala kemahiran tersebut, kita pula kena tahu menggunakannya di tempat yang sesuai supaya gambar itu akan jadi menarik. “When we have the knowledge, use it wisely”, bila kita punya kemahiran, gunakanlah secara bijaksana.

Walaupun saya punya sedikit kemahiran dalam “Black and White Editing”, bukan semua gambar saya “Black and White”kan, kerana saya tahu bukan semua gambar sesuai. Senang cerita, semua ini datang dengan pengalaman, bukan datang sekelip mata, bila kita dah biasa layan benda-benda macam ni, kita dah jadi biasa, mata kita dah terlatih, tengok gambar jer kita dah tahu, yang ni sesuai untuk tone, yang ni sesuai untuk Black and White dan yang ni sesuai dibiarkan secara asli atau asal.

Ada orang tanya saya, “abang jual tone ke”? Saya tak jual Tone tetapi saya hanya menjual eBook tutorial bagaimana untuk bermain dengan tone, bagaimana bermain dengan Curve, RGB dan sebagainya di dalam Photoshop untuk mendapatkan Tone warna yang sesuai dan hasilnya bergantung pada gambar asal itu sendiri. Kalau digunakan pada gambar yang sesuai maka, menariklah hasilnya.

Related Post : Playing With Photoshop Tone

Get The Secret HERE

I'm a Photographer and Travel Blogger...

5 Comments

  • Azhar Abd Hamid

    Salam Mr Wazari, Available lagi one to one class? saya teringin nak belajar dengan Mr Wazari. Nak kutip ilmu seberapa yang boleh melalui permainan photoshop. Memang benar kata Mr Wazari dalam entry ni, ebook sekadar membantu sahaja. Kadang-kadang tone yang kita mahukan x sama dengan apa yang dalam ebook. saya pun masih banyak belum explore photoshop ini. Ilmu fotografi pun masih cetek lagi. Tengah giat menggali lagi.

  • Wazari Wazir

    @Salam Azhar, terima kasih kerana datang singgh di blog saya. Tentang One to One class tu menag ada tapi still kena tengok jadual kerja saya. Bisanya saya akan cuba buat di hujung minggu. Sebelum tu kalau boleh saya nak tahu, apa yang ingin dipelajari, expectation saudara, senang nk customize, saya bukanlah orang yang pakar dalam Photoshop, cuma saya mungkin boleh bantu dengan apa yang saya tahu terutamanya “Picture Enhancement”. Kalau tentang Graphic dan Layout tu bukan bidang saya.

  • Azhar Abd Hamid

    more to picture enhancement.
    mmg tu minat saya.
    asas dah ada cuma saya nak tambahkan ilmu,
    boleh? maybe we can make it in november.
    oktober im busy with office event/course.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.